You are on page 1of 16

PENTAKSIRAN

1. BANDING BEZA PENTAKSIRANFORMAL DAN TIDAK FORMALDisediakan oleh: Nur Farah Shafiqah bt
Shuib G 2.1Noor Atikah bt Abu Bakar G 2.1Tuan Hazirah bt Tuan Hussin G 2.1
2. DEFINISI PENTAKSIRAN:Proses mengumpul dan menilai maklumat untukmembantu pendidik
memahami keperluan kanak-kanak dalam P&P.(salvia dan Ysseldyke 2001)JENIS-JENIS
PENTAKSIRAN:a) Pentaksiran Formalb) Pentaksiran Tidak Formal
3. MATLAMAT PENTAKSIRANi. Saringan: mengenal pasti kanak2 yg mempunyai LD yang terukii.
Kesesuaian:tentukan adakah kanak2 perlu didikan khasiii. Perancangan Rancangan Pendidikan
individu:tetapkan sasaran dan objektif pNpiv. Pemantau kemajuan: lihat kemajuan mengenai hasil
pembelajaranv. Penilaian program: mendapat maklumat mengenai keberkesanan program pendidikan yang
dijalankan.
4. BANDING BEZAPentaksiran Formal Pentaksiran Tidak FormalMelibatkan penggunaan instrumen
Kebanyakannya terdiri daripadaseperti ujian. analisis sampel bahasa yang spontan ke tugasan bahasa yang
distrukturkanPerbandingan boleh dilakukan Digunakan untuk menilai tahapantara individu kefungsian
semasa kanak-kanak.Mempunyai format piawai yang Boleh diubahsuai oleh gurutertentu terutamanya
dalam menilai aspek bahasa.Disediakan oleh pihak-pihak yang Boleh direka cipta mengikuttertentu
keperluan individuMemudahkan sesiapa yang ingin Memerlukan banyak persediaan.menggunakannya
5. BANDING BEZA (SAMB.)Pentaksiran Formal Pentaksiran Tidak FormalMungkin tidak berkaitan dengan
Berkaitan dengan kurikulumkurikulumMungkin tidak sesuai dengan kanak- Sukar untuk membanding
antarakanak individu.

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.

- Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang
dikehendaki.
- Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
- Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
- Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses
pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran
seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Definisi :

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan.

Tujuan Pentaksiran

1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.


2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
4. Memperbaiki pengajaran pembelajaran.

Prinsip Pentaksiran
Instrumen
Kumpulan yang ditaksir
Respons
Kumpulan yang menaksir
Skor
Ciri Pentaksiran Yang Baik

Kesahan Skor Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan


Kebolehpercayaan Skor Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan
Keobjektifan Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
Kebolehtadbiran Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskan sekolah
Kemudahtafsiran Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan
tujuan mengadakan ujian
Kekomprehensifan Kertas soalan mewakili semua objektif penting dalam Sukatan Pelajaran / PP

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.


Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
Aktiviti yag bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Konsep Pengujian Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus.

- Ujian : Suatu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu individu (pelajar).
- Bahan ukur : Soalan yang kebolehpercayaan.

Suatu cara sistematik utk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. (aktiviti pembelajaran)
R.M.Gagne

Dengan kata lain, pengujian ialah instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti sesuatu
pembolehubah (variable) yang terdapat pada subjek (pelajar).

Tujuan Pengujian
Mengukur:-kecergasan, kemahiran, pengetahuan atau atribut psikologi
Mengukur pembelajaran
Menentukurkan (prauji)
Mengukur pencapaian
Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)
Mendiskriminasi antara pelajar (memberi gred)
Memotivasikan pelajar
Menyediakan maklum balas kepada pelajar
Menyediakan maklum balas kepada guru
Mengukur keberkesanan pengajaran
Alat pengukur :
- Kognitif
- Psikomotor
- Afektif

Ciri-ciri Pengujian

1. Mempunyai kata tugas perbuatan seperti:


Tuliskan, Tunjukan, Senarai, Terangkan, Jelaskan, Bincang, Kenal pasti, Jumlahkan
1. Kenyataan kandungan berdasarkan kepada objektif kursus atau pengajaran dan pembelajaran
2. Kerangka masa Satu minggu, satu jangka masa, atau akhir semester.

