You are on page 1of 12

Faedah Socso

Waris, pencarum boleh tuntut faedahPerkeso

SUNGAI PETANI 23 Sept. - Tahap kesedaran dalam kalangan pekerja dan waris
berkaitan kelayakan menikmati faedah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso) masih rendah.
Pengarah Perkeso Kedah, Othman Nordin berkata, keadaan tersebut menyebabkan
ramai di antara pekerja mahupun waris tidak membuat tuntutan selepas berlakunya
insiden ataupun kematian.
"Golongan pekerja ataupun waris termasuk ibu bapa yang anaknya belum berkahwin
boleh membuat tuntutan faedah caruman Perkeso sekiranya ditimpa kemalangan
ataupun kematian.
"Kita mempunyai pelbagai faedah kepada pencarum seperti faedah pengurusan mayat,
pencen penakat, pencen ilat dan faedah pinjaman pendidikan kepada anak penerima
manfaat," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Kesan di sini baru-baru ini.
Othman berkata, sebagai contoh, dalam kes kematian pencarum, waris mempunyai hak
untuk mendapatkan faedah di bawah pencen penakat.
Katanya, nilai minimum pencen penakat adalah sebanyak RM475 dan maksimum
RM1,917.50 bergantung kepada pendapatan pencarum semasa hayatnya.
"Di samping itu, Perkeso turut menyediakan elaun layanan sentiasa kepada waris atau
penjaga kepada pencarum yang jatuh sakit dan memerlukan penjagaan rapi," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Ops Kesan yang dijalankan tersebut
bertujuan mengesan para majikan yang tidak mencarum pekerja mereka ke dalam skim
Perkeso.
Katanya, sehingga 1 hingga 18 September lalu, sebanyak 44 kompaun dikeluarkan
kepada majikan di sekitar kawasan Sungai Petani melibatkan nilai RM36,000.

Suri rumahterima pencen


selepas 24 tahunkematiansuami
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Selepas 24 tahun kematian suami, seorang suri rumah hari
ini menerima pencen penakat Allahyarham suaminya berjumlah RM85,101.85 daripada
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kelewatan itu berlaku kerana Noraini Mohd. Nor, 62, tidak mengetahui bahawa dia
berhak membuat tuntutan pencen selepas suaminya meninggal dunia akibat diserang
penyakit jantung pada 1984.
''Saya tidak tahu saya berhak membuat tuntutan itu sehingga dimaklumkan seorang
saudara tentang perkara tersebut awal tahun ini,'' katanya kepada pemberita selepas
menerima cek penakat daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah
Mazlan di rumahnya di Lembah Keramat di sini, semalam.
Menurutnya, Allahyarham suaminya Mohamed Nor Hassan, sebelum ini bekerja
sebagai kerani di sebuah bank komersial.
Kes yang berlaku kepada Noraini bukan kes pertama malah ramai lagi waris pencarum
yang tidak menyedari mereka berhak membuat tuntutan pencen ekoran kematian ahli
keluarga yang mencarum dengan Perkeso.
Sementara itu, Maznah menggesa orang ramai sentiasa melakukan penyemakan untuk
mengetahui faedah yang berhak diperoleh melalui caruman yang dilakukan.
''Faedah Perkeso juga boleh diterima jika berlakunya kematian pada pencarum yang
bukan berdasarkan faktor kemalangan di mana ia boleh dituntut oleh pewaris.
''Terdapat banyak kes di mana pencarum atau pewaris tidak menuntut hak mereka
disebabkan tidak mengetahui faedah tersebut," katanya.
Menurutnya, Perkeso juga telah mula menjalankan Ops Kesan pada 1 Ogos lalu untuk
mengesan individu yang didapati layak untuk menerima faedah caruman dengan
Perkeso.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Perkeso, Mohammed Azman Aziz Mohammed
berkata, setiap pencarum boleh menuntut faedah caruman melalui dua skim iaitu skim
pencen ilat dan skim bencana pekerjaan.
''Melalui skim pencen ilat, ia merupakan faedah yang dituntut disebabkan oleh masalah
kesihatan seperti sakit jantung, barah dan sebagainya.
''Sementara, skim bencana pekerjaan boleh dituntut jika pencarum terlibat kemalangan
di tempat kerja yang telah disahkan oleh majikan,'' ujarnya.

