You are on page 1of 3

MODUL: Jirim 2

Ujian Pra
Skema Pemarkahan
1. (10 minit)
Perubahan keadaan

Membuat lilin
Apabila lilin besar dibuat di dalam acuan, pertamanya sumbu dipegang di bahagian tengah
acuan dan kemudian, lilin cecair akan dituang dan dibiarkan memejal. Walaubagaimanapun,
ini bukan proses yang akhir. Selepas lilin menjadi pepejal, aras lilin di dalam acuan perlu
ditambah untuk menjadikannya sama rata.

Paip yang meletus


Di negara-negara yang beriklim sangat sejuk, adalah sangat penting untuk menjaga paip
logam yang membekalkan air ke paip luar. Apabila suhu jatuh ke bawah 0C, pastikan bekalan
air di dalam bangunan ditutup, manakala pair luar dibuka. Jika tidak, paip boleh menjadi rosak.

Garam di atas jalan raya


Di negara-negara yang beriklim sangat sejuk, campuran garam dan grit diletakkan di atas jalan
raya yang licin berais. Hal ini adalah untuk mengurangkan bahaya semasa memandu.

Rujuk maklumat di atas.


Terangkan apa yang berlaku di dalam teks dengan merujuk istilah jirim. Tulis jawapan anda di
dalam ruangan di bawah.
a. Membuat lilin
Apabila lilin menjadi pepejal, molekul lilin tersusun rapat bersama-sama. Hal ini
bermakna lilin pejal mengambil isi padu yang kurang daripada lilin cair. Keadaan ini
akan meninggalkan lekuk pada dasar lilin yang perlu ditambah.

b. Paip meletus
Air adalah berbeza daripada hampir kesemua bahan lain. Air mengembang apabila
memejal. Molekul air mempunyai struktur heksagon yang lebih terbuka dalam keadaan
pepejal. Hal ini bermaksud ais adalah kurang tumpat dan terapung di dalam cecair.

1
c. Garam di atas jalan raya
Garam terlarut melemahkan daya antara molekul ais. Hal ini bermakna ais mencair pada
suhu yang lebih rendah. Hal ini menghalang ais terbentuk di atas jalan raya apabila
suhu jatuh di bawah 0C (perlindungan ini hanya berfungsi untuk suhu sehingga -15C,
tetapi hanya terdapat beberapa negara yang mempunyai suhu sebegitu).

2. (10 minit)
Sifat logam
Logam ialah bahan yang mempunyai sifat yang unik. Berikut diberikan senarai:
Boleh ditempa dan mulur
Fleksibel dan kuat
Keras
Tumpat
Mengkondusi haba
Mengkonduksi elektrik
Bergema dan berkilat
Gangsa kali pertama ditemui 4,500 tahun yang lalu, dan 2,200 tahun yang lalu pula besi yang
pertama telah dibuat. Semenjak dari saat itu, dunia telah berubah. Logam adalah lebih baik
daripada bahan lain untuk membuat alatan, senjata dan benda-benda lain yang berguna.
Pelbagai sifat yang dimiliki logam membuatkannya berguna. Logam telah menjadikan teknologi
sesuatu yang dapat dicapai. Tanpa logam, perkilangan, komunikasi dan teknologi perubatan
tidak wujud.
Gambar menunjukkan model 2-D untuk struktur logam yang biasa. Setiap logam akan
bersentuhan dengan jiran sebelahnya dan tersusun seperti bola di dalam kotak. Dalam struktur
kekisi 3-D, setiap atom menyentuh dua belas atom yang lain.

2
Rujuk maklumat di atas.
Jawab menggunakan istilah jirim.
a. Apakah maksud boleh ditempa dan mulur?
Boleh ditempa dan mulur bermaksud logam boleh diketuk kepada kepingan atau ditarik
untuk membentuk wayar. Secara amnya, ini bermakna logam boleh dijadikan bentuk
baharu dengan mudah tanpa pecah.

b. Terangkan mengapa logam adalah lebih tumpat daripada bahan lain?


Nukleus atom logam adalah besar. Hal ini bermakna logam ialah atom yang berat. Oleh
sebab logam diperbuat daripada zarah-zarah yang besar maka banyak logam adalah
lebih tumpat daripada bahan lain.

c. Apakah maksud membentuk gema dan berkilat?


Membentuk gema bermaksud akan berbunyi seperti loceng apabila dilanggar dan
berkilat bermaksud akan digilap menjadi berkilat.

Gambar rajah di atas mewakili susunan atom di dalam struktur pepejal.

d. Terangkan mengapa logam boleh dibengkokkan tanpa menjadi patah.


Hal ini disebabkan ikatan di dalam pepejal membenarkan atom mengelongsor di antara
satu dengan yang lain kepada kedudukan baharu tanpa memecahkan strukturnya.
Logam dipegang bersama-sama di dalam strukturnya oleh lautan elektron.

You might also like