You are on page 1of 7

Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan Di Kalangan Pelajar

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Johor Bahru

Khairulhelmi Katip
Bazitah Abu Bakar dan
Florence Fletcher Malia

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan pendekatan


pembelajaran berkumpulan (Cooperative Learning Approach) bagi
pelajar-pelajar di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Johor
Bahru. Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang
mengambil matapelajaran Prinsip Pengurusan. Seramai 31 orang pelajar
lelaki dan perempuan telah dipilih untuk melaksanakan kajian ini.
Keputusan kajian adalah berdasarkan jawapan daripada soal selidik yang
telah diberi kepada pelajar. Analisa keputusan kajian menunjukkan
kedua-dua golongan pelajar lelaki dan perempuan menggemari
pendekatan kerjasama dalam pembelajaran (pembelajaran berkumpulan
cooperative learning approach) dalam menyelesaikan masalah
pembelajaran yang dihadapi bagi sesuatu matapelajaran. Antara hasil
kajian yang didapati menunjukkan pembelajaran berkumpulan adalah
lebih efektif dan mempunyai kesan positif ke atas pelajar, terutamanya
dalam meningkatkan kefahaman pelajar ke atas sesuatu matapelajaran.
Justeru itu, kajian menunjukkan pendekatan kerjasama dalam
pembelajaran berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran
adalah sesuai di kalangan pelajar IPTS tersebut.

PENGENALAN

Pembelajaran berkumpulan adalah salah satu kaedah pembelajaran yang banyak


ditekankan dewasa ini. Pembelajaran ini melibatkan perbincangan, penyelesaian
masalah dan aktiviti lain yang dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil atau secara
berpasangan untuk mencapai matlamat bersama. Pembelajaran berkumpulan
melibatkan pengawasan dan penggalakkan interaksi di kalangan pelajar berbanding
dengan persaingan pembelajaran atau pembelajaran persendirian (Kagan, 1999).
Sebahagian kaedah pembelajaran berkumpulan berorientasikan kepada penguasaan
kemahiran asas dan pengetahuan seseorang. Sementara terdapat juga yang
berorientasikan pelajar melengkapkan sesuatu projek yang sukar secara berkumpulan,
yang menekankan kemahiran berfikir yang lebih kritis dan analitikal.

Dalam pembelajaran berkumpulan, para pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran


sendiri dan kumpulan (Gokhale, 1995). Dengan itu, setiap ahli kumpulan
bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan dan komited dalam pembahagian
tugas bagi memastikan tercapainya objektif pembelajaran. Elemen-elemen di dalam

Muka surat 1/7


pembelajaran berkumpulan berupaya menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk
belajar. Merujuk kepada teori perkembangan kognitif, Salvin (1996) berpendapat
melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat
membantu mereka untuk menguasai konsep-konsep penting. Woolfolk (1995)
mencadangkan situasi interaksi sesama pelajar adalah perlu untuk membantu proses
berfikir pelajar.

Menurut Panitz (1996) apabila pelajar diberi tanggungjawab untuk memastikan


kejayaan kumpulan, mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam proses
pembelajaran dan berakhir dengan memikul lebih banyak tanggungjawab. Ini bukan
sahaja menimbulkan sikap positif dalam pembelajaran bahkan ianya juga akan
membentuk hubungan baik di antara ahli dalam pembelajaran bahkan ianya juga akan
membentuk hubungan baik di kalangan ahli dalam kumpulan yang sama terutamanya
kumpulan yang di mana di dalamnya terdapat perbezaan latarbelakang budaya dan
sosio-ekonomi khususnya untuk pelajar di peringkat tertiary (pengajian atas) yang
berbilang kaum di Malaysia. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui kaedah
pembelajaran yang digunakan oleh para pelajar apabila menghadapi masalah dalam
pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran.

METODOLOGI

Kajian dijalankan di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Johor Bahru.
Institusi dipilih berdasarkan hubungan yang baik antara pihak pengurusan Institusi
dengan penyelidik. Seramai 31 orang pelajar yang mengikuti matapelajaran Prinsip
Pengurusan di institusi berkenaan telah terlibat sebagai subjek kajian. Pelajar terdiri
daripada 12 orang pelajar lelaki dan 19 orang pelajar perempuan. Pemilihan responden
adalah berdasarkan kepada bidang pelajaran yang memerlukan pelajar untuk
mengingati, memahami dan menguasai konsep-konsep penting pelajaran serta
memerlukan tindakan pelajar sekiranya berhadapan dengan masalah pembelajaran.

