You are on page 1of 48

1

GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN

PUSAT KEGIATAN GURU


MALAYSIA

SEMAKAN 2016

I
diterbitkan oleh:
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pesiaran Bukit Kiara
50604 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2081 7777 Faks: 03-2081 7788
Web: www.moe.edu.my

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2016


Cetakan Pertama 2016

Hakcipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan
dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang cara, baik secara sebahagian atau keseluruhan, tanpa izin bertulis daripada Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia


Data Pengkatalogan dalam Penerbitan

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia


Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 - 2020 / Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
ISBN: XXXXXXXXX

II
ISI KANDUNGAN

PRAKATA iv

RINGKASAN EKSEKUTIF v

LATAR BELAKANG
1.1 Sejarah Penubuhan 1
1.2 Struktur Organisasi 3
1.3 Tugas Pegawai 4
1.4 Objektif Pusat Kegiatan Guru 10
1.5 Visi & Misi 10
1.6 Fungsi 10

PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU


2.1 Peranan PKG Dahulu dan Sekarang 12
2.2 Fokus Peranan PKG Semasa 14

PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN PKG


3.1 Khidmat Bantu, Khidmat Kepakaran dan Hand holding 17
3.2 Meningkatkan Kompetensi Guru 18
3.3 Promosi Bahan Sumber Pendidikan 18
3.4 Fasiliti 18

JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI (JKPA) PKG


4.1 Konsep Pengoperasian 19
4.2 Struktur JKPA 19
4.3 Prinsip Pengoperasian 28

PENUTUP 35

PANEL PENULIS 37

RUJUKAN 39

LAMPIRAN 41

III
PRAKATA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera


dan Salam Sehati Sejiwa.

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T. kerana di atas keizinanNya, Buku Panduan Pengoperasian
Pusat Kegiatan Guru Malaysia dapat dihasilkan dengan jayanya.

Matlamat penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah untuk membantu meningkatkan
kualiti pendidikan melalui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah
yang dilaksanakan oleh guru. Selaras dengan peranan teknologi dalam pendidikan dan
hasrat serta objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM) 2013 2025, peranan
PKG perlu dimantapkan. PKG masa kini berperanan sebagai sebuah pusat kecemerlangan
pendidikan khususnya dalam penyebaran dan perkembangan inovasi untuk merealisasikan
teknologi sebagai pengupaya PdP abad ke-21. Dalam melaksanakan peranan tersebut,
PKG memberi perkhidmatan khidmat bantu serta kepakaran berkaitan inisiatif-inisiatif ICT
yang dilaksanakan di sekolah untuk meningkatkan kualiti PdP. Buku Panduan
Pengoperasian PKG ini disediakan khusus untuk semua warga Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP) dan cawangan, ianya menjelaskan peranan PKG, pengoperasian
perkhidmatan PKG serta peranan Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG. Oleh
itu saya yakin sekiranya setiap warga BTP dan sekolah malah seluruh warga Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) memahami dan menghayati buku panduan ini, In Sya Allah
PKG mampu menjadi Pusat Kecemerlangan Teknologi Pendidikan yang diiktiraf bukan
sahaja di peringkat KPM malah di peringkat antarabangsa. Panduan ini memerlukan
sokongan padu dan penghayatan yang jitu semua pihak untuk memastikan inisiatif ICT KPM
dan Pembestarian Sekolah memenuhi objektifnya.

Akhir kata saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada pasukan kerja
penyediaan buku panduan ini serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam penerbitan buku panduan ini. Saya sentiasa berdoa agar usaha murni tuan-tuan dan
puan-puan akan terus dirahmati dan saya yakin, keikhlasan serta pengorbanan seperti inilah
yang dapat menggerakkan fikiran serta emosi masyarakat untuk memberi penghormatan
dan penghargaan secara berterusan kepada warga pendidik di semua peringkat. Saya
percaya dengan segala usaha dan komitmen kita bersama mampu merealisasikan hasrat
untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

IV
RINGKASAN EKSEKUTIF

Latar Belakang

Pada tahun 1987, organisasi Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) telah
dirombak untuk membolehkan Unit Teknologi Pendidikan (UTP) dicantumkan dan
diserapkan ke dalam organisasi PSPN. Pada tahun 1996 semua PSPN telah diletakkan di
bawah pengawasan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG)
telah diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PSPN. Sebanyak 367 buah Pusat
Kegiatan Guru (PKG) telah diwujudkan di seluruh negara yang mana 200 buah daripada
PKG tersebut mempunyai bangunan sendiri dan 167 buah lagi berbangunan sementara
yang menumpang di bangunan sekolah atau bangunan yang telah diubah suai. PKG
merupakan sebuah organisasi yang bersifat mesra pengguna dan tempat membolehkan
guru membuat perbincangan dan mengikuti kursus. PKG juga berperanan mewujudkan
tempat berkongsi pengalaman tentang bahan-bahan sumber pendidikan dan pemikiran guru
serta para pendidik lain, mendapat maklumat tentang hal-hal yang berkaitan dengan
pendidikan serta dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Peranan Pusat Kegiatan Guru

Peranan PKG adalah untuk mengatasi dan merapatkan jurang perbezaan dalam
pencapaian pendidikan sekolah-sekolah di bandar dan di luar bandar. Di samping itu juga
PKG menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membantu dalam membina bahan
pengajaran dan pembelajaran dengan kos yang rendah. Matlamat penubuhan PKG juga
adalah untuk memperkenalkan dan membiasakan guru dengan asas pengetahuan dan
penggunaan teknologi maklumat. Matlamat penubuhan PKG adalah jelas bertujuan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan melalui keberkesanan pengajaran pembelajaran di bilik
darjah yang dilaksanakan oleh guru. PKG telah berusaha untuk mencapai perkara-perkara
seperti berikut :
Memupuk kesedaran para pendidik terhadap pentingnya peranan teknologi
pendidikan dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.
Memberi khidmat bantuan yang boleh memenuhi keperluan meningkatkan
mutu pengajaran khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar bandar.

V
Menggalakkan para pendidik menyampaikan pelajaran dengan cara yang lebih
kreatif dan inovatif melalui penggunaan pelbagai media pendidikan, dengan
memberikan latihan serta khidmat nasihat dan bantuan teknikal.
Membantu dalam perancangan dan pelaksanaan sebarang pembaharuan
kurikulum.

Pengoperasian Perkhidmatan Pusat Kegiatan Guru

Kemudahan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat komunikasi telah


diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara, untuk menghasilkan generasi pelajar
celik teknologi maklumat dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat
bermaklumat. PKG di seluruh negara juga telah dinaik taraf dengan kemudahan
infrastruktur , ini kerana PKG terlibat dengan penyebaran maklumat dan berperanan sebagai
pakar runding kepada para guru dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran
termasuk penggunaan teknologi ICT dalam PdP, peranan PKG dan pelaksanaannya dalam
membantu guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran melalui
peranannya seperti berikut:
(i) Menjalankan proses promosi PKG dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.
(ii) Melaksanakan kursus/ bengkel/seminar.
(iii) Menyediakan kemudahan perkakasan, peralatan dan perisian ICT.
(iv) Menyediakan juruteknik komputer bagi membantu menyelengara peralatan ICT
(v) Menjalani pelbagai aktiviti PKG untuk perkembangan profesionalisme guru.

Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG

PKG berupaya menjadi pengurus yang baik, berkeupayaan untuk meramal dan
merancang keperluan PKG masa hadapan. Ini membolehkan pengurus PKG merangka visi,
misi dan objektif PKG berasaskan perspektif yang lebih luas, mempunyai keintelektualan
dan visi yang luas, idea yang kreatif, dan berkeupayaan menggunakan pengetahuan dan
perkembangan teknologi dalam membangunkan PKG. Di samping itu juga, berkeupayaan
melihat masalah dari pelbagai sudut sebelum memperoleh kaedah penyelesaian yang
menyeluruh dan berkesan. Bagi mengerakkan aktiviti PKG diwujudkan Jawatankuasa
Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG yang dijalankan atas keperluan sekolah setempat atau
sekolah ahli zon PKG. JKPA PKG yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar
sekolah ahli berperanan untuk membuat perancangan berkaitan keperluan aktiviti
yang berkaitan dengan dasar BTPN/PKG. Peranan JKPA juga akan mewujudkan pakatan
dan aktiviti perkongsian antara sekolah ahli melalui PKG.

VI
Latar Belakang

1.1 SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Kegiatan Guru


(PKG) bermula dengan
tertubuhnya Pusat Sumber
Tempatan (PST) di 302 buah
sekolah pada tahun 1978. Pada
tahun 1981, PST dikenali
sebagai Pusat Media Daerah
(PMD), iaitu selaras dengan
konsep dan rasional pembukaan
empat buah Pusat Sumber

PST (1978) Pendidikan Negeri (PSPN) di


Kedah, Kelantan, Terengganu
PMD (1981) dan Pahang.

PSPD (1986)
Pada tahun 1986 nama
PMD telah diubah kepada Pusat
Sumber Pendidikan Daerah
(PSPD). Setiap PSPD memberi
PKG (1990)
perkhidmatan kepada 15 hingga
20 buah sekolah di kawasannya.

1
Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang
perbezaan pencapaian pendidikan antara bandar dan luar bandar dengan
menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan kemudahan membina
bahan pengajaran dan pembelajaran dengan kos yang minimum.

Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen


untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi
pendidikan (Teknopen). Bidang pendidikan telah melalui perubahan hasil
daripada peningkatan keperluan profesionalisme guru-guru. Seterusnya pada
tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan
diberikan peranan yang lebih luas.

Sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dengan


menggunakan peruntukan Bank Dunia. Manakala 150 buah lagi telah
diwujudkan menggunakan bangunan sekolah sedia ada. Nama PKG adalah
bersesuaian untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah
bagi mengelak kekeliruan pada istilah Daerah yang memberi gambaran
sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995
PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai
pengiktirafan atas kecemerlangan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30


Oktober 1995, mulai 1 Januari 1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah
pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

2
1.2 STRUKTUR ORGANISASI

Pada peringkat awal penubuhan, pengurusan PKG ditadbir dan diurus


oleh seorang pegawai yang dikenali sebagai Penyelaras PKG. Pada hari ini
PKG dikendalikan oleh empat orang kakitangan. Rajah 1 menunjukkan
struktur Organisasi PKG.

KETUA PENOLONG PENGARAH

KETUA UNIT
BTPN

KETUA PKG

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PENOLONG PEGAWAI MAKLUMAT/ PEMBANTU TADBIR


JURUTEKNIK KOMPUTER

RAJAH 1 : Struktur Organisasi PKG

3
1.3 TUGAS PEGAWAI
Pegawai PKG adalah untuk memperkenal dan membiasakan guru
dengan asas pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat bagi
meningkatkan kualiti pendidikan melalui keberkesanan pengajaran pembelajaran
di bilik darjah yang dilaksanakan oleh guru.

1.3.1 PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN


1.3.1.1 Pengurusan Dan Pentadbiran

Bertanggungjawab membantu BTPN menyediakan


Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi pengurusan
dan aktiviti PKG.

Bertanggungjawab ke atas pengurusan pentadbiran


am, perolehan kerajaan dan inventori.

Menyelia dan menyenggara bangunan dan peralatan


PKG.

Mempromosi dan menyebar pelbagai sumber


pendidikan dan perkhidmatan di PKG.

Menjadi penggerak dan mengoptimumkan


keberkesanan pelaksanaan Program Nadi Ilmu
Amalan Membaca (NILAM) sekolah-sekolah setempat.

Menyedia laporan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)


dan laporan kewangan bulanan dan tahunan.

1.3.1.2 Pembangunan Sumber Manusia Setempat


Mengurus dan mengendali program dan latihan
teknologi pendidikan.

Sebagai fasilitator program dan latihan teknologi


pendidikan.

4
Memberi khidmat nasihat penggunaan media, peralatan
dan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran.

Membimbing dan memberi khidmat nasihat mengenai


bidang pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber
Sekolah (PSS) sekolah- sekolah setempat.

Memberi khidmat nasihat mengenai pengautomasian


PSS sekolah-sekolah setempat.

Membantu menyelaras perkongsian idea dalam


pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi
pendidikan.

1.3.1.3 Pembestarian Sekolah


Pemudah cara Program Pengurusan Perubahan
Pendidikan Bestari di sekolah-sekolah setempat.

Memberi bimbingan kepada sekolah setempat dalam


penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam pelbagai media.

Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada


sekolah-sekolah setempat :
Penyenggaraan ICT
Penggantian Makmal Komputer
Pusat Akses Sekolah
Projek-Projek Inisiatif ICT

1.3.1.4 Pemantauan dan bimbingan Program Teknologi


Pendidikan
Membantu Bahagian Teknologi Pendidikan dan Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri memberi bimbingan program

teknologi pendidikan berkaitan dengan Pembelajaran


Maya, EduWebTV, Program NILAM, Pusat Sumber

5
Sekolah, pengurusan bahan sumber dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah setempat.

1.3.1.5 Penghasilan Bahan Sumber Pendidikan


Membantu Bahagian Teknologi Pendidikan dan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri menjalankan
kajian dan mengedar dapatan kajian ke sekolah-
sekolah setempat.

Membantu Bahagian Teknologi Pendidikan dan


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri menghasilkan
bahan-bahan sumber pendidikan.

Menguruskan perkhidmatan rakam salin bahan audio


visual pendidikan.

1.3.1.6 Urus Setia


Mempengerusikan mesyuarat Pengurusan PKG.

Menjalankan tugas sebagai Setiausaha Jawatankuasa


pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG.

1.3.1.7 Menjalankan Tugas Lain Yang Diarahkan


Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
pengurusan BTPN dari semasa ke semasa.

1.3.2 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT/JURUTEKNIK


KOMPUTER
1.3.2.1 Pengurusan Inisiatif ICT

Membantu merancang, mengurus, menyelia dan


melaksanakan penggunaan kemudahan infrastruktur
teknologi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di PKG dan
sekolah ahli.

