You are on page 1of 19

[Type here]

1.0 PENGENALAN

Selepas perang dunia ke 2 , masyarakat Melayu telah menghadapi pelbagai


masalah akibat daripada pengenalan dasar baru kerajaan British di Tanah Melayu .
British selepas Perang Dunia Kedua telah datang ke Tanah melayu semula dan padda
awalnya telah memperkenalkan British Malayan Administration.

Pada 15 Ogos 1945, Laksamana Louis Mountbatten mengumumkan penubuhan


British Military Administration atau BMA (Pentadbiran Tentera British). Turut diumumkan
ialah penggantungan fungsi semua tribunal dan mahkamah di Tanah Melayu melainkan
Mahkamah Tentera.Pada tempoh tersebut, akan berlaku proses pemulihan terhadap
Perlembagaan era sebelum perang yang menurut British perlu dilaksakan demi
kepentingan, kecekapan pentadbiran dan keselamatan Negara.Bagaimanapun,
sepanjang tempoh pentadbiran BMA, Tanah Melayu dalam keadaan huru-hara.
Berdasarkan laporan British, tiga perempat pegawai kanan BMA tiada pengalaman dalam
pentadbiran kerajaan, malah kebanyakan mereka adalah tentera British dan India yang
terlibat dalam rasuah dan pasar gelap.Victor Purcell, Ketua Urusan Masyarakat Cina
dalam BMA pernah melaporkan salah laku tentera India yang menjadi punca mereka
tidak popular dalam kalangan masyarakat Cina di Singapura 1

Dalam suasana baru ini , orang Melayu masih akan menjadi sebagai mangsa .
Ini disebabkan kerana orang Melayu masih lemah dalam banyak perkara dan kegiatan
ekonomi Melayu dianggap ketinggalan berbanding daripada kaum China dan India.
Selain itu , dengan pengenalan BMA ini juga telah menyebabkan pelbagai masalah
kepada sistem pemerintahan di Tanah Melayu . Pada masa tersebut , hampir kesemua
orang Melayu tidak terlibat dalam kegiatan perniagaan ,industri dan pemerintahan .

Pada tahun 1943, British telah mengalami satu perubahan dasar politik yang
begitu drastik . Pada masa tersebut , pucuk pimpinan Kerajaan British telah berubah dan

1
http://uniti.my/malaysia-warisan-watan-wawasan-13-warisan-kita-kesatuan-melayu-muda-kmm-dan-parti-
komunis-malaya-pkm-bahagian-ii/

1
[Type here]

ini telah menjadikan Kerajaan Parti Buruh telah menang dalam pilihan raya . Malayan
Union ini telah dirangka pada tahun 1943 dan akhirnya telah diperkenalkan di Tanah
Melayu pada tahun 1946.2

Menurut Abd . Ghapa Harun dalam penulisan beliau "Pendeknya serba nika hal
ehwal ekonomi sudah dibolot bangsa asing sehingga jadilah mereka sekelian kaya raya
di negeri kita ini." Keadaan ini akan menjadi lebih parah dengan perlaksanaan Malayan
Union, yang ditasirkan sebagai "suatu polisi yang boleh diumpamakan sebagai racun
yang amat bisa bukan sahaja akan menyakiti anak-anak Melayu tetapi ialah juga akan
beransur-ansur menghapuskan umat Melayu daripada Tanah Melayu ini. British telah
mempunyai satu rancangan politik untuk Tanah Melayu iaitu dengan memperkenalkan
Malayan Union yang tujuan tersuratnya adalah hanya untuk menyeragamkan
pentadbiran serta menjimatkan kos perbelanjaan pentadbiran tetapi tujuan tersiratnya
adalah untuk menghapuskan kekuasaan politik Melayu 3

Sejajar dengan itu , orang Melayu menganggap bahawa Malayan Union ini
sebagai satu racun kepada Melayu kerana Malayan Union menjanjikan untuk memberi
status kewarganegaraan kepada imigran imigran di Tanah Melayu . Ini telah
mengakibatkan rasa tidak puas hati kepada pucuk kepimpinan British serta cendekiawan
dan ahli politik Melayu telah menggunakan peluang ini untuk menentang British secara
terbuka.

Selain itu , perubahan politik yang dinamik di Tanah Melayu ini bakal menjadi
kemuncak kepada usaha orang Melayu untuk menaikkan kesedaran kaum Melayu pada
masa tersebut . Ini kerana bahawa , para cendekiawan pada masa tersebut berpendapat
bahawa dalam suasana yang lebih demokratik ini , rakyat perlu mempunyai satu cara
ataupun medium untuk menyuarakan pendapat mereka .

2
Ramlah Adam , Gerakan Politik Melayu , 2013 ,hlm . 2
3
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22939/028_043.PDF

2
[Type here]

2.0 MALAYAN UNION 1946

Pada tahun 1944 , Kerajaan British telah mengadaptasi pelan yang diutarakan
oleh Sir Edward Gent untuk menyatupadukan pentadbiran Pulau Pinang , Melaka , Negeri
negeri Melayu Bersekutu , dan Negeri negeri Melayu tidak Bersekutu dan
memisahkan Singapura sebagai satu negara yang berasingan kerana British mempunyai
kepentingan ekonomi di Singapura 4 . Pelan yang mencadangkan satu kerajaan pusat ini
yang terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai Malayan Union .
Tujuan penubuhan Malayan Union ini adalah untuk memudahkan pentadbiran Tanah
Melayu . Selain itu , idea untuk menyatukan penubuhan satu pusat kerajaan ini tidak
menjadi satu masalah bagi pejuang nasionalis Tanah Melayu tetapi kandungan Malayan
Union ini bertentangan dengan perjuangan mereka untuk membentuk nasib tanah air
mereka .

