You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG AMPAT,

01000 KANGAR,
PERLIS.

KERTAS KERJA
PROGRAM LOVING MY SCHOOL
TARIKH : 1 - 22 OGOS 2017

Disediakan Oleh :
GURU PELATIH INTERNSHIP
SK SIMPANG AMPAT.

Dengan kerjasama :
Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan serta Kelab Dr. Muda
1.0 NAMA PROJEK
Program Loving My School :

Menghias Kawasan Sekitar Sekolah

1. Reading Corner
2. Bilik Stor Sukan
3. Lapangan Terbuka

2.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk


mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar
tugas guru permulaan. Dalam pada itu, guru pelatih dikehendaki merancang,
melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, Projek Loving My
School-Menghias Kawasan Sekitar Sekolah dirancang bagi memenuhi objektif
tersebut.

3.0 MATLAMAT

Projek Loving My School- Menghias Kawasan Sekitar Sekolah ini berfokus


kepada memberi kefahaman menyeluruh kepada mahasiswa pendidik IPG
Kampus Perlis berkaitan dengan tanggungjawab dan komitmen individu
sebagai seorang guru supaya dapat membuat penambahbaikan dalam
menarik minat murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa dan
kondusif. Pada yang sama projek ini juga dapat menarik minat murid untuk
meneroka dan menambah pengetahuan am daripada mural dan kata-kata di
sekitar kawasan sekolah. Di samping itu, mahasiswa juga dapat melatih diri
dalam pengurusan dan pentadbiran program/projek.
4.0 OBJEKTIF

Projek ini dilaksanakan supaya mahasiswa pendidik dapat:


1. Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak
sekolah.
2. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai
situasi.
3. Menarik minat murid dalam meneroka kawasan sekolah
4. Menjadikan kawasan sekitar sekolah sebagai pusat untuk murid- murid
menambah ilmu pengetahuan terutama dalam mempelajari ilmu bahasa dan
kesihatan dengan lebih mendalam.

5.0 PENGANJUR

Tan Hui Xin, Foong Yi Kuan, Rasyidah Binti Ibrahim, Sharvni a/p Arumugam
Mahasiswa Pendidik PISMP Semester 8 Tesl Ambilan Januari 2014 dengan
kerjasama Panitia Bahasa Inggeris ,Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan
Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat, Perlis.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG
YM Tengku Nooraini Bt Tengku Senawi

PENASIHAT
En. Ashukori bin Ahmad

PENGERUSI

Pn Rani a/p Kalemuthu

JAWATANKUASA PELAKSANA

Tan Hui Xin, Foong Yi Kuan, Rasyidah Binti Ibrahim, Sharvni a/p
Arumugam , Kelab Doktor Muda
7.0 TARIKH

01 OGOS 2017 17 OGOS 2017

8.0 TEMPAT

Sekitar Kawasan Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat Perlis seperti Reading


Corner(hadapan koperasi sekolah), bilik stor pendidikan Jasmani dan Lapangan
Terbuka

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran 1

10.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Projek menghias kawasan sekitar sekolah ini dijalankan selama tiga minggu
bermula dari tarikh 01 OGOS 2017 22 OGOS 2017.

10.1 Jadual Kerja

Rujuk Lampiran 2

11.0 PENUTUP

Semoga projek ini akan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan
dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan projek ini akan dapat
memberi manfaat kepada banyak pihak sama ada bagi pihak institut,
mahasiswa pendidik, sekolah dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Simpang
Ampat. Diharap kertas cadangan ini mendapat sokongan dan pertimbangan
serta kelulusan dari pihak tuan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ __________________________

(RASYIDAH BINTI IBRAHIM) (PUAN RANI A/P KALEMUTHU)

Mahasiswa Pendidik, Mentor Mahasiswa Pendidik

PISMP Semester 8 Ambilan Jan 2014, Program Internship Semester 8

TESL, Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat,

IPG Kampus Perlis. Perlis.

Diluluskan oleh,

_______________________

(YM Tengku Tun Nooraini bt Tengku Senawi )

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat,

Perlis.
LAMPIRAN 2
JADUAL KERJA PROJEK MENGHIAS SEKITAR KAWASAN SEKOLAH

Tarikh Aktiviti Tindakan

Jawatankuasa
25 Julai 2017 Pembinaaan kertas kerja.
Pelaksana

Perbincangan dengan pihak Jawatankuasa


pentadbir untuk dapatkan khidmat Pelaksana
dan nasihat dan cara untuk
1 Ogos 2017
dapatkan kelulusan dan sokongan
pihak Guru Besar SK Simpang
Ampat.

Pelaksanaan projek Menghias Jawatankuasa


Kawasan Sekitar Sekolah Pelaksana

- Menyusun atur bahan-bahan


pada rak
2-17 Ogos 2017
- Menghias bilik dengan
menyediakan info-info
berkaitan
- Melukis mural
LAMPIRAN 1
ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK MENGHIAS KAWASAN SEKITAR
SEKOLAH

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Kos (RM)

1 Warna Pelaka 5 Tin 50.00

2 Double Tape 3 Set 10.00

JUMLAH 60.00

You might also like