You are on page 1of 33

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

KPF 4023
PENGURUSAN KURIKULUM
BILIK DARJAH
Siri Modul Pembelajaran
UNIT TOPIK
TEORI-TEORI BERKAITAN
2 KURIKULUM BILIK DARJAH

KUMPULAN KULIAH:

DISEDIAKAN OLEH:
NO. TANDA
NAMA
MATRIK TANGAN
NOORFAZILAH BT AZLAN L20112007393
NAPISAH BT HUSSIN L20112007394
NORAZLINA BT FUAD L20112007395
NURASHIKIN BT TUKIRAN L20112007396
NUR SYAHIDA BT RANI L20112007397

PENSYARAH: DR. IKHSAN OTHMAN

SEMESTER 2 - SESI 2012/13


Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

KANDUNGAN HALAMAN

Hasil Pembelajaran.............................................................................2

Peta Minda...........................................................................................2

Pengenalan..........................................................................................3

Konsep dan Pengertian Teori-teori Pembelajaran...........................4

Teori-teori Kurikulum dan Pengajaran..............................................8

Aplikasi Teori Dalam Amalan Pengurusan Kurikulum...................15

Bilik Darjah

Kurikulum Merupakan Segala Bentuk Pembelajaran.....................20

Yang Terancang Yang Berlaku Di Dalam Bilik Darjah

Isu-isu Berkaitan................................................................................23

Rumusan.............................................................................................24

Glosari.................................................................................................25

Bibliografi............................................................................................27

Latihan Kendiri

Soalan Objektif........................................................................28

Soalan Esei..............................................................................29

Skema Jawapan.......................................................................30

1
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

UNIT 2
TEORI-TEORI BERKAITAN KURIKULUM BILIK DARJAH

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat:

1. Memberi takrif konsep dan pengertian teori-teori pembelajaran


2. Memahami teori-teori kurikulum dan pengajaran
3. Mengaplikasikan teori dalam amalan pengurusan kurikulum bilik darjah
4. Menerangkan bahawa kurikulum merupakan segala bentuk pembelajaran yang
terancang yang berlaku dalam bilik darjah
5. Menilai isu-isu yang berkaitan dengan teori-teori kurikulum bilik darjah

PETA MINDA

TEORI-TEORI BERKAITAN
KURIKULUM BILIK DARJAH

Konsep dan pengertian teori-teori pembelajaran

Teori-teori kurikulum dan pengajaran

Aplikasi teori dalam amalan pengurusan


kurikulum bilik darjah

Kurikulum merupakan segala bentuk


pembelajaran yang terancang di dalam bilik
darjah

Isu berkaitan teori kurikulum bilik darjah

2
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

PENGENALAN

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang
psikologi pendidikan.Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus
kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip
tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan
dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori
dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar. Apakah yang
dimaksudkan dengan teori? Stanovich (1992) telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu
set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data
dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang. Cohen, R pula mendefinisikan teori
sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi
definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap
benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan peraturan bagi membentuk satu
pernyataan beru. Dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian
ataupun hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian. Manakala takrifan bagi
kurikulum ialah, kurikulum menjadi ilmu teras dalam bidang pendidikan dan merupakan nadi
penentu pada masyarakat akan datang. Bidang kurikulum berdiri di atas pelbagai cabang ilmu
seperti pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Kejayaan sistem
pendidikan di sesebuah negara bergantung kepada reka bentuk kurikulumnya. Reka bentuk
kurikulum yang unggul menjadikan negara itu maju dan membangun. Jadi, tidak hairanlah di
kebanyakan negara maju berusaha membangunkan kurikulumnya sejajar dengan keperluan
dan matlamat pembangunan negara. Reka bentuk kurikulum menjadi dasar bagi
pengembangan potensi individu dan pembangunan sumber asli negara yang dipadankan
dengan ilmu yang diperoleh melalui kurikulum. Aspek pengurusan kurikulum bilik darjah dengan
matlamat pendidikan adalah saling berhubungkait dengan yang lain. Bagi merealisasikan
matlamat pendidikan, semua pihak perlu berganding bahu bagi menjayakan pengurusan
kurikulum bilik darjah yang berkesan. Pendidik dan bakal pendidik pula memainkan peranan
utama bagi merealisasikan hasrat pendidikan negara melalui penterjemahan kurikulum dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, seorang guru juga perlu mengetahui dan
memahami elemen-elemen pengurusan kurikulum bilik darjah serta berusaha untuk menguasai
kemahiran-kemahiran yang berkaitan. Kecekapan guru menjalankan peranannya akan
mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah
yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

KONSEP DAN PENGERTIAN

2.1 Konsep Dan Pengertian Teori-Teori Pembelajaran

Menurut Robert M. Gagne (1970) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku
atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan
oleh proses pertumbuhan. Morgan dan King (1975) dalam buku Introduction to Psychology pula
mentafsirkan pembelajaran sebagai sebarang tingkah laku yang kekal akibatnya pengalaman
yang diperolehi atau latihan yang telah dijalani. Pembelajaran merupakan suatu fenomena
utama yang melibatkan perkembangan dan pertumbuhan individu, kemajuan sesuatu kaum dan
ketamadunan mereka. Kepentingan fenomena ini telah menyebabkan para cerdik pandai,
umpamanya pendidik, ahli sains, psikologis dan fisiologis telah bersama-sama cuba menerokai
fenomena ini supaya dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan secara berkesan. Ekoran
daripada cita-cita dan usaha inilah wujudnya pelbagai prinsip atau teori yang sekarang
digunakan dalam bidang pendidikan. Terdapat pelbagai teori-teori pembelajaran yang boleh
digunapakai oleh para pendidik bagi menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dengan
lebih berkesan. Konsep pembelajaran yang berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini
boleh diklasifikasikan kepada lima mazhab yang utama, iaitu, behavioris, kognitif,
konstruktivisme, sosial dan humanis.

Teori pembelajaran merujuk kepada penjelasan tentang proses, prinsip dan hukum
pembelajaran yang dihasilkan melalui kajian saintifik. Kepentingan teori pembelajaran adalah
untuk menjelaskan bagaimana pembelajaran berlaku dan sebagai asas pembentukan strategi
pengajaran. Pembelajaran juga merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada
pengalaman (Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus
proses pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas
dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori
pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah:

2.1.1 Teori Pembelajaran Behavioris


Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward Thorndike
dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan
tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah pelaziman.
Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan dengan
rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak
balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya
apabila guru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengan cepatnya berdiri. Arahan itu
ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku


akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua
rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek
emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan
(suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid

4
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran perkaitan
ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenali sebagai
pelaziman.

Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerika memperkenalkan


pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dan gerak balas.
Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yang diletakkan dalam sangkar.
Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum utama iaitu hukum kesediaan,
hokum latihan dan hukum kesan. Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan
yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Seorang murid dikatakan akan berasa puas
apabila dia bersedia untuk bertindak. Sebaliknya, murid yang belum bersedia untuk bertindak
akan berasa kecewa. Manakala Hukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan
gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan
bahawa pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat
kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid
mengucapkan salam kepada guru dan salam itu disambut dengan senyuman guru. Murid itu
akan berasa pengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi.

Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentang perkaitan
antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diingini sebenarnya
boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.

2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial


Albert Bandura yang merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal telah
memperkenalkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran
manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan kerja.

Menurut Bandura, terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian iaitu:

i) memberi perhatian
ii) mengekalkan maklumat
iii) menghasilkan tingkah laku
iv) motivasi dan peneguhan

Aplikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik kerana
perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian, tingkah laku dan bahasa
pertuturan guru mestilah baik.

Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut:

a) Memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitu
dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto.
Contohnya, kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya
berjalan dan sebagainya.

5
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan


sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B.
Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak
boleh melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya
peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku. manakala
memerhati melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru amalan dalam sesuatu
situasi.

c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut
melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun
mengetahui cara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid lain
membaca buku di dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya.
Keinginan untuk membaca itu timmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya
tidak ada murid lain membaca, kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak
timbul.

2.1.3 Teori Humanistik


Teori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu. Pendekatan
humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata lain aspek emosi dan sosial
kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi
untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia juga menekankan
kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa mengambil berat tentang
anak didiknya.

2.1.4 Teori Pembelajaran Kognitif


Teori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada
peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. Menurut
Gagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit.
Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah.

Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut:

i) Pembelajaran isyarat
Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakan
perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Misalnya, apabila loceng
berbunyi pukul 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-masing dan
mereka akan terus berdiri serta memberikan penghormatan kepada guru yang masuk. Ini
merupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran.

ii) Pembelajaran menganggu gerak balas


Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna
guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.

6
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

iii) Rangkaian
Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain untuk
melengkapi satu tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalam permainan
tenis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabah dan
mengayunkan raket dengan gaya yang betul agar bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri
tingkah laku ini disebut rangkaian.

iv) Pertalian berbahasa


Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila
seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secara
menyebutnya. Misalnya, apabila melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola.

v) Pembelajaran diskriminasi
Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk
bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat membezakan antara
fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting.

vi) Pembelajaran Konsep


Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau
kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan mengkategorikan kuning,
merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat dan
bujur sebagai bentuk.

vii) Pembelajaran hukum


Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep,
rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila air membeku,
isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu dan bertambah.
Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untuk membentuk hukum.

viii) Penyelesaian Masalah


Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkan penggunaan
konsep serta pembelajaran hukum. Gagne telah menggunakan urutan-urutan penyelesaian
masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey.

Urutan langkah itu seperti berikut:

a) mengenal masalah
b) mencari maklumat
c) membuat hipotesis
d) menguji hipotesis
e) membuat rumusan

2.1.5 Teori Konstruktivisme


Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka.
Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan yang
terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial.
7
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

Vygotsky, ahli psikologi yang banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu
pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosial, adat budaya dan aktiviti yang
membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.

2.2 Teori-Teori Kurikulum Dan Pengajaran

2.2.1 Pengertian teori kurikulum

Satu set generalisasi yang saling berkait secara logik, konsep dan cadangan dan lain-
lain yang mewakili satu pandangan sistematik sesuatu fanomena kurikulum. Berfungsi
untuk memperkata, menjangka dan menerangkan fenomena kurikulum dan sabagai
polisi untuk panduan aktiviti kurikulum (Zais : 1979).

Satu set huraian eksplanandum yang melibatkan :


a) Hukum am dan prinsip berkaitan yang berfungsi sebagai aksiom (pernyataan yang
benar dan betul).
b) Hukum berkaitan tertentu menjadi teorem atau dalil yang diterbitkan daripada
aksiom.
c) Definisi konsep yang terlibat dalam huraian tentang aksiom dan teorem.
(Reese,1970)

2.2.2 Kandungan Teori Kurikulum

Liputan

TEORI
Perkembangan Pembahagian
KURIKULUM

Rekabentuk

8
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

i) Liputan Kurikulum
Keluasan muatan kurikulum
Menggariskan unsur budaya atau ilmu pengetahuan pilihan yang sepatutnya
membentuk muatan kurikulum
Pemahaman memerlukan penelitian latar belakang masyarakat dan falsafah,
keadaan masyarakat semasa serta ideologi pendidikan semasa

ii) Pembahagian Kurikulum


Kepelbagaian kurikulum kepada pelbagai jurusan, program dan bidang
pengetahuan yang berlainan
Menghuraikan persoalan tentang bagaimana kurikulum dipecah-pecahkan
kepada pelbagai bahagian tertentu serta menentukan murid manakah yang
dibolehkan belajar pecahan-pecahan tersebut
Mencantumkan proses kepelbagaian dan penempatan kurikulum.

iii) Rekabentuk Kurikulum


Corak penyusunan secara menegak dan mendatar untuk memandu guru
mengutarakan kurikulum kepada murid melalui proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ke arah memenuhi tuntutan ideologi pendidikan dan matlamat kurikulum.

iv) Perkembangan Kurikulum


Usaha untuk membaiki kurikulum.
Katalis perkembangan : Ledakan pengetahuan, teknologi, kepekaan kehidupan
dan hubungan antarabangsa
Konsepsi perkembangan : Proses analisis situasi, pembinaan, pelaksanaan dan
penilaian kurikulum.

9
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

2.2.3 Teori Kurikulum

Terdapat empat teori kurikulum yang penting iaitu:

1. Teori Disiplin Mental

2. Teori Kurikulum Saintifik

3. Teori Fungsional

4. Teori kurikulum sekolah

2.2.3.1 Teori Disiplin Mental


Ia merupakan teori kurikulum yang terawal. Menurut teori ini kuasa mental boleh
dibangunkan menerusi banyak latihan seperti menghafal. Terdapat dua andaian asas
tentang pembelajaran dan kurikulum :
Pembelajaran mesti dipaksakan. Justeru, dendaan patut dikenakan sekiranya
matlamat pembelajaran hendak dicapai.
Kawalan yang ketat perlu dilaksanakan ke atas proses pembelajaran. Dengan
demikian adalah diharapkan intelek pelajar akan bertambah maju peringkat demi
peringkat.

