You are on page 1of 13

GAYA KEPIMPINAN JURULATIH DALAM PROGRAM LATIHAN TERHADAP KEPUASAN ATLET SEKOLAH SUKAN

Anuar Din, PhD; Salleh Abd Rashid, PhD; Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Perlis email: anudin@ums.edu.my
ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan faktor gaya kepimpinan jurulatih semasa pelaksanaan program latihan terhadap kepuasan atlet sekolah sukan. Seramai 206 orang atlet pelajar dari dua buah sekolah sukan di Malaysia telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Borang soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu yang telah dibangunkan oleh Chelladurai dan Salleh (1980) bagi Leadership Scale for Sport (LSS), dan Reimer dan Chelladurai (1997) bagi Athlete Satisfaction Questionnaire (ASQ). Analisis statistik inferensi seperti Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk menguji enam hipotesis nol pada aras signifikan p<0.05. Program yang digunakan untuk menganalisis data adalah program SPSS versi 16. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan (r=.586, p<.05) antara gaya kepimpinan jurulatih dari semua dimensi dengan kepuasan atlet. Dapatan kajian juga menunjukkan dimensi latihan dan arahan merupakan pengaruh dominan yang signifikan ( =.68, t(206)=13.497, p<.05), bagi gaya kepimpinan jurulatih terhadap kepuasan atlet. Oleh yang demikian faktor seperti dimensi latihan dan arahan dalam gaya kepimpinan jurulatih, perlu diberikan perhatian oleh jurulatih semasa melaksanakan program latihan. Kata kunci: gaya kepimpinan, kepuasan atlet, sekolah sukan, jurulatih, atlet pelajar

Pengenalan Kejayaan seseorang atlet di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dipengaruhi pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor intrinsik atlet, bantuan moral dari pihak keluarga, prestasi kemahiran yang semakin baik dan gaya kepimpinan jurulatih (Shaharudin Abd Aziz, 2005). Selain itu, terdapat juga faktor ekstrinsik yang menyebabkan atlet cemerlang seperti faktor kepuasan kerja jurulatih, pengurusan program latihan yang dijalankan oleh seseorang jurulatih, faktor pengiktirafan dan penghargaan seperti wang, pingat kecemerlangan serta gelaran yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu. Sementara itu dari aspek gaya kepimpinan pula, jurulatih yang berkesan pasti berjaya mempengaruhi suasana dan sikap atlet terhadap beban tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan lagi kepuasan dan prestasi atlet sendiri. Situasi ini berlaku kerana adanya interaksi antara jurulatih dengan atlet. Menurut Fouss dan Troppman (1981), interaksi antara jurulatih dan atlet merupakan kriteria yang penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu program latihan. Gaya kepimpinan seseorang jurulatih atau pengurus pasukan ketika berinteraksi dengan atlet semasa mengurus program latihan, sama ada ketika offsite competition atau onsite competition memberi kesan terdapat atlet. Kesan yang diperoleh atlet adalah berkadar terus iaitu jika wujud hubungan yang positif dari aspek interaksi antara keperluan dan kehendak jurulatih, pengurus pasukan dengan atlet, maka kepuasan serta prestasi akan meningkat, atlet akan mencapai kejayaan. Proses interaksi antara jurulatih dengan atlet adalah satu komponen yang sangat penting untuk meningkatkan prestasi dan kepuasan seseorang atlet (Gibbons, McConnell, Forster, Riewald, & Peterson (2003); Frontiera (2006) dan Serpa,