Cadangan mengenai Malayan Union telah diumumkan oleh George Hall iaitu
Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan sewaktu Persidangan Parlimen yang
berlangsung di Dewan Rakyat Britain pada 10 Oktober 1945 . Sebelum ini rancangan
tersebut masih lagi menjadi rahsia kerajaan British . Dalam Persidangan Parlimen
tersebut , Sir Harold McMichael telah dilantik secara rasminya untuk menjadi wakil British
ke Tanah Melayu bagi mendapatkan persetujuan dan tandatangan Sultan dan Raja raja

4
http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/e8db672a-3571-4fa3-9df0-220e83ee2a88

3
[Type here]

Melayu . Pada 11 Oktober 1945 iaitu sehari selepas pengumuman rancangan Malayan
Union di Dewan Rakyat , Harold McMichael telah dihantar ke Tanah Melayu untuk
mendapatkan tandatangan sultan sultan Melayu . Ini adalah berdasarkan arahan yang
telah dikeluarkan secara rasmi melalui surat kuasa oleh Kerajaan British yang berbunyi :

tuan diberi kuasa sebagai wakil khas Kerajaan Baginda King membuat satu perjanjian
yang bersurat betul betul dengan tiap tiap seorang raja raja Melayu itu bagi pihak
Kerajaan Baginda King dengan masing masing raja Melatu akan menyerahkan
sepenuh penuhnya kekuasaan di dalam negerinya kepada yang Maha Mulia Baginda
King 5

Perlembagaan Malayan Union mempunyai 27 fasal tetapi terdapat beberapa


perkara yang tidak dipersetujui dan ditentang oleh pejuang pejuang nasionalis Tanah
Melayu :

1) Malayan Union terdiri daripada Negeri Negeri Melayu Bersekutu , Negeri


Negeri Melayu tidak Bersekutu , Pulau Pinang dan Melaka . Singapura telah
diasingkan dan akan menjadikan tanah mahkota Britain . Dakwaan British bahawa
ingin membantu raja raja Melayu untuk memerintah Tanah Melayu akhirnya
dihapuskan , dan ini bermaksud untuk berada di bawah pemerintahan British . Ini
membawa kehilangan hak raja raja Melayu ke atas tanah mereka . Manakala
pemisahan Singapura dari Tanah Melayu bukan sahaja disebabkan kepentingan
ekonomi British kepada Singapura tetapi British bimbang pejuang nasionalis akan
menghalang penerimaan Malayan Union di Singapura .
2) Raja raja Melayu masih mengekalkan kedudukan mereka tetapi kedaulatan
untuk memerintah telah dipindahkan kepada pihak British . Jika Sultan bersetuju
akan Malayan Union , ini bermakna bahawa Sultan memindahkan kuasa
pemerintahan mereka kepada British Crown , kecuali dalam bidang agama dan
adat istiadat . Dalam Malayan Union , Majlis Negeri masih dikekalkan tetapi kuasa
autonomi mereka dikurangkan dan Majlis Negeri kurang penting dalam
pentadbiran kerajaan . Residen British juga akan menggantikan Sultan sebagai

5
UMNO , UMNO Sepuluh Tahun , Kuala Lumpur : Pengurus Daud Press hlm . 14 .

4
[Type here]

ketua Majlis Negeri dan ini bermakna bahawa taraf politik Sultan telah dikurangkan
.
3) Cara yang digunakan Sir Harold McMichael mendapat tandatangan Sultan telah
dikritik . Penyebab kepada Sultan menandatangani masih dibahas walaupun
Sultan kehilangan kuasa mentadbir . Sir Harold McMichael juga mengugut Sultan
bahawa jika mereka berkerjasama dengan pihak Jepun pada Perang Dunia Kedua
, Sultan akan diturunkan takhta 6 .
4) Warganegara Malayan Union akan mempunyai hak yang sama , termasuk
penerimaan masuk ke perkhidmatan awam pentadbiran . Orang Melayu telah
membantah kepada perkara ini , mereka mempersoalkan hak hak mereka
sebagai kaum peribumi dan mereka menyatakan bahawa mereka layak menerima
keistimewaan , berbanding dengan kaum imigran .
5) Kerakyatan Malayan Union diperluaskan kepada semua tanpa diskriminasi
bangsa dan agama . Malayan Union akan memberikan hak yang sama kepada
imigran . Orang Melayu tidak menyokong perkara tersebut kerana mereka tidak
puas hati bukan disebabkan perbezaan kaum tetapi juga kerana penguasaan
ekonomi .
6) Malayan Union lebihi memihak kepada pihak Imigran . British percaya Imigran
mempunyai sumbangan yang besar dalam membentuk ekonomi Tanah Melayu
dan British ingin membalas jasa mereka dengan memberi kerakyatan kepada
mereka .
7) Tentangan kepada Malayan Union ini diketuai oleh orang Melayu sendiri dan
bekas bekas residen British . Pihak ini telah mendakwa bahawa MacMichael
menggunakan methods of intimidation untuk mendapat tandatangan Sultan .
Antara bekas residen yang menentang Malayan Union adalah s Swettenham, G.
Maxwell, Winstedt, Clementi and Guillemard. Mereka menyatakan bahawa cara
yang digunakan oleh MacMichael adalah bertentangan kepada Piagam Atlantik .
Ini telah meningkatkan semangat orang Melayu untuk menentang Malayan Union
.

