You are on page 1of 2

Latar Belakang Jean Piaget

- Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896.


- Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam.
- Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10
tahun.
- Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel
dan mendapat PhD semasa berumur 22 tahun.
- Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist dan
menjadi salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh.
- Menurut Jean piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan
yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza.
- Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak ,sebaliknya
kanakkanak membina persekitarannya .
- Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan ,manipulasi dan menilai
persekitaran fizikalnya.
- Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama untuk menerangkan dengan
lebih lanjut berkenaan skema,penyerapan,pengubahsuaian,keseimbangan.

Cabaran

- Piaget merupakan seorang yang takut untuk berkongsi perasaan dan emosinya kepada
orang lain kerana beliau tidak mudah percaya kepada sebarang perhubungan yang
intim.
- Beliau mengalami masalah dalam membiarkan dirinya didekati oleh sebarang individu
diatas dasar takut mengalami gangguan seksual.
- Piaget merupakan seorang yang pendiam dan suka menyimpan rahsiah maka
disebabkan itu beliau sangat berhati-hati dalam mengadakan perhubungan yang intim
dan menunjukkan perwatakan yang sebenarnya.
- Jean merupakan seorang yang kuat bekerja sehingga dia boleh membiarkan dirinya
jatuh sakit dan menghidapi pelbagai penyakit yang pada awalnya berpeluang dirawati.
- Beliau pernah mengalami konflik mental dengan melihat diri sendiri sebagai musuh dan
menganiayanya dengan menyendirikan dirinya di dalam sebuah bilik buat tempoh yang
lama.
- Sebarang perhubungan dalam kehidupan Piaget tidak pernah memberikannya dorongan
yang memaksa dia berjuang secara sendiri tanpa mendapat bantuan dan kasih sayang
yang mencukupi oleh mana-mana pihak.
- Jean pernah banyak bergelut dalam menangani isu-isunya peribadinya daripada
tersebar ke dunia luar kerana beliau hanya ingin berkongsi khabar mengenai
kejayaannya.
- Jean piaget merupakan seorang yang sangat artistik, riang, dan rendah diri dalam
berkongsi idea perkembangan teorinya dengan orang lain walaupun beliau pernah
banyak menghadapi masalah dalam mengekalkan reputasinya dikalangan komuniti
professional yang selalu menyerang isu masalah emosi serta peribadi yang dialami oleh
beliau. dialami oleh beliau.

You might also like