Instrumen Pengujian

Alat/ kaedah/ pendekatan/ mekanisme untuk mendapatkan respons (data) dalam pentaksiran bagi mengukur
penguasaan terhadap sesuatu bidang pembelajaran atau pengajaran.
Peringkat pengujian :
- Persediaan
- Pelaksanaan
- Pemeriksaan

Kesimpulan :Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
Satu cara mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa
dan selepas sesuatu pengajaran.

Konsep Penilaian

Penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision
alternatives. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)

Penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Terry D. TenBrink (1974:8)

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran,
kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.

Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik
atau keseluruhan kurikulum.

Tujuan Penilaian

1. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara
yang hendak diajar.
2. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari
perkara yang telah disampaikan.
3. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang
sama di sekolah.
4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
5. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
6. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu
dan segera pula memperbaikinya.

Prosedur :
Persediaan Ujian.
Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).
Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.
Buat Analisis.
Interpretasi / Dapatan / Tindakan.

Jenis Jenis Ujian Penilaian


1. Penilaian mengesan penguasaan
- Kelemahan penguasaan
- Penilaian tidak formal
2. Penilaian mengesan kemajuan
- Kemajuan tentang kemahiran
- Pengayaan /pemulihan
3. Penilaian mengesan pencapaian
- Pencapaian dalam beberapa topik
- Kedudukan kumpulan
- Cara formal
Perbezaan Jenis
PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF
Ciri
Pengertian Formal atau tak formal untuk Ujian formal untuk mengesan
mengesan penguasaan dan pencapaian dalam sesuatu tahap
kemajuan pelajaran dalam kelas persekolahan
Tujuan Mengesan penguasaan dan Mengesan pencapaian pelajar
kemajuan untuk membaiki berdasarkan beberapa unit
kelemahannya dengan serta merta pembelajaran dan pemeringkatkan
gred pelajar
Menjalankan ujian formal atau tak Menjalankan ujian formal dalam
formal semasa waktu pelajaran beberapa waktu pelajaran secara
Aktiviti dengan secara individu,kumpulan kelas.
atau kelas.
Masa Semasa mengajar sesuatu atau Selepas mengajar beberapa unit
beberapa kemahiran pembelajaran dan pemeringkatkan
Bentuk Tidak formal : (pemerhatian dan Formal : ujian kertas pensel atau
soal- jawab),atau ujian lisan dalam jangkaan masa
yg sesuai
Formal : (ujian kertas- pensel dlm
masa singkat)
Secara individu, kumpulan.atau Secara kelas
kelas
Sasaran
Meliputi sesuatu kemahiran (ujian Meliputi beberapa unit
tidak formal) atau beberapa pembelajaran atau sesuatu tahap
Liputan kemahiran (ujian formal) persekolahan
Tiada (bagi ujian taidk formal) dan Penggunaan rekod profil atau
penggunaan senarai semak/rekod pensijilan
Rekod prestasi (bagi ujian formal)
Membetulkan kelemahan dengan Menempatkan pelajar dalam
serta merta atau menjalankan aktiviti kumpulan / kelas yang sesuai
pemulihan/pengayaan dalam kelas
Merancang dan mengubahsuai
pelajaran/kurikulum

Tindakan Memberi sijil berdasarkan


pencapaian dlm pepeiksaan

Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah :

1. Mengetahui keupayaan, kemahiran, atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara
yang hendak diajar. Daripada ujian, guru dapat merancang dan merencana pengajara yang seterusnya. Hasil ujian
tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum
mereka memulakan pengajaran.

2. Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di
sekolah.

3. Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat
kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan
sebagainya.

4. Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemuliha dan
pengayaan.

5. Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis
pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal.

6. Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan
pengajaran mereka.

7. Pelajar mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.
JENIS-JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

PENGENALAN

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru juga
merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat,
melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik
tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia
penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga
berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-
kelemahan pelajar.

Dalam bab ini anda akan didedahkan dengan jenis-jenis ujian dan penilaian yang biasanya dijalankan dalam konteks
dunia pendidikan khususnya berkait dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

OBJEKTIF

Setelah anda mengikuti pelajaran pada bab ini, adalah diharapkan anda akan dapat:
1. menyenaraikan jenis-jenis ujian;
2. menyenaraikan dan menghuraikan jenis-jenis penilaian;
3. mentakrifkan penilaian formatif dan penilaian sumatif;
4. membezakan penilaian formatif dan sumatif;
5. mentakrifkan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria;
6. membezakan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.