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0822&pub=Utusan_Mal
aysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_26.htm#ixzz406prYSLI
Utusan Melayu (M) Bhd

Tahukah anda jika berlaku kematian kpd pencarum socso sebelum usia 60
tahun, anak2 simati berusia bawah 21 tahun layak mendapat elaun bulanan
sehingga berusia 21 tahun atau sehingga berkahwin yg mana terdahulu.
Waris simati iaitu isteri akan mendapat elaun bulanan sepanjang hayat.
Jumlah elaun adalah 1/5 drp 50% gaji basic simati. Walaupun simati sudah
lama berhenti kerja dan tidak mencarum lg masih layak buat tuntutan..
Pencen ini dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila orang
berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan
dengan pekerjaan.

Syarat Kelayakan

Penerima Pencen Ilat meninggal dunia tidak kira berapa pun umurnya
Orang berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai 60 tahun tetapi telah
memenuhi syarat kelayakan carumar penuh atau syarat kelayakan caruman
yang dikurangkan di bawah Skim Keilatan

Kadar Bayaran

Jika orang berinsurans yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen
Ilat, kadar penuh Pencen Penakat adalah sama banyak dengan kadar Pencen
Ilat yang diterimanya.
Jika orang berinsurans yang meninggal dunia itu bukan penerima Pencen
Ilat, kadar Pencen Penakat bergantung kepada mana-mana syarat
kelayakan caruman yang dipenuhi di bawah Skim Keilatan.
Bayaran pencen yang diberi adalah tertakluk kepada kelayakan kadar
pencen.Mulai 1 Januari 2012 , bayaran minima pencen bulanan adalah
sebanyak RM475.00 sebulan dan dibayar mengikut pembahagian syer orang
tanggungan yang layak.

Orang Tanggungan Yang Layak

Balu, atau duda, atau anak;


Jika tiada balu atau duda, anak
i. adik-beradik
ii. ibu atau bapa
iii. nenek atau datuk
(jika ibu bapa orang berinsurans sudah meninggal dunia)

Nota: Anak bermaksud anak yang berumur kurang 21 tahun pada masa
kematian orang berinsurans meliputi :
Anak kandung
Anak tiri yang ditanggung oleh orang berinsurans
Anak angkat yang diambil oleh orang berinsurans secara sah mengikut
undang-undang pengangkatan
Anak tidak sah taraf orang berinsurans
Anak yang terencat mental atau menjadi tidak berupaya secara fizikal dan
tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, layak menerima faedah selama
tidak berupaya menyara kehidupannya

Nota: Adik bermaksud adik kandung seibu dan sebapa yang berumur kurang
21 tahun pada masa kematian orang berinsurans.

Pembahagian Dan Tempoh Bayaran Orang Tanggungan

1) Jika meninggalkan balu atau duda atau anak, pembahagian kadar pencen
adalah seperti berikut:

Orang Tanggungan
Balu atau duda

Bahagian atas kadar pencen


3/5

Tempoh Bayaran
Seumur hidup
Sekiranya layak mendapat lebih daripada satu faedah orang tanggungan,
balu atau duda hanya layak dibayar satu faedah yang kadarnya lebih tinggi
Sehingga berkahwin semula (jika balu atau duda berkahwin semula sebelum
1 Mei 2005)

Orang Tanggungan
Anak

Bahagian atas kadar pencen


2/5
(Jika balu atau duda meninggal dunia, bahagian anak menjadi 3/5)

Tempoh Bayaran
Sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Syer
anak layak diteruskan sekiranya:
i. Masih belajar di mana-mama institusi pengajian tinggi (IPT), sehingga
tamat ijazah pertama atau berhenti atau berkahwin (mana yang lebih awal)
ii. Seumur hidup bagi anak yang terencat mentalnya atau tidak upaya secara
fizikal dan tidak berdaya menanggung diri sendiri
2) Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, kadar pencen
dibahagikan kepada orang tanggungan yang layak dibayar seperti berikut :

Orang Tanggungan
Ibubapa

Bahagian atas kadar pencen


4/10

Tempoh Bayaran
Seumur Hidup

Orang Tanggungan
Adik Beradik

Bahagian atas kadar pencen


3/10

Tempoh Bayaran
Sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal).

