You are on page 1of 4

SK PARIS 3 KINABATANGAN

KERTAS KERJA
PROGRAM KEM MEMBACA
1 MALAYSIA (KM1M)

Tarikh: 23 & 24 Oktober 2012


Hari: Selasa & Rabu

Tempat: SK Paris 3 Kinabatangan

Anjuran
Pusat Sumber Sekolah
Panitia Matapelajaran
PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) PERINGKAT DAERAH BAGI
TAHUN 2012

1. Tajuk :
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

2. Matlamat:
Kem membaca telah dibuat bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan murid khususnya
dan masyarakat amnya untuk menanam sifat gemar dan minat membaca. Sehubungan dengan itu,
program ini juga menyahut seruan kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
melaksanakan program ini dan merealisasikan perancangan yang di rancang di peringkat daerah
bagi tahun 2012.

3. Objektif:
i- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan murid dan guru.
ii- Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan warga sekolah.
iii- Meningkatkan tahap pembacaan di kalangan murid.
iv- Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.

4. Maklumat Program:
Tarikh / Hari : 23 & 24 Oktober 2012 (Selasa dan Rabu)
Masa : Sesi persekolahan
Tempat : SK Paris 3 Kinabatangan
Kerjasama : Panitia Matapelajaran
Tema : Membaca jambatan ilmu

5. Penyertaan (Kumpulan Sasaran)


i- Semua murid pra-sekolah, tahap 1 dan tahap 2.
ii- Semua staf kakitangan guru dan bukan guru.

6. Jawatankuasa Pelaksana *(Rujuk lampiran)

7. Aturcara Program *(Rujuk lampiran)


8. Anggaran Belanjawan.
Bil. Perkara Kos (Harga) Catatan
1. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak RM 30.00
(Tahap 1) Hadiah Tempat 1, 2, 3
(3-unit)
2. Pertandingan Mewarna (Pra-sekolah) RM 30.00
Hadiah Tempat 1, 2, 3
(3-unit)
3. Slove Puzzle (Tahap 1) RM 45.00
Hadiah Tempat 1, 2, 3
(9 unit)
4. Poem Recital (Tahap 2) RM 30.00
Hadiah Tempat 1, 2, 3
(3-unit)
5. Sesi Bercerita (Tahap 2) RM 30.00
Hadiah Tempat 1, 2, 3
(3 unit)
6. Jejak Maklumat (Tahap 2) RM 60.00
Hadiah hamper (3 unit)
7. Kain Rentang (Banner) RM 75.00

JUMLAH RM 300.00

9. Penutup
Adalah diharap semoga dengan wujudnya program ini, dapat memberi nafas baru kepada semua
warga sekolah khususnya murid-murid dan guru amnya dalam meningkatkan budaya membaca
dan mencintai ilmu untuk proses pembelajaran sepanjang hayat. Semoga setiap objektif dapat
dicapai melalui kerjasama berpasukan di antara semua pihak samada dalam dan luar sekolah.

Disediakan oleh,

............................................
MOHD MUSTAKIM BIN KAMARUDIN
Penyelaras Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)
SK Paris 3 Kinabatangan

Disemak oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,

............................................ ........................................................
ZAINUDIN BIN AHMAD NORAZAM BIN AHMAD
GPK Kurikulum Guru Besar
SK Paris 3 Kinabatangan SK Paris 3 Kinabatangan
LAMPIRAN (1)

Jawatankuasa Induk Program

Pengerusi : Norazam bin Ahmad (Guru Besar)


Timb. Pengerusi (1) : Zainudin bin Ahmad (GPK Kurikulum)
Timb. Pengerusi (2) : Hilman bin Talib (GPK Petang)
Naib Pengerusi (1) : Emran bin Sumanggil @ Anggir (GPK HEM)
Naib Pengerusi (2) : Joenas bin Quirinus (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Mohd Mustakim bin Kamarudin
Setiausaha : Zul Haimy bin Che Yunus (GPM 1)
Bendahari : Harirah binti Mamat @ Yusof (GPM 2)

Jawatankuasa Pelaksana Program

Penyelaras : Mohd Mustakim bin Kamarudin


Setiausaha : Zul Haimy bin Che Yunus
Bendahari : Harirah binti Mamat @ Yusof
AJK Hadiah : Zuria binti Zakaria
Semua Guru Kelas

AJK Program / Aktiviti

1. Pertandingan Mewarna : Diyana Nazihah binti Ismail


2. Mendeklamasikan Sajak : Suzani binti Sabran
3. Slove Puzzle : Nordin b Nagormira Kamal
4. Sesi Bercerita : Maznie binti Sanin
5. Poem Recital : Flora L. Mogunin
6. Jejak Maklumat : Mohammad Niezam Sarinin
7. Projek Kitar Semula : Asran bin Omar
8. 10 Minit Membaca Buku : Omar bin Akup

You might also like