You are on page 1of 3

Cadangan

Sebagai seorang pakar kewangan, pelan pinjaman BSN dilihat mampu


menyediakan pinjaman peribadi yang bersesuaian dengan pendapatan dan kos sara
hidup puan Atikah. Pertamanya, dari segi faedah mudah mahupun kompaun kadar yang
dikenakan adalah 6 peratus sahaja dan lebih rendah daripada kadar yang dikenakan
pelan pinjaman Maybank Islamik.

Walaupun jumlah bayaran balik yang dikenakan agak tinggi disebabkan tempoh
pinjaman adalah 10 tahun tetapi ia sangat rasional kerana bayaran bulanan yang
dikenakan adalah rendah iaitu rm1200 sebulan sekiranya dikenakan faedah mudah dan
RM1343.135773 sebulan sekiranya dikenakan faedah kompaun. Hal ini menyebabkan
baki yang tinggal selepas 40 peratus daripada gajinya digunakan untuk kegunaan harian
serta bayaran bulanan pinjaman adalah berjumlah 400 sehingga 600. Selain jumlah
bayaran bulanan yang lebih murah daripada pelan pinjaman Maybank Islamik, baki yang
tinggal boleh digunakan puan Atikah sebagai simpanan semasa kecemasan.

Baki tersebut juga penting kerana:

Indeks harga pengguna

Kadar inflasi

Kadar gaji kakitangan yang hanya bergantung kepada bonus tahunan

Krisis kewangan Negara (minyak, kos sara hidup)


Kadar inflasi

(Lai Khang Sia, 2004)

Depresasi (atau devaluasi) mata wang domestik telah merangsangkan aktiviti ekonomi.
Apabila kadar pertukaran asing naik atau nilai mata wang domestik jatuh, barang-barang
asing akan menjadi lebih mahal. Oleh itu, masyarakat akan meningkatkan permintaan ke
atas barang tempatan dan ini akan meningkatkan permintaan ke atas wang tempatan.

Dari perspektif yang lain, peningkatan harga domestik merupakan akibat daripada
peningkatan kos barang-barang perantaraan import. Pertambahan harga pengguna juga
akan menyebabkan pendapatan benar isi rumah dan upah benar menurun.

Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan naik pada kadar lebih tinggi sebanyak 1.8
peratus pada bulan November 2016 kepada 116.9 daripada 114.8 pada bulan yang sama
tahun lepas. Peningkatan tersebut dilihat banyak bertumpu kepada keperluan harian
seperti makanan, minuman, air, elektrik, gas dan bahan api lain (Jabatan Perangkaan
Malaysia, 2016).

Indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alcohol merupakan pendorong utama
kepada kenaikan IHP bagi tempoh Januari hingga November 2016, mencatatkan
peningkatan 3.9 peratus (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016).

Penurunan nilai mata wang akan menyebabkan nilai import (input) menjadi semakin
mahal berbanding nilai eksport (output) bagi sesebuah firma tersebut (Aydemir, O. &
Demirhan, E., 2009).

Kenaikan dalam kadar pertukaran (kejatuhan dalam nilai mata wang domestik) akan
menguatkan lagi daya saing firma-firma domestik disebabkan eksport menjadi lebih
murah berbanding import dan sebaliknya eksport menjadi mahal jika berlaku kejatuhan
dalam kadar pertukaran (Abu Hassan Shaari Mohd Nor, Mori Kogid & Tamat Sarmidi,
2012).
Berbelanja mengikut kemampuan, dan jangan menanggung terlalu banyak hutang.
Selalu pastikan bahawa anda dapat membayar hutang anda sekalipun kadar faedah
meningkat atau pendapatan anda berkurangan, Lee Hsien Loong, Perdana Menteri

Anda perlu mempunyai simpanan kecemasan untuk bergantung harapan. Ini akan
membantu anda mengharungi peristiwa buruk seperti kehilangan kerja atau perbelanjaan
besar yang tidak diduga (Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan, n.d.).

Dana kecemasan secara amnya merujuk kepada wang yang disimpan untuk digunakan
ketika anda betul-betul memerlukannya (Paul Selva Raj, Siti Rahayu Zakaria & Nurul
Husna Yusof, 2013)

Kadar inflasi di Malaysia pada hari ini adalah membimbangkan apabila berlaku
peningkatan ketara bermula tahun 2010 sehingga ke hari ini. Purata pergerakan kadar
inflasi Malaysia adalah sebanyak 3 peratus hingga 4 peratus setahun kecuali pada tahun
2008, di mana peningkatan kepada 5 peratus. Menurut pandangan sesetengah
penganalisis ekonomi, masalah inflasi sentiasa melanda Malaysia disebabkan krisis
kewangan yang berlaku dalam sistem monetari dunia.Hal ini memberi kesan negatif
terhadap institusi penyimpanan wang (Ringgit Malaysia) terutama untuk jangka masa
yang panjang seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana penyusutan
nilai ringgit berlaku dalam jumlah yang besar tanpa disedari (Nurazidah Mashan, Saly
Edawati Yaacob, Sanep Ahmad et.al., 2013).

You might also like