You are on page 1of 2

Kaedah Komunikatif

Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa
prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses
perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak kanak
melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah
merangkumi kecekapan bahasa (tatabahasa) serta kecekapan komunikatif (ketepatan
penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan)

Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih berkesan
sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan
proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai makna terlebih
dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut
dalam struktur ayat yang tertentu. Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah
menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran,
wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur
bahasa yang diajar.

Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsur-unsur bahasa


dalam teks dan wacana .

Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau
latih tubi unsure-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti
penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dilatih tubi.

Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses


pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah.
Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi
peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-
situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan
pelajar menguasai kecekapan bahasa, tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk
membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur yang
dipelajari dalam berbagai konteks.

Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti ini ,pelajar diberi
peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas yang
dirancangkan oleh guru.Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan pellajar-
pelajar memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih dalam
praaktiviti untuk berinteraksi dalam konteks social yang diberi.

Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar


dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal
jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsur-unsur
bahasa dalam praakktiviti.

Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi Bahasa
Melayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa (tatabahasa) tidak
dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi.Guru dapat
menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti
pengajaran.Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid .Murid yang diajar melalui
kaedah ini berminat untuk belajar.

You might also like