Menurut teori kurikulum disiplin mental, sekolah merupakan tempat membina


perkembangan akal. Kurikulumula merupakan alat untuk menghalusi keupayaan akal.
Semua pelajar di sekolah akan belajar perkara yag sama. Fungsi pendidikan adalah
untuk latihan mental.

Pelopor William James dan Thorndike, E.L.

Logik Psikologi- indera akal mempunya otot.

Sekolah membina perkembangan otot


Fungsi kurikulum
Kurikulum halusi perkembangan otot.

Liputan : Semua ilmu untuk membina otot mental

Pembahagian : Tidak perlu kerana setiap orang dilahirkan

Kandungan dengan otot mental yang sama.

Rekabentuk : Tiada

Perkembangan : Tiada

10
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

2.2.3.2 Teori Kurikulum Saintifik


Gerakan pengurusan saintifik telah mula menguasai barat pada awal kurun ke-20 dan
tempiasnya turut dirasai oleh disiplin pendidikan. Pengurusan saintifik banyak bersandar
pada konsep kecekapan dan kepiawaian. Kedua-dua unsur inilah yang menyebabkan
peningkatan produktiviti industri dan perniagaan. Salah satu pengaruh daripada gerakan
saintifik ialah pewujudan objektif pembelajaran dalam bentuk perlakuan. Kaedah ini
membenarkan guru mengukur kemajuan murid beliau seperti mana pengurus kilang
mengukur prestasi pekerja beliau.

Menurut teori kurikulum saintifik, Sekolah merupakan tempat untuk memproses


input iaitu (murid) menjadi output yang bersedia memikul peranan dalam kehidupan.
Oleh sebab itu, kanak kanak di beri pendidikanp untuk masa depan. Kanak-kanak
perlu dibezakan mengikut kecerdasan untuk memberi latihan spesifik yang selaras
dengan peranan mereka dalam masyarakat.

Pelopor Franklin Bobbit, Frederick W.Tayler

Pengeluaran barang industri

Logik Sekolah memproses input (murid) menjadi output yang bersedia

memikul peranan dalam kehidupan

Fungsi kurikulum Pendidikan untuk masa depan

Liputan :

Disiplin ilmu yang sesuai

Menyediakan kanak kanak melakukan aktiviti spesifik

dengan betul

Pembahagian :

Merujuk kepada orang yang berlainan dalam kelas sosial


Kandungan
Membezakan kanak kanak untuk mempelajari aktiviti

aktiviti selaras dengan peranan mereka dalam kelas

sosial masing masing apabila dewasa.

Darjah kecerdasan membezakan semua orang untuk

diajar perkara yang selaras dengan takdir masing -

masing

11
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

Rekabentuk :

Aktiviti yang perlu dirancang dengan penyusunan langkah

secara teliti untuk membantu kanak kanak belajarr

sendiri

Guru merekabentuk kurikulum yang sesuai

Perkembangan : Tiada

2.2.3.3 Teori fungsional


Teori ini beranggapan bahawa peranan asas pendidikan ialah menyebarkan pengetahuan
/ kemahiran kepada generasi seterusnya. Pendidikan juga dikatakan sebagai agen
sosialisasi - mengintegrasikan warga ke dalam masyarakat. Dalam hal ini pendidikan
mengambil peranan menyebarkan nilai - nilai teras masyarakat, di samping bertindak
sebagai pengawal sosial. Sebagai satu agen sosial, pendidikan bertindak menyisihkan
anggota masyarakat menurut merit. Tanpa disedari pelajar cerdas dipilih untuk profesion
bergaji tinggi manakala yang kurang cerdas dilatih untuk profesion kolar biru, contoh
dalam sektor teknikal.

Pelopor E. Durkheim, Talcott Parson

Sosiologi Fungsi sosial


Logik
Masyarakat wujud berasaskan sistem peranan anggotanya

Fungsi kurikulum Pendidikan memasyarakatkan kanak kanak

Liputan :

Memuatkan ciri ciri budaya umum dan khusus

Menyediakan kemahiran kerja untuk memenuhi fungsi

sosial
Kandungan
Pembahagian :

Mengikut permintaan tenaga manusia dan peningkatan

kemahiran untuk memenuhi petak pekerjaan.

Membahagikan kurikulum kepada beberapa bidang dan

12
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

program

Menempatkan murid untuk belajar ilmu dalam bidang

yang berlainan

Rekabentuk :

Kurikulum rasmi

Menyediakan kanak kanak bagi berperanan sebagai

anggota masyarakat

Pendidikan menerapkan nilai, pengetahuan dan

kemahiran

Perkembangan :

Perkembangan teknologi mempengaruhi kurikulum untuk

memenuhi tuntutan kerja

Kemahiran untuk laksana pekerjaan

2.2.3.4 Teori Kurikulum Sekolah


Menurut teori sekolah, pendidikan sebagai satu alat kawalan sosial dan penerapan
ideology. Sekolah merupakan tempat pembentukan masyarakat mengikut kehendak dan
keperluan Negara itu sendiri. Oleh sebab itu, liputan, pembahagian dan rekabentuk
kurikulum sentiasa berubah mengikut reformasi pendidikan

Pelopor John Dewey, Arcer, Goodlad

Logik Sosiologi Sekolah institusi masyarakat

Fungsi kurikulum Pendidikan sebagai satu alat kawalan sosial dan penerapan

ideology

Kandungan Liputan :

Berasaskan ideologi pendidikan golongan dominan

Pembahagian :