Pataco, & Santos; 1991). Menurut Mallet (2003), jurulatih memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan atlet-atlet dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi meningkat prestasi atlet dalam sukan yang mereka ceburi. Jurulatih juga mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam mewujudkan keseronokan dan kepuasan serta penyertaan berterusan atlet. Pernyataan Masalah Semasa mengendali dan menguruskan sesebuah pasukan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara, seseorang jurulatih mahupun pengurus pasukan seharusnya mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri. Gaya kepimpinan jurulatih dalam latihan penting kerana ini merupakan salah satu faktor untuk atlet mencapai kepuasan dan kejayaan yang cemerlang dalam kejohanan yang disertainya. Antara faktor yang paling ketara yang menyebabkan atlet tidak berpuas hati ialah jurulatih tidak mempunyai gaya kepimpinan yang tertentu semasa mengendalikan program latihan. Kenyataan ini disokong oleh Cakioglu (2003) dan Ziad Al Tahayneh (2003) yang menyatakan jurulatih tidak mempunyai gaya kepimpinan yang tertentu semasa mengendalikan program latihan bersama atlet. Oleh kerana itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji gaya kepimpinan jurulatih dalam program latihan yang dirancang dapat meningkatkan kepuasan dan prestasi atlet. Objektif Kajian Secara umumnya, kajian ini bertujuan mengenal pasti gaya kepimpinan jurulatih dalam program latihan dapat memberikan kesan ke atas kepuasan atlet sekolah sukan.Objektif kajian ini juga memfokuskan kepada mengenal pasti sama ada terdapat hubungan dan atau pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung pemboleh ubah gaya kepimpinan jurulatih dalam program latihan jurulatih dengan kepuasan atlet. Objektif ini diperincikan kepada dua objektif seperti berikut: 1.6.1 Melihat hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam program latihan dengan kepuasan atlet sekolah sukan. 1.6.2 Melihat faktor yang paling berpengaruh antara gaya kepimpinan jurulatih dalam program latihan dengan kepuasan atlet sekolah sukan. Hipotesis Kajian Berdasarkan soalan kajian dan objektif kajian yang telah dibina, terdapat sembilan hipotesis kajian yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, aras signifikan 0.05 digunakan bagi tujuan melaksanakan data statistik inferens. Selain itu, hipotesis nol juga digunakan dalam kajian ini. Hipotesis-hipotesis nol tersebut adalah: Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet. Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua gaya kepimpinan jurulatih dengan aspek kepuasan atlet. Ho3: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap kepuasan atlet. Ho4: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap aspek pencapaian individu kepuasan atlet. Ho5: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih terhadap aspek pencapaian pasukan kepuasan atlet.

Ho6:

Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap aspek latihan dan arahan kepuasan atlet.

Kepentingan Kajian Kajian ini amat berguna dan diperlukan oleh jurulatih bagi meningkatkan kepuasan dan prestasi atlet untuk populasi kajian dan juga kepada jurulatih yang bertugas sebagai jurulatih sepenuh masa dan atau jurulatih yang terdiri dari jurulatih separuh masa seperti guru di sekolah-sekolah di Malaysia. Dapatan kajian ini dapat membantu setiap jurulatih untuk mengenal pasti kelemahan mereka terutamanya dari aspek gaya kepimpinan dalam program latihan. Seterusnya aspek-aspek ini dapat diperbaiki oleh jurulatih untuk menjamin atlet mereka mencapai kejayaan. Dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat kepada jurulatih dengan lebih tepat iaitu gaya kepimpinan yang atlet mahu jurulatih gunakan. Dapatan kajian ini juga dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada jurulatih mengenai kepentingan menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan kehendak atlet serta aspek-aspek yang diperlukan oleh atlet semasa mengurus program latihan agar kepuasan atlet dapat ditingkatkan. Kajian yang telah dilaksanakan membuktikan terdapat beberapa gaya kepimpinan jurulatih dan beberapa aspek semasa mengurus program latihan mempunyai hubungan dan mempengaruhi kepuasan atlet. Metodologi Kajian Kajian ini adalah satu penyelidikan yang berbentuk deskriptif, perbandingan, hubungan dan pengaruh sebagai kajian untuk melihat hubungan antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan berbentuk secara kuantitatif, bukan eksperimen yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Mohd Najib Gaffar (2000) menyatakan penggunaan kajian secara kuantitatif membolehkan data didapati melalui pengukuran objektif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan menurut Babbie (2001), soal selidik amat sesuai digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Selain daripada itu, kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kajian tinjauan (survey) kerana menurut Chua Yan Piaw (2006), kaedah ini merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan eksperimental yang paling popular, yang digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains sosial. Menurut Sidek Mohd Noah (2003) lokasi kajian adalah merujuk kepada tempat penyelidikan yang ingin dijalankan. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik memilih dua buah sekolah sukan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Seni, dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor kerana atlet yang mengambil bahagian dalam kajian ini adalah terdiri dari atlet yang pernah mengambil bahagian dalam kejohanan MSSM, SUKMA, Sukan SEA dan Sukan Asia. Dalam kajian ini pensampelan yang digunakan ialah pensampelan bertujuan diikuti oleh pensampelan berkelompok (cluster sampling) kerana saiz populasi yang agak besar dan mempunyai atlet yang pelbagai kategori seperti sukan individu, sukan berpasukan, sukan padang dan sukan gelanggang. Kajian ini dilakukan merangkumi semua atlet sama ada yang mewakili MSSM, SUKMA (Sukan Malaysia), Sukan SEA (South East Asia) dan Sukan Asia. Pertamanya penyelidik menggunakan kaedah pensampelan kebarangkalian. Seterusnya penyelidik memilih subjek dengan menggunakan pensampelan secara rawak berlapis dan akhir sekali, menggunakan pensampelan rawak mudah. Hal ini disebabkan rangka pensampelan adalah heterogen iaitu mempunyai sub-sub sampel seperti jantina, tahap penglibatan dalam sukan, sukan individu dan sukan berpasukan.