Orang Tanggungan
Nenek atau Datuk (jika ibubapa telah meninggal dunia)

Bahagian atas kadar pencen


4/10

Tempoh Bayaran
Seumur Hidup

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan :

Pemohon / Pihak yang membuat tuntutan hendaklah mengemukakan


dokumen-dokumen berikut:

i. Borang Tuntutan Pencen Penakat /Borang 24


ii. Borang Tuntutan Faedah Pengurusan Mayat - Borang 26
iii. Salinan Sijil Kematian Orang Berinsurans (depan & belakang)
iv. Lain-lain dokumen :
a. Jika Orang Berinsurans Belum Berkahwin :

Salinan Sijil Kelahiran Orang Berinsurans


Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Nenek dan Datuk (jika berkenaan)
Salinan Sijil Kelahiran / dan Kad Pengenalan Adik-Beradik (jika berkenaan)

b. Jika Orang Berinsurans Berkahwin :

Salinan Kad Pengenalan Balu / Duda


Salinan Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Nikah
Borang Akuan Balu Tunggal (bagi orang Islam) - Lampiran A
Salinan Sijil Kelahiran / dan Kad Pengenalan Anak (jika berkenaan)
Borang BKA-1 dan salinan buku bank pemohon dari mana-mana bank yang
diluluskan (jika berkenaan)
Resit asal pengkebumian jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan (jika tiada
waris)
marikh34
17-11-2015, 09:08 PM
ye betul arwah abang saya dapat....dapat kat mak sy... ramai yg x tau
m0mo~
17-11-2015, 09:10 PM
aku baru tahu..:o
nice sharing bro
eizzbizz
17-11-2015, 09:11 PM
swasta nih kan ??
tangkisan
17-11-2015, 09:12 PM
yezza..
saper2 yang mencarum dengan perkeso/socso..
Deenz Work
17-11-2015, 10:06 PM
Dia kata dapat 1/5 dari gaji si mati, tapi itu kalau si mati meninggal pada
masa dia masih bekerja dan masih mencarum kan? Macamana pula kalau si
mati dah tak kerja dan dah lama tak mencarum pada masa dia meninggal
dunia, berapa pula waris si mati dapat yer? :-?
mohamad71
17-11-2015, 10:16 PM
Berapa tahun mencarum baru layak dapat pencen ilat andaikata pekerja
tersebut meninggal kerana sakit.
xor
17-11-2015, 10:23 PM
untung sebenarnya kerja dengan majikan yang buat caruman PERKESO
untuk pekerjanya ni...

selalu sgt galakkan kwn2 yg kerja swasta cari kerja biar ada caruman
PERKESO...

12 bulan caruman pun dah ok...


Laici
17-11-2015, 10:24 PM
SOCSO ni ramai orang tak berapa faham kemudahan..yg tahu,kalau tengah
kerja,ada eksiden ke apa...boleh dapat pampasan..selain dari tu,tak
tahu...aku pun tak tahu
soulsix
17-11-2015, 10:30 PM
Dia kata dapat 1/5 dari gaji si mati, tapi itu kalau si mati meninggal pada
masa dia masih bekerja dan masih mencarum kan? Macamana pula kalau si
mati dah tak kerja dan dah lama tak mencarum pada masa dia meninggal
dunia, berapa pula waris si mati dapat yer? :-?
Dia tgk sejarah caruman
Ada tempoh minima utk melayakkan dpt pencen ni walaupun masa
pencarum meninggal tu dah lama tak kerja
soulsix
17-11-2015, 10:33 PM
untung sebenarnya kerja dengan majikan yang buat caruman PERKESO
untuk pekerjanya ni...

selalu sgt galakkan kwn2 yg kerja swasta cari kerja biar ada caruman
PERKESO...

12 bulan caruman pun dah ok...


Kalau majikan tak bayar pun still boleh claim
Sbb di bawah akta majikan wajib carum pekerja
Kalau berlaku kemalangan, pekerja boleh claim
Kalau semakan mendapati majikan tak daftar/carum majikan kena bayar
caruman backdated dan boleh didenda
magnesium
17-11-2015, 10:35 PM
Aku x suka socso.
Baik majikan amik kan plan insuran tuk pekerja.