6
Goto, K. (2003). Tensions of empire: Japan and Southeast Asia in the colonial and postcolonial world. Athens:
Ohio University Press.

5
[Type here]

Dengan pengenalan Malayan Union itu , British telah mengharapkan semua


sokongan dan penerimaan kepada cadangan ini . Tetapi , harapan pihak British
bertentangan dengan jangkaan British , penduduk Tanah Melayu terutama orang Melayu
yang biasanya bersikap tidak peduli telah melakukan satu bantahan yang kuat untuk
menentang Malayan Union . Orang Melayu telah bersatu dan menggunakan pelbagai
cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Malayan Union . Manakala
, masyarakat Imigran menunjukkan sokongan yang berbelah bahagi tetapi masyarakat
Imigran pada masa tersebut merasai bahawa mereka hanya datang ke Tanah Melayu
semata mata untuk bekerja dan bukan untuk menjadi rakyat di Tanah Melayu . Pada
masa tersebut , tentangan yang dilakukan oleh orang Melayu telah diketuai oleh Dato
Onn Jaafar yang telah membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu .

3.0 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union .

3.1 Penentangan Terhadap Malayan Union

3.1.1 Sebab Penentangan Rakyat Tanah Melayu terhadap Malayan Union .

Apabila rancangan Malayan Union telah diisytiharkan pada tahun 1945 , respon
orang Melayu masih belum lagi dapat diukur . Pada 11 Oktober 1945 , MacMichael telah
tiba di Port Swettenham (Pelabuhan Kelang) untuk menjalankan misinya mendapatkan
tandatangan Raja raja Melayu . 7 Tugas utama MacMichael datang ke Tanah Melayu
untuk mendapatkan tandatangan Sultan sultan untuk bersetuju kepada Malayan Union
. Selain itu , MacMichael juga diberikan kuasa untuk melaporkan sama ada Raja raja
yang terlibat itu perlu dikekalkan takhta atau dipecat daripada jawatan . Kuasa yang
diberikan itu telah menjadi satu senjata baginya untuk mendapatkan tandatangan sultan
dan raja Melayu .

Raja dan Sultan Melayu juga diugut supaya tidak membincangkan persetujuan
mereka terhadap menandatangani Rancangan Malayan Union kepada Pembesar Melayu
kerana dikuatiri memakan masa yang lama . Oleh itu , MacMichael telah mendapatkan
tandatangan Sultan dan Raja Melayu dalam masa yang singkat . Pada 21 Disember 1945

7
Zakiah Hanum , Tercabarnya Maruah Bangsa , hlm. 10 .

6
[Type here]

, dalam masa dua bulan sahaja MacMichael telah berjaya mendapat tandatangan
daripada pihak Sultan dan Raja dan kejayaan beliau dikagumi oleh Kerajaan British .

Bagaimanapun , terdapat Sultan Melayu yang enggan menurunkan tandatangan


mereka dalam Perjanjian Malayan Union pada peringkat awalnya . Mereka yang enggan
menandatangani Perjanjian Malayan Union ini telah didesak dan diugut oleh MacMichael
. Antara sultan yang tidak bersetuju kepada perjanjian ini adalah Sultan Kelantan , Sultan
Ibrahim . Beliau menyatakan rasa tidak puas hati kerana beliau telah ditipu kerana
perjanjian yang ditandatangani tidak sama dengan apa yang terkandung dalam Kertas
Putih Malayan Union . 8

Tindakan yang dilakukan oleh MacMichael dalam mendapat tandatangan Sultan


sultan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati , maka Sultan telah mengadakat
satu mesyuarat yang berlangsung di Kuala Lumpur . Mesyuarat ini diadakan kerana atas
desakan orang Melayu.

Orang Melayu telah menyatakan bahawa Malayan Union di Tanah Melayu ini
adalah untuk menggantikan pentadbiran British Military Army (BMA) . Oleh itu , rakyat di
Tanah Melayu telah bangkit dan bersatu untuk memperjuangkan hak hak mereka
melalui pelbagai kaedah . Media seperti Warta Negara memainkan peranan yang penting
semasa penentangan rakyat Tanah Melayu dengan menyiarkan pelbagai berita seperti
gambar di bawah .

3.2 Cara Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union .

Pada tahap awal pengenalan Malayan Union , British telah menjangkakan bahawa
akan adanya penentangan terutamanya daripada sultan sultan Melayu disebabkan

8
Cheah Boon Kheng , Red Star Over Malaya , hlm 282

7
[Type here]

mereka akan kehilangan kuasa . Tetapi , British tidak menyangkakan bahawa rancangan
Malayan Union ini akan mendapat tentangan yang besar daripada orang Melayu melalui
demonstrasi yang telah dianjurkan oleh beberapa kesatuan dan pertubuhan yang wujud
di seluruh Tanah Melayu . 9 British amat terkejut atas tentangan tersebut kerana tahap
kesedaran politik orang Melayu pada masa tersebut amat rendah jika dibandingkan
dengan kaum Imigran . British menganggap bahawa Melayu tidak mempunyai kesedaran
tentang perjuangan untuk membela tanah air disebabkan orang Melayu pada masa itu
menunjukkan atau mempunyai semangat kenegerian yang tinggi .