Menurut Chua Yan Piaw (2006), penggunaan pensampelan rawak berlapis sesuai digunakan bagi memperoleh suatu sampel rawak. Dengan berpandukan jadual penentuan saiz pensampelan Krejcie dan Morgan (1970), populasi kajian bagi kedua-dua buah sekolah sukan adalah 871 orang (467 orang murid dari pada SSBJ dan 404 orang murid daripada SSBP) (Sumber: Pendaftaran Murid SSBJ dan SSBP tahun 2009), maka subjek kajian yang dipilih adalah seramai 260 orang. Oleh yang demikian, seramai 130 orang (50%) subjek kajian dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan seramai 130 orang (50%) subjek kajian dari Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor dipilih sebagai subjek kajian. Instrumen Kajian Instrumen bagi kajian ini adalah soal selidik. Satu set soal selidik untuk atlet dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A adalah berkaitan biodata subjek seperti jantina, umur, jenis sukan, kategori sukan, peringkat penglibatan, jumlah masa berlatih dan pengaruh individu. Manakala Bahagian B pula terdiri dari soal selidik untuk soal selidik Skala Kepimpinan Sukan, dan Bahagian C pula adalah soal selidik Kepuasan Atlet. Bagi soal selidik untuk Bahagian B, soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah Soal selidik Skala Kepimpinan Sukan (Leadership Scale for Sport) (LSS) yang telah dibentuk dan dibangunkan oleh Chelladurai & Salleh (1980) yang kemudiannya telah diterjemahkan oleh Shaharudin Abd Aziz (2005). Soal selidik ini merangkumi 43 item yang bertujuan untuk mengukur lima dimensi tingkah laku pemimpin atau jurulatih. Lima dimensi tingkah laku tersebut ialah Dimensi Latihan dan Arahan, Dimensi Demokratik, Dimensi Autokratik, Dimensi Sokongan Sosial, Dimensi Maklum Balas Positif. Sementara itu, bagi Bahagian C menggunakan soal selidik Soal selidik Kepuasan Atlet (Athlete Satisfaction Questionnaire) yang telah dibangunkan oleh Riemer dan Chelladurai (1998). Dalam soal selidik ini terdapat 56 item dan telah dibahagikan kepada 15 subskala iaitu pencapaian individu, pencapaian pasukan, memanfaatkan kemampuan, strategi, rawatan secara personal, latihan dan arahan, sumbangan dan tugas ke atas pasukan, sumbangan sosial berpasukan, etika pasukan, perpaduan pasukan, dedikasi individu, bajet, mempunyai panel perubatan, pembantu penyokong akademik, dan agen luar. Dalam kajian ini hanya 7 subskala sahaja yang digunakan iaitu aspek pencapaian individu, aspek pencapaian pasukan, aspek strategi, aspek latihan dan arahan, aspek perpaduan pasukan, aspek dedikasi individu dan aspek rawatan secara personal. Kesemua item dalam soal selidik ASQ ini adalah sebanyak 35. Subjek perlu menjawab setiap soalan dengan menggunakan Skala Likert lima mata iaitu 1 -Sangat tidak setuju, 2 - Tidak setuju, 3 - Tidak pasti, 4 Setuju, 5 - Sangat setuju. Nilai kebolehpercayaan soal selidik kepuasan atlet (ASQ) berdasarkan kepada kajian Reimer dan Chelladurai (1998) dan Reimer dan Toon (2001) adalah pada alpha cronbach antara .78 hingga .99 bagi setiap subskala. Prosedur Pengumpulan dan Penganalisisan Data Borang soal selidik di letakkan di atas meja bersama alat tulis di dalam dewan kuliah sekolah masing-masing, semua subjek dibenarkan masuk ke dalam dewan kemudian diikuti penerangan yang terperinci berkaitan tentang tujuan kajian, cara menjawab soalan dari setiap item dalam semua instrumen. Subjek kajian juga diberitahu bahawa segala maklum balas yang mereka berikan di dalam borang soal selidik adalah sulit dan rahsia dan hanya untuk tujuan penyelidikan ini sahaja. Justeru itu, pada setiap naskhah borang soal selidik dilampirkan surat rasmi yang menerangkan tujuan kajian dilaksanakan. Subjek kajian diminta menandakan ( / ) pada borang