3.1.1 Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau
seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan
dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat
rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan
ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk
mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik
dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.

Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah. Manakala
bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM, STPM dalam sebagainya.

3.1.2 Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak
mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796.
Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran
mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur
aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah
skala Binet-Simon.

Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman
pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang
ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap kali digunakan untuk membuat telahan pencapaian
di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet,
Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.

3.1.3 Ujian Prestasi - Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan
kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu
tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak
bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin.
Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik. Misalnya tidak ada ukuran baik
atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan
sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.

Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau
laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan
tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan
kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.

3.1.4 Ujian Diagnostik

Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan
menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk
menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid
dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang
dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.

Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk
memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih
berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini
diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat
dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian
diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf
dan menyebut huruf.

Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk
menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal
iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory, pemerhatian
dan tugasan dari semasa ke semasa.

3.1.5 Ujian Kecekapan

Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan
seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini
melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta tidak semata-mata
tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian
kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan
dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar
yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.

3.1.6 Ujian Bakat

Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai
kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun
1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan
kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.

Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini
lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan,
permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP).
Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon
atau individu.

3.1.7 Ujian Personaliti

Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran,
keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk
ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament.
3.2 FORMAT UJIAN GERAK BALAS

Dalam membina item penilaian, seseorang guru boleh membina sama ada item objektif atau item subjektif atau
gabungan item objektif dan item subjektif. Berikut akan dibincangkan format secara ringkat tentang pembentukan
jenis soalan berkenaan. Item objektif terdiri daripada beberapa bentuk atau format seperti soalan betul-salah, soalan
padanan, soalan aneka pilihan dan soalan berbentuk melengkapkan ayat atau kenyataan. Manakala item berbentuk
subjektif boleh berbentuk soalan esei atau struktur.

3.2.4 Betul-salah

Soalan bentuk ini sesuai digunakan dalam bilik darjah untuk mendapatkan maklum balas murid tentang sesuatu topik
pengajaran. Item ini mudah dan pantas dibina. Walau bagaimanapun soalan yang berkualiti dan baik memerlukan
kemahiran dan tidaklah semudah yang disangka. Item berbentuk ini mengandungi pokok soalan berbentuk
kenyataan sama ada betul atau salah. Murid dikehendaki memastikan kenyataan berkenaan sama ada betul atau
salah. Contoh:

1. Sungai Petani ibu negeri Kedah. Betul / Salah


2. Terengganu terletak di Malaysia Timur Betul / Salah
3. Manusia ialah haiwan berdarah panas Betul / Salah

3.2.5 Padanan

Soalan padanan terdiri daripada dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan. Calon atau murid dikehendaki
menjawab soalan bentuk begini dengan cara menggaris atau menanda kedua-dua perkara yang berkaitan.

3.2.6 Aneka pilihan

Soalan berbentuk aneka pilihan pula sering digunakan dalam peperiksaan. Soalan jenis ini kerap digunakan kerana
ia lebih berkesan dari aspek pengujian kualiti pemikiran, kefahaman, penguasaan kemahiran dan prestasi murid.
Bentuk soalan ini mengandungi satu pokok soalan (stem) yang berfungsi sebagai soalan diikuti dengan beberapa
gerak balas (pilihan jawapan). Pokok persoalan boleh berbentuk ayat tanya, ayat tidak lengkap, petikan atau
kenyataan asalkan jelas dan tepat. Di antara pilihan jawapan berkenaan hanya satu sahaja jawapan yang tepat.
Manakala pilihan lain dianggap sebagai pengganggu. Pengganggu hendaklah hampir sama dari segi isi, bilangan
perkataan dan mirip dengan jawapan betul. Contoh:

Harimau bintang itu berlari sangat_______________.