Dalam hal penentangan ini , Johor merupakan negeri yang memainkan peranan
yang sangat penting . Anak kenegerian Johor iaitu Dato Onn Jaafar merupakan seorang
tokoh yang penting untuk menggerakan penentangan terhadap Malayan Union . Gerakan
dalam menentang Malayan Union ini telah menjadi satu gerakan nasional Tanah Melayu
kerana di semua bandar dan luar bandar telah mengadakan bantahan yang bersepadu
dan konkrit untuk menentang Malayan Union .

Kelangsungan politik orang Melayu telah dijaga oleh negeri Johor kerana terdapat
satu kesedaran yang awal bahawa jika Malayan Union ini akan diperkenalkan maka
bangsa dan adat orang Melayu akan terhapus . Dengan adanya kesedaran itu , Dato Onn
telah mengerakkan orang Melayu untuk mencari jalan untuk membantah Malayan Union
. Antara usaha usaha yang dijalankan untuk menentang Malayan Union ini adalah
rakyat Johor bersatu untuk melakukan perbincangan di Kelab Batu Pahat dengan diwakili
oleh pemimpin persatuan Melayu Johor .

Berbagai pihak telah menentang Penubuhan Malayan Union.Penentangan yang


paling hebat datangnya daripada orang Melayu.Penentangan yang telah di lakukan oleh
masyarakat Melayu terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat individu dan peringkat
kolektif

3.2.1 Peringkat Individu ( Akhbar )

Di peringkat pertama, individu-individu telah menyuarakan penentangan mereka


melalui media-media massa seperti dalam akhbar-akhbar melayu.Antara akhbar-akhbar

9
Zakiah Hanum , Tercabarnya Maruah Bangsa , hlm 8

8
[Type here]

Melayu yang menjadi medium untuk menyampaikan penentangan ini adalah seperti
akbar Majlis dan Utusan Melayu. Antara perkara yang menjadi focus pertama dalam
penentangan ini adalah perkara yang berkaitan dengan penghapusan kuasa dan
kedaulatan Raja-raja Melayu dan pemberian hak-hak kerakyatan kepada kaum asing
menerusi prinsip-prinsip jus soli. Surat khabar pada masa ini merupakan satu medium
yang penting dalam menyuarakan keenganan masyarakat Melayu terhadap Malayan
Union . Akhbar akhbar ini telah menerbitkan tentang Sultan Kedah yang telah diugut
untuk menurunkan tandatangan Perjanjian Malayan Union dan menyerahkan kuasa serta
Sultan perlu mentokong perlaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu . Jika Sultan
Kedah tidak menandatangani perjanjian tersebut , baginda akan diturunkan dari takhta .
Oleh itu , dengan penyiaran kebenaran yang telah dilakukan oleh pihak akhbar , ia telah
berjaya menaikkan semangat perjuangan orang Melayu dalam menentang Malayan
Union .

Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami


oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya
bersatu dalam usaha menentang MU. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan
pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-
pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap
MU. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk
pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.

3.2.2 Peringkat Kolektif ( Kongres dan Demonstrasi )

Untuk pertama kalinya pada 23 Jun 1946 , Dato Onn telah menyeru orang orang
Melayu di Tanah Melayu untuk berkongres . Pada masa tersebut , Dato Onn merupakan
pengerusi kepada Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) dan beliau telah
dipandang tinggi oleh cendekiawan cendekiawan Melayu seperti Syed Alwi Al Hadi
dan Haji Mohd kerana mereka menganggap bahawa Dato Onn mampu untuk
menyatukan orang Melayu .

Dengan bantuan PMSJ , Dato Onn mula mengadakan persiapan untuk


mengadakan Kongres . Pada 14 Februari 1946 , Dato Onn dan ahli PMSJ telah
merancang dasar untuk Kongres 1946 . Kata putus telah tercapai bahawa Kongres ini

9
[Type here]

akan diadakan pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 di Melaka . Bagaimanapun , cadangan
untuk mengadakan Kongres terpaksa dibatalkannya kerana ahli ahli di Melaka tidak
menunjukkan minat yang memberangsangkan . 10

Akhirnya , kongres telah diadakan di Selangor pada 28 Februari 1946 . Selangor


merupakan negeri yang memainkan peranan yang besar dalam gerakan orang Melayu
tahun 1946 1948 . Sifat politik kenegerian orang Melayu pada masa tersebut
memerlukan orang orang Melayu bergabung tenaga dalam Kongres tersebut . Selangor
yang telah menyedari tentang hal ini telah bersama sama orang Melayu dari negeri
negeri Melayu lain untuk menentang Malayan Union melalui menjadi tuan rumah bagi
orang Melayu menentang Malayan Union .

Persidangan orang melayu itu tidak ditekan atau diancam oleh pihak British .
Namun , persidangan itu , pentadbiran British telah menghantar beberapa orang mata
mata gelap dan polis untuk menjaga perjalanan Kongres .11 Walaupun British tidak
melihat Kongres 1946 itu sebagai satu ancaman tetapi pada hari inilah British ingin
mengetahui kenapa orang Melayu dari serata negeri telah datang untuk berkumpul.
Seperti yang telah dibincangkan , British terkejut kerana orang Melayu telah menunjukkan
perpaduan .