6
Melapor dan bertanggungjawab kepada Pegawai
Teknologi Pendidikan PKG.

Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN


berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan
rangkaian router, server, switch dan sebagainya.

Membuat verifikasi kerosakan peralatan ICT.

Membantu mengurus akaun pengguna dan e-mel.

Memastikan kesemua kemudahan infrastruktur


teknologi berada keadaan baik dan bersedia untuk
digunakan.

Memastikan garis panduan/peraturan/tatacara


penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi
dipatuhi.

Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada


masalah berkaitan dengan perkakasan, Sistem
Pengoperasian Rangkaian.

Membantu sebagai fasilitator dalam bengkel/kursus


yang berkaitan teknikal dan ICT.

1.3.2.2 Menyediakan Kemudahan Inisiatif ICT


Membantu merancang, mengurus, menyelia dan
melaksanakan penggunaan kemudahan infrastruktur
teknologi untuk aktiviti-aktiviti di PKG sahaja.

Memastikan kebersihan dan keselesaan persekitaran


bilik di mana kemudahan infrastruktur teknologi
ditempatkan.

Menyedia inventori bagi kemudahan infrastruktur


teknologi yang dibekalkan.

7
Membantu menyediakan keperluan infrastruktur
teknologi untuk kegunaan pejabat dan membantu
serta memberi bimbingan.

Membantu merancang dan menguruskan


pembelian bahan habis guna berasaskan ICT
(consumables).

Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur


teknologi dan data.

1.3.2.3 Memastikan Keselamatan Infrastruktur Inisiatif ICT


Memastikan bilik pelayan (server) hanya dimasuki
oleh pihak diberi kuasa sahaja.

Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan


berfungsi dengan baik.

Memastikan alat pemadam api berada dalam


keadaan baik dan berada di tempat yang telah
dikenalpasti.

Memastikan keselamatan data melalui langkah-


langkah berikut:
Memastikan komputer bebas dari virus.
Membantu membuat backup dan replikasi
maklumat.

1.3.2.4 Menjalankan Tugas-tugas Lain Yang Diarahkan


Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
pengurusan BTPN /PKG dari semasa ke semasa.

1.3.3 PEMBANTU TADBIR PKG


1.3.3.1 Pentadbiran
Mengendali dan mengemaskini sistem fail Pusat
Kegiatan Guru.

8
Menerima, merekod surat masuk dan keluar serta
urusan pos.

Menaip surat, minit mesyuarat, kertas kerja, laporan


dan perkara berkaitan pengurusan pejabat.

Menyedia dan menyimpan rekod kehadiran


kakitangan.

Mengurus segala rekod mengenai aduan dan


cadangan.

Mengendali edaran bahan-bahan kepada pelanggan.

Mengurus papan kenyataan pejabat dan merekod


surat.

Mengendali tempahan bilik-bilik, peralatan dan


inventori pejabat.

Menjaga kebersihan dan keceriaan Pusat Kegiatan


Guru.

1.3.3.2 Kewangan
Mengurus dan merekod terimaan peruntukan
daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.

Memohon, menerima dan mengurus borang


Pesanan Tempatan (LO) perolehan Pusat Kegiatan
Guru.

Menyedia laporan perbelanjaan bulanan dan


tahunan Pusat Kegiatan Guru.
1.3.3.3 Menjalankan Tugas-tugas Lain Yang Diarahkan
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
pengurusan BTPN /PKG dari semasa ke semasa.

9
1.4 OBJEKTIF PUSAT KEGIATAN GURU

1.4.1 Meningkatkan kompetensi guru mengintegrasi teknologi pendidikan


dan inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21.

1.4.2 Meningkatkan kompetensi GPB / GICT dalam mengurus inisiatif ICT


secara berkesan.

1.4.3 Meningkatkan kompetensi GPM dalam mengurus Pusat Sumber


Sekolah ( PSS ) secara berkesan.

1.4.4 Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan


pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan.

1.4.5 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru bagi menyokong


program bacaan serta literasi maklumat literasi bacaan di kalangan
murid

1.5 VISI DAN MISI

VISI
Menerajui transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

MISI
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional
pembudayaan inovasi teknologi pendidikan

RAJAH 2: Visi dan Misi

1.6 FUNGSI
Fungsi berlandaskan kepada Visi, Misi dan Objektif ke arah
pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.
Rajah 3 menunjukkan fungsi PKG.

10
1.7

FUNGSI 1: Melaksana, memantau, menilai dan mengurus


DASAR keperluan dasar teknologi pendidikan

FUNGSI 2: Melaksana khidmat bantu VLE dan PSS ke sekolah


KHIDMAT BANTU (Hand Holding)

FUNGSI 3: Menyelaras, mengurus, memverifikasi dan


VERIFIKASI PERALATAN memantau pengurusan peralatan ICT dan rangkaian
DAN RANGKAIAN (WAN dan LAN) di sekolah

FUNGSI 4: Menyelaras, melaksana kepakaran dan nasihatbagi


PEMBANGUNAN KAPASITI mempertingkatkan Inovasi Dan Kreativiti Teknologi
PROFESIONALISME Pendidikan di sekolah

FUNGSI 5: Menyelaras, memantau program literasi maklumat


PERKHIDMATAN SUMBER dan teknologi pendidikan serta pembangunan Pusat
PENDIDIKAN Sumber Sekolah.

RAJAH 3: Fungsi PKG


Atas keperluan dan perkembangan semasa, fungsi PKG perlu digerak
dan diperkasakan melalui tiga elemen iaitu:
i. Pemantauan dan Khidmat Bantu PKG ke Sekolah.
ii. Aktiviti Setempat Terancang PKG.
iii. Aktiviti Melalui Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG.

PEMANTAUAN DAN KHIDMAT BANTU


PKG KE SEKOLAH

AKTIVITI
PKG AKTIVITI
KE SEKOLAH SETEMPAT TERANCANG PKG

AKTIVITI MELALUI JAWATANKUASA


PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG

RAJAH 4: Aktiviti PKG ke sekolah

11
PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU

2.1 PERANAN PKG DAHULU DAN SEKARANG


Penggunaan pelbagai media di Malaysia telah bermula sejak awal lima
puluhan. Bagaimanapun, jenis alat atau media yang digunakan agak terhad.
Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, perkembangan dalam bidang
penyebaran maklumat telah berlaku dengan begitu pesat sekali. Ini adalah
bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang terkini kepada masyarakat.
Dalam jangka masa empat puluh tahun selepas merdeka, Malaysia sudah mula
menuju ke arah sebuah negara maju yang mampu bersaing dengan negara-
negara lain dari segi pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan pendidikan.
Perubahan pesat dalam sistem komunikasi dunia telah mengalih kepada budaya
teknologi maklumat dan sistem perhubungan yang menggunakan peralatan
teknologi yang canggih berasaskan konsep teknologi maklumat. Selain daripada
itu, maklumat tentang pembangunan ekonomi dunia masa kini jelas
memperlihatkan keadaan ekonomi antarabangsa yang sedang mengharungi
gelombang perubahan yang mencabar. Pada masa kini, perkembangan dan
pembangunan teknologi dengan menggunakan komputer sedang berlaku
dengan amat pesat sekali bagi menangani kehidupan masa hadapan.