Staff socso plak dapat benefit yg amat tinggi.

Hotel free untuk bercuti dan bonus sampai 6 bulan.


soulsix
17-11-2015, 10:40 PM
Aku x suka socso.

Baik majikan amik kan plan insuran tuk pekerja.

Staff socso plak dapat benefit yg amat tinggi.

Hotel free untuk bercuti dan bonus sampai 6 bulan.


Aku pernah kerja socso, hotel panel dpt diskaun je. Bonus ikut pengumuman
kerajaan.
Tp taktau la sekarang dah naik mcm tu sekali punya tinggi
Deenz Work
17-11-2015, 10:47 PM
Dia tgk sejarah caruman
Ada tempoh minima utk melayakkan dpt pencen ni walaupun masa
pencarum meninggal tu dah lama tak kerja

Oh.. maknanya sebelum stop mencarum tu, dia akan tengok dah berapa
lama kita mencarum baru tau kita layak atau tak yer.. :)cgrock
soulsix
17-11-2015, 10:54 PM
Oh.. maknanya sebelum stop mencarum tu, dia akan tengok dah berapa
lama kita mencarum baru tau kita layak atau tak yer.. :)cgrock
Yup, bro. Dia akan tgk rekod individu
Sbb tu kena pastikan majikan mencarum
Kalau majikan tak mencarum boleh report pd socso
Sbb tu hak kita, ada akta sama mcm kwsp
WordPress
17-11-2015, 10:56 PM
Terbaik bro...

Meh aku tambah sos bagi menambahkan keenakannya:

http://www.perkeso.gov.my/my/perlindungan-keselamatan-sosial/faedah-
di-bawah-skim/skim-keilatan.html
magnesium
17-11-2015, 11:03 PM
Aku pernah kerja socso, hotel panel dpt diskaun je. Bonus ikut pengumuman
kerajaan.
Tp taktau la sekarang dah naik mcm tu sekali punya tinggi

Bonus ikut merit. Ada yg dapat sikit. Dan ada yg dpt banyak.

Hotel plak yg aku tau setahun boleh dpt beberapa kali. Bab diskaun mungkin
ikut merit gak? Atau ikut bawah rm150 x payah bayar?
Dewa19Kangen
17-11-2015, 11:06 PM
socso nie bukan pelaq ka.. indu saja boleh claim? melayu nak kena mata
xda sebelah kaki putus tangan putus.. baru leh dapat tuntutan...... selepas 2
3 taun.. puuiiihh
adie73
18-11-2015, 12:03 AM
Nice info tt.
adie73
18-11-2015, 12:07 AM
Minta tolg jawab.klau dah clim hus hilang upaya sementara kalau saya buat
operate sakit yg sama dengarnya xboleh claim mc betul ke tt.
xor
18-11-2015, 01:19 AM
Kalau majikan tak bayar pun still boleh claim
Sbb di bawah akta majikan wajib carum pekerja
Kalau berlaku kemalangan, pekerja boleh claim
Kalau semakan mendapati majikan tak daftar/carum majikan kena bayar
caruman backdated dan boleh didenda

ye betul...

malangnya masih ada yg tak menuntutnya walaupun majikan dah wajib


buka akaun caruman untuk pekerjanya...

best je tgok staff PERKESO...

pencen dapat, jadi ahli caruman lagi...

PERKESO :)paid
xor
18-11-2015, 01:26 AM
socso nie bukan pelaq ka.. indu saja boleh claim? melayu nak kena mata
xda sebelah kaki putus tangan putus.. baru leh dapat tuntutan...... selepas 2
3 taun.. puuiiihh
Bergantung pada pegawai yg menguruskan kes tu...

so far sy jumpa mmg excellent tip top maveles sado plak tu pegawai nya :))

dia punya penerangan mmg jelas kalau explain...

dan juga bergantung pada syarat2 tuntutan, biasanya pegwai PERKESO yg


expert akan baca detail kes dahulu baru explain kat pencarum (ni kalau kes
tak layak menuntut la)...

kalau dapat pegawai pelik, mmg sampai sudah takda jalan penyelesaian
kes...
Kiniki
18-11-2015, 08:25 AM
bagus tt, info yg cukup baik
copy left
18-11-2015, 08:43 AM
mana butang thank,baru tahu nih,keje gomen ade carum x??
Kaizen5555
18-11-2015, 08:55 AM
baru 5tahun kerja...x byk lagi byr socso perkeso ni
jacksunday
18-11-2015, 10:41 PM
TQ tt..baru tau
mantoya
18-11-2015, 11:55 PM
Aku dulu eksiden claim socso ....patah ...

