You are on page 1of 3

Sejauh manakah bahasa antarabangsa menyumbang kepada globalisasi dalam pendidikan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk
memajukan negara bagi mencapai Wawasan 2020. Penggunaan Bahasa Inggeris di Malaysia diajar
secara formal dan dimasukkan sebagai silibus pada seawal pendidikan pra-sekolah (Siti Hamim Stapa,
Nadzrah Abu Bakar dan Rozmel Abdul Latiff, 2007). Menurut Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Fadhlina
Mohd Azizuddin (2010), penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi, perubatan
perdagangan dan lain-lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan pengetahuan-
ekonomi. Kern (2000) berpendapat bahawa kebanyakan program Bahasa Inggeris bertujuan
memperkembangkan kompetensi pelajar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan kemahiran berBahasa Inggeris pendidik dan pelajar
dalam mengharungi globalisasi dalam pendidikan di Malaysia.

Program Oral Proficiency in English (OPS-English) untuk pelajar Tingkatan Satu dan Dua
meningkatkan kemahiran lisan dilaksanakan merupakan salah satu inisiatif di bawah gelombang satu
(2013-2015) PPPM bagi merealisasikan anjakan kedua iaitu memastikan setiap murid menguasai
kemahiran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Inisiatif untuk meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris
guru dan murid menjadi tumpuan dalam PPPM 2013-2025 sebagai salah satu daripada enam Aspirasi
Murid iaitu kemahiran dwibahasa. Matlamat program tersebut adalah untuk mengajar kemahiran
mendengar dan bertutur serta berkomunikasi dalam kalangan pelajar serta membina keyakinan mereka
bertutur menggunakan bahasa tersebut. Mohamad Abu Bakar (2015) dalam Utusan Online berkata
bahawa bagi meningkatkan lagi pengetahuan guru terbabit, program Jurulatih Pakar Pembangunan
Sekolah atau School Improvement Specialist Coaches (SISC) diperkenalkan bagi membimbing guru
terpilih supaya berupaya melahirkan golongan pendidik berkemahiran tinggi selaras perkembangan
semasa.

Dalam Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif DLP dan HIP
yang akan mula dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM38.5
juta. Sebanyak 300 sekolah perintis akan melaksanakan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program
Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi
Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu akan dilaksanakan secara
berperingkat di semua sekolah bagi HIP, manakala DLP akan dilakukan secara pilihan. Program Imersif
Tinggi (HIP) merupakan satu program meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid melalui
peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan menanam sikap
positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris. Program
ini dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan beberapa negeri seperti Perlis dan Perak menjadi
negeri pilot. Pendekatan dengan memberi fokus kepada pengupayaan sekolah, oleh sekolah dan untuk
sekolah. Sekolah dibekalkan dengan sarana pelaksanaan supaya aktiviti yang dirancang adalah
berdasarkan konteks dan kemampuan sekolah dan komuniti.

Program Dwibahasa (DLP) merupakan program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah
diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat
dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, sama ada Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris. Pilihan diberikan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan
pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya. Antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih
adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain
mempunyai sumber yang mencukupi seperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa
dan sokongan ibu bapa. Pprogram ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang
kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif. Sekolah yang
terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula pada tahun 2017.

Sistem pendidikan di Malaysia memandang serius tentang kepentingan pelajar mempunyai


kemahiran berbahasa dengan baik. Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (2015) dalam berita
Utusan Online mengatakan bahawa pengukuhan terhadap pendidikan literasi atau bahasa perlu
diutamakan berbanding numerasi. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, dua bahasa yang utama
diberikan penekanan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan mempunyai peranan yang penting sebagai alat penyatuan dan perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia. Manakala, Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan sebagai
alat komunikasi pada peringkat antarabangsa. Kedua-dua bahasa ini mempunyai peranan masing-
masing dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kepentingan Bahasa Inggeris di sekolah dapat dilihat
melalui kedudukannya dalam perancangan dasar kerajaan berkaitan sistem pendidikan di Malaysia. Jika
diteliti, didapati kedudukan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu merupakan teras penting dalam
pembentukan dasar pendidikan negara. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan dalam
berita Astro Awani (2016) mengatakan bahawa Malaysia mensasarkan untuk bersaing di peringkat
antarabangsa sekali gus memerlukan usaha bagi memperkasakan Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia akan terus dimartabatkan.Perbincangan kedudukan Bahasa Inggeris di sekolah bukan sahaja
melibatkan pihak yang berwajib iaitu kerajaan sahaja. Perkara ini melibatkan juga peranan sekolah
sebagai pelaksana dasar. Seterusnya melibatkan para pelajar yang menekuni dasar yang telah
ditetapkan. Mempelajari Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang penting di sekolah perlu diberi
nilai positif dan persepsi yang baharu. Dasar dan pelan pendidikan yang sentiasa meletakkan peranan
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita menunjukkan dengan jelas bahawa
dalam proses melahirkan pelajar yang bermutu dan berwibawa, kemahiran berbahasa dengan baik
sangat penting.
Rujukan
Astro Awani. (2016). Tiada sekolah dipaksa laksana DLP - Kamalanthan. Dilayari dari
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-sekolah-dipaksa-laksana-dlp-kamalanthan
100142 pada 21 Julai 2017.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Fadhlina Mohd Azizuddin. (2010). Tahap Kompetensi Guru Sekolah
Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (pp. 1-8). Universiti
Teknologi Malaysia.
Kern R. (2000). Literacy and Language Teaching. Oxford: OUP.
Siti Hamim Stapa, Nadzrah Abu Bakar dan Rozmel Abdul Latiff (2007). Penulisan Bahasa Inggeris Dalam
Kalangan Pelajar Luar Bandar: Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pemelajaran. Jurnal e-Bangi,
Jilid 2, Bil.2 Ms 1-17.
Utusan Online (2015). PPPM tingkat penguasaan Bahasa Inggeris. Dilayari dari
http://www.utusan.com.my/pendidikan/pppm-tingkat-penguasaan-bahasa-inggeris-1.135773 pada
21 Julai 2017.

You might also like