Selaras dengan perkembangan ICT, Pusat Kegiatan Guru (PKG) juga


telah menjadi pemangkin untuk merangsang dan menjana pembangunan
profesionalisme guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan,
pembudayaan penggunaan teknologi pendidikan serta pembangunan Pusat
Sumber Sekolah (PSS). Peranan ini selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM ) 2013 2025. Anjakan 7 dalam PPPM memfokuskan kepada strategi
dan amalan yang memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia. Anjakan ini khusus melibatkan para guru mempelbagaikan kaedah
dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Gambaran
fokus PKG dahulu dan sekarang dirumuskan seperti Rajah 5.

12
DAHULU SEKARANG
Guru ke PKG berorientasikan aktiviti PKG ke sekolah ahli dengan
setempat melalui perkhidmatan rakam melaksanakan khidmat bantu / hand
salin dan percetakan serta kemudahan holding, pemantauan dalam bidang
peralatan siaraya teknologi pendidikan dan Pusat Sumber
Sekolah serta Program Galakan Membaca

Membantu guru dalam Pembinaan Khidmat bantu penggunaan bahan


bahan bantu mengajar PdP secara sokongan PdP Abad ke-21 sedia ada
Konvensional seperti slaid dan seperti bahan digital, perisian pendidikan
transparensi termasuk VLE, EduWebTV, LMS, Aplikasi
Online dan Bahan MBMMBI

Memberi latihan dalam penggunaan Meningkatkan kompetensi guru dalam


Bahan Bantu Mengajar (BBM) di PKG penggunaan perisian pendidikan dan
untuk digunakan di sekolah bahan sokongan PdP.

Pemantauan kepada Pusat Sumber Pemantauan berfokus kepada


Sekolah Pembestarian Sekolah termasuk inisiatif
ICT dan Pusat Sumber Sekolah serta
Program Galakan Membaca

Perkhidmatan dokumentasi aktiviti Perkhidmatan dokumentasi Best


pendidikan setempat dan kemudahan Teaching Practices dalam
peralatan siaraya pengintegrasian inisiatif ICT PdP Abad
ke-21

Aktiviti kegiatan sosial yang bersifat Aktiviti sosial berfokus kepada


umum dan terbuka pemantapan dan perkongsian kepakaran
dan kolaboratif melalui amalan
Professional Learning Community (PLC)

Menduplikasi bahan sumber PdP Menyebar luas bahan sumber PdP dalam
bercetak bentuk digital

RAJAH 5 : PKG dahulu dan sekarang

13
2.2 FOKUS PERANAN PKG SEMASA

Pada hari ini, fokus dan peranan PKG turut berubah secara
dinamik, sejajar dengan perubahan perkembangan pendidikan tanah air.
Tuntutan negara untuk menjadi negara maju dan merealisasikan PPPM 2013
2025 dan Digital Malaysia dan Wawasan 2020 dilihat menyumbang kepada
usaha memartabatkan teknologi pendidikan melalui dasar pembestarian
sekolah. Peranan PKG supaya menjadi sebuah pusat kecemerlangan
pendidikan khususnya dalam penyebaran dan perkembangan inovasi yang
dicipta untuk merealisasikan teknologi maklumat dan telekomunikasi. Dalam
era perubahan yang amat pesat dalam teknologi pendidikan dan teknologi
maklumat sekarang, PKG telah memberi banyak sumbangan. PKG merupakan
sebuah organisasi yang bersifat mesra pengguna dan tempat membolehkan
guru membuat perbincangan dan mengikuti kursus. PKG juga berperanan
mewujudkan tempat berkongsi pengalaman tentang bahan-bahan sumber
pendidikan dan pemikiran guru serta para pendidik lain, mendapat maklumat
tentang hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan serta dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mencapai hasrat ini sesebuah
organisasi perlu melalui proses kejuruteraan semula bagi meningkatkan
fungsian sistem di samping memperkemaskan lagi struktur sistem tersebut.
Sumber manusia yang dibangunkan perlu mempunyai pengetahuan yang
mendalam dan kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan segala peralatan
yang berkaitan dengan teknologi maklumat, di samping dapat menambahkan
nilai.

Melalui aplikasi teknologi canggih dalam bidang pembelajaran ini,


peranan sekolah akan turut berubah dan menjadi bertambah luas. Revolusi
teknologi pembelajaran ini tentunya akan mengakibatkan berubahnya peranan
dan fungsi guru, dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan
pendidikan bertaraf dunia. Sekolah juga telah dibekalkan dengan kemudahan
teknologi pendidikan melalui pelbagai projek pembestarian sekolah dan
berorientasikan inisiatif ICT seperti projek PPSMI, makmal komputer, Pusat
Akses Sekolah, Projek LAN, peralatan dan perisian Makmal Bahasa
MBMMBI, TV LCD, Kampus ASTRO, EduwebTV, mata pelajaran Literasi
Komputer dan sebagainya. Keupayaan penguasaan kemahiran menggunakan

14
peralatan akan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan.
Ringkasnya, pelbagai peralatan dan perisian ICT seperti komputer, LCD,
notebook, sistem multimedia, EduWebTV dan Learning Management
System (LMS) telah berada di sekolah. Pada masa yang sama Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dibekalkan terus ke sekolah bagi membantu guru. Dengan
ini, guru ke PKG bukan lagi dengan tujuan untuk membina atau
menerbitkan bahan tetapi lebih kepada khidmat nasihat dan kepakaran. Rajah
6 menunjukkan model ICT PKG yang digunakan sekarang. Model ini meliputi
pengukuran berasaskan empat lapisan, bermula daripada lapisan dalaman (L1)
seterusnya ke lapisan luaran L2 hingga L4. Perincian lapisan-lapisan tersebut
adalah seperti berikut:

AKTIVITI
AKTIVITI
Promosi PKG
Proses Pengajaran dan
Pembelajaran / Latihan

PERANAN PKG
Profesionalisme Pendidikan

SUMBER
PKG
Melatih Guru

Kemahiran Membangunkan
Mengurus Kelayakan Kelengkapan INFRASTRUKTUR dan mengguna
Kebersihan Tapak/Ruang Pegawai
Pegawai Kemudahan PKG bahan
Keselesaan PKG perkakasan bangunan pemblajaran
PKG L1

L2 L1
L3

Juruteknik

Mengendalikan /seminar/bengkel/kursus

AKTIVITI AKTIVITI
Profesionalisme Pendidikan Kemahiran dan
Pengetahuan ICT
L4

Rajah 6: Model ICT di PKG


Sumber: Suhaimi Kadir (2007)
15
(i) Lapisan L1: Infrastruktur

Lapisan luaran L1 ialah tapak bangunan; ruang-ruang yang sedia ada


seperti, makmal, bengkel pembangunan bahan pengajaran dan
pembelajaran, mini auditorium untuk menjalankan kursus/ bengkel,
seminar, studio rakaman, pusat sumber dan bilik pelayan (server).

