You are on page 1of 5

Bulan Bahasa

Bulan Bahasa diadakan untuk mencungkil bakat para pelajar Sekolah


Kebangsaan Sebatu supaya boleh diketengahkan terutama diperingkat
sekolah,kawasan,daerah,negeri dan peringkat kebangsaan. Ini secara tidak
langsung dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berani dan yakin dengan
Matlamat kebolehan sendiri.

Dengan adanya bulan Bahasa ini diharapkan para pelajar akan lebih memahami
dan mencintai Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang penting dan perlu
dipelajari secara mendalam.
1. Memberi peluang kepada para pelajar melahirkan bakat mereka.
2. Mengasah bakat mereka supaya boleh diketengahkan keperingkat yang
lebih tinggi.
3. Menguji kefahaman pelajar tentang pengetahuan mereka berkaitan
Objektif dengan Bahasa Melayu.
4. Menggalakkan mereka bersaing secara sihat untuk mendapat tempat yang
terbaik, khususnya berkaitan dengan bahasa.
5. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam bidang bahasa.

1. Semua pelajar Tahap Satu.


2. Semua pelajar Tahap Dua.
Sasaran 3. Pelajar Pemulihan
4. Keutamaan diberi kepada mereka yang berminat.

Penasihat : Guru Besar (En.Othman bin Saleh)

Penasihat : GPK Kurikulum (En.Aziz bin Ali)

Pengerusi : Pn.Aishah binti Rimin

Setiausaha: Pn.Jamilah binti Akelah

Bendahari: En.Abu Bakar bin Jantan


AJK Kerja
Penyelaras Imlak: En.Khalid bin Mansor

Penyelaras Tulisan Cantik : Pn.Puziah binti Md.Lizah

Penyelaras Mengarang : Pn.Aishah binti Rimin

Penyelaras Bercerita : Pn.Masitoh binti Yahya


Penyelaras Pidato : Pn.Siti Hawa binti Basri

Penyelaras Syair : Pn.Halizah binti Abdullah

Penceramah Bengkel : En.Ismail bin Ab.Samad

(GS Bahasa JPN)

En.Dolhaji Nekmat

AJK Lain : Sama seperti Budaya Sekolah

Tarikh Masa Aktiviti Tindakan


1-28 7.45-
Imlak(Pelajar Pemulihan) En.Khalid bin Mansor.
Julai 1.05tgh.
Pn.Puziah
1-28 7.45-
Tulisan Cantik Md.LizahSemua guru
Julai 1.05tgh.
kelas.
Pn.Masitoh
3-10 Bercerita(MemberikanTajuk
7.45-1.05 YahyaSemua guru
Julai cerita)Tahap 1 sahaja.
kelas
21-22 11.05- Pertandingan Akhir Bercerita Tahap Pn.Masitoh Yahya dan
Julai 1.05 1dan Tahap 2. ajk.
Aktiviti Pn.Aishah
Pemberitahuan tentang pertandingan
Sepanjang 10 7.45- RiminPn.Halizah
mengarang dan bersyair kepada
Bulan Bahasa Julai 8.15pg.
semua pelajar.
AbdullahSemua guru
kelas.
14 7.45- Pertandingan Akhir Mengarang
Pn.Aishah dan ajk.
Julai 8.45pg. Tahap 1 dan 2.
10 7.45- Mengedarkan teks pidato kepada
Pn.Siti Hawa Basri.
Julai 8.15pg. para peserta Tahap1 dan 2
24 7.45-
Pertandingan Akhir Bersyair. Pn.Halizah dan ajk.
Julai 9.45pg.
27 7.45-9.45
Petandingan Akhir Pidato Pn.Siti Hawa dan ajk.
Julai pg.
15 7.45- Pengerusi dan Ajk
Bengkel Bahasa Untuk Guru-guru.
Julai 12.30tgh. Bahasa.
28 8.00- Pengerusi ,Ajk Bahasa
Majlis Penutup Bulan Bahasa.
Julai 12.00tgh. dan Ajk Budaya SKS

