You are on page 1of 8

Urusan Ubah Nama Pewaris Tanah

Latar Belakang JKPTG Selangor

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor diwujudkan pada 1
Februari 2000. Sebelum itu ia dikenali sebagai Unit Khas Bergerak (UKB) yang mana
berfungsi khusus bagi memproses pengambilan tanah untuk projek-projek Persekutuan.
Manakala, Unit Pusaka berfungsi secara berasingan. UKB Selangor diwujudkan pada 1
April 1979 dan ditempatkan di Pejabat PTG Negeri. Terdapat dua unit iaitu UKB Shah
Alam dan UKB Sabak Bernam dan Kuala Selangor sebelum ia ditukar menjadi JKPTG
Negeri. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor terletak di Tingkat
10, Plaza Masalam Shah Alam setelah berpindah dari Bangunan Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah pada Mac 2003. Walau bagaimanapun, Jabatan ini akan berpindah ke
bangunan sendiri yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam pada tahun 2009 setelah
bangunan tersebut siap dibina kelak.

Misi , Visi Dan Objektif

1.Ke arah pengurusan tanah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

2.Mewujudkan pengurusan tanah yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras


dengan dasar pembangunan negara.

3.Meningkatkan sistem pengurusan dan perundangan tanah agar cekap dan bermutu di
seluruh negara.

4.Meningkatkan kecekapan pengurusan tanah persekutuan, pengambilan tanah,


pembahagian pusaka dan kemajuan pengurusan dan perundangan serta
penguatkuasaan.

Fungsi Jabatan

1. Harta Tanah Persekutuan

Mengumpul maklumat, menyelaras dan menyelia harta tanah persekutuan.

2. Pembahagian Pusaka

Memproses permohonan pembahagian pusaka kecil.


3. Penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan

Menyedia laporan, menyelaras penguatkuasaan dan membantu menyelia kutipan hasil


persekutuan.

4. Pengambilan Tanah

Memproses permohonan pengambilan tanah bagi maksud awam untuk agensi


Persekutuan.

Piagam Pelanggan

Kami kakitangan JKPTG berjanji :

Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada setiap urusan
yang ada kaitan dengan misi dan objektif Jabatan

Perkhidmatan tersebut akan diberi dengan penuh perasaan tanggungjawab dan


komitmen mengikut nilai-nilai dan norma sejagat

Kami akan memastikan anda sebagai pelanggan JKPTG sentiasa diutamakan

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Selangor


Persiaran Bukit Raja 1 / KU 1
Bandar Baru Klang
41150 Klang
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-33414194
Faks : 03-33414196

Bangi

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan


Unit Pembahagian Pusaka Selangor Timur
Tingkat 1, Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650 Bangi
Selangor
No. Tel : 03-89251996
No. Faks : 03-89256441

Kuala Langat (Banting)

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian


Unit Pembahagian Pusaka Selangor Barat Daya
Tingkat Bawah,
Kompleks Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat
Jalan Sultan Abdul Aziz Shah Sungai Sedu
42700 Banting
Selangor
No. Tel : 03-31871952
No. Faks : 03-31802853

Kuala Selangor

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian


Unit Pembahagian Pusaka Selangor Barat Laut
Tingkat 1, Kompleks Pegawai Kerajaan
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor
Selangor
No. Tel : 03-32891212
No. Faks : 03-32896249

Gombak

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian


Unit Pembahagian Pusaka Selangor Utara
Tingkat 1
Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Gombak
Persiaran Pegawai
KM 16 Jalan Rawang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-61385940
Fax: 03-61368428
Department Of Director General Of Lands And Mines (Federal)
Section of Administration and Finance
Ministry Of Natural Resources and Environment (NRE)
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA
Malaysia

Tel: +603-8000 8000


+603-8881 0796 / +603-8890 1237
webmaster@jkptg.gov.my

1. PENGENALAN
1.1. Untuk memberi garis panduan yang ringkas tentang tatacara tuntutan
pembahagian pusaka kecil.
1.2. Untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya pembahagian tuntutan
pusaka itu perlu dibuat secepat mungkin

2. UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL


2.1. Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil mempunyai 36 unit di seluruh negara.
Setiap unit bertanggungjawab menerima permohonan,membicarakan serta
mengeluarkan perintah pembahagian terhadap dua atau tiga daerah jagaan
2.2. Bagi daerah di mana tiada unit pusaka kecil , urusan penerimaan permohonan (
Borang A dan Borang P ) boleh dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah-daerah
berkenaan