Selama kongres itu dijalankan , tiada timbul sebarang masalah . Kesemua


persatuan yang hadir telah memberi kerjasama kepada beliau . Caadngan Dato Onn
untuk menubuhkan satu pertubuhan kebagsaan orang Melayu dipersetujiu tetapi
namanya telah diubah kepada United Malays National Organization (UMNO) atau
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) . Hari kedua berkongres,
kongres ini telah membincangkan soal Malayan Union dan mengutuk cara Harold
MacMichael mengambil tandatangan Raja raja Melayu . 12Pada penghujung kongres
ini , beberapa resolusi telah dihantar di akhir persidangan . Akhirnya , resoulusi ini telah
dihantar kepada pihak British sebagai satu bantahan orang Melayu terhadap Malayan
Union secara kolektif .

10
Ramlah Adam , Gerakan Politik , hlm. 7
11
Ibid , hlm . 8
12
A.J. Stockwell , British Politics and Malay Politics during the Malayan Union Expertiment 1946 1948 , hlm 703

10
[Type here]

Dengan adanya kongres ini , ia telah membuktikan bahawa pemimpin pemimpin


Melayu telah menggunakan satu bentuk pendekatan politik yang sederhana , tidak radikal
dalam menentang Gagasan Malayan Union jika hendak dibandingkan dengan negara
Indonesia yang sanggup bermatian untuk mendapat kemerdekaan . Penduduk di Tanah
Melayu memang inginkan kemerdekaan dan Kongres ini telah membuktikan bahawa
pendekatan politik orang Melayu adalah masih tertutup , konservatif dan masih bernaung
di bawah Raja .

Pada 30 Mac 1946 , Konres 1946 II telah diadakan secara tergempar kerana
British tetap akan meneruskan Malayan Union pada 1 April 1946 . Kongres kedua ini
diadakan untuk membincangkan tentang langkah yang patut diambil bagi menentang
Malayan Union selanjutnya . Keputusan daripada Kongres tergempar ini ialah meminta
Raja raja Melayu memulau perlantikan Sir Edward Gent sebagai Malayan Union pada
1 April 1946 . Mereka juga meminta ahli Melayu yang dilantik bagi Majlis Mesyuarat
Malayan Union (MMMU) menolak cadangan perlantikan itu . Manakala , orang Melayu
dari seluruh negeri diminta berkabung selama tujuh hari sebagai tanda kematian hak
mereka .

Hasil daripada Kongres Kedua ini , masyarakat Melayu telah member kerjasama
yang penuh . Ahli Melayu dalam MMMU telah berjaya dalam memulaukan Majlis itu . Ahli
ahli ini tidak bekerjasama sepenuhnya ketika Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor
. Akibatnya , sokongan orang Melayu dalam pentadbiran British berjaya dilemahkan .
Manakala , pada 1 April 1946 , orang Melayu dari serate negeri telah datang secara
beramai ramai memakai songkok berlilit kain putih tanda berkabung . Bantahan yang
ditunjukkan oleh orang Melayu ini telah menujukkan bahawa masyarakat Melayu telah
mencapai satu perpaduan kerana ingin menentang benda yang sama .

Walau bagaimanapun , UMNO yang diketuai oleh Dato Onn telah menghadapi
masalah kerana Raja raja tetap ingin menghadiri majlis tersebut . UMNO bimbang
bahawa kehadiran Raja raja ini akan melumpuhkan gerakan menentang Malayan Union
. Dato Onn mengigatkan kepada Raja raja Melayu agar bekerjasama dalam gerakan
ini untuk mengelakkan rakyat menderhaka . Akhirnya , Raja raja ini bersetuju kepada
cadangan Dato Onn yang telah dibantu oleh Sultan Ibrahim . Pertama kalinya , rakyat

11
[Type here]

Melayu telah berani untuk mengancam kedudukan Raja raja melayu secara terbuka .
Ini bermakna bahawa politik di Tanah Melayu telah melalui evolusi bahawa kuasa raja
dapat dikritik dan kuasa pada masa tersebut berada di tangan pembesar pembesar dan
para pejuang nasionalis yang dianngap berjuang demi memperjuangkan hak orang
Melayu .

3.2.3 Kerjasama Sultan dan Bekas Pegawai British Menentang Malayan Union

Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan


bekerjasama dalam usaha menentang MU. Mereka telah menulis surat kepada Raja
British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon
sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan
British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union
dan merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya
yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu.

Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain, terutamanya
akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang
Melayu.Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Authur Richard,
Cecil Clementi, Rolland Braddle , L.D. Gammans dan Winstreadt. Pada tahun 1920 an
, L.D. Gammans inign meninjau keadaan politik di Tanah Melayu pada Mei 1946 kerana
beliau mempercayai bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam pelaksanaan Malayan
Union.

Dato Onn telah menggunakan kesempatan itu dan telah meminta orang Melayu
berkumpul di pekan pekan yang dilawati oleh L.D. Gammans . Dato Onn meminta
bahawa orang Melayu tidak menggunakan kekerasan dalam tunjuk perasaan itu kerana
ingin meminta simpati yang lebih daripada rombbongan itu . Kesungguhan UMNO , Dato
Onn dan orang Melayu mengadakan tunjuk perasaan itu telah mempengaruhi L.D.
Gammans . Beliau telah mendesak pihak British agar mengadakan satu perjanjian yang
baru bagi menggantikan Malayan Union .