A. deras
B. cepat
C. kuat
D. pantas

3.2.7 Pelengkap

Bentuk soalan memerlukan calon membekalkan jawapan dalam bentuk satu perkataan atau rangkai kata untuk
memberikan maklum balas kepada soalan yang berbentuk e melengkapkan penyataan atau ayat yang tidak lengkap.
Pada kebiasaannya, soalan berbentuk begini menghendaki murid melengkapkan ayat dengan satu perkataan atau
satu rangkai kata yang pendek. Soalan bentuk ini sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang mudah, iaitu pada
peringkat pengetahuan taksonomi Bloom. Contoh:

1. Nama ibu negeri Perlis Indera Kayangan ialah..


2. Kereta pertama buatan Malaysia ialah Proton

3.2.8 Esei

Soalan bentuk esei amat digemari oleh kebanyakan guru disebabkan pembinaannya lebih mudah berbanding
dengan soalan berbentuk lain. Soalan esei memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan yang cukup bagi
membolehkan mereka menghubungkan fakta serta prinsip tertentu untuk disusun bagi membentuk satu idea,
saranan atau perbincangan yang menyeluruh dan mantap. Soalan bentuk ini memberikan kebebasan sepenuhnya
kepada murid untuk memilih, menyusun, menghubungkan serta membentangkan idea dengan menggunakan
perkataan sendiri. Menurut Gronlund (1981) soalan jenis esei ini tidak sesuai untuk menguji soalan berbentuk fakta.
Soalan esei sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang tidak dapat diukur dengan menggunakan soalan
objektif yang biasanya memerlukan aras kemahiran pada peringkat tinggi seperti mengukur kemahiran memilih,
menyusun, mengorganisasi, dan menilai idea. Walaupun soalan esei lebih mudah untuk digubal, pemarkahannya
adalah agak rumit dan seringkali mudah menimbulkan bias. Contoh:

1. Ceritakan pengalaman yang kamu tidak dapat lupakan.


2. Tuliskan satu ceritakan tentang keluarga kamu.

3.3 JENIS-JENIS PENILAIAN

Penilaian ialah proses yang digunakan untuk membuat keputusan atau pertimbangan nilai daripada beberapa
pemerhatian. Oleh itu tujuan menilai dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan
pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperolehi hasil penilaian yang dijalankan akan
dapat membantu guru memperbaiki pengajaran. Sekiranya penyampaian kurang berkesan, maka guru boleh
membuat keputusan untuk menggunakan kaedah atau pendekatan lain yang difikirkan lebih bersesuaian.

Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian tersebut, guru boleh mendiagnos kelemahan dan
kekuatan pelajar tentang sesuatu topik pembelajaran. Daripada maklumat tersebut juga, guru boleh memberi gred
atau markah serta menempatkan pelajar mengikut aliran pengajian tertentu. Penilaian yang dijalankan oleh guru
boleh diklasifikasikan kepada beberapa bentuk seperti penilaian rujukan norma, rujukan kriteria, penilaian formatif
dan penilaian sumatif.

Mengapa guru menguji murid-muridnya?


Apakah maklumat yang diperlukan oleh guru apabila memberikan ujian?
Apakah yang harus guru lakukan dengan maklumat yang diperolehi daripada ujian atau penilaian yang dijalankan?

3.3.4 Penilaian Rujukan Norma

Keputusan yang diperolehi oleh murid-murid memberikan beberapa maklumat kepada guru. Pertama, keputusan
yang diperolehi oleh murid-murid itu dibandingkan dengan keputusan murid yang lain yang mengambil ujian yang
sama atau kedudukan seseorang murid boleh dibandingkan dengan murid lain boleh dalam bilik darjah yang sama
atau dalam sesebuah negara. Pendekatan ini dikenali sebagai ujian atau penilaian rujukan norma.

Ujian atau penilaian yang dibina adalah bertujuan untuk mendapatkan perbezaan yang maksimum antara murid-
murid berkenaan. Bagi memastikan tercapai tujuan berkenaan, tahap kesukaran item dikawal agar tidak terlalu sukar
dan terlalu mudah. Lazimnya kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25%
sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian akan mencerminkan siapa lebih pandai atau di mana kedudukan
seseorang pelajar dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya.

Ujian rujukan norma ini tidaklah memberikan maklumat secara terperinci tentang kemahiran seseorang murid.
Sebaliknya apa yang diberikan penekanan ialah tentang siapa lebih baik daripada siapa. Keadaan ini memerlukan
item penilaian benar-benar dapat memastikan perbezaan (mendiskriminasikan) antara pelajar.

Menurut Popham (1981), ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang murid berpandukan
prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan. Misalnya, seorang murid dapat menjawab 50 item dengan
betul daripada 60 butiran ujian. Skor mentah murid ini ialah 50. Kedudukan murid ini dibandingkan dengan calon lain
dengan menggunakan satu jadual norma. Jadual berkenaan akan menunjukkan kedudukan calon dalam bentuk
pangkat peratusan berbanding dengan satu kumpulan norma yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi
memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual norma, maknanya muri tersebut berprestasi melebihi
atau menyamai 82 peratus daripada murid-murid lain dalam kumpulan norma.