Kewangan Aktiviti Hadiah Jumlah


1. Imlak 3 hadiah RM 9.00
2.Tulisan Cantik 7 hadiah RM 21.00
3. Mengarang 6 hadiah RM 18.00
4. Bercerita 7 hadiah RM 21.00
5. Berpidato 6 hadiah RM 18.00
6.Bersyair 6 hadiah RM 18.00
Jumlah A 38 hadiah RM 105.00
7. Bayaran
2 orang RM 100.00
Panceramah
8. Jamuan guru-
guru dan 25 orang RM 100.00
penceramah
Jumlah B 27 orang RM 200.00
Jumlah A+B 38+27 RM 305.00
Nota: Tertakluk kepada pindaan.

P ada tanggal 1 hingga 30 Julai Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan


aktiviti Bulan Bahasa Melayu yang merangkumi,

Tulisan cantik,berpidato,bercerita,mengarang, dan bersyair untuk Tahap 2


manakala untuk Tahap 1 aktiviti bercerita,mengarang dan tulisan cantik telah
dijalankan.

Pelajar pemulihan juga tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan yang


dikhaskan untuk mereka iaitu Imlak/mengambil rencana.

Laporan Aktiviti yang telah dijalankan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Sebatu.

Kebanyakkan pelajar didapati berpotensi untuk menang, walau bagaimanapun


pihak panitia terpaksa memilih yang terbaik sahaja dari setiap kelas untuk
diberikan hadiah. Pelajar yang lain diberikan hadiah saguhati dan sijil.

Aktiviti yang dirangka dapat dijalankan seperti yang telah dijadualkan dan ia
telah diurus dengan baik oleh guru yang dipertanggungjawabkan.

Memandangkan kerjasama yang diberikan begitu baik,pihak panitia optimis


untuk mengadakannya setiap tahun.Aktiviti ini banyak menafaatnya kepada
pelajar,terutamanya dalam membentuk keberanian dan keyakinan terhadap
kebolehan diri sendiri.

Majlis penutupan Bulan Bahasa yang dirancangkan pada 28 Julai terpaksa


ditunda pada 8 Ogos kerana pada tarikh tersebut Sek.Keb.Sebatu akan diadakan
rawatan pelajar Tahun 1 dan 6.Majlis Penutupan akan dirasmikan oleh Guru
Besar, Encik Othman bin Saleh.

Semua hadiah kepada para pemenang akan disampaikan pada tarikh tersebut dan
mereka yang berjaya diminta mempersembahkannya kepada penonton.

Majlis ini juga mendapat kerjasama daripada Panitia Kemahiran Hidup yang
akan mengadakan Hari Jualan selepas upacara penutup.

Terdapat juga orang perseorangan dan syarikat yang telah menyumbangkan


tenaga dan wang untuk menjayakan aktiviti Bulan Bahasa ini.Antaranya:

1. Puan Puziah binti Md.Lizah RM50.00

2.Puan Rasidah binti Mohamad Sabidin Jambangan Bunga

3.Lim Copy Trading RM30.00

4.Bandar Baru Minimarket Sdn.Bhd. RM30.00

5.Atira Computer Center RM50.00

Pihak panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang


terlibat atas kerjasama yang telah diberikan.Besarlah harapan kami agar ianya
dapat diterusan pada masa akan datang.

Dengan adanya sumbangan seperti ini dapat memudahkan pihak panitia


melaksanakan program yang telah dirancang.

Majlis berakhir dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari
semua pihak.

Kalau ada sumur di ladang ,

Boleh saya menumpang mandi.

Kalau ada umur yang panjang,

Tahun hadapan bertemu lagi.


Laporan ditulis oleh,

JAMILAH AKELAH

s/u Panitia Bahasa Melayu.

Sek.Keb.Sebatu

Disahkan oleh,

AISHAH RIMIN

Pengerusi Panitia Bahasa Melayu.

You might also like