13
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

sebagai alat kawalan sosial

kepelbagaian jurusan dapat memberi peluang kepada

murid murid yang berbeza mengikut pencapaian, minat

dan kecenderungan

Rekabentuk :

rekabentuk berlaku di peringkat sekolah, masyarakat dan

institusi

ditentukan oleh golongan dominan

corak dan struktur kurikulum untuk menyatupadukan

semua rakyat

Perkembangan :

mengikut proses morfogenesis

perubahan sistem pendidikan berlaku mengikut

perubahan politik, sosial dan ekonomi

14
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

2.3 Aplikasi Teori Dalam Amalan Pengurusan Kurikulum


Bilik Darjah

2.3.1 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

i) Pembelajaran merupakan satu proses mental


Melalui prinsip ini, pembelajaran dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses
pembelaran, pelajar sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal
fikiran mereka melalui kaedah tinjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan
kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik darjah harus dipraktikkan
supaya pelajar dapat berfikir dengan sempurna. Mereka harus didedahkan dengan
pengalaman atau keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu. Mereka
perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan
yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu beraksi terhadapnya.
Prinsip ini memberi perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi,
ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.

ii) Pembelajaran adalah proses cuba jaya


Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah dan kita
akan cuba untuk menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik.
Pada kebiasaannya, kita akan cuba menyelesaikan masalah dengan pelbagai
percubaan sehinggalah salah satu daripada percubaan tersebut dapat
mengatasinyanya. Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di
bilik darjah. Malahan, ia juga merupakan cara yang paling digemari oleh pelajar.
Melaluinya, pelajar berpeluang untuk mengetengahkan pendapat mereka dan
menggunakan idea sendiri untuk mengatasi masalah. Daripada kesukaran mengatasi
masalah itu, maka celik akal akan terhasil secara automatik. Pengalaman-pengalaman
itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka.

iii) Pembelajaran adalah satu penyiasatan


Dalam hal ini, pelajar biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat
perbandingan, mengesan dan sebagainya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
pelbagai cara boleh digunakan untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh
menggunakan teknik penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan
dan sebagainya. Pelajar juga boleh mengadakan sesi-sesi perbincangan,
membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu dan sesuai. Situasi ini
memberi mereka peluang untuk bertukar-tukar pandangan, mengetengahkan
penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya.

iv) Isi pelajaran disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak


Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah
mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget. Oleh yang demikian,
isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah
mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan
dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di
sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut
perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil

15
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M. Dengan itu
guru hendaklah mengajar pelajar tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka
dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah
rendah.

2.3.2 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

i) Pembelajaran adalah satu tabiat


Prinsip ini amat sesuai diterapkan dalam proses pembelajarn khususnya pembelajaran
bahasa. Pembelajaran adalah bertujuan untuk membentuk kebiasaan dan kerana itu ia
memberikan banyak ulangan dan latihan. Pembelajaran harus juga dijalankan secara
intensif dan bukan dalam bentuk berselang-selang. Dalam proses pembelajaran,
bilangan pelajar mestilah tidak terlalu besar. Guru perlu merancang dengan rapi dan
teliti. Pembelajaran harus bermula daripada yang mudah dahulu, dan diikuti oleh pola-
pola yang kompleks sifatnya. Selain itu, setiap kesilapan atau kesalahan yang berlaku
hendaklah dibetulkan di peringkat awal lagi supaya ia tidak menjadi kekal sebagai
kebiasaan yang negatif.

ii) Pengukuhan dalam pembelajaran


Pengukuhan penting kerana ia merupakan alat untuk menentukan pembentukan tingkah
laku yang dikehendaki berlaku dengan sempurna. Menurut prinsip ini, sesuatu gerak
balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan yang
memberangsangkan. Dalam situasi pembelajaran, pengukuhan positif yang kerap
dilakukan adalah pujian, mempamerkan keistimewaan, memberi pengiktirafan, memberi
maklum balas yang menggalakkan, memberi dorongan, galakan dan sebagainya.

iii) Latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan


Latihan yang dimaksudkan di sini ialah ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu
rangsangan. Latihan ini dilakukan untuk membiasakan diri dengan sesuatu tabiat yang
telah terbina supaya ia kekal. Latihan-latihan seperti ini hendaklah dilakukan dalam
keadaan yang bermakna. Kebijaksanaan guru menguruskan dan menyebarkan latihan
dengan sempurna akan menghasilkan keberkesanan dan pembelajaran akan dapat
dikekalkan sepanjang masa.

iv) Operasi rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran


Pembelajaran adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Penggunaan kedua-
dua eleman ini biasanya akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam
proses pembelajaran, terdapat pelbagai rangsangan yang boleh difikirkan dan
diperkenalkan oleh guru. Di samping bertujuan untuk menghasilkan satu pembentukan
tingkah laku yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak serta
meningkatkan minat dan motivasi. Sebagai contoh, apabila guru ingin menyuruh pelajar
beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah, guru boleh mengaitkannya dengan cara
untuk berjaya dalam kehidupan.

16
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai rangsangan boleh dicipta. Ini


termasuklah mempelbagaikan tingkah laku dan pola interaksi guru dan pelajar,
mempelbagaikan pengalihan saluran deria, mempelbagaikan aktiviti, pendekatan,
kaedah dan teknik, mempelbagaikan alat bantu mengajar dan penggunaan contoh-
contoh lain yang baik dan sebagainya. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan
sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, guru ingin
pelajar supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan
memberi mereka latihan-latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir
menyelesaikan masalah yang sukar, maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran
kepada tahap yang seterusnya.

2.3.3 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME


Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru-guru tidak memberikan pengetahuan
kepada pelajar. Sebaliknya, pelajar mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara
sendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna, pelajar harus berusaha sendiri
dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Berikut merupakan antara
aplikasi teori konstruktivisme yang boleh dipraktikkan oleh guru:

i) Guru berperanan sebagai tutor dan fasilitator


Konstruktivisme tidak mengenepikan peranan guru secara aktif atau memandang sepi
tehadap nilai kepakaran dan pengetahuan yang ada pada mereka. Konstruktivisme
mengubah suai peranan tersebut supaya guru dapat membantu pelajar membina
pengetahuan dan tidak terlalu tertumpu kepada menghasilkan semula satu seri fakta.

ii) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran


Guru-guru konstruktivis menyediakan alat seperti penyelesaian masalah dan aktiviti-
aktiviti pembelajaran yang berasaskan inkuiri yang dapat membentuk dan menilai idea-
idea mereka, mengait simpul kesimpulan dan membuat inferensi dan menarik serta
menyampaikan pengetahuan mereka dalam satu persekitaran pembelajaran kolaboratif.