Dalam konteks penilaian ini, jika ramai murid yang mendapat skor yang rendah, markah lulus lazimnya cenderung
akan rendah. Begitu juga sebaliknya. Dengan itu, ada kemungkinan murid yang lemah akan lulus kerana terdapat
murid-murid lain yang lebih lemah.

3.3.5 Penilaian Rujukan Kriteria

Ujian atau penilaian rujukan kriteria memberikan penekanan yang berbeza daripada ujian rujukan norma. Matlamat
ujian ini bukan untuk membandingkan prestasi antara murid. Tetapi lebih menumpukan kepada perbandingan
kepada kriteria yang sama yang telah ditetapkan sama ada tercapai atau tidak. Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser
pada tahun 1963 (dipetik daripada Popham, 1971). Menurut Glaser (1973) kriteria yang digunakan tidak bermaksud
akhiran sesuatu kemahiran, tetapi kriteria itu bergantung kepada penetapan oleh guru, yakni pada aras mana yang
ingin guru tetapkan kriteria yang harus dicapai oleh murid-murid.

Menurut Popham (1981) ujian rujukan kriteria digunakan untuk menentukan status individu berhubung domain
tingkah laku yang didefinisikan. Ujian rujukan kriteria merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah
ditetapkan.

Bagaimanakah penilaian formatif dan penilaian sumatif dijalankan?

3.3.7 Penilaian Formatif

Bagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan, aktiviti penilaian seringkali memberikan maklumat penting
kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian yang dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat
bagi memperbaiki kurikulum dikenali penilaian formatif. Penilaian ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang
diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian lazimnya mendatangkan kesan negatif
sama ada kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan
ketegangan kepada golongan berkenaan. Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut
tanpa membandingkan pencapaian antara pelajar.

Pendidik yang beramanah seharusnya memberikan penerangan dan bimbingan kepada murid dan kepada ibu bapa
murid akan kegunaan serta tujuan penilaian formatif. Ujian yang dibentuk dalam penilaian ini seharusnya bercorak
ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti
pembelajaran. Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala maklumat
yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan
guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian
pengajarannya, manakala murid dapat mengetahui kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Dengan itu
penilaian ini bukan sekali-kali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu murid. Dengan itu, tidak
ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan. Contoh penilaian formatif seperti sesi soal jawab,
latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau prosedur perlu diberikan tumpuan
atau perhatian oleh guru, iaitu:

iv. Menentukan topik pembelajaran. Dalam sesuatu sukatan pelajaran, mengandungi beberapa topik yang
seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Pengajaran topik-topik berkenaan
memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan semua sukatan berkenaan. Langkah terbaik ialah
menyusun topik berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan
yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih
dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan
mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

v. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru harus mengenal pasti aspek-
aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Misalnya pelajar dapat mengenal warna, simbol,
membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka
guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan
terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

vi. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang
terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi
pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua
elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

vii. Membentuk soalan ujian. Selepas penentuan elemen-elemen berkenaan, misalnya ada sepuluh elemen dalam
sesuatu topik, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu
soalan.

viii. Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan ialah antara lain untuk mengetahui tahap
penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Dengan itu
tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Misalnya, murid-murid
masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil
oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar
murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat
membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid-murid masing-masing saling
memperolehi maklumat akan kelemahan-kelemahan yang wujud semasa pengajaran pembelajaran berlangsung
berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan. Ini memberikan motivasi kepada guru dan murid untuk membaiki
prestasi masing-masing. Guru memperbaiki prestasi penyampaian manakala murid memperbaiki strategi
pembelajaran.

3.3.7.1 Tujuan Penilaian Formatif

Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran. Di samping memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar
pada akhir sesuatu pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan dapat
memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan
seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid-
murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian
yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.

Penilaian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan
kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat meninggi pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang
memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian
murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan
prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.

Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai pengajaran seseorang guru. Hal ini
kerana pencapaian yang rendah di kalangan murid-murid barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu
sendiri. Pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang
dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Ada yang
sederhana, lemah dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar
pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti aspek atau topik
yang menunjukkan kecenderungan murid-murid masih lemah dan topik yang telah dikuasai oleh murid. Selain
mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam
penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam menyampaikan pengajaran. Pada akhir
topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang
diperkatakan. Dengan itu guru dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh
mengubah dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya.

Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Maklumat yang
diperolehi daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid-murid untuk mengatasi kelemahan mereka.
Mereka boleh berbincang dan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu,
murid-murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan pembelajaran.
Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan
ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.

Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif adalah suatu strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum balas yang diperolehi dapat digunakan oleh guru dan murid-
murid serta merta dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud. Ia memberikan motivasi kepada guru
untuk terus berusaha dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Manakala pada pihak murid-murid pula,
ia memberikan harapan tinggi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

3.3.8 Penilaian Sumatif

Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik
pembelajaran, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal
persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.
Tujuan penilaian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang
telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-
murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan
objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.

Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan
dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat
perbandingan antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau
kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut
kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti
penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya.

Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberikan
penekanan:

i. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item,
jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal
dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

ii. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji
objektif pelajaran yang telah ditetapkan.

iii. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif
diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut
susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah
diikuti aras lebih tinggi.

iv. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias
dalam pemberian markah murid-murid.

v. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang
dikemukakan.

vi. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal
dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang
wujud pada item berkenaan.

vii. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item,
ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang
disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

3.3.8.1 Tujuan Penilaian Sumatif

Pada umumnya, penilaian sumatif untuk menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan
membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga
bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi
oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.

Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Pencapaian
pada peringkat awal biasanya mempunyai perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya.
Misalnya, kemahiran mengenal huruf murid akan menjadi ramalan kepada kemahiran untuk menyusun huruf-huruf
dalam membentuk perkataan pada masa depan.

Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. Sebelum
memulakan sesuatu kursus baru murid-murid dikehendaki terlebih dahulu menduduki ujian yang menentukan
peringkat pencapaian mereka agar dapat memastikan murid-murid berkenaan telah menguasai kemahiran asas yang
diperlukan dalam sesuatu kursus baru berkenaan. Sekiranya murid-murid berkenaan sudah mencapai peringkat
tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut.
Selain itu, keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut
kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada beberapa kumpulan bagi tujuan membuat perbandingan pencapaian
yang diperolehi. Dengan cara itu, perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar
lemah, sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang.

Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama dilaksanakan dalam dunia pendidikan
dengan tujuan utama ialah untuk memberikan gred kepada pencapaian murid. Di samping itu, penilaian ini juga
dapat digunakan secara menyeluruh dalam memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan yang diperolehi lebih
menyeluruh.

RUMUSAN

Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama. Hal ini demikian kerana guru
yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang
dilaksanakan oleh guru dapat memberikan tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangka
waktu yang lebih panjang. Ujian yang dilakukan dalam tempoh pengajaran pembelajaran yang berlangsung
membolehkan guru mengetahui tahap penguasaan pelajar tentang topik-topik yang telah dibincangkan di samping
mengetahui masalah yang dihadapi pelajar dan seterusnya menjalankan aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti
pemulihan. Sementara ujian yang dijalankan pada akhir sesuatu penggal aman memberikan maklumat berkenaan
pencapaian pelajar secara umum setelah pengajaran pembelajaran berlangsung dalam tempoh tertentu. Dengan itu
juga guru-guru dapat membandingkan serta menggredkan pelajar mengikut pencapaian yang diperolehi sama ada
dalam kumpulan pelajar yang lemah sederhana atau cemerlang

Ringkasan:

Ujian pencapaian - ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau
seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajar.

Ujian kecerdasan disebut juga ujian mental - mengukur perbezaan di antara individu.

Ujian prestasi - memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan. Penekanan yang
diberikan kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan.

Ujian diagnostik - mengenal pasti masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan
punca-punca yang menyebabkan masalah.

Ujian kecekapan - digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid
melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti.

Ujian bakat - Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon tentang bakat atau keistimewaan
yang dimiliki.

Ujian personaliti - untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap
seseorang murid.

Ujian rujukan Norma keputusan ujian seseorang calon dibandingkan dengan dengan keputusan pelajar yang lain
yang mengambil ujian yang sama sama ada dalam kelas yang sama atau berlainan.