(ii) Lapisan L2: Sumber PKG

Lapisan L2 mempunyai dua lapisan: lapisan Inter dalaman dan


lapisan Intra dalaman. Lapisan Inter dalaman merupakan nadi
sesebuah PKG. Pengurusan yang baik memerlukan entiti Ketua PKG
yang berkelayakan dan kemahiran yang sesuai. Ketua pula perlu
dibantu oleh entiti pegawai PKG dan juruteknik yang berkemahiran
dan terlatih supaya dapat mengendalikan segala aktiviti dengan baik.
Lapisan Intra dalaman yang digambarkan melalui garisan putus-putus,
mempunyai entiti kemudahan, kelengkapan, perkakasan dan perisian.

(iii) Lapisan L3: Peranan PKG

Lapisan L3 adalah lapisan luaran yang melibatkan entiti peranan PKG


yang saling berkait rapat dengan L2. Entiti yang terdapat dalam
lapisan tersebut ialah pengurusan PKG, kebersihan, keselesaan dan
keceriaan PKG, perkakasan dan penggunaan. ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, melatih guru, membangun dan
menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran dan pengendalian
kursus/seminar/bengkel untuk guru dan pegawai pendidikan.

(iv) Lapisan L4: Aktiviti PKG

Lapisan L4 merupakan lapisan luaran yang seolah-olah menular keluar


untuk merapatkan diri dengan pengguna PKG iaitu para guru dan
pegawai Pendidikan. Entiti yang terdapat dalam lapisan tersebut ialah
aktiviti-aktiviti PKG yang merangkumi empat aspek: Proses pengajaran
dan pembelajaran serta latihan; profesionalisme pendidikan;kemahiran
dan pengetahuan ICT; dan aktiviti promosi PKG

16
PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN PKG

PKG menawarkan perkhidmatan kepada sekolah berasaskan empat (4)


Prinsip Pengoperasian PKG iaitu Penglibatan (ENGAGE), Pelaksanaan
(EXECUTE), Sokongan (ENCOURAGE) dan Penilaian (EVALUATE).

PENGLIBATAN (ENGAGE)

PELAKSANAAN (EXECUTE)

SOKONGAN
(ENCOURAGE)

PENILAIAN (EVALUATE)

3.1 KHIDMAT BANTU, KHIDMAT KEPAKARAN DAN HAND HOLDING

3.1.1 Membantu pengintegrasian PdP guru dalam bidang teknologi


pendidikan, inisiatif ICT dan PSS dalam memenuhi aspirasi PdP
Abad ke-21.

3.1.2 Hand holding inisiatif ICT khusus VLE mengikut keperluan sekolah
ahli.

3.1.3 Melaksanakan khidmat bantu makmal komputer dan PSS di sekolah.

17
3.2 MENINGKATKAN KOMPETENSI GURU
3.2.1 Meningkatkan kompetensi guru Continues Professional Development
(CPD) berkaitan teknologi pendidikan.

3.2.2 Melaksanakan bengkel, kursus dan seminar berkaitan


pengintegrasian ICT dalam PdP, Teknologi Pendidikan dan PSS
untuk guru.

3.2.3 Melaksanakan bengkel dan kursus berkaitan peralatan ICT dan


rangkaian untuk juruteknik komputer.

3.2.4 Membuat penilaian keberkesanan latihan yang dilaksanakan.

3.2.5 Mengumpul dan mengemaskini data berkaitan kompetensi Guru


Perpustakaan dan Media (GPM), Guru Penyelaras Bestari (GPB), dan
juruteknik komputer sekolah ahli.

3.3 PROMOSI BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


3.3.1 Mengumpul dan mengemaskini data berkaitan kompetensi Guru.

3.3.2 Mengedarkan bahan-bahan berasaskan teknologi pendidikan kepada


sekolah ahli.

3.3.3 Memberi bimbingan penggunaan bahan dalam PdP.

3.4 FASILITI
3.4.1 Menyediakan bilik mesyuarat /kuliah serta peralatan yang berkaitan.

3.4.2 Akses kepada capaian internet.

3.4.3 Menyediakan kemudahan Pusat Sumber.

3.4.4 Menyediakan kemudahan untuk progam Professional Learning


Community (PLC).

18
JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN
AKTIVITI (JKPA) PKG

4.1 KONSEP PENGOPERASIAN


Aktiviti dijalankan atas keperluan sekolah setempat atau sekolah ahli
zon PKG yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA)
PKG. JKPA PKG yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah
ahli berperanan untuk membuat perancangan berkaitan keperluan aktiviti
yang berkaitan dengan dasar BTPN/PKG. Peranan JKPA juga akan
mewujudkan pakatan dan aktiviti perkongsian antara sekolah ahli melalui PKG.

4.2 STRUKTUR JKPA

4.2.1 STRUKTUR PENGURUSAN


Struktur pengurusan bagi pengoperasian PKG di peringkat Negeri,
daerah, sekolah ahli adalah seperti berikut;

JAWATANKUASA PEMBESTARIAN PENDIDIKAN


PERINGKAT NEGERI
&

JAWATANKUASA PEMBESTARIAN PENDIDIKAN


PERINGKAT DAERAH
&

JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG

SEKOLAH AHLI

19
4.2.2 STRUKTUR ORGANISASI

Struktur Organisasi JKPA PKG

Pengerusi : Pengetua / Guru Besar


Timbalan Pengerusi : Pengetua / Guru Besar
Setiausaha : Ketua PKG
Penolong Setiausaha : Pegawai Teknologi
Pendidikan
Ketua Kluster : Pengetua / Guru Besar
Ahli :Pengetua/Guru Besar
Wakil JPN/PPD
Wakil SIP+
Wakil SISC+

4.2.3 KLUSTER JKPA


Terdapat 4 kluster di bawah pengurusan JKPA iaitu :

TEKNO-ICT

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

TEKNOLOGI PENDIDIKAN - PAK21

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY


(PLC)

20
TEKNO-ICT (Teknologi Pendidikan dan ICT)

Pengerusi : Pengetua/Guru Besar


Naib Pengerusi : Pegawai Teknologi Pendidikan
Setiausaha : GPB/GPICT
AJK : 1 GPB/GPICT (SM)
1 GPB/GPICT (SR)
Ahli : GPB/GPICT sekolah ahli

PSS ( Pembangunan PSS dan Program


bacaan dan literasi maklumat)

Pengerusi : Pengetua / Guru Besar


Naib Pengerusi : Pegawai Teknologi Pendidikan
Setiausaha : GPM
AJK : 1 GPM (SM)
1 GPM (SR)
Ahli : GPM sekolah ahli

Kluster Teknologi Pendidikan - PAK21 ( 21st


Century Learning Practices)

Pengerusi : Pengetua / Guru Besar


Naib Pengerusi : Pegawai Teknologi Pendidikan
Setiausaha : Guru Admin VLE
AJK : GPB/GPICT/Guru Admin VLE
Ahli : Guru Admin VLE sekolah ahli

21
Kluster PLC ( Profesional Learning Community )

Pengerusi : Pengetua/Guru Besar


Naib Pengerusi : Pengetua/Guru Besar
Setiausaha : Pegawai Teknologi Pendidikan
AJK : 1 wakil GPB/GPICT
1 wakil Guru VLE Admin

Nota :
Digalakkan Setiausaha Kluster adalah guru mengikut sekolah Pengerusi
Kluster bagi memudahkan pengurusan dan perhubungan.
Walaubagaimanapun tiada menjadi halangan Setiausaha dilantik dari bukan
sekolah Pengerusi Kluster bergantung atas keperluan.

