You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN SAN MIN,

LOT 1146, JALAN MERBOK,


36000 TELUK INTAN
________________________________________________________
MINIT MESYUARAT PANITIA BIOLOGI
Bil.1 Tahun 2015

Tarikh : 10 Januari 2015(Sabtu)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Makmal Biologi
Kehadiran : 3/3

Nama Guru Yang Hadir:-

1. Cik Khairunnisah binti Hussain


2. Encik Mohd.Firdaus bin Abdul Rahman

Hadir Bersama : En. Tan Teik Soon (Guru Kanan Sains dan Matematik)

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Cik Khairunnisah bt Hussain (Ketua Panitia Biologi) mengalu-alukan


kehadiran Encik Tan Teik Soon selaku Guru Kanan Sains dan Matematik dan
juga guru Biologi Encik Mohd Firdaus.

2.0 Ucapan Ketua Bidang Sains dan Matematik

2.1 Ketua Bidang Sains mengalukan kehadiran guru untuk mesyuarat kali
pertama.
2.2 Beliau menekankan Biologi merupakan subjek yang perlu dikuasai oleh setiap
pelajar kelas sains tulen.
2.3 Beliau meminta guru-guru untuk menggunakan kemudahan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran, menitikberatkan penggunaan FROG VLE untuk
meningkatkan pencapaian subjek Biologi.

Tindakan : Makluman

3.0 Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang ke-4(2014)

3.1 Dicadang : Encik Mohd.Firdaus bin Abdul Rahman


3.2 Disokong : Cik Khairunnisah binti Hussain

1
4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Pengerusi memaklumkan mulai tahun ini, PEKA diganti dengan Amali
Hidup untuk kelas Sains Tulen Tingkatan 4 .

4. 2. Pengerusi juga memaklumkan tiada PEKA dan Amali Hidup untuk kelas
Sains Tulen Tingkatan 5 . Namun begitu, kertas 3 masih diteruskan untuk
kelas Sains Tulen Tingkatan 5.

Tindakan : Makluman

5.0 Perkara Yang Dibincangkan

5.1 Dasar/ Program Akademik KPM/JPN/PPD dan Sekolah.


5.1.1 Pihak sekolah akan meneruskan dasarnya iaitu meningkatkan kualiti dan
kuantiti setiap mata pelajaran sebanyak 3% dan 5% masing-masing.
5.1.2 Pengerusi meminta pandangan Ketua Bidang mengenai penggunaan soalan
SOLAF dan WAJA . Ketua Bidang meminta semua program JPN harus
diteruskan sepenuhnya.
5.1.3 Ketua Bidang menggalakkan penggunaan FROG VLE dan meminta guru-
guru membina laman pembelajaran sendiri di FROG VLE.
5.1.4 Pengerusi memesan guru-guru peka terhadap program-program KPM sekolah
menengah seperti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) 2017,
MBMMBI, TIMSS dan PISA, MMI, PBS, FROG VLE, KBAT serta I-THINK.
Selain itu, Program JPN Perak iaitu Jawab untuk Skor A (JUSA) dan Modul
untuk Lulus (MULUS) dan PPD Hilir PERAK seperti Jiran Cemerlang,
Agresif Ke Arah A Realiti (AKAR) dan Agresif Lulus Untuk Semua Subjek
(ALUSS).
5.1.5 Latihan minimum ditetapkan untuk kumpulan Cemerlang, Sederhana dan
Lemah. (Sila rujuk lampiran)
Tindakan : Guru-guru Biologi

5.2 Pengurusan Panitia


5.2.1 Ketua Bidang mengingatkan guru-guru Biologi supaya melengkapkan borang
biodata guru beserta gambar, dan Jadual Waktu subjek Biologi.
5.2.2 Pelantikan Jawatankuasa Panitia Biologi Sesi 2015
Penyelaras : Encik Tan Teik Soon
Pengerusi : Cik Khairunnisah binti Hussain
Penolong Pengerusi : Encik Mohd.Firdaus bin Abdul Rahman
Penyelaras Tingkatan
Tingkatan 4 : Encik Mohd.Firdaus bin Abdul Rahman
Tingkatan 5 : Cik Khairunnisah binti Hussain
Tindakan : Guru-guru Biologi