soal selidik yang diedarkan selain menjawab soalan berkaitan demografi subjek. Masa yang diberikan adalah selama empat puluh lima minit. Subjek yang telah melengkapkan borang soal selidik dibenarkan meninggalkan dewan serta borang soal selidik dikumpulkan. Seterusnya kesemua borang diproses dengan menggunakan program SPSS versi 16.0. Semasa proses memasukkan data dilakukan, borang soal selidik yang tidak lengkap dikeluarkan daripada pemprosesan data. Setelah semua maklumat diproses, dapatan kajian dianalisis dan seterusnya laporan akhir dilakukan bagi menghasilkan satu laporan penyelidikan yang lengkap. Borang soal selidik yang telah dikumpulkan, dinombori untuk mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul. Seterusnya penyelidik menggunakan program SPSS 16.0 iaitu Statistical Package of Social Science (Coakes, Steed & Ong, 2009) bagi memproses data-data dan maklumat-maklumat yang telah diperolehi dari responden. Selepas memasukkan semua data, analisis statistik dilaksanakan berdasarkan objektif dan hipotesis kajian. Dapatan Kajian Berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet bagi dimensi latihan dan arahan dengan kepuasan atlet (r=.687, p<.05). Sementara itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara dimensi demokratik dengan kepuasan atlet (r= .493, p<.05). Selain daripada itu, dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara dimensi autokratik dengan kepuasan atlet (r=.153, p<.05). Manakala bagi dimensi sokongan sosial, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan dengan kepuasan atlet (r=.434, p<.05). Di samping itu, kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara dimensi maklum balas positif dengan kepuasan atlet (r=.461, p<.05). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara keseluruhan gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet dengan kepuasan atlet (r=.586, p<.05). Oleh yang demikian, hipotesis nol 1 yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet adalah ditolak. Jadual 1: Korelasi Pearson antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet dengan kepuasan atlet Gaya Kepimpinan Jurulatih Kepuasan Atlet Dimensi Latihan dan Arahan Korelasi Pearson .687(**) Sig. (2-hujung) .000 Dimensi Demokratik Korelasi Pearson .493(**) Sig. (2-hujung) .000 Dimensi Autokratik Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) .153(*) .028 .434(**) .000 .461(**) .000 .586(**)

Dimensi Sokongan Sosial

Dimensi Maklum Balas Positif Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) Keseluruhan Gaya Kepimpinan Korelasi Pearson

Jurulatih Sig. (2-hujung) n = 206 ** Aras Signifikan: p<0.01 (2-hujung). * Aras Signifikan: p<0.05 (2-hujung).