Masyuk juga proses pun cepat kurang 2 minggu cek sampai..


Mcm yg TT tepek info tu betullah byk lg benefic yg ada....:)paid
suprol
19-11-2015, 11:22 AM
tp ada yg cakap carum kat socso/perkeso ni tak patuh shariah... betui ka?
dia bukan mcm kwsp kan... duit kita carum tak dpt balik kan? ada pro&con
gak kot.... wallahualam....
Ishak05
19-11-2015, 11:34 AM
Nice info..
im755
20-11-2015, 09:40 PM
bagus. good info. tq. nak jemput org perkesondth bagi ceramah kat pekerja
la
Perkeso Bayar Faedah Kepada Balu Syed Amen

GEORGETOWN Balu kepada ahli perniagaan Syed Amen Jaizul Abidin yang maut
ditembak di Jalan Datuk Keramat di sini semalam, menerima bayaran faedah daripada
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengurus Perkeso Negeri, Shaharuddin Waled berkata isteri mangsa Masita Abu
Bakar, 46, menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM1,500 sebagai
bayaran awal atas kematian suaminya.

Arwah layak menerima faedah ini kerana pernah mencarum dengan Perkeso dari 1988
hingga 2002 semasa bekerja di sebuah kilang di Perai. Selepas ini kami akan
melakukan pengiraan untuk pencen yang layak diterima waris arwah pula.

Setiap hari skuad prihatin Perkeso akan membuat semakan terutama melalui laporan
media bagi mengesan individu yang layak menerima bayaran faedah jika terbabit dalam
kemalangan dan berlaku kematian, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata jika ada kematian dilaporkan dalam akhbar, pihaknya akan membuat
pemeriksaan dan jika layak, bayaran segera seperti FPM akan disalurkan kepada waris
mangsa.

Dalam kejadian pada 3.30 pagi Khamis lalu, Syed Amen, 46, maut selepas ditembak
dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad dilapor
sebagai berkata mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam
keretanya selepas seorang lelaki melepaskan lima das tembakan ke arahnya.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan


Merah) mahu polis menjalankan siasatan terperinci terhadap kes itu.

Presidennya Mohd Ali Baharom berkata pihaknya percaya penembak upahan telah
diupah pihak tertentu untuk membunuh mangsa yang lantang bersuara mempertahan
hak kaum Melayu di Pulau Pinang.
Sementara itu rakan mangsa Mohd Azman Ali, 51, yang merupakan antara orang
terakhir bersama arwah berkata sebelum kejadian itu, mereka dan 10 lagi
rakan mangsa bertemu di sebuah kelab berhampiran Times Square di sini.

Kami berjumpa pada tengah malam dan bersembang sehingga pukul 3 pagi. Selepas
itu (Syed) Amen ajak kami pergi makan lalu kami naik kereta masing-masing untuk ke
sebuah restoran.

Bila semua sudah sampai, tiba-tiba seorang rakan kami telefon maklumkan arwah
telah ditembak dan kami terus bergegas ke tempat kejadian, kata Mohd Azman.

Katanya arwah juga pernah menceritakan kepadanya tentang beliau sering diugut untuk
dicederakan termasuk dibunuh kerana sering membela dan mempertahankan perkara
yang betul terutama berkaitan orang Melayu.

Beliau berkata ada yang menganggap Syed Amen seorang gengster, namun arwah
merupakan orang yang tegas dan kasar, tetapi baik hati kerana sering menyumbang
kepada orang susah terutama anak-anak yatim di negeri ini dan Kedah.

Saya tidak boleh lupa masa pertemuan terakhir itu arwah ada cakap dia selalu diugut
dan akan mati, tetapi tidak tahu caranya, kata Mohd Azman yang tidak menyangka
kata-kata itu benar-benar menjadi kenyataan. BERNAMA

You might also like