You are on page 1of 2

Kebanyakkan penjawat awam yang telah menandatangani opsyen persaraan pada

usia 55, 56, 58 dan 60 tahun. Ramai beranggapan mereka terpaksa mencapai
umur opsyen berkenaan untuk bersara bagi mendapatkan faedah persaraan
seperti pencen bulanan dan sebagainya.

Sebenarnya penjawat awam tidak terikat dengan opsyen tersebut dan boleh
memilih untuk bersara lebih awal iaitu seawal usia 40 tahun dengan tempoh
perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun yang boleh dimasuk kira.

Untuk makluman, mengikut Seksyen 12, Akta Pencen 1980 :

Syarat-syarat memohon persaraan pilihan:


- berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh kuatkuasa persaraan
pilihan;

- berkhidmat sekurang-kurangnya selama 10 tahun dalam perkhidmatan yang


boleh diambilkira (tanpa sebarang cuti tanpagaji, cuti berlebihan atau tempoh
yang tidak layak); dan

- mendapat sokongan Ketua Jabatan- bebas tindakan tatatertib - bebas


tapisan SPRM

Cara memohon?
- hantar surat permohonan kepada Ketua Jabatan

- Permohonan dihantar ke JPA/KWAP melalui perakuan dan sokonganKetua


Jabatan

- Dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke JPA/KWAP dalamtempoh tidak


kurang dari 3 bulan daripada tarikh persaraan pilihan (Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 4 tahun 2003)

Faedah-faedah yang bakal diterima setelah diluluskan persaraan pilihan?


1. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

- Terhad sehingga 150 hari sahaja

Formula perkiraan:

1/30 x GCR x Gaji (gaji pokok termasuk imbuhan tetap)

2. Ganjaran perkhidmatan (gratuity)

Formula perkiraan:

7.5% x tempoh perkhidmatan dalam bulan x gaji pokok akhir


Bilakah PENCEN bulanan mula dibayar?
- ianya bergantung kepada tarikh lantikan anda

- sekiranya anda dilantik sebelum 12 April 1991, jika anda ingin bersara
pilihan, sekiranya diluluskan, maka pencen bulanan akan mula dibayar :

a) pada umur 45 tahun bagi semua anggota/pegawai wanita, anggota polis


berpangkat rendah daripada ASP (Inspektor ke bawah), anggota bomba
berpangkat rendah, pegawai penjara (bawah dari pangkat penguasa penjara)
jururawat lelaki yang bertugas di hospital mental Kerajaan; dan

b) pada umur 50 tahun bagi semua anggota / pegawai lelaki selainjawatan di


atas (a).

- sekiranya anda dilantik selepas 12 April 1991, sekiranya andaingin bersara


pilihan, pencen akan mula dibayar kepada anda apabilaanda mencapai umur 55
tahun, walaupun opsyen umur persaraan wajibanda adalah pada 60 tahun, anda
tetap akan menerima pada umur 55tahun dan tidak sebelum umur itu.

Ini bagi menjawab soalan ke 3 puan di atas. Peraturan ini adalahsepertimana


pindaan yang telah dibuat pada tahun 2011 dan masih berkuatkuasa sehingga
ke hari ini.

Formula Perkiraan Pencen:


1/600 x tempoh perkhidmatan dalam bulan yang boleh dimasukkira xgaji pokok
akhir

- kiraan pencen bulanan adalah terhad kepada pencen maksimum iaitu sebanyak
3/5 x gaji pokok akhir atau 60% x gaji pokok akhir atau terhad kepada tempoh
360 bulan (30 tahun) sahaja.

** sebaiknya untuk penentuan tarikh untuk bersara pilihan,pilihlah tarikh


selepas anda menerima kenaikan gaji tahunan. Walaubagaimanapun, tarikh
persaraan pilihan anda yang tentukan.

** tiada sebarang konsep persaraan pilihan bagi penjawat awam yang memilih
skim KWSP. Anda dikira meletakkan jawatan dan anda hanya layak menuntut
caruman majikan dan caruman pekerja/anggota sahaja, tiada sebarang faedah
persaraan dan perubatan akan diberikan kepada anda sekeluarga.

Info Bahagian Pasca Perkhidmatan Jab Perk Awam 8 Januari 2018

You might also like