.000

Jadual 2: Korelasi Pearson antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet dengan aspek kepuasan atlet Aspek Kepuasan Atlet Gaya Kepimpinan Jurulatih Pencapaian Individu Korelasi Pearson .393(**) Sig. (2-hujung) .000 Pencapaian Pasukan Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) .479(**) .000 .590(**) .000 .501(**) .000 .421(**) .000 .418(**) .000 .636(**) .000

Strategi

Latihan Dan Arahan

Perpaduan Pasukan

Dedikasi Individu

Rawatan

n = 206 ** Aras Signifikan: p<0.01 (2-hujung). Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara aspek pencapaian individu kepuasan atlet dengan gaya kepimpinan jurulatih (r=.393, p<.05). Sementara itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara aspek pencapaian pasukan kepuasan atlet dengan gaya kepimpinan jurulatih (r=.479, p<.05). Selain daripada itu, dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara aspek strategi kepuasan atlet dengan gaya kepimpinan jurulatih (r=.590, p<.05). Manakala bagi aspek latihan dan arahan kepuasan atlet, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan dengan gaya kepimpinan jurulatih (r=.501, p<.05). Di samping itu, kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara aspek perpaduan pasukan kepuasan atlet dengan gaya kepimpinan jurulatih (r=.421, p<.05). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara aspek dedikasi individu kepuasan atlet dengan gaya kepimpinan jurulatih (r=.418, p<.05). Seterusnya dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara aspek rawatan kepuasan kerja dengan gaya kepimpinan jurulatih (r=.636, p<.05). Oleh yang demikian, hipotesis nol 2 yang menyatakan

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua gaya kepimpinan jurulatih dengan aspek kepuasan atlet adalah ditolak. Jadual 3: Analisis regresi stepwise bagi gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap kepuasan atlet Gaya Kepimpinan Jurulatih t p Dimensi Latihan Dan Arahan .687 13.497 .000 Maklumat : Dimensi Latihan Dan Arahan: *p < 0.05 R = .472 AR = .469 F = 182.170 p = .000 n = 206 Berdasarkan Jadual 3, pemboleh ubah kriteria dalam kajian ini adalah kepuasan atlet, manakala pemboleh ubah peramal pula adalah gaya kepimpinan jurulatih yang dibahagikan kepada lima dimensi iaitu dimensi latihan dan arahan, dimensi demokratik, dimensi autokratik, dimensi sokongan sosial dan dimensi maklum balas positif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara signifikan satu pemboleh ubah peramal iaitu dimensi latihan dan arahan ( =.68, t(206)=13.497, p<.05), merupakan faktor utama gaya kepimpinan jurulatih kepada kepuasan atlet. Hanya satu pemboleh ubah peramal sahaja menyumbang sebanyak 47.2 peratus (r=.687) perubahan varians dalam kepuasan atlet [F (1, 204)=182.170, p<.05]. Oleh yang demikian, hipotesis nol 3 yang menyatakan bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap kepuasan atlet secara keseluruhannya adalah ditolak. Terdapat satu pemboleh ubah peramal yang signifikan iaitu dimensi latihan dan arahan. Jadual 4: Analisis regresi stepwise bagi gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap kepuasan atlet aspek pencapaian individu Pemboleh Ubah Peramal t p Dimensi Latihan Dan Arahan .479 7.798 .000 Maklumat : Dimensi Latihan Dan Arahan: *p < 0.05 R = .230 AR = .226 F = 60.802 p = .000 n = 206 Berdasarkan Jadual 4, pemboleh ubah kriteria dalam kajian ini adalah aspek pencapaian individu kepuasan atlet, manakala pemboleh ubah peramal pula adalah gaya kepimpinan jurulatih yang dibahagikan kepada lima dimensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara signifikan satu pemboleh ubah peramal iaitu dimensi latihan dan arahan (=.479, t (206)=7.798, 7