22
4.2.4 FUNGSI KLUSTER

KLUSTER TEKNO-ICT (TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN ICT)

ANJAKAN PPPM FUNGSI PERANAN KHUSUS

ANJAKAN 7

Merancang, melaksana, Melaksanakan


Memanfaatkan ICT Bagi
membimbing dan Mesyuarat JK Kluster
Meningkatkan Kualiti
memantau aktiviti PAK-21
Pembelajaran di Malaysia
setempat di dalam Melaksanakan
memperkasakan program peningkatan
6-22 PPPM
pengurusan inisiatif ICT sekolah ahli dalam
KPM dan pembestarian pengurusan inisiatif
memastikan murid dan guru
sekolah ahli. ICT KPM ke arah
mempunyai akses cukup
pencapaian tahap 5
kepada peralatan ICT.
bintang pembestarian
sekolah di dalam
menyediakan sistem
penilaian SSQS.
pendidikan dengan platform
Melaksanakan
pembelajaran dan jaringan
program galak guna
lebar jalur yang mencukupi bagi
inisiatif ICT KPM dan
penggunaan perkhidmatan ICT
aplikasi ICT di
memastikan semua guru peringkat sekolah.
mempunyai kompetensi asas Memantau status
dalam ICT. pencapaian
pelaksanaan inisiatif
ICT KPM dan
merancang pelan
intervensi mengikut
keadaan setempat
berdasarkan
pencapaian SSQS.
Lain-lain program
yang bersesuaian.

23
KLUSTER PSS ( PEMBANGUNAN PSS DAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA)

ANJAKAN PPPM FUNGSI PERANAN KHUSUS

ANJAKAN 1
Merancang, melaksana, 1. Melaksanakan
Menyediakan Kesamaratan
membimbing dan Mesyuarat JK
Akses Kepada Pendidikan
memantau aktiviti Kluster PSS.
Berkualiti Bertaraf Antarabangsa
keperluan setempat 2. Melaksanakan
berkaitan pembangunan program
3-10 PPPM
PSS dan program galakan pembangunan PSS
membaca sekolah ahli. sekolah ahli.
Mencapai tahap lanjutan dalam
3. Melaksanakan
PISA iaitu :
program
Bacaan, murid dapat
peningkatan
melakukan pelbagai inferens,
kemahiran Literasi
perbandingan, dan kontras yang
Maklumat di dalam
terperinci dan tepat. Mereka juga
meningkatkan kualiti
dapat membuat penilaian kritikal
murid.
atau hipotesis, berdasarkan
4. Melaksanakan
pengetahuan khusus.
program
peningkatan
kemahiran Literasi
Bacaan di dalam
meningkatkan kualiti
murid.
5. Memperkasakan
Program Galakan
Tabiat Membaca ke
arah peningkatan
dan pencapaian
NILAM Jauhari di
sekolah.
6. Lain-lain program
yang bersesuaian.

24
KLUSTER TEKNOLOGI PENDIDIKAN - PAK21 ( 21ST CENTURY LEARNING
PRACTICES)

ANJAKAN PPPM FUNGSI PERANAN KHUSUS

ANJAKAN 7
Merancang, melaksana, 1. Melaksanakan program
Memanfaatkan ICT Bagi
membimbing dan pembudayaan PdP
Meningkatkan Kualiti
memantau aktiviti Abad Ke-21 melalui
Pembelajaran di Malaysia
setempat di dalam penggunaan teknologi
memperkasakan pendidikan berasaskan
6-21 PPPM
pengintegrasian inisiatif ICT di kalangan
ICT dan bahan sumber sekolah ahli.
Menyediakan murid dengan
pendidikan dalam PdP 2. Menyebarluas kaedah
kemahiran dan
Abad 21. dan inovasi PdP
pengetahuan untuk belajar
berasaskan ICT di
dengan berkesan dan hidup
dalam pelaksanaan
secara produktif dalam
PdP Abad ke-21
dunia global dan digital.
kepada sekolah ahli.
3. Khidmat bantu dan
Memberi latihan kepada
sokongan kepada guru
semua guru untuk
dalam pelaksanaan
menerapkan ICT dalam
PdP Abad ke-21
pengajaran dan
melalui pengintegrasian
pembelajaran bagi
penggunaan teknologi
menyokong pembelajaran
pendidikan.
murid.
4. Mengurus jaringan dan
komunikasi komuniti di
Merintis cara penyampaian
antara jurulatih dan
pembelajaran dengan
guru-guru sekolah ahli.
menggunakan inovasi ICT
5. Lain-lain program yang
seperti pembelajaran jarak
bersesuaian.
jauh dan pembelajaran
kadar kendiri (self-paced)
sebelum disebarkan ke
seluruh negara.

25
KLUSTER PLC ( PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY )

ANJAKAN PPPM FUNGSI PERANAN KHUSUS

ANJAKAN 7
Merancang, melaksana, 1. Melaksanakan
Memanfaatkan ICT Bagi
membimbing dan Mesyuarat JK Kluster
Meningkatkan Kualiti
memantau aktiviti PLC
Pembelajaran di Malaysia
setempat di dalam 2. Mengenalpasti tenaga
memperkasakan kepakaran dan
6-21 PPPM
pengintegrasian inisiatif kumpulan sasar guru
ICT dan bahan sumber yang akan dilibatkan di
Menyediakan murid dengan
pendidikan dalam PdP dalam program Kluster
kemahiran dan
melalui amalan PLC. PLC.
pengetahuan untuk belajar
3. Merancang dan
dengan berkesan dan hidup
melaksana program
secara produktif dalam
peningkatan
dunia global dan digital.
kompetensi dan kualiti
Memberi latihan kepada
guru melalui amalan
semua guru untuk
PLC.
menerapkan ICT dalam
4. Menilai impak dan
pengajaran dan
keberkesanan program
pembelajaran bagi
yang telah
menyokong pembelajaran
dilaksanakan melalui
murid.
pelaporan dan analisa
Merintis cara penyampaian
pencapaian.
pembelajaran dengan
5. Lain-lain program yang
menggunakan inovasi ICT
bersesuaian.
seperti pembelajaran jarak
jauh dan pembelajaran
kadar kendiri (self-paced)
sebelum disebarkan ke
seluruh negara.

26
KLUSTER PLC ( PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY )

ANJAKAN PPPM FUNGSI PERANAN KHUSUS

ANJAKAN 4
Transformasi Profession
Keguruan Sebagai Profession
Pilihan

Membudayakan
kecemerlangan
berasaskan teladan rakan
setugas.