3. APAKAH HARTA PUSAKA KECIL


3.1. Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati dan mempunyai ciri -
ciri berikut :-
a) Simati tidak meninggalkan wasiat ( bagi simati bukan Islam )
b) Harta itu terdiri daripada :
i) Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau ;
ii) Harta Tak Alih (Tanah/Rumah ) bersama-sama dengan harta alih seperti wang
tunai, saham, kenderaan, carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan
sebagainya
c) Jumlah nilaian keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2 juta ( mulai 1
September 2009) pada tarikh permohonan dibuat

4. CARA MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL (SEKSYEN


8) - AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955
4.1. Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat
dalam Borang A
4.2. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:-
a) Bukti Kematian
i) Sijil kematian/permit menguburkan; atau
ii) Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah
dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan Jepun dan
sebelumnya; atau
iii) Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam
keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13
Mei 1969, tragedi Muassem, dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari
tarikh berlakunya kejadian.
b) Dokumen Harta Tak Alih - Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat
Tanah atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati
atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan,
salinan resit cukai pintu bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum
dikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada)
c) Salinan dokumen harta - harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku
akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya
yang terkini.

5. SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON


5.1. Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:-
a) Waris - waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau
perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
b) Pemiutang dan pengkaveat;
c) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
d) Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
e) Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
f) Amanah Raya Berhad .

6. DI MANAKAH PERMOHONAN DIKEMUKAKAN


6.1 Di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tak alih simati
terletak.
6.2 Sekiranya simati mempunyai harta tak alih ( tanah ) di banyak tempat sama
ada di dalam negeri yang sama atau negeri yang berlainan, permohonan pembahagian
kesemua harta tak alih itu hendaklah dikemukakan di salah satu daerah sahaja iaitu di
mana harta tak alih itu terletak.

7. MENGHADIRI PEMBICARAAN
7.1. Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan,
surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu
hendaklah dibawa semasa pembicaraan.
7.2. Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan
.
7.3. Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara
bersumpah/berikrar.
7.4. Mana-mana waris yang tidak dapat hadir bolehlah mengemukakan Surat
Akuan Persetujuan yang ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah, Majistret ,
Pesuruhjaya Sumpah atau Notaris Awam Sila nyatakan cara pembahagian yang
dikehendaki dengan jelas. Surat Akuan Persetujuan boleh didapati di semua Unit
Pembahagian Pusaka, Pejabat Tanah atau di muatturun melalui laman web jabatan
iaitu www.kptg.gov.my

8. CARA HARTA PUSAKA KECIL DIBAHAGIKAN


8.1. Pembahagian adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam.
8.2. Bagi bukan Islam, Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958
(Akta 300).
8.3. Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang
berhak mewarisi harta pusaka simati bersetuju.
8.4. Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan - kawasan
Penempatan Berkelompok )1960 tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. Jika lebih dari
dua orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada
dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan
hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.
8.5. Jika simati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau ,
Tampin dan Jempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan,
pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian III Akta.
8.6. Perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan
15(4)(d) Akta.

9. JANGKAMASA MEMPROSES SESUATU TUNTUTAN


9.1. Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam
tempoh 5 bulan bagi Permohonan Baru Borang A Seksyen 8
9.2 Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis dan harta berada didalam daerah
yang berlainan jagkamasa proses mungkin meelbihi dari tempoh di atas.

10. RAYUAN TERHADAP PERINTAH


10.1 Mana - mana pihak yang tidak puashati dengan perintah pembahagian yang
telah dibuat hendaklah membuat rayuan melalui Pentadbir Tanah ke Mahkamah Tinggi
dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu dibuat. (Seksyen 29 Akta & Peraturan 10,
Peraturan Harta Pusaka Kecil 1955)

11. PENDAFTARAN PERINTAH PEMBAHAGIAN


11.1. Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah
mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan
pendaftaran perintah pembahagian tersebut.
11.2. Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan
perintah pembahagian ke agensi /institusi yang bertanggungjawab terhadap harta alih
tersebut.