4.0 KESAN DARIPADA PENUBUHAN MALAYAN UNION MALAYAN UNION


4.1 Penubuhan UMNO dalam Menentang Malayan Union

12
[Type here]

UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah ditubuhkan pada 11


Mei 1946 hasil daripada kesedaran politik orang Melayu menentang pengenalan Malayan
Union sejak Disember 1945. Melalui kebimbangan mereka akan kehilangan negeri,
bangsa dan kebudayaan mereka, penyatuan orang Melayu menjadi begitu jelas dan
bermakna sekali. Ia bolehlah dianggap sebagai satu kemuncak nasionalisme Melayu itu
sendiri.13 Ketika ditubuhkan, UMNO menerima semua orang Melayu daripada pelbagai
ideologi dan fahaman untuk sama-sama berjuang di bawah satu slogan Hidup Melayu.
Tetapi sebelum 11 Mei 1946, orang Melayu sudah mempunyai parti atau persatuan yang
berselerak di seluruh Tanah Melayu dan tidak bersatu akibat dasar pecah perintah pihak
British. Pertubuhan Melayu Perak, Selangor, Johor, Kedah, Seberkas, API, Insaf,
Perkemam, KMM (yang diharamkan oleh pihak Inggeris sebelum Jepun menduduki
Tanah Melayu) dan berbagai-bagai lagi persatuan yang bersifat kenegerian atau
kesukuan seperti Persatuan Anak Jawa, Anak Kalimantan, Sumatera dan sebagainya
telah bertekad meleburkan identiti sempit mereka masing-masing dan seterusnya
menyamakan identiti di bawah satu parti politik yang sama, iaitu duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi di bawah payung UMNO.14 UMNO merupakan sebuah parti yang
merangkumi beberapa persatuan dan pertubuhan dari negeri-negeri di Tanah Melayu
yang telah bergabung untuk menentang Malayan Union. Dato Onn Jaafar merupakan
presiden UMNO yang pertama.
UMNO merupakan pertubuhan yang tidak muncul sebagai sebuah pertubuhan
yang inginkan kemerdekaan. Ini adalah berdasarkan ucapan wakil-wakil persatuan
negeri-negeri Melayu di mana tidak seorang pun yang menuntut kemerdekaan daripada
pihak British. Mereka cuma melaungkan perasaan kesal terhadap perubahan dasar
British yang akan menggabungkan negeri-negeri Melayu dan juga memberi taraf
kerakyatan kepada beribu-ribu kaum pendatang yang tidak ada sebarang kaitan dengan
Tanah Melayu. Bagi mereka, pihak British telah mengkhianati bangsa Melayu dengan
memperkenalkan Malayan Union dan mereka telah mencadangkan cara untuk
memperbaiki semula antara orang-orang Melayu dengan pihak British ialah dengan

13
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 217.
14
Ahmad Atory Husain, Dimensi Politik Melayu 1980 1990 : Antara Kepentingan dan Wawasan Bangsa, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 1.

13
[Type here]

mengembalikan semula keadaan politik seperti sebelum tahun 1941. Namun cadangan
ini tidak dapat diterima oleh British. Wakil-wakil Melayu pada masa itu dengan terus
terang menjelaskan bahawa mereka tidak menginginkan kemerdekaan tetapi hanya
naungan daripada pihak British agar kedudukan bangsa Melayu tidak terancam.15 Dato
Onn juga ada menyatakan alasan mengenai UMNO yang menolak kemerdekaan penuh
ke atas Tanah Malayu kerana bagi beliau, orang Melayu belum cukup terlatih untuk
mentadbir negara yang merdeka.
Ketika UMNO di ambang permulaan perjuangannya, masyarakat Melayu hidup
dalam keadaan miskin, daif dan serba kekurangan. Ahli UMNO ketika itu hanya
berbekalkan semangat waja dan tidak mempunyai sebarang kepentingan seperti
jawatan, pangkat dan harta kekayaan. Apa yang mereka miliki hanyalah cita-cita untuk
menghalau penjajah dari Tanah Melayu. Pada peringkat awal juga, mereka hanya
menggunakan pendekatan yang sederhana dan tidak bercorak radikal. Antara kejayaan
UMNO selain menumbangkan Malayan Union ialah mewujudkan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berjaya memulihkan kedaulatan raja-raja
Melayu. UMNO telah mendapat kerjasama daripada raja-raja Melayu dalam
pemulauan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pada 1 April 1946.
UMNO juga mendapat kerjasama orang-orang Melayu dengan melakukan perkabungan
selama 7 hari dan memakai songkok putih yang berlilit kain hitam sebagai tanda kematian
hak mereka. Akhirnya, UMNO berjaya membuatkan pihak berkuasa Malayan Union untuk
berunding. Oleh itu, mulai Mei 1946 pihak British mula berbincang dengan raja-raja
Melayu dan UMNO.
Penubuhan UMNO telah mendapat sokongan daripada bekas pegawai British
seperti R.O. Winsted dan Frank Swettenham. Selain dari itu, anggota parti Konservatif
Britain yang mengecam bahawa Malayan Union merupakan satu tindakan yang akan
memusnahkan orang Melayu. Mereka turut meminta agar pihak British mengkaji
bantahan orang-orang Melayu secara dekat. Penentangan UMNO terhadap Malayan
Union turut menarik perhatian raja-raja Melayu pada akhirnya. Raja-raja Melayu mula

15
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800 1963), Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Selangor, 2002,
hlm. 328

14
[Type here]

sedar kesilapan mereka menyerahkan semua kuasa pentadbiran dan kedaulatan dalam
perjanjian MacMicheal.