Kaedah soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Soalan dalam borang soal selidik
berlandaskan tiga (3) bentuk iaitu specific responses, checklist responses dan
open-ended answers. Pelajar diberi masa selama 15 minit untuk menjawab soal
selidik berikut yang merangkumi 15 soalan.

Kaedah pengiraan yang digunakan adalah kaedah pengiraan frekuensi (FCM


Frequency Count Method). Dimana, x ialah bilangan pelajar memilih sesuatu kaedah
manakala n pula mewakili jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat dalam kajian ini. y
mewakili peratusan yang diperolehi.

x/n X 100 % = y %

DAPATAN KAJIAN

Jadual dibawah menunjukkan bilangan sampel lelaki dan perempuan yang terlibat
sebagai subjek kajian. Responden terdiri daripada pelajar yang mengambil
matapelajaran Prinsip Pengurusan. Melayari internet dan lain-lain hanya diwakili oleh
sampel perempuan. Mendapatkan bantuan pensyarah, belajar secara berkumpulan dan
membuat rujukan di perpustakaan terdiri daripada kedua-dua kumpulan jantina.
Berdasarkan sampel kedua-dua kumpulan jantina ini tidak akan membiarkan masalah

Muka surat 2/7


begitu sahaja jika menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Bilangan sampel
adalah seramai 31 orang, iaitu 19 orang pelajar perempuan dan 12 orang pelajar
lelaki.

JADUAL 1 : TABURAN RESPONDEN KAJIAN

Kaedah Pembelajaran Lelaki Perempuan Bilangan


Bantuan Pensyarah 3 4 7
Pembelajaran berkumpulan 8 9 17
Rujukan di perpustakaan 1 3 4
Melayari internet 0 2 2
Membiarkan masalah 0 0 0
Lain-lain 0 1 1
Jumlah 12 19 31

Melalui jawapan dari borang soal selidik yang dikutip, data-data berikut telah
diperolehi;

JADUAL 2 : MAKLUMAT DAPATAN BERDASARKAN BORANG SOAL


SELIDIK.

Kaedah Pembelajaran Lelaki Perempuan Bilangan Peratus (%)


Bantuan Pensyarah 3 4 7 22.6
Pembelajaran berkumpulan 8 9 17 54.8
Rujukan di perpustakaan 1 3 4 12.9
Melayari internet 0 2 2 6.5
Membiarkan masalah 0 0 0 0.0
Lain-lain 0 1 1 3.2
Jumlah 12 19 31 100.0

Melalui data yang diperolehi, didapati kebanyakan pelajar, iaitu 54.8% menggunakan
kaedah pembelajaran berkumpulan untuk menyelesaikan masalah berkaitan sesuatu
matapelajaran. Salvin (1995), berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar
pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu mereka untuk menguasai konsep-
konsep penting.

Hasil data turut menunjukkan peratusan pelajar yang meminta bantuan pensyarah
adalah 22.6%, 12.9% membuat rujukan di perpustakaan, melayari internet 6.5% dan
lain-lain seperti pembelajaran secara bersendirian sebanyak 3.2%. Dapatan juga
menunjukkan pelajar tidak membiarkan masalah mereka berlalu tanpa mencari jalan
penyelesaian.

Muka surat 3/7


JADUAL 3 : MAKLUMAT DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN
JANTINA.

Kaedah Pembelajaran Bilangan Peratus Bilangan Peratus


Lelaki (%) Perempuan (%)
Bantuan Pensyarah 3 25.0 4 21.0
Pembelajaran 8 66.7 9 47.4
berkumpulan
Rujukan di perpustakaan 1 8.3 3 15.8
Melayari internet 0 0.0 2 10.5
Membiarkan masalah 0 0.0 0 0.0
Lain-lain 0 0.0 1 5.3
Jumlah 12 100.0 19 100.0

Merujuk kepada Jadual 3, tidak dinafikan bahawa pembelajaran berkumpulan adalah


kaedah pembelajaran yang diminati oleh kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan di
IPTS tersebut. Walau bagaimanapun, peratusan pelajar lelaki yang melaksanakan
pembelajaran berkumpulan mengatasi peratusan pelajar perempuan sebanyak lebih
kurang 20%. Terdapat pelajar perempuan yang menggunakan kaedah pembelajaran
secara internet, iaitu sebanyak 10.5% berbanding pelajar lelaki yang tidak langsung
menggunakan kaedah tersebut. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan didapati 15.8%
pelajar perempuan membuat rujukan ke perpustakaan bila menghadapi masalah dalam
pembelajaran, sedangkan kaedah ini hanya melibatkan 8.3% pelajar lelaki sahaja. 5.3%
pelajar perempuan memilih untuk belajar secara persendirian (lain-lain).