p<.05), merupakan faktor utama gaya kepimpinan jurulatih kepada kepuasan atlet. Hanya satu pemboleh ubah peramal sahaja menyumbang sebanyak 23.0 peratus (r=.479) perubahan varians dalam kepuasan atlet [F (1, 204)=60.802, p<.05]. Oleh yang demikian, hipotesis nol 4 bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap aspek pencapaian individu kepuasan atlet secara keseluruhannya adalah ditolak. Terdapat satu pemboleh ubah peramal yang signifikan iaitu dimensi latihan dan arahan. Jadual 5: Analisis regresi stepwise bagi gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap kepuasan atlet aspek pencapaian pasukan Pemboleh Ubah Peramal t p Dimensi Latihan Dan Arahan .551 9.431 .000 Dimensi Autokrasi .573 2.742 .007 Dimensi Demokrasi .589 -2.381 .018 Maklumat : Dimensi Latihan Dan Arahan : *p < 0.05 R = .304 AR = .300 F = 88.938 p = .000 n = 206 Berdasarkan Jadual 5, pemboleh ubah kriteria dalam kajian ini adalah aspek pencapaian pasukan kepuasan atlet, manakala pemboleh ubah peramal pula adalah gaya kepimpinan jurulatih yang dibahagikan kepada lima dimensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiga pemboleh ubah peramal iaitu dimensi latihan dan arahan, dimensi autokrasi dan dimensi demokrasi merupakan peramal bagi gaya kepimpinan jurulatih dan pengurusan program latihan jurulatih terhadap aspek pencapaian pasukan kepuasan atlet. Pemboleh ubah peramal yang lain iaitu dimensi sokongan sosial dan dimensi maklum balas positif bukan merupakan faktor dalam gaya kepimpinan jurulatih terhadap aspek pencapaian pasukan kepuasan atlet. Secara signifikan, gaya kepimpinan jurulatih (=.551, t(206)=9.431, p<.05) menyumbang sebanyak 30.4 peratus (r=.551) perubahan varians dalam kepuasan atlet [F (1, 204)=88.938, p<.05]. Kombinasi antara kedua-dua pemboleh peramal ubah dimensi latihan dan arahan (=.529, t(206)=9.107, p<.05) dan dimensi autokrasi (=.159, t (206)=2.742, p<.05) menyumbang sebanyak 32.8 peratus (r=.573) perubahan varians dalam aspek pencapaian individu kepuasan atlet [F (2, 203)=49.651, p<.05]. Selain daripada itu, apabila pemboleh ubah peramal dimensi demokratik (=-.198, t(206)=-2.381, p<.05) diambil kira bersama, ketiga-tiga pemboleh ubah peramal ini menyumbang sebanyak 34.7 peratus (r=.589) perubahan varians dalam kepuasan atlet [F (3, 202)=35.751, p<.05]. Berdasarkan keputusan analisis regresi pelbagai dari Jadual 5, dimensi latihan dan arahan, dimensi autokrasi dan dimensi demokratik merupakan faktor dalam aspek pencapaian pasukan kepuasan atlet. Oleh yang demikian, hipotesis nol 5 yang menyatakan bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih terhadap aspek pencapaian