Ujian rujukan kriteria maklumat atau prestasi pelajar dibandingkan dengan kriteria yang telah ditetapkan tanpa
melibatkan perbandingan antara pelajar.

Penilaian formatif penilaian berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberikan maklumat
sejauhmana pembelajaran telah dikuasai.

Penilaian sumatif dikaitkan penilaian pada akhir penggal atau semester. Memberikan nilai yang membezakan
antara peringkat pencapaian pelajar

PENTAKSIRAN DAN REKOD PENILAIAN


6.1 PENGENALAN

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta
Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan
potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan
guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid
ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

6.2 OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:


i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa.
iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
v. Mengesan keberkesanan pengajaran.
vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

6.3 PENTAKSIRAN

Tujuan pentaksiran adalah:


i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

6.4 PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

a. Merancang: sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:
i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b. Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:


i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

6.5 MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN

i. Bagaimana pentaksiran dilaksanakan?


ii. Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dan penilaian dilakukan melalui pemerhatian.
iii. Apa maksud pemerhatian?

iv. Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam
konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat clan
merekodnya dengan tepat.
v. Apakah yang diperhatikan?
vi. Pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku, perbualan clan hasil kerja seperti berikut:
1. Tingkah laku.
2. Tingkah laku murid boleh diperhatikan clan dinilai.Contohnya:-
a. Bermain pondok-pondok bersama rakan-rakan.
b. Menyusun blok bersama rakan atau
c. bersendirian.
d. Mengikat tali kasut.
e. Berlari sambil melompat.
f. Menyelesaikan masalah bersama rakan.
g. Membuat kolaj dalam kumpulan.
h. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid.
j. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid yang boleh diperhati
k. dan dinilai adalah seperti berikut:

Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru/murid dengan murid.


-Interaksi murid dengan bahan., - Main peranan., - Bersoal jawab., -Bacaan., -Nyanyian., -Hasil kerja murid.
Contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah:
-Lukisan , -Buku skrap , -Kraftangan , -Buku kecil, - Model
6.6 MEREKOD MAKLUMAT
Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid.
Contoh rekod seperti berikut:
a. Senarai Semak
b. Skala Kadar
c. Rekod Anekdot
d. Rekod Berterusan (Running Record)

6.7 INSTRUMEN PENTAKSIRAN


i.Senarai Semak.
a.Definisi: Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi
pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada:

b. Sesuatu tingkah laku/ciri ada atau dapat diperhatikan.


c. Sesuatu perlakuan telah dilakukan.
d. Kekerapan sesuatu tingkah laku.

ii. Prosedur
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak:
a) Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.
b) Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
c) Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.
d) Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
e) Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan
diperlihatkan.
f) Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat/amalan yang lebih tepat/ kekal.
g) Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau hasil pembelajaran atau tingkah laku murid.

6.8 CONTOH REKOD


6.8.1 Rekod Skala Kadar
a. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan clan pencapaian sesuatu tingkah laku murid.
b. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara
angka atau gred.

6.8.2 Rekod Anekdot


Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan
untuk direkod. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila clan di mana berlaku.

6.8.2.1 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah:
a. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
b. Mengenal pasti peristiwa itu penting clan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan
dan kekurangan.
c. Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.
d. Menulis apa yang dilihat secara objektif.
e. Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan
bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid.

6.8.3Rekod Berterusan
a. Definisi- Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita "narrative" yang dibuat ke atas individu atau
kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan
dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan
minit.

b. Prosedur menyediakan rekod berterusan


i. Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
ii. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
iii. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci.
iv. Rekod hendaklah tepat clan paclat.
v. Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

6.9 PENYIMPANAN MAKLUMAT


Segala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan dikumpulkan dalam
portfolio.

6.9.1 Definisi Portfolio:


Portfolio adalah untuk merekod pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi murid secara sendirian
serta yang diperolehi bersama rakan-rakan lain. Portfolio boleh dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid
dan dijadikan panduan untuk menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu
bapa murid untuk memaklumkan mereka tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka.
6.9.1.1 Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah
i. Pelaporan Perkembangan Murid
ii. Rekod Peribadi
iii. Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid
iv. Hasil Kerja terpilih
a. Perlu dinilai dan diberi ulasan
b. Pemilihan menunjukkan peningkatan dalampencapaian
c. Pemilihan hasil kerja murid perlu dipilih dan dinilai dari setiap komponen sekurangnya 2 bulan sekali.