Guru membantu menciptakan situasi di mana pelajar merasa selamat untuk


bertanya dan membayangkan pengetahuan dan pendapat melalui cara-cara sendiri,
sama ada secara personal atau dalam kumpulan perbincangan. Guru harus
menciptakan aktiviti-aktiviti yang menghalakan pelajar ke arah memancarkan semula
pengetahuan dan pengalaman lepas.

iii) Pelajar memainkan peranan pusat dalam mengawal pembelajaran


Pelajar mengawal proses pembelajarn mereka, dan mereka membimbing arah dan hala
tuju dengan memancarkan semula pengalaman-pengalaman mereka. Proses ini
menjadikan mereka pakar dalam pembelajaran mereka.

iv) Pelajar diberi peluang untuk mengorak pembelajaran


Guru-guru konstruktivisme menggalakkan pelajar memerhatikan dengan teliti bagaimana
aktiviti dapat membantu mereka menguasai sesuatu pemahaman. Dengan menyoal diri
sendiri dan menggunakan strategi tertentu, pelajar dalam kelas konstruktivis, secara

17
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

ideal akan menjadi pakar. Ia memberi mereka alat yang berkesan untuk mengekalkan
pembelajaran. Melalui satu persekitaran bilik darjah yang terancang dengan baik, pelajar
belajar bagaimana hendak mempelajari sesuatu. Apabila mereka secara berterusan
menggunakan pengalaman mereka, pelajar akan mendapati idea mereka menjadi
semakin rumit dan kompleks dan mereka memperkembangkan kebolehan mereka untuk
mengintergrasikan dan membangunkan maklumat baru.

v) Pelajar melibatkan diri secara aktif (fizikal, sosial, mental dan emosi)
Konstruktivisme membentuk pelajar daripada seoarng penerima yang pasif kepada
seorang peserta yang aktif dalam proses pembelajaran. Pelajar hanya boleh membina
ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Mereka perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk
membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan
untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini.

Pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarah dan
mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka. Pada akhir sesi pengajaran,
mereka terlibat dalam proses-proses menilai dan menaksir pemikiran sendiri melalui
refleksi dan renungan.

vi) Pelajar menentukan strategi pembelajaran sendiri


Pelajar perlu merancang strategi pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri serta
membuat refleksi dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku. Guru-guru pula
perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran
berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar
untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka.

vii) Penyelesaian masalah dan pemahaman yang mendalam


Aktiviti utama dalam kelas konstruktivisme ialah menyelesaikan masalah. Pelajar
menggunakan kaedah inkuiri untuk bertanyakan soalan, menyiasat, dan menggunakan
pelbagai sumber untuk mendapatkan jawapan dan penyelesaian. Semasa pelajar
meneroka sesuatu topik, mereka akan menghasilkan kesimpulan, dan apabila
penerokaan diteruskan, mereka menyemak semula konklusi tersebut. Penerokaan
melalui penyoalan, menghalakan kepada lebih banyak soalan.

Pelajar mempunyai idea yang mungkin kemudiannya mereka dapati banyak yang
tidak sah, tidak betul, atau tidak mencukupi untuk menerangkan pengalaman baru. Idea-
idea ini adalah langkah sementara dalam integrasi pengetahuan. Pengajaran
konstruktivisme mengambil kira konsep semasa pelajar dan membina daripadanya
pengalaman-pengalaman baru.

viii) Kerjasama dan pembelajaran koperatif digunakan


Kelas konstruktivisme bergantung sepenuhnya kepada bekerja bersama-sama (collabo-
ration) di kalangan pelajar. Terdapat banyak alasan mengapa kolaborasi menyumbang
kepada proses pembelajaran. Alasan utama yang ditanggapi dengan baik ialah melalui
pembelajaran kolaboratif, pelajar belajar tentang belajar bukan sahaja untuk mereka
tetapi juga untuk rakan sebaya. Apabila pelajar menyemak dan menyelenggarakan

18
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

proses pembelajaran bersama-sama, mereka boleh mencernakan strategi atau kaedah


daripada persetujuan antara satu sama lain.

ix) Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri


Pelajar membina pengetahuan sendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan
interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, pelajar membina maklumat berasaskan
pengalaman sedia ada; apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalah
penting. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling mempengaruhi antara
pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru; proses-proses yang berterusan
melibatkan penjanaan idea, pemeriksaannya dan kemudian penstrukturan semula idea-
idea tersebut. Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan
baru; ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru
berasaskan kepercayaan individu.

x) Penggunaan penaakulan dan logik dalam menilai informasi baru


Apabila seorang pelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak
konsisten atau serasi dengan penerangan baru, ia akan bermotivasi untuk membetulkan
ketidakseimbangan pada dirinya. Pelajar tersebut akan berusaha menerima informasi
baru dan menganalisisnya sebelum menerima atau menolaknya.

xi) Menggunakan kemudahan yang disediakan oleh guru


Guru-guru sebagai fasilitator menyediakan pelbagai bahan sokongan untuk membantu
pelajar dalam proses pembelajaran kendiri. Bahan bantu pengajaran yang digunakan
oleh guru-guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar.

Bahan-bahan bantu pengajaran yang dipersembahkan juga mesti menarik dan


pelbagai untuk menarik minat pelajar agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Pelajar
mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berdasarkan pemahaman
kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran.

19
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

2.4 Kurikulum Merupakan Segala Bentuk Pembelajaran Yang Terancang Yang


Berlaku Di Dalam Bilik Darjah

Kurikulum
Zais (1996),
Kurikulum meliputi
DI SEKOLAH
segala pembelajaran:
(Terancang &
tidak
dirancang) DI SEKOLAH
(Terancang)
DI BILIK
DARJAH
(Terancang)

Umum Khusus

Pelbagai tanggapan dan pendapat tentang kurikulum yang boleh kita rumuskan sebagai
kurikulum adalah segala bentuk pembelajaran yang terancang dalam bilik darjah. Menurut
Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua
pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk
membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan
masing-masing. Saylor dan Alexander 1974 mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan
dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh
dan objektif yang spesifik yang berkait dengannya. Rancangan ini dibina oleh pusat
persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) telah mendefinisikan kurikulum sebagai segala


rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi
pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada
dua bahagian :

i Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta
segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

ii bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum)


seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain- lain.