Dimensi Autokrasi : *p < 0.05 R = .328 AR = .322 F = 49.651 p = .000

Dimensi Demokrasi : *p < 0.05 R = .347 AR = .337 F = 35.751 p = .000

pasukan kepuasan atlet adalah ditolak. Terdapat tiga pemboleh peramal yang signifikan iaitu dimensi latihan dan arahan, dimensi autokratik dan dimensi demokratik. Jadual 6: Analisis regresi stepwise bagi gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap kepuasan atlet aspek latihan dan arahan Pemboleh Ubah Peramal t p Dimensi Latihan Dan Arahan .608 10.933 .000 Maklumat : Dimensi Latihan Dan Arahan : *p < 0.05 R = .369 AR = .366 F = 119.540 p = .000 n = 206 Berdasarkan Jadual 6, pemboleh ubah kriteria dalam kajian ini adalah aspek latihan dan arahan kepuasan atlet, manakala pemboleh ubah peramal pula adalah gaya kepimpinan jurulatih yang dibahagikan kepada lima dimensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara signifikan satu pemboleh ubah peramal iaitu dimensi latihan dan arahan (=.608, t (206)=10.933, p<.05), merupakan faktor utama gaya kepimpinan jurulatih kepada kepuasan atlet. Hanya satu pemboleh ubah peramal sahaja menyumbang sebanyak 36.9 peratus (r=.608) perubahan varians dalam kepuasan atlet [F (1, 204)=119.540, p<.05]. Pemboleh ubah peramal yang lain iaitu dimensi demokratik, dimensi autokratik, dimensi sokongan sosial dan dimensi maklum balas positif bukan merupakan faktor dalam gaya kepimpinan jurulatih terhadap aspek latihan dan arahan kepuasan atlet. Oleh yang demikian, hipotesis nol 6 bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap aspek latihan dan arahan kepuasan atlet secara keseluruhannya adalah ditolak. Terdapat satu pemboleh ubah peramal yang signifikan iaitu dimensi latihan dan arahan. Perbincangan Berdasarkan objektif kajian dalam penyelidikan ini, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet dengan kepuasan atlet. Dapatan kajian juga mendapati kelima-lima dimensi gaya kepimpinan jurulatih iaitu dimensi latihan dan arahan, dimensi demokratik, dimensi autokratik, dimensi sokongan sosial dan dimensi maklum balas positif mempunyai hubungan dengan kepuasan atlet. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Asiah Pilus dan Rosli Saadan (2005) yang mendapati terdapatnya hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet. Dapatan ini juga bersamaan dengan saranan Smoll dan Smith (1989) melalui Model Tingkah Laku Kepimpinan yang menyatakan bahawa wujud hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan atlet apabila jurulatih melakukan tugas mereka seperti yang dirancang dan atlet pula dapat memahami perkara yang dilakukan oleh jurulatih mereka serta bertindak balas terhadap berdasarkan situasi semasa program latihan dilaksanakan sama ada ketika fasa persediaan, fasa pertandingan mahupun fasa transisi. Selain daripada itu, hubungan yang wujud juga disebabkan jurulatih harus memainkan peranan mereka kerana atlet terdiri dari berbagai personaliti seperti 9

jantina, tahap penglibatan dalam sukan. Bagi atlet yang mewakili MSSM sudah tentu berbeza gaya kepimpinan jurulatih berbanding dengan atlet yang mewakili SUKMA dan negara. Seterusnya dapatan kajian ini juga seiring dengan dapatan kajian Shaharudin Abd Aziz (2005) yang menyatakan terdapat hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet. Dapatan kajian beliau juga selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Chelladurai (1984) yang menyatakan terdapat hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet, dengan menekankan bahawa dimensi latihan dan arahan serta dimensi maklum balas positif mempengaruhi kepuasan atlet dalam tiga kumpulan yang dikaji iaitu sukan bola keranjang, olahraga dan acara gusti. Selain itu, dapatan kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Horne dan Carron (1985) yang menyatakan terdapat hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet, dan mereka juga menyatakan dimensi maklum balas positif merupakan dimensi yang banyak mempengaruhi kepuasan atlet berbanding dimensi autokratik. Dapatan ini juga disokong oleh Ziad Al Tahayneh (2003) yang mendapati terdapat hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet terutamanya dimensi latihan dan arahan, dimensi demokratik, dimensi sokongan sosial dan maklum balas positif. Sementara itu, Cakioglu (2003) juga menyatakan kurangnya fokus jurulatih kepada gaya kepimpinan mereka menyebabkan tahap pencapaian dan kepuasan atlet menurun. Dapatan ini dikukuhkan lagi oleh Frontiera (2006) yang menyatakan dengan mengetahui dimensi gaya kepimpinan yang disukai oleh atlet membantu jurulatih untuk merancang dan mengurus program latihan dengan lebih yakin, bermotivasi dan pada masa yang sama atlet merasa seronok semasa program latihan dilaksanakan. Kesan daripada tindakan jurulatih secara tidak langsung dapat meningkatkan kepuasan atlet. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan jurulatih bagi dimensi latihan dan arahan merupakan pemboleh ubah utama terhadap kepuasan atlet bagi aspek pencapaian individu, aspek strategi, aspek latihan dan arahan. Selain daripada itu bagi aspek pencapaian pasukan kepuasan atlet, terdapat tiga pemboleh ubah peramal gaya kepimpinan jurulatih iaitu dimensi latihan dan arahan, dimensi autokratik dan dimensi demokratik. Sementara itu bagi aspek dedikasi individu kepuasan atlet, terdapat dua pemboleh ubah peramal gaya kepimpinan jurulatih iaitu dimensi latihan dan arahan dan dimensi sokongan sosial. Seterusnya bagi aspek rawatan kepuasan atlet, pemboleh ubah peramal yang utama gaya kepimpinan jurulatih ialah dimensi latihan dan arahan dan dimensi demokratik. Oleh yang demikian berdasarkan dapatan ini, menunjukkan bahawa gaya kepimpinan jurulatih bagi dimensi latihan dan arahan merupakan pengaruh yang utama terhadap kepuasan atlet bagi kesemua aspek. Bagi meningkatkan keberkesanan program latihan, para jurulatih harus menggunakan dimensi latihan dan arahan seperti yang dikehendaki oleh atlet dari kedua-dua buah sekolah sukan ini iaitu SSBJ dan SSBP. Dapatan ini disokong oleh Chelladurai (1984), Mallet (2003), Vilani dan Samulski (2009), Ziad Al Tahayneh (2003) dan Horne dan Carron (1985) yang menyatakan gaya kepimpinan jurulatih bagi dimensi latihan dan arahan mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap kepuasan dan pencapaian atlet. Namun demikian dapatan kajian ini berbeza dengan Schliesman (1987) yang mendapati dimensi demokratik dan dimensi sokongan sosial merupakan peramal utama bagi gaya kepimpinan jurulatih terhadap kepuasan atlet. Justeru itu, jurulatih harus memberikan perhatian dan tumpuan kepada dimensi ini semasa berurusan dengan atlet sekolah sukan. Antara perkara yang harus difokuskan ialah menerangkan kepada atlet teknik dan taktik dalam sukan, mengajar atlet secara individu bagi setiap kemahiran, mengenal pasti kelemahan dan kekuatan atlet, membuat pemantauan setiap daya usaha atlet, dan