2
5.3 Rancangan Tahunan Panitia
5.3.1 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik bagi setiap tingkatan bagi
kumpulan elit dan halus akan diteruskan.
5.3.2 Pengerusi memaklumkan Minggu Sains Peringkat Sekolah akan diadakan pada
minggu ke-13 iaitu 06 10 April 2015.
Tindakan : Makluman

5.4 Buku Persediaan Mengajar


5.4.1 Pengerusi memesan guru-guru mengisi semua butiran di dalam Buku
Persediaan Mengajar.
5.4.2 Pengerusi berpesan Rancangan Pelajaran Tahunan dan sukatan pelajaran yang
diedarkan hendaklah senantiasa disimpan di dalam buku persediaan mengajar.
5.4.3 Pengerusi meminta guru-guru Sains menulis Rancangan Pengajaran Harian
dengan format yang lengkap seperti berikut:
Theme
Learning Area
Learning Objective
Learning Outcomes
Learning Activity
Reflection
5.4.4 Pengerusi mengingatkan guru-guru menulis refleksi dalam bentuk bilangan
pelajar mencapai objektif per bilangan pelajar yang hadir dengan menggunakan
dakwat merah.
Tindakan : Guru-guru Biologi

5.5 Pencerapan
5.5.1 Pengerusi memaklumkan pencerapan akan dilakukan oleh Guru Kanan dan
barisan pentadbir sekolah. Jadual pencerapan akan diedarkan setelah diterima
daripada pihak pentadbir
Tindakan : Makluman

5.6 Penilaian dan peperiksaan


5.6.1 Pengerusi memaklumkan tiada soalan peperiksaan selaras untuk tahun 2015.
5.6.2 Pengerusi meminta guru-guru penggubal soalan menyediakan Jadual
Spesifikasi Ujian sebelum menggubal soalan.
5.6.3 Peperiksaan perlu meliputi soalan HOTS tidak kurang daripada 50%.
5.6.4 Untuk Peperiksaan Awal Tahun , guru penggubal soalan Biologi perlu
mengikut kejadual berikut ;-

Tingkatan Masa Bilangan dan Bentuk Soalan

4,5 2 jam 20 objektif, 4 struktur, 1 esei

3
5.6.5 Takwim peperiksaan adalah seperti berikut:
Peperiksaan Peperiksaan Akhir
Peperiksaan Akhiri Peperiksaan
Ting. Pertengahan Tahun /
Awal Tahun PdP Percubaan
Tahun Amali / SPM
M9 & M10 M18, M19 &
M37 & M38
4 (06/03- M20 M35 -
(12/10 23/10)
13/03) (13/05 27/05)
M9 & M10 M18, M19 & M32, M33 &
M40
5 (06/03- M20 M27 M34
(02/11 02/12)
13/03) (13/05 27/05) (04/09 18/09)
Tindakan : Guru-guru Biologi

5.7 Jadual Guru Penyedia Kertas Peperiksaan Biologi Tahun 2015


Tingkatan Awal Tahun Pertengahan Tahun Akhir Tahun/ Percubaan SPM

4 Encik Mohd Cik Khairunnisah Encik Mohd Firdaus


Firdaus
5 Cik Encik Mohd Firdaus Cik Khairunnisah
Khairunnisah
Tindakan : Guru-guru Biologi

5.8 TOV/Headcount
5.8.1 Pengerusi meminta guru-guru mengenalpasti kumpulan pelajar yang
mempunyai potensi cemerlang dan lulus serta rekodkan dalam buku persediaan
mengajar.
Tindakan : Guru-guru Biologi

6.0 Hal-hal lain


6.1 Ketua Bidang menayangkan cara pembinaan site di FROG VLE dan
menunjukkan contoh-contoh yang telah dibuat.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh :- Disemak dan disahkan oleh :-

____________________________ ________________________________
(Cik Khairunnisah bt Hussain) Encik Tan Teik Soon
Ketua Panitia Biologi Guru Kanan Sains dan Matematik
SMJK San Min SMJK San Min

You might also like