Ishak Ramly (2003) menyatakan kurikulum merangkumi semua pengalaman yang


didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan di dalam bilik
darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu :

i) kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah

20
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

ii) kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara


praktikal di dalam kelas.

iii) Kurikulum ialah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan
pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Daripada pendapat di aras dapat disimpulkan bahawa kurikulum sememangnya suatu


bentuk pembelajaran yang terancang yang mana kurikulum itu sendiri merupakan aktiviti
pembelajaran yang dirancang atau disusun berpandukan kandungan kurikulum kebangsaan,
sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang mana objektif dan matlamatnya ditentukan terlebih
dahulu. Kurikulum mestilah terancang untuk memastikan ia berjaya dilaksanakan.
Perancangan bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat
implementasinya di dalam bilik darjah menerusi rancangan pengajaran harian. Tanpa
perancangan sebenarnya guru merancang untuk gagal. Perancangan perlu disokong dengan
matlamat atau objektif yang jelas dan kebolehcapaiannya adalah tinggi. Jika perancangan yang
dibuat begitu baik tetapi matlamatnya tidak jelas, maka guru yang melaksanakannya sudah
pasti merasa keliru terhadap halatuju yang hendak dicapai. Kurikulum hanyalah dokumen jika
tidak dilaksanakan menerusi pendekatan kaedah, strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Oleh sebab itu, sesuatu kurikulum yang hendak disampaikan
dalam bilik darjah perlulah terancang untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Keberkesanan pelaksanaan tugas guru di bilik darjah bergantung kepada perancangan


yang berkesan dalam melaksanakan kehendak-kehendak kurikulum. Berpandukan kurikulum,
guru perlu merancang penggunakan buku teks, penggunaan buku sumber, penggunakan buku
rujukan, penggunaan bahan-bahan pengayaan dan penggunaan teknologi maklumat di dalam
bilik darjah.

Perancangan pelaksanaan kurikulum di bilik darjah juga melibatkan penguasaan isi atau
pengetahuan, kemahiran, penggunaan kaedah pengajaran, penglibatan aktif pelajar,
perkembangan strategi belajar, penggunaan alat bantu mengajar dan sebagainya. Kurikulum
juga menjadi asas bagi guru merancang latihan- latihan, ujian, peperiksaan dan tugasan untuk
mengukur dan menilai kebolehan pelajar.

Kurikulum terancang dapat memaksimumkan keupayaan murid untuk beroleh


pengetahuan. Lebih daripada 95 % maklumat atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru
dapat dikuasai atau difahami murid. Kejayaan sesuatu kurikulum sekolah adalah berkait rapat
dengan pengoperasian kurikulum sekolah. Sehubungan itu, guru haruslah menguasai
kemahiran dalam mentafsir perubahan kurikulum sekolah dengan tepat serta kebolehan
membuat pengubahsuaian berdasarkan keperluan pelajar, persekitaran dan kemudahan
sumber yang sedia ada atau dapat diperolehi.

Peranan guru dalam pengoperasian kurikulum ialah menghayati perubahan kurikulum


sekolah, meningkat dan mengemaskini pengetahuan dan kemahiran dalam mentafsir dan
melaksanakannya dengan berkesan. Rajah di bawah menunjukkan penglibatan guru dalam
perancangan dan pelaksanaan kurikulum di bilik darjah.

21
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

ANALISIS KURIKULUM Falsafah, rasional, objektif, isi kandungan

MENENTUKAN Bahan-bahan dan alatan pengetahuan ( isi pelajaran, strategi


KEPERLUAN dan teknik, susunan dan pengendalian bilik darjah).
PELAKSANAAN Kemahiran guru

Rancangan pengajaran dan susunan bilik darjah


PERANCANGAN
PENGAJARAN Bahan- bahan pengajaran (isi, susunan, aktiviti, penyerapan
nilai,ilmu dan kemahiran, peruntukan masa)

PELAKSANAAN
Teknik mengajar
PENGAJARAN-
PEMBELAJARAN Aktiviti sokongan

PENILAIAN Kesan pengajaran dan pembelajaran, kesan bahan pelajaran,


prestasi murid dan pencapaian objektif.

Rancangan
KAJIAN SEMULA DAN
TINDAKAN SUSULAN Strategi dan teknik

Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu
memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum
serta sukatan pelajarannya. Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tantang mata
pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemhiran mengajar termasuk menghubungkait
pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran dengan
bagi pelajar- pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan
kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.

Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi
tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan
keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan
bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan
kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan
meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum melalui pengubahsuaian dalam
rancangan mengajar.
22
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

Antara kepentingan kurikulum terancang adalah untuk digunakan sebagai rujukan bagi
meneguhkan kelebihan dan kekuatan serta membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat
dalam perancangan tersebut. Ia juga boleh membantu guru merancang aktiviti-aktiviti dan gerak
kerja susulan. Selain itu, kurikulum terancang juga boleh dijadikan sebagai senarai semak yang
membolehkan guru- guru memerhatikan dan mengenal pasti sama ada butiran-butiran penting
berkaitan tertinggal ataupun tidak. Ini boleh mengelakkan pengajaran seseorang guru itu
menjadi seperti bidang terjun dalam proses penyampaian ilmu. Di samping itu ia boleh
menambah keyakinan guru untuk menghadapi murid ketika proses penyampaian ilmu dalam
bilik darjah.

2.5 Isu-isu berkaitan

2.5.1 Terlalu banyak teori pembelajaran

Terdapat 5 Teori Pembelajaran yang dipelajari oleh para guru untuk diaplikasikan
kepada pelajar masing-masing semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun kerana
terdapat terlalu banyak teori maka guru sukar untuk menggunakan teori yang tepat. Ini kerana
bagi memastikan keberkesanan teori, guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari
teori yang paling tepat untuk digunakan kepada pelajar mereka. Oleh yang demikian, sukar
untuk mendapatkan komitmen daripada setiap guru untuk berusaha mencari Teori
Pembelajaran yang patut digunakan kepada pelajar mereka kerana usaha ini memerlukan
persediaan yang rapi dan penilaian yang berterusan.

2.5.2. Guru menggabungkan banyak teori dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran

Antara isu lain yang sering berlaku ialah guru menggabungkan banyak teori dalam satu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan semua teori digunapakai kepada pelajar
dan menjimatkan masa, guru telah menggabungkan dua atau lebih teori dalam satu sesi
pengajaran dan pengajaran. Ini menyebabkan guru sukar membuat penilaian tentang ketepatan
penggunaan teori dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut jenis pelajar dalam
bilik darjah yang berbeza.

