You are on page 1of 6

Penyampaian ceramah yang pertama ialah

tentang PERKESO yang disampaikan oleh


Encik Mahatir bin Abu Bakar, Puan Ira Fazira
dan Nurul Syafiqa binti Hussin.
Antara maklumat yang disampaikan ialah
berkaitan tentang Akta yang berkaitan dengan
hak-hak pekerja digunakan dalam PERKESO
antaranya ialah Sistem Insuran Pekerja 2017
dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan
1969.

Seterusnya ialah berkaitan dengan Skim Keselamatan Sosial


Pekerjaan. Tajuk ini menceritakan tentang faedah kewangan dan bukan
kewangan, caruman pekerja dan sistem insuran. Bantuan dan hak atas
pekerja amat membantu dengan Skim Keselamatan Sosial.
Selain itu, menyampaikan Tanggung jawab majikan iaitu
memastikan semua pekerja didaftarkan dan membuat caruman kepada
PERKESO, melaporkan kemalangan semasa bekerja kepada PERKESO
dan menawarkan peluang kerjaya kepada calon tempatan pekerja asing
( Mendaftar dan menguruskan kekosongan dalam myfuturejobs portal ).
Berikut adalah jenis faedah kewangan:
FAEDAH PERUBATAN Bayaran balik mengikut akta fee
HILANG UPAYA SEMENTARA 80% anggapan gaji purata
HILANG UPAYA KEKAL Maksimum 90% anggapan gaji
purata
ELAUN LAYANAN SENTIASA RM500 sebulan kepada OBS
FAEDAH PENGURUSAN MAYAT RM2,000 bayaran sekali kepada
waris
FAEDAH ORANG TANGGUNGAN Maksimum 90% gaji purata
anggapan kepada waris
FAEDAH PENDIDIKAN -
Untuk bayaran caruman:
- 1.75% Caruman majikan
- 0.50% caruman pekerja ( dari gaji )
- 1.25% dibayar oleh majikan apabila pekerja mencapai umur 60 tahun
atau pekerja baharu pada umur 55 tahun tanpa caruman terdahulu.
Tanggungjawab Majikan:
- Menyemak caruman bulanan secara berterusan untuk memastikan
mereka dilindungi dibawah Skim Perlindungan Keselamatan Sosial.
- Menyediakan maklumat yang tepat mengenai data pekerja, gaji dan
caruman untuk memastikan pekerja mendapat faedah perlindungan.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Nama penceramah : Melisa binti Sudin

Pengenalan:
- Organisasi yang menguruskan simpanan jadual pekerja
- Bertujuan untuk menyediakan simpanan masa depan pekerja dan
menyokong keperluan kewangan apabila sudah bersara.

Antara maklumat yang saya perolehi ialah berkaitan tentang Insentif


Caruman ( i-saraan, i-suri ) jenis pengeluaran KWSP dan caruman
Sukarela.

Kelayakan:
i-saraan -Warga negara Malaysia
- Mendaftar sebagai ahli KWSP
-Belum mencapai umur 60 tahun
-Bekerja sendiri/ tiada pendapatan
tetap atau pencen kerja
- Mencarum apa-apa jumlah dan
bila-bila masa sahaja
Kelayakan:
i-suri - Warga negara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum RM5 hingga RM60
setiap bulan
-Isteri atau bercerai

Banyak manfaat apabila mencarum pada KWSP seperti Deviden


tahunan, Insentif khas, Pelepasan cukai dan bantuan kematian.
Untuk kelayakan pengeluaran, ada syarat yang perlu dipatuhi mengikut
akaun KWSP.

Bagi pengeluaran kesemua simpanan:


- Umur 55 hingga 60 tahun sahaja ataupun berpencen
- Orang yang mengalami hilang upaya.
- Kematian
- Meninggalkan negara

Pengeluaran separuh:

- Umur mesti 50 Tahun.


- Membeli rumah ataupun membina rumah sendiri.
- Pendidikan, Kesihatan dan haji
- Pelan pelindungan
- Mengurangkan baki pinjaman perumah.
Seterusnya, Caruman sukarela. Caruman ini melebihi kadar
berkanun dan caruman boleh di tambah oleh diri sendiri dan pihak ketiga
seperti isteri, ibu-bapa dan suami.

You might also like