12. PERMOHONAN BERIKUTNYA (SEKSYEN 17 AKTA)


12.1. Ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan awal ( Borang
A- Seksyen 8 Akta ) telah diselesaikan.
a) Permohonan Berikutnya boleh dibuat dalam keadaan seperti:
i) Ada harta yang tertinggal di dalam permohonan awal;
ii) Apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru;
iii) Apabila perlu melantik seorang pentadbir yang baru;
v) Untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagian dibuat secara terus
kepada waris simati;
iv) Untuk menarik balik sesuatu Kaveat Pendaftar ;
12.2. Setiap permohonan berikutnya hendaklah dengan menggunakan Borang P

13. MENGAPA PERMOHONAN PUSAKA PERLU DIBUAT SEGERA


13.1. Mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat daripada kematian berlapis.
13.2. Memudahkan proses pembahagian pusaka.
13.3. Membolehkan harta pusaka dimanafaat dengan segera bagi faedah semua
waris.
13.4. Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.
13.5. Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan,
atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan kepada Pentaftar Wang Tak
Dituntut.

14. BAYARAN
14.1. Bayaran Pendaftaran:
a) Percuma bagi permohonan baru (Borang A - Seksyen 8-Akta )
b) Percuma bagi Permohonan Berikutnya ( Borang P - Seksyen 17 Akta ).
14.2. Bayaran Selepas pembicaraan :
a) Bayaran perintah berdasarkan nilaian terkini harta simati ( seperti senarai harta
simati di Borang Permohonan- Borang A Seksyen 8 Akta). Jika nilaian keseluruhan
harta simati:
RM1.00 hingga RM1,000.00 bayaran perintah adalah RM10.00, jika RM1,001
hingga RM50,000 bayaran perintah RM30.00 manakala jika nilaian adalah RM50,001
dan ke atas bayaran perintahadalah 0.2% dari nilaian harta si mati.
b) RM30 bagi bayaran perintah permohonan berikutnya ( Seksyen 17 ) yang
melibatkan permohonan seperti membatalkan Pemegang Amanah, Kaveat Pendaftar
ataupun membatalkan Pentadbir. Jika melibatkan ketinggalan harta, bayaran perintah
hendaklah mengikut nilaian harta terkini yang diselesaikan di bawah Seksyen 17 Akta
( Permohonan Berikutnya ) sahaja
c) Jumlah bayaran bagi mendaftarkan perintah pembahagian dalam hakmilik
tanah (geran) adalah mengikut peraturan -peraturan tanah negeri;
d) Duti Harta Pusaka - (jika ada) akan ditentukan di akhir pembicaraan mengikut
nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yang dikenakan tertakluk kepada peruntukan di
bawah Akta Duti Harta Pusaka 1941.
e) Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan
pertama dan bayaran RM 5.00 dikenakan bagi salinan kedua dan seterusnya.
f) Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain
daripada pentadbir/ waris dikehendaki membayar RM 30.00 bagi salinan pertama dan
RM 10.00 bagi salinan kedua dan seterusnya.
14.3. Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi bayaran yang akan dikenakan
adalah seperti berikut:
a) RM 50.00 bagi bayaran fee rayuan;
b) RM 1500.00 bagi bayaran deposit rayuan;
c) Bayaran menyediakan salinan dokumen yang dikehendaki bagi salinan pertama
adalah RM30. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM10;
14.4. Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama Nota Pembicaraan RM30.00-
bagi setiap Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya dan RM 10.00 bagi
salinan kedua/seterusnya setiap 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya

15. CIRI - CIRI ISTIMEWA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL


15.1. Di antara ciri-ciri istimewa dalam pembahagian pusaka kecil ialah:
a) Borang permohonan ( Borang A ) boleh didapati di Unit Pembahagian Pusaka
Kecil atau Pejabat Tanah daerah;
b) Pembicaraan boleh diadakan di Balai Raya/ Balai Penghulu Dewan Orang
Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati;
c) Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;
d) Penyerahan/ penerimaan hak/ bahagian sesama waris boleh dibuat semasa
pembicaraan dan tidak dikenakan apa - apa bayaran;
e) Pembicaraan boleh dibuat di mana-mana daerah yang terdapatnya harta simati;
f) Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuasa
tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu.

PANDUAN INI ADALAH PENERANGAN RINGKAS SAHAJA. SEKIRANYA


TUAN/PUAN MEMPUNYAI MASALAH DAN INGIN MENDAPATKAN KETERANGAN
DENGAN LEBIH LANJUT SILA RUJUK RUANGAN MUAT TURUN BORANG
( PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL) UNTUK MENDAPATKAN BORANG-BORANG
PERMOHONAN, ALAMAT UNIT-UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA SELURUH
SEMENANJUNG YANG BOLEH DIHUBUNGI SERTA PANDUAN LAIN YANG
BERKAITAN.

You might also like