2.5.3. Guru sukar memilih teori yang tepat untuk diaplikasikan dalam bilik darjah

Kebanyakan guru yang sukar untuk memilih teori yang tepat untuk diaplikasikan dalam
bilik darjah ialah guru yang tidak mampu membuat penilaian secara peribadi dan perkaitan
langsung antara teori yang bakal digunakan dan jenis pelajar mereka. Oleh yang demikian guru
perlulah memahami setiap teori yang dipelajari dan mengenali pelajar mereka dengan lebih
mendalam supaya pemilihan teori pembelajaran adalah tepat dan berkesan.

2.5.4 Guru sering kali menolak teori sebagai sesuatu yang ideal dan tidak dapat
dipraktikkan

Isu guru sering kali menolak teori sebagai sesuatu yang ideal dan tidak dapat
dipraktikkan merupakan isu yang paling sukar ditangani kerana melibatkan keperibadian guru
23
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

itu sendiri. Program motivasi diri untuk para guru perlulah diwujudkan bagi membolehkan para
guru sedar akan tugas hakiki mereka iaitu mendidik pelajar. Apabila guru telah dimotivasikan
maka semangat untuk guru belajar semula teori pembelajaran dan mengaplikasikan teori
tersebut dalam bilik darjah akan terlaksana.

RUMUSAN
Teori-teori pembelajaran berfungsi untuk membantu pembelajaran seseorang dengan
cara yang paling berkesan. Dalam situasi tertentu seperti mendedahkan konsep asas sesuatu
perkara, pendekatan behavioris mungkin lebih berkesan. Setelah konsep asas tersebut
dikuasai, pendekatan kognitif boleh diguna untuk melatih kemahiran berfikir pelajar supaya
mereka lebih aktif berinteraksi dengan maklumat yang diberi dan memproses maklumat
tersebut untuk jangka masa yang panjang. Pendekatan yang dibawa oleh teori konstruktivisme
pula menjadikan pelajar seakan seorang saintis yang perlu meneroka sendiri maklumat-
maklumat yang ada dan membina kefahaman sendiri berdasarkan pengetahuan sedia mereka
dan maklumat yang baru diperolehi. Pendekatan ini lebih kepada mengaplikasi pengetahuan.
Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat perkembangan kognitif
kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengajaran harus dikembangkan daripada konkrit
kepada abstrak. Penggunaan model yang sesuai memainkan peranan yang penting untuk
menyampaikan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pelajar-pelajar
seronok apabila menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran. Oleh itu, guru harus mempertimbangkan keperluan asas pelajar mereka dipenuhi.
Guru-guru perlu menjadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa seronok, gembira, harmonis dan selamat
dengan melibatkan diri mereka ke dalamnya. Guru juga perlu bersifat penyayang dan memupuk
nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang
sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pendek kata, teori-teori pembelajaran yang ada saling lengkap-melengkapi
antara satu sama lain. Kekurangan yang ada pada teori behavior akan ditampung oleh teori
kognitif dan begitulah sebaliknya. Teori-teori ini jika ia digunakan dengan berkesan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seseorang tentu akan mempastikan pencapaian objektif-
objektif pembelajaran.

24
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

GLOSARI

Aksiom : Proposisi yang samada tidak dibuktikan atau didemonstrasikan


tetapi dianggap tidak dapat disangkal, atau tertakluk kepada
sesuatu keputusan.

Analisis : Kaedah yang menentukan tugas dan kemahiran.

Diskriminasi : Layanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana


layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh
individu berkenaan.

Eksplanadum : Satu fenomena yang perlu dijelaskan.

Elisitasi : Kecerdasan

Fenomena : Sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan,


diberikan dan dijelaskan secara saintifik.

Generalisasi : Kesimpulan yang berupa pernyataan umum dari beberapa


pernyataan khusus.

Hipotesis : Satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara
dua atau lebih pemboleh ubah.

Hukum kesan : Ikatan rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika
terdapat kesan yang memuaskan (ganjaran) selepas sesuatu
gerak balas yang dihasilkan.

Hukum kesediaan : Kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum


individu itu bertindak, iaitu belajar.

Hukum latihan : Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh
jika terdapat latihan.

Ideologi : Satu kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku


seseorang.

Implementasi : Perlaksanaan

Kognitif : Aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis,


membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Kondusif : Sesuai, menyumbang atau menggalakkan.

Konsepsi perkembangan : Pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran


(seseorang atau sesuatu kumpulan) tentang sesuatu idea atau
gagasan.

Konstruktivisme : Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan


atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.
25
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

Kurikulum : Laluan, garis panduan, rancangan yang teratur yang


merangkumi aktiviti akademik dan bukan akademik.

Logik : Fikiran, idea, huja, alasan atau prinsip.

Metakognitif : Proses minda yang menyebabkan seseorang itu sedar tentang


pemikirannya, berusaha untuk mengingat dan merenung
kembali perkara yang telah difikirkan, menilai atau menganalisis
proses berfikir yang telah dilalui serta membuat perancangan
untuk menggunakannya dengan lebih berkesan pada masa
akan datang.

Morfogenesis : Proses perubahan dan perkembangan bentuk organ atau


individu.

Pembelajaran : Sebarang perubahan tingkahlaku

Pembelajaran kolaboratif : Satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam
aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan
dengan beberapa orang pelajar yang lain.

Pembelajaran koperatif : Kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai


kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai
satu matlamat yang sama.

Pengajaran : Penyampaian, tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama


oleh guru dan murid

Polisi : Rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi


sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu
keputusan atau dasar.

Profesion kolar biru : Pekerjaan yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas-tugas


yang lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal, seperti
kerja kilang.

Psikologi : Ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran manusia.

Reformasi : Perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan


yang lebih baik.

Sosiologi : Ilmu pengetahuan tentang masyarakat (termasuk cara


kehidupannya, pertumbuhannya dan lain-lain)

Teorem : Satu pernyataan yang telah dibuktikan berdasarkan pernyataan


pernyataan terdahulu, contohnya teorem-teorem yang lain, dan
pernyataan-pernyataan yang telah diterima sebelumnya, seperti
aksiom-aksiom.

26
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2008). Falsafah dan Kurikulum. Quantum Books.\

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM :
Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. PTS Publications and
Distributors Sdn Bhd.

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur, Kayazano Enterprise.

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Mohamad Daud Hamzah dan Koh Tsu Koon. 1987. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan
Praktis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Dalam Noraini
Idis dan Shuki Osman, Pengajarn dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
McGraw Hill. Pps 161-188.