PERBINCANGAN

Pembelajaran berkumpulan adalah pembelajaran secara aktif yang memerlukan


penglibatan dan kerjasama setiap pelajar di dalam kumpulan. Untuk menjayakan
kaedah pembelajaran ini beberapa ciri-ciri telah dikenalpasti. Ianya adalah seperti
berikut,
Memerlukan sikap saling kebergantungan yang positif dikalangan ahli untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan.
Setiap individu bertanggungjawab dalam menyelesaikan bahagian kerja masing-
masing.
Perlukan interaksi secara face to face.
Ahli-ahli kumpulan perlu tahu menyesuaikan aplikasi kemahiran interpersonal,
komunikasi, kepimpinan dan pengurusan konflik.
Penilaian kumpulan secara kerap harus dilakukan untuk memperbaiki
kelemahan dalam kumpulan dan meningkatkan kerjasama berkumpulan.

Dari kajian yang dilaksanakan, didapati pembelajaran berkumpulan mempunyai lebih


kesan positif ke atas pelajar yang menggunakan kaedah ini untuk menyelesaikan
masalah pembelajaran mereka. Di antara kesan-kesan yang telah dikenalpasti adalah
seperti berikut,
Pelajar dapat mengeluarkan idea-idea baru berkenaan masalah yang mereka
hadapi dalam sesuatu matapelajaran.
Mengurangkan masalah ketidak fahaman mengenai sesuatu matapelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar berkongsi dan bertukar idea.
Membantu pelajar berfikir secara analitikal dan kritis.

Muka surat 4/7


Meningkatkan tahap keyakinan pelajar.
Meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.

Walaupun mendatangkan kesan yang positif, terdapat sebahagian pelajar yang tidak
berminat untuk menjalankan kaedah pembelajaran ini dengan alasan;
Ia mengambil masa yang agak lama dan panjang.
Kurang kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan.
Pelajar yang kurang kemampuan (low ability) akan ketinggalan.
Berlaku dominasi atau penguasaan perbincangan oleh ahli-ahli tertentu (yang
aktif).
Terpaksa menerima kata putus majoriti.
Wujud Free-riders di dalam kumpulan.

Cadangan

Berdasarkan maklumbalas yang diberikan oleh pelajar yang terlibat di dalam kajian,
penyelidik telah menggariskan secara kasar aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila
ingin menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan.

1. Memperkenalkan pembelajaran berkumpulan kepada pelajar.


Pelajar perlu didedahkan dengan teknik belajar secara berkumpulan di peringkat
awal persekolahan lagi. Selain itu pelajar perlu diberi penerangan ringkas
mengenai perjalanan aktiviti pembelajaran berkumpulan bagi membolehkan
pelajar memainkan peranan sepenuhnya dalam perbincangan tersebut.

2. Aktiviti kerja berkumpulan.


Semasa aktiviti kerja berkumpulan, setiap ahli kumpulan haruslah berperanan
sepenuhnya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan secara maksima untuk
mendapatkan hasil yang efektif. Secara tidak langsung sebarang masalah yang
timbul di dalam sesuatu kumpulan seperti ahli kumpulan yang tidak serasi,
kurangnya kerjasama, ahli kumpulan membuat kerja secara individu atau hanya
pelajar tertentu yang menguasai kumpulan dapat diatasi.

3. Pelajar mesti mempunyai kemahiran bersosial dan kemahiran kognitif.


Pelajar perlu mempraktikkan kemahiran bersosial dan kemahiran kognitif di
dalam kumpulan. Kemahiran sosial yang dimaksudkan adalah kemahiran
mendengar, berkongsi dan memberi galakan yang digunakan ketika berinteraksi
dengan individu lain sama ada secara lisan atau bukan lisan. Selain itu
kemahiran sosial akan dipelajari secara tidak langsung semasa pelajar
berinteraksi. Dengan adanya kemahiran bersosial dapat membantu
mempercepatkan lagi proses penyesuaian sesama pelajar di dalam kumpulan
yang terdiri daripada pelajar yang berbeza latar belakang dan wujud
perbincangan dalam suasana yang harmoni.