6.10 HASIL KERJA MURID


a. Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam portfolio. Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat
oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid termasuklah:
i. Gambar atau lukisan
ii. Tulisan
iii. Binaan yang disempurnakan
iv. Cerita yang ditulis
v. Buku skrap

b. Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah dianalisis dan dinilai. Catatan yang
dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis
huruf. Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid khususnya
semasa pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan
bukti refleksi yang dibuat oleh murid.
c. Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi perasaan, sikap dan menge-
nalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

6.11 REKOD PERIBADI MURID

Rekod peribadi murid mengandungi maklumat diri murid, maklumat keluarga murid dan maklumat fizikal. Guru perlu
memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat kerjasama dari ibu bapa atau penjaga.
Rekod peribadi ini akan diserahkan kepada guru Tahun Satu apabila murid masuk ke sekolah formal. Manakala bagi
murid yang bermasalah dari segi kesihatannya maka Rekod Peribadi ini penting sebagai bahan rujukan untuk guru
mengambil tindakan sewajarnya.

1. Contoh Rekod Peribadi Murid


2. Contoh Maklumat Keluarga
3. Maklumat Kesihatan
4. Maklumat Fizikal
5. Kecemasan Sila Hubungi
Rujuk Buku Pentaksiran dan Rekod Penilaian yang diedarkan oleh BPK.

6.12 PELAPORAN
a. Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan
pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid.
b. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:
Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan guru clan ibu bapa
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus berdasarkan pelbagai kecerdasan, kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh clan ketrampilan diri
mengikut tahap keupayaan mereka.
Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang telah diperolehi hasil daripada analisis data melalui
kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.

6.13 REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID

Rekod Perkembangan clan Kemajuan Murid merupakan rumusan yang dibuat oleh guru hasil daripada maklumat
yang dikumpul dan dianalisis mengenai perkembangan diri murid secara menyeluruh dan spesifik. la berbentuk
ulasan berdasarkan item-item yang telah dibina melalui hasil pembelajaran yang hendak dicapai berasaskan Amalan
Bersesuaian Dengan Perkembangan KanakKanak. Ulasan yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan
dan pencapaian sebenar diri murid yang boleh diukur melalui keenam-enam komponen berikut:
a. Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi
b. Perkembangan Kognitif
c. Perkembangan Kerohanian dan Moral
d. Perkembangan Sosioemosi
e. Perkembangan Fizikal
f. Perkembangan Kreativiti clan Estetilka
Maklumat yang perlu ada semasa membuat rumusan mengenai perkembangan murid melalui keenam-enam
komponen perlu mengambil kira aspek-aspek berikut:

6.13.1 Pengetahuan
Aspek pengetahuan murid meliputi:
Diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
Kepelbagaian hidupan di persekitaran
Kewujudan fenomena alam
Agama
Pengalaman berdasarkan multimedia

6.13.2 Kemahiran
Aspek kemahiran yang telah dikuasai oleh murid meliputi:
Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
Kemahiran motor halus dan motor kasar semasa menjalankan aktiviti harian dan aktiviti pembelajaran.

6.13.3 Kreativiti
Kreativiti murid boleh dinilai dalam:
Menghasilkan objek dengan menggunakan bahan secara
kreatif (contoh: bahan semulajadi, bahan kitar semula
Merekacipta sesuatu hasilan berdasarkan pengalaman dan fantasi.

6.13.4 Sikap Dan Sahsiah


Aspek tingkah laku murid yang boleh dinilai adalah:
Amalan nilai-nilai murni
Perbuatan menghormati dan mematuhi arahan/peraturan
Sifat menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya

6.13.5.Komunikasi
Kebolehan berkomunikasi murid yang boleh dinilai adalah seperti:
Berinteraksi secara sopan, tertib dan teratur
Melakukan pengucapan bertatasusila menggunakan bahasa yang betul
Berinteraksi secara `non verbal' (bahasa isyarat) dan boleh difahami
Memberi pendapat yang boleh diterima pakai.

Tindakan Susulan

Kelebihan murid dalam pencapaian perlu diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar.
Kekurangan tahap pencapaian murid perlu dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya.
Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan dan kelas melalui
proses pembelajaran.
Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang
bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut.
Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan
tambahan di rumah

You might also like