Mok Soon Sang. (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
Sekolah Menengah Semester 1 &2. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nik Aziz Nik Pa. (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Shukor. 2008. Siri Pendidikan Guru :
Psikologi Pendidikan. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. (Jun 2011). Pengantar Pendidikan.
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

Zaini Abdullah.(2011). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Universiti


Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

27
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

LATIHAN KENDIRI
SOALAN OBJEKTIF

1. Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman


mereka dan setiap murid membina pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu
pengetahuan melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Siapakah
tokoh pelopor teori di atas?

A. Ivan Pavlov
B. E.L. Thorndike
C. B.F. Skinner
D. Vygotsky

2. Berikut merupakan kandungan teori kurikulum kecuali


i. liputan
ii. rekabentuk
iii. fungsional
iv. disiplin mental
v. perkembangan

A. i, ii
B. ii, iii
C. iii, iv
D. iv, v

3. Pembelajaran adalah satu fahaman bahawa murid membina


pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Pernyataan di atas merujuk bentuk pembelajaran:


A. Kontekstual
B. Behaviorisme
C. Konstruktivisme
D. Kogntif

4. Manakah kenyataan yang tepat tentang pendekatan pembelajaran konstruktivisme?


A. Guru tidak menyampaikan maklumat secara telus kepada murid.
B. Murid mengaplikasikan idea-idea baru dalam konteks yang sama antara satu sama
lain.
C. Murid mengaplikasikan idea-idea baru dalam konteks yang berbeza antara satu
sama lain.
D. Guru perlu mengawal kebolehan, murid dan keperluan supaya pembelajaran berja-
ya.

28
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

5. Apakah elemen penting dalam Teori Behaviorisme


A. Ilmu dan Pemikiran
B. Rangsangan dan Gerakbalas
C. Tingkahlaku dan Perbuatan
D. Pengajaran dan Pembelajaran

6. Ishak Ramly (2003) menyatakan kurikulum merangkumi semua pengalaamn yang


didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik
darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahgaian seperti yang berikut
kecuali

A. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah.


B. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di
dalam kelas.
C. Kurikulum ialah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan
pengalaman individu ataupun berkumpulan.
D. Kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran
bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik yang berkait
dengannya.

SOALAN ESEI

1. Terdapat 4 jenis teori kurikulum iaitu teori kurikulum disiplin mental, teori kurikulum
saintifik, teori kurikulum fungsional dan teori kurikulum sekolah. Huraikan teori kurikulum
sekolah.

Soalan 2 & 3 berdasarkan pernyataan di bawah:


Cikgu Rohani adalah seorang guru yang percaya bahawa
pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau sering
mengapliksasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivisme
bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

2. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan lima prinsip pembelajaran Teori


Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Rohani.

3. Huraikan mana-mana lima daripada lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang
Cikgu Rohani perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-
muridnya.

4. Nyatakan secara ringkas apakah yang diideakan dalam Teori Kognitif?

5. Huraikan kepentingan kurikulum terancang dalam bilik darjah?

29
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

SKEMA JAWAPAN

SOALAN OBJEKTIF
1. D 4. A
2. C 5. ?
3. C 6. D

SOALAN ESEI

1. Liputan :

Berasaskan ideologi pendidikan golongan dominan


Pembahagian :
sebagai alat kawalan sosial
kepelbagaian jurusan dapat memberi peluang kepada murid murid yang
berbeza mengikut pencapaian, minat dan kecenderungan
Rekabentuk :
rekabentuk berlaku di peringkat sekolah, masyarakat dan institusi
ditentukan oleh golongan dominan
corak dan struktur kurikulum untuk menyatupadukan semua rakyat
Perkembangan :
mengikut proses morfogenesis
perubahan sistem pendidikan berlaku mengikut perubahan politik, sosial dan
ekonomi

2. Prinsip pembelajaran Teori Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita:
Pembelajaran berpusatkan pelajar.
Pengetahuan bermakna dibina pelajar.
Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain
afektif dan domain psikomotor.
Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.
Guru berperanan sebagai fasilitator.

3. Lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Rohani perlu usahakan untuk
memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya.
i) Pembelajaran isyarat
- Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru
menjalankan pembelajaran isyarat.
ii) Rangsangan gerak balas
- Dalam pembelajaran rangsangan gerak balas, guru mementingkan
peneguhan.
iii) Rangkaian motor
- Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.

30
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

iv) Prinsip pertalian bahasa


- Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan
kemahiran menulis pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.
- Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja
konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang
penting.
v) Diskriminasi
- Merupakan aspek yang penting dalam penguasaan konsep.
- Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu
kategori dengan kategori yang lain.
- Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang
penting dalam sesuatu kategori.
vi) Pembentukan konsep
- Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan
mudah.
- Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam
sesuatu kelas atau kategori.
- Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandu
pelajar untuk membentuk konsep dengan mudah dan jelas.
vii) Pembentukan hukum
- Guru boleh mengajar hokum dengan menggunakan kaedah
perbandingan, dan dengan mengaplikasikan hokum dalam situasi
pembelajaran yang berlainan.
- Guru harus member arahan yang jelas, mudah dan memfokus kepada
aspek-aspek yang penting dalam hokum.
viii) Penyelesaian masalah
- Dalam proses penyelesaian masalah, guru memberikan situasi
masalah yang perlu diatasi oleh pelajar.
- Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hokum dan konsep
yang perlu diaplikasi.
- Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah
pelajar mencari jawapannya sendiri.

4. Teori kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang
berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada
tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian
kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal
mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran
mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal,
kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini,
manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan
menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

5. Antara kepentingan kurikulum terancang dalam bilik darjah adalah digunakan sebagai
rujukan bagi meneguhkan kelebihan dan kekuatan serta membaiki kelemahan-
kelemahan yang terdapat dalam perancangan tersebut. Ia juga membantu guru-guru
merancang aktiviti-aktiviti dan gerak kerja susulan. Selain itu, kurikulum terancang juga
boleh dijadikan sebagai senarai semak yang membolehkan guru-guru memerhatikan
dan mengenalpasti sama ada butiran-butiran penting berkaitan tertinggal ataupun tidak.
Ini boleh mengelakkan pengajaran seorang guru itu menjadi bidang terjun dalam
proses penyampaian ilmu. Di samping itu juga, ia boleh membantu meningkatkan

2
Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

keyakinan guru untuk menghadapi murid serta menyampaikan dan mengembangkan


ilmu pengetahuan dengan berkesan.

You might also like