27
4.3 PRINSIP PENGOPERASIAN

Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti Pusat Kegiatan Guru (JKPA PKG)


yang berteraskan konsep muafakat dan jalinan kerjasama perlu melalui 4
prinsip (4E) yang menjadi asas bagi memastikan JKPA berfungsi dan berjaya
sebagai pemangkin ke arah mencapai matlamat dan dasar pendidikan dalam
pelaksanaan pembestarian pendidikan sekolah iaitu;

PENGLIBATAN
(ENGAGE)

PELAKSANAAN
(EXECUTE)

SOKONGAN
(ENCOURAGE)

PENILAIAN
(EVALUATE)

28
E1 : PENGLIBATAN

Pihak Peranan
Jabatan Pendidikan Memberi pandangan dan cadangan
Negeri penambahbaikan terhadap pengurusan JKPA
PKG melalui Mesyuarat JK Pembestarian,
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan
Membaca KPM di peringkat negeri.
Bahagian Teknologi Mengurus dan mengawalselia pelaksanaan
Pendidikan Negeri pengurusan JKPA PKG di setiap PKG.
Memberi pandangan dan cadangan
penambahbaikan terhadap pengurusan JKPA di
setiap PKG melalui Mesyuarat Pengerusi JKPA
PKG Peringkat Negeri.
Pejabat Pendidikan Memberi pandangan dan cadangan
Daerah penambahbaikan terhadap pengurusan JKPA
PKG melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Gerakan Membaca KPM di peringkat daerah,
Mesyuarat Pengerusi JKPA PKG Peringkat Negeri
dan Mesyuarat JKPA PKG.
Wakil SIP+ Bimbingan kepimpinan instruksional berkaitan
pengurusan teknologi pendidikan/pembangunan
PSS dan Program Galakan Membaca di sekolah
dalam kalangan Pengetua /Guru Besar (PGB)
bersama pegawai PKG.
Wakil SISC+ Bimbingan meningkatkan kualiti PdP guru dalam
aspek penggunaan teknologi pendidikan dan
persekitaran pembelajaran maya (VLE) bersama
pegawai PKG.
Bimbingan meningkatkan kemahiran guru dalam
aspek Literasi Maklumat dan Literasi Bacaan
bersama pegawai PKG.
Ahli JKPA PKG Membina hubungan profesional antara sekolah
(Pengetua / Guru dengan JPN/PPD/BTPN dan PKG melalui sesi
Besar) mesyuarat/perjumpaan.
Berkongsi maklumat dan cadangan

29
penambahbaikan dalam pelaksanaan program
dan aktiviti melalui Kluster JKPA PKG dari
semasa ke semasa berkaitan aspek pengurusan
pembestarian sekolah, pembangunan PSS,
program galakan membaca dan penggunaan
teknologi dalam PdP Abad ke-21.
Pusat Kegiatan Guru Membina hubungan profesional dengan pentadbir
sekolah melalui sesi mesyuarat/perjumpaan.
Mengurusetia, merancang dan menyelaras
pelaksanaan program dan aktiviti melalui Kluster-
Kluster JKPA PKG.
Khidmat bantu dan sokongan teknikal kepada
sekolah ahli bagi menyokong pelaksanaan
pembestarian sekolah secara berkesan.

30
E2 : PELAKSANAAN

Pihak Peranan
Pengerusi JKPA Menetap dan melaksanakan Mesyuarat JKPA
PKG.
Mempengerusikan Mesyuarat JKPA PKG.
Menyampaikan maklumat dan cadangan
penambahbaikan dalam pelaksanaan
program JKPA melalui Kluster.
Memohon pelepasan menghadiri program
dan aktiviti Kluster daripada JPN/PPD.
Memohon kebenaran melaksanakan aktiviti
Kluster daripada BTPN.
Timbalan Pengerusi Membantu melaksanakan peranan yang telah
JKPA dipertanggungjawabkan kepada pengerusi.
Setiausaha JKPA Mengurusetiakan Mesyuarat JKPA PKG
Mengurusetia, merancang dan menyelaras
pelaksanaan program dan aktiviti melalui
Kluster-Kluster JKPA PKG.
Ahli JKPA Memastikan program pembestarian sekolah
(Pengetua / Guru melalui inisiatif ICT KPM dan program
Besar) galakan membaca di peringkat sekolah
dilaksanakan.
Memastikan pengurusan PSS dan program
galakan membaca dilaksanakan dengan
berkesan ke tahap optimum.
Memastikan pembudayaan teknologi
pendidikan dilaksanakan dalam PdP.
Memastikan peningkatan kompetensi guru ke
arah penggunaan teknologi pendidikan dalam
PdP melalui amalan PLC di sekolah.
Pengerusi / N. Mempengerusikan Mesyuarat GPB/GPICT.
Pengerusi Kluster Mempengerusi Mesyuarat JK Kerja Kluster.
TEKNO-ICT Menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti
Kluster.
Pengerusi / N. Mempengerusikan Mesyuarat GPM.

31
Pengerusi Kluster PSS Mempengerusi Mesyuarat JK Kluster.
Menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti
Kluster melalui Mesyuarat JK Kerja Kluster.
Pengerusi / N. Mempengerusikan Mesyuarat Guru Admin
Pengerusi Kluster VLE.
PAK21 Mempengerusikan Mesyuarat JK Kluster.
Menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti
Kluster melalui Mesyuarat JK Kerja Kluster.
Pengerusi / N. Mempengerusikan Mesyuarat JK Kluster.
Pengerusi Kluster PLC Menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti
Kluster melalui Mesyuarat JK Kerja Kluster.
Setiausaha Kluster Mencatat minit Mesyuarat GPM /GPB/GPICT/
Admin VLE (mengikut Kluster masing-
masing).
Mencatat dan menyediakan minit Mesyuarat
JK Kluster.
Membantu menyediakan kertas kerja
program dan aktiviti Kluster.
Membantu menyediakan pelaporan program
dan aktiviti Kluster.
Ahli Jawatankuasa Membantu perancangan serta pelaksanaan
Kluster program dan aktiviti Kluster.

32
E3 : SOKONGAN

Pihak Peranan
Jabatan Pendidikan Mengeluarkan watikah pelantikan Pengerusi JKPA
Negeri PKG.
Mengeluarkan sijil penghargaan sumbangan
profesional kepada Pengerusi JKPA PKG.
Memberikan sokongan daripada sudut pentadbiran dan
kewangan.
Bahagian Merancang dan menyelaras pelaksanaan dasar
Teknologi teknologi pendidikan Kementerian Pendidikan
Pendidikan Negeri Malaysia.
Memberikan cadangan penambahbaikan dalam aspek
pengurusan dan program JKPA PKG.
Memberikan sokongan daripada sudut pentadbiran dan
kewangan.
Pejabat Pendidikan Mengeluarkan watikah pelantikan kepada Timbalan
Daerah Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kerja JKPA PKG.
Mengeluarkan sijil penghargaan sumbangan
profesional kepada Timbalan Pengerusi dan Ahli
Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG.
Memberikan sokongan daripada sudut pentadbiran dan
kewangan.