4.2 Tertubuhnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948


Penentangan orang Melayu bagi menggantikan Malayan Union di bawah pimpinan
Dato Onn Jaafar telah menghasilkan sebuah jawatankuasa kerja yang terdiri daripada
raja-raja Melayu, wakil kerajaan British dan UMNO. Di mana jawatankuasa ini telah
berjaya merangka sebuah perlembagaan baru bagi mengantikan Malayan Union.
Perlembagaan ini di kenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
melibatkan 9 buah negeri dan Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura. Tetapi Singapura kekal sebagai tanah jajahan Inggeris yang berasingan . 16
Sungguh pun British gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai
sebuah tanah jajahan, namun ia berjaya menyatukan 9 buah negeri Melayu dan 2 buah
Negeri Selat di bawah satu pentadbiran. Oleh itu, di Tanah Melayu sudah tidak wujud lagi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-
Negeri Selat. Buat pertama kalinya, dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
telah memulakan satu undang-undang kerakyatan meliputi seluruh negara dan
membolehkan penduduk bukan bumiputera menjadi warganegara Tanah Melayu.
Sungguhpun kelayakan yang dikehendaki untuk menjadi warganegara adalah terhad,
tetapi dasar kelayakan meraka itu telah terbentuk.

Cadangan Perjanjian Persekutuan 10 Januari 1947 telah diutarakan oleh Dato


Onn dan beliau meminta ahli UMNO untuk menerima cadangan ini . Jika ahli UMNO tidak
mempersetujui dengan cadangan ini , Dato Onn akan meletakkan jawatan . Kata dua
yang ditujukann Dato Onn ini telah menyebabkan ahli UMNO yang radikal menentang
idea ini . PKMM telah melihat Perjanjian Persekutuan ini sebagai satu ancaman . PKMM
adalah satu parti yang menentang UMNO dan Dato Onn sejak Jun 1946 kerana matlamat

16
Mohd Idris Saleh, Che Su Mustaffa dan Fauziah Shaffie, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur,1994, hlm. 87

15
[Type here]

PKMM amat berbeza dengan UMNO . Selain itu , PKMM telah dipengaruhi oleh Parti
Komunis Malaya .

Dalam Persidangan Agung UMNO , PKMM telah mengecam hebat cadangan


Persekutuan ini serta Working Comittee . Cara perundingan membentuk draf Working
Committee ini dianggap sebagai tidak demokratik kerana tidak mendapat pandangan
daripada semua golongan rakyat Tanah Melayu . Selain itu, PKMM merasa tidak puas
hati kerana soal soal pertahanan dan hal ehwal luar negara kerana masih lagi dipegang
oleh British . Oleh itu , PKMM telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ) bagi
menentang cadangan Perjanjian Perseketuan . Pada awal 1947 , orang bukan Melayu
juga menentang cadangan ini dan mereka telah menubuhkan All Malayan Council of Joint
Action pada Ogos 1947 . Orang bukan Melayu ini menentang kerana mereka tidak
berpuas hati dengan dasar pro Melayu dalam cadangan Working Committee .
PUTERA-AMCJA telah bergabung dan telah melakukan mogok kerja serta demonstrasi
jalanan .

Reaksi Dato Onn dan UMNO terhadap tindakan PUTERA AMCJA adalah tunggu
dan lihat akan tindakan kedua buah parti radikal ini . Dato Onn menyatakan bahawa orang
Melayu perlu bersatu dan menyokong kepada draf Perlembagaan Working Committee itu
. Dato Onn juga bertindak menempelak tidakan PUTERA AMCJA ini . Pada pandangan
Dato Onn, PKMM adalah satu pertubuhan yang berselindung di sebalik nama sahaja
kerana mereka ini dipengaruhi oleh Parti Komunis . Perlembagaan Rakyat yang didrafkan
oleh PUTERA AMCJA ini tidak munasabah dengan kedudukan politik Tanah Melayu .
Bagi Dato Onn , kedudukan politik orang Melayu haruslah dikekalkan sebelum
kemerdekaan telah diberikan kepada Tanah Melayu .

Sikap Dato Onn dan UMNO disokong oleh British . Manakala , tuntutan All Chinese
Chambers of Commerce Malaya ( ACCC ) untuk mengadakan satu Suruhanjaya Diraja
bagi mendraf perlembagaan lain telah ditolak oleh Setiausaha Tanah Jajahan .17
Kerajaan British tidak ingin mahu melambatkan pelaksanaan Perlembagaan 1948 bagi

17
Abdul Halim Ramli ( 2011 ) , Perdebatan Antara Kaum Mengenai Isu Kerakyatan Sebelum Merdeka , Jilid . 1
[ Online ] , [ Diakses 4 Mac 2015 ] , Dari :
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25288/Article__4.PDF

16
[Type here]

mengelakkan kerumitan lain . Usaha PUTERA AMCJA dan Parti Komunis Malaya tidak
berkesan kerana kerajaan British tetap mengisytiharkan penerimaan Perlembagaan itu
pada 21 Januari 1948 . Pada penghujungnya , ACCC telah bersetuju dengan menerima
pelantikan dua wakil kerajaan British ke Majlis Perundangfan Perseketuan .