Kemahiran kognitif juga dikenali sebagai kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis. Merujuk kepada keupayaan untuk memproses maklumat, menentukan
hubungkait serta membuat kesimpulan dan keputusan. Kemahiran berfikir
diperlukan kerana pelajar perlu membimbing dan dibimbing untuk melibatkan
diri dengan proses berfikir tentang kandungan pelajaran pada tahap yang lebih

Muka surat 5/7


tinggi (pelajar institusi pengajian tinggi misalnya). Kemahiran berfikir membantu
pelajar melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan secara lebih aktif sama ada
sebagai pengajar atau sebagai orang yang diajar.

4. Pembentukan kumpulan pelajar.


Bilangan optima yang dicadangkan ialah empat (4) orang yang mana
membolehkan mereka berbincang secara berpasangan. Setiap kumpulan kecil
adalah lebih baik sekiranya terdiri daripada pelajar yang berbeza etnik. Pelajar
sendiri mengakui bahawa aktiviti berkumpulan memberi peluang kepada mereka
untuk lebih mengenali rakan daripada etnik lain. Dalam masyarakat yang
berbilang bangsa proses integrasi etnik perlu digalakkan memandangkan di
dalam pergaulan mereka seharian, iaitu di luar masa kelas pelajar lebih senang
berada di dalam kelompok etnik yang sama yang berkemungkinan tahap
keupayaan kognitif mereka adalah hampir sama. Justeru itu, sesuatu kumpulan
tersebut perlulah terdiri daripada pelajar yang berbeza tahap kebolehannya.
Keupayaan kognitif seorang pelajar dapat ditingkatkan dengan bantuan rakan
sebaya yang lebih berkebolehan (Woolfolk, 1995).

Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

Kajian ini dijalankan di dalam situasi kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai tahap
kebolehan dalam suatu subjek sahaja di IPTS, maka kajian lanjutan perlu dilakukan
terutama bagi subjek-subjek yang sukar untuk dikuasai dalam pembelajaran secara
individu.

KESIMPULAN

Maklum balas daripada responden merupakan maklumat yang sangat berguna bagi
menilai kesesuaian sesuatu kaedah pembelajaran dilaksanakan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung untuk berbincang secara berkumpulan
ketika menghadapi masalah dalam pembelajaran. Melalui pembelajaran secara
berkumpulan akan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.
Ini secara tidak langsung berupaya meningkatkan pencapaian pelajar kerana dengan
adanya interaksi sesama mereka menyebabkan berlakunya perubahan dalam kognitif
pelajar. Di mana di dalam membincangkan teori perkembangan kognitif, Woolfolk
(1995) mencadangkan situasi interaksi sesama pelajar adalah perlu untuk membantu
proses berfikir pelajar. Teori penerangan kognitif menjelaskan bahawa melalui
penerangan yang diberikan kepada rakan menyebabkan berlakunya proses
penstrukturan kognitif yang mana ia membantu proses pengekalan maklumat. Banyak
kajian telah menunjukkan, apabila pelajar digalakkan belajar secara berkumpulan atau
bersama-sama, pengetahuan mereka dalam kemahiran perhubungan (sosial) akan
meningkat dan mereka juga akan mampu menyelesaikan masalah secara berkumpulan.
Disamping itu mereka juga akan saling bantu membantu dalam penyelesaian masalah.

Muka surat 6/7


RUJUKAN

Gokhale, A.A (1945). Collaborative Learning Enhances Critical Thinking. Journal of


Technology Education.

Hasmah Binti Din, (2000). Cooperative Learning Approach in English Essay Writing
Task : UKM 3rd Year BA(ELS). Students Perception Project Paper. B.Ed.
Tesl,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Panitz, (1996). 67 Benefits of Cooperative Learning.


http:/home.capercod.net/-tpanitz/tedarticles/cooperative.htm(27/02/02).

Salvin, R.E. (1995). Cooperative learning among students: Theory, research and
Implication for active learning.
http://www/scov.csos.jhu.edu/sfa/cooplearn.htm.

Salvin, R.E. (1996). Research on cooperative learning and achievement: what we


know,
what we need to know. Contemporary Education Educational Psychological,
21,
433-69.

Spencer Kagan, (1999). Cooperative Learning. Resources for Teachers, Inc.

Woolfolk, A. E. (1995). Educational Psychology (6th Edition). Boston: Allyn &


Bacon.

Muka surat 7/7

You might also like