Pusat Kegiatan Pengantara dalam membina jaringan sekolah ahli


Guru dengan agensi berkaitan khusus di dalam
pembestarian sekolah dan program galakan membaca
melalui JKPA PKG.
Wakil SIP+ Memberikan sokongan melalui khidmat nasihat dan
bimbingan kepada ahli JKPA dalam menyokong
pengurusan sekolah ke arah melestarikan
pembestarian sekolah melalui aktiviti yang
dicadangkan oleh JKPA PKG.
Wakil SISC+ Memberikan sokongan melalui khidmat nasihat dan
bimbingan kepada guru-guru untuk meningkatkan
kualiti PdP melalui pengintegrasian inisiatif ICTdalam
PdP Abad Ke-21 melalui aktiviti yang dicadangkan oleh

33
JKPA PKG.
Ahli JKPA PKG Akauntabiliti penglibatan dalam program dan aktiviti
JKPA PKG.
(Pengetua / Guru Memastikan semua guru sekolah memainkan peranan
Besar) dalam menjayakan dasar KPM berkaitan pembestarian
sekolah dan program galakan membaca.

E4 : PENILAIAN

Pihak Peranan

Ahli JKPA PKG Memantau dan mengambil tindakan susulan melalui


( (Pengetua / Guru instrumen pemantauan sedia ada secara berterusan.
Besar) Contoh : SKPM/Dashboard 1Bestarinet/SSQS dan lain-
lain yang digunapakai.

Membincang dan mengambil tindakan intervensi


melalui cadangan program dan aktiviti berdasarkan
pelaporan pencapaian.

34
PENUTUP

Abad ke 21 ini, memperlihatkan perkembangan dan ledakan teknologi


maklumat yang begitu pesat. Ini memberi cabaran yang amat besar bagi sektor
pendidikan yang harus menanganinya dengan bijak. Guru di bilik darjah harus
memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai
ilmu, kemahiran, kreativiti dan teknologi ke arah melahirkan satu corak
penyampaian yang berkesan dan bermakna untuk pelajar. Masalah
perkembangan penggunaan komputer di sekolah di Malaysia adalah hampir
serupa dengan negara lain. Perkembangannya lebih merupakan satu inisiatif
kerajaan yang perlu dilaksanakan guru, sedangkan ibu bapa dan pelajar masih
belum bersedia menerima perubahan tersebut. Perkembangan penggunaan
teknologi maklumat yang tidak serata di setiap negeri juga akan menjejaskan
hasrat kerajaan untuk mengaplikasikan teknologi komunikasi dan maklumat
(ICT) pada semua peringkat.

Kemunculan teknologi komunikasi dan maklumat turut menjadi salah


satu faktor ke arah penularan fenomena sosial khususnya, di kalangan remaja.
Kewujudan aliran maklumat yang tidak terkawal dalam dunia yang sedang
dilanda arus globalisasi ini, memberikan kebebasan kepada para remaja untuk
mengakses maklumat secara bebas tanpa kawalan. Apabila ini berlaku, mereka
akan berkongsi pengalaman sesama sendiri dan ini akan mendorong kepada
pelbagai masalah kemelut moral. Para guru dapat membantu para pelajar
menggunakan ICT secara yang boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran
mereka. Bagi tujuan tersebut, guru perlu mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang mencukupi tentang ICT. Ini dapat dilakukan melalui Pusat
Kegiatan Guru (PKG) yang wujud dalam negara. Kewujudan dan perkembangan
Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) seharusnya dapat membantu para
guru dan pegawai pendidikan dalam pengurusan dan proses pengajaran dan
pembelajaran berasaskan ICT.

35
Peranan PKG adalah sangat berat dengan beban tugas yang banyak
yang perlu dipikul, seperti penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran,
mengambil bahagian dalam sesi perancangan aktiviti, menerajui dan
mengendalikan kursus/bengkel/seminar dan mendokumentasikan program serta
aktiviti PKG. Kejayaan mengurus sesebuah PKG boleh diukur dari aspek
kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk, dan perkhidmatan
yang ditawarkan kepada pelanggan. Kecekapan organisasi boleh diukur dari
aspek kuantiti input yang digunakan oleh organisasi untuk menghasilkan satu
unit pengeluaran ataupun perkhidmatan.

36
PANEL PENULIS

Penasihat :

Haji Zaidi bin Yazid


Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Panel :

Dr.Suhaimi bin Kadir Bahagian Teknologi Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

Haji Alias bin Talib Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri Terengganu

Maimunah binti Mohd Tahir Bahagian Teknologi Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

Abdullah bin Yussuf Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri Sembilan

Haji Mohamed Kamal bin Hashim Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri Pahang

Nasir bin Mohd Noor Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri Kelantan

Nik Asma binti Nik Ahmad Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri Selangor

Zainuddin bin Othman Bahagian Teknologi Pendidikan


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ashaari bin Omar Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri Johor

37
PANEL PENULIS

Norhafiza binti Baharudin Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri Sembilan

Haji Wan Mohd Zuhaidi bin W.Hassan Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri Terengganu

Alias bin Samsudin Bahagian Teknologi Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

Mohd Rais bin Noryakin Bahagian Teknologi Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

Nadia Amani binti Saudy@Shaari Bahagian Teknologi Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

Amir bin Hamzah Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri Terengganu

Mohamad Akmal bin Abd Razak Pusat Kegiatan Guru Ampangan


Negeri Sembilan

Siti Salha binti Mustafa Pusat Kegiatan Guru Jerteh


Terengganu

38
RUJUKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Pelan


Strategik Pembestarian Sekolah 2016-2020. Kuala Lumpur: Bahagian
Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. (2011). Dimensi Baru PKG,


Satu Panduan Pengurusan. Kuala Terengganu: Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Terengganu.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. (2007). Laporan Tahunan


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Terengganu
Marang: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

Bahagian Teknologi Pendidikan. (1992). Pusat Kegiatan Guru: Konsep dan


Pengoperasian. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan.

Bahagian Teknologi Pendidikan. (2002). Bahagian Teknologi Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia: 30 Tahun Meniti Zaman (1972-2002).
Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan.

Berita Teknopen. Bilangan 7/2006. (2006). Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi


Pendidikan.

Buletin Mayang. Bilangan 3. Jun 2007 (2007). Pengurusan PKG Berkesan


Memahami Fungsi PKG . Marang: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Terengganu.

39
Buletin Sumber. Pengoperasian PKG. Bil.6, Oktober 1992. (1992). Kuantan: Pusat
Sumber Pendidikan Negeri Pahang.

Doyle, Christina S. (1992). Outcome Measures for Information Literacy within


the National Education Goals of 1990. Laporan akhir untuk National Forum on
Information Literacy. Summary of Findings. Syracuse, New York: ERIC
Clearinghouse on Information Resoources. (ED351033).

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Suhaimi Kadir, (2007). Pelaksanaan dan Penggunaan Teknologi Komunikasi dan


Maklumat di Pusat Kegiatan Guru.

Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) (2001), Bahagian Teknologi Pendidikan


Negeri (BTPN) Masa lalu, Masa Kini dan Masa Depan .

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Terengganu. (2007). Laporan PSPN dan PKG
Terengganu 2006. Marang: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Terengganu.

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Terengganu. Direktori Pusat Kegiatan Guru


Negeri Terengganu. Marang: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Terengganu.

40
LAMPIRAN

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005


2. Peringatan Pematuhan Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6 /2003
4. Prosedur Kerja Pengurusan JKPA

41

You might also like