Penerimaan ACCC ini telah membuatkan UMNO berasa lega kerana ACCC
merupakan sebuah pertubuhan perdagangan yang sangat penting kepada ekonomi PTM
. Sokongan ACCC ini telah menjadi ancaman dan racun kepada penentangan PUTERA
AMCJA itu . Jika hendak dibandingkan dengan perjuangan UMNO dan PUTERA-
AMCJA ini , British lebih memihak kepada pihak UMNO kerana tuntutan kemerdekaan
dengan darah mereka lebih merbahaya daripada slogan Hidup Melayu . Oleh itu , pihak
British telah menubuhkan Consultative Committee bagi mendengar fikiran orang ramai ,
tetapi cadangan awal Working Committee itu dijadikan sebagai asas Perlembagaan
Persekutuan .

Maka , dengan terbentuknya Perjanjian Persekutuan itu , Dato Onn telah dilantik
selaku pemimpin UMNO dapat mengembalikan bberapa tuntutan UMNO . Kedudukan
negeri negeri Melayu sebagai negeri negeri yang dilindungi dapat dicapai dengan
pembentukan Persekutuan yang menggabungkan sembilan buah negeri .

5.0 Kesimpulan

Penubuhan Malayan Union sebenarnya merupakan faktor yang amat penting


dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu seterusnya dalam pembentukan Malaysia
pada tahun 1963.

Keadaan ini telah menyebabkan rakyat Melayu pada ketika itu menderita di bumi sendiri
sementara pihak penjajah Inggeris semakin berkuasa dalam pemerintahan Tanah
Melayu sehingga dilihat telah mula mencampuri kuasa-kuasa sultan dalam hal-hal yang
berkaitan dengan kesucian agama islam.

Abad ke-20 merupakan era kebangkitan orang-orang Melayu dalam menentang


kuasa-kuasa penjajah.Pada ketika ini telah muncul beberapa tokoh penting dalam
menyebarkan ideologi nasionalismedalam usaha memerdekakan Tanah Melayu. Seperi
Dato Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman,Ibrahim Yaakob dan Burhanuddin Helmi.

17
[Type here]

Pada masa yang sama juga Jepun yang muncul sebagai kuasa besar di Timur
pada ketika itu selepas menewaskan Russia telah tiba di Tanah Melayu. Jepun dilihat
oleh orang-orang Melayu sebagai wira Timur dalam menentang penjajah Barat
seterusnya dikatakan mampu membawa kemerdekaan dan kemajuan kepada Tanah
Melayu terutaman melalui propaganda dan slogan-slogan mereka yang berbunyiAsia
untuk Asia.Namun seperti pepatah melayu ku sangka panas hingga ke petang,rupanya
hujan di tengah hari pemerintahan Jepun di Tanah Melayu lebih teruk berbanding
dengan pemerintahan Inggeris. Sistem ekonomi Tanah Melayu pada waktu itu
lumpuh,rakyat menderita kebuluran dan diserang pelbagai wabak-wabak penyakit,
orang-orang Melayu dijepunkan melalui sistem pendidikan,akhbar dan pemerintahan
awam.Kemarahan orang-orang Melayu semakin meningkat dan menggangap pihak
Jepun sama sahaja dengan kuasa-kuasa penjajah Barat yang lain.

Namun pemerintahan Jepun di Tanah Melayu tidak bertahan lama setelah bom
atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Rentetan daripada peristiwa tersebut
pihak Jepun telah menyerah kalah dan berakhirlah Perang Dunia Kedua. Menyedari
kepentingan saki-baki ekonomi yang masih tertinggal di Tanah Melayu,British dengan
segera telah menjalankan pemerintahan bercorak ketenteraan dalam usaha untuk
menjajah Tanah Melayu semula. Tetapi masyarakat Melayu telah sedar bahawa
hasrat pihak Inggeris bertapak semula di tanah Melayu hanya semata-mata ingin
mengulangi sikap biadab mereka untuk meragut semula hasil-hasil bumi yang
berharga untuk disalurkan ke Britain. Tambahan pula langkah Inggeris
memperkenalkan Malayan Union dilihat merugikan dan menghapus hak-hak istimewa
orang-orang Melayu lantas ditentang secara habis-habisan oleh sultan-sultan,para
pembesar tempatan dan orang-orang Melayu melalui pelbagai bentuk seperi
akhbar,persatuan,orang perseorangan,kongres,pemulauan dan perhimpunan awam.
Akhirnya setelah melalui pelbagai kepayahan dan cabaran akhirnya Tanah Melayu
berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.

Dengan itu , bolehlah dikatakan bahawa penentangan orang Melayu terhadap


Malayan Union dari tahun 1946- 1948 itu berjaya menghasilkan beberapa trasformasi
yang jelas dalam gerakan kebangsaan orang Melayu . Malayan Union ini telah

18
[Type here]

menunjukkan kemuncak gerakan yang berjaya menyatukan semua golongan Melayu


dalam satu perjuangan yang saama dalam mengeakkan kebenaran mereka sebagai
kaum di Tanah Melayu .

19

You might also like