10

memberikan penjelasan yang terperinci kepada atlet berkaitan kemahiran, strategi dan aspek sains sukan. Walau pun dapatan kajian ini berbeza atau seiring dengan dapatan kajian terdahulu, namun dapatan kajian setiap penyelidik mempunyai kebenaran jika dirujuk kepada Smoll dan Smith (1989) yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan jurulatih dipengaruhi sikap dan sifat atlet itu sendiri. Jika atlet yang mempunyai tahap keyakinan yang rendah, mungkin gaya kepimpinan yang akan digunakan oleh jurulatih adalah berbeza dengan atlet yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, atau pun jurulatih akan menggunakan gaya kepimpinan bagi dimensi yang berbeza bagi atlet yang mewakili negara berbanding atlet yang hanya mewakili MSSM, begitu juga atlet junior dengan atlet yang senior. Menurut Smoll dan Smith (1989) penggunaan gaya kepimpinan yang berbeza ini dilakukan dengan tujuan dan matlamat yang sama iaitu jurulatih dapat memuaskan hati atlet yang mereka latih. Kenyataan ini disokong oleh Neil dan Kirby (1985) yang menyatakan atlet yang muda dan berkemahiran rendah lebih menggemari gaya kepimpinan secara individu berbanding dengan atlet yang senior dan berkemahiran tinggi. Pandangan yang sama diutarakan oleh Hersey dan Blanchard (1982) yang menyatakan situasi yang berbeza menyebabkan jurulatih akan menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza. Jurulatih perlu menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza berdasarkan tahap kematangan atlet seperti yang dinyatakan oleh Hersey dan Blanchard (1982) dalam teori kepimpinan situasi adalah berbeza. Contohnya tahap penglibatan atlet, umur atlet, kategori sukan yang diceburi atlet dan sebagainya. Tahap kematangan atlet dalam kajian ini boleh dibahagikan kepada dua, pertamanya berdasarkan tempoh penglibatan dalam sukan. Hampir enam puluh lapan peratus atlet yang dikaji berkecimpung dalam sukan melebihi tempoh lima tahun. Semakin lama atlet berada dalam persekitaran sukan, tahap kematangan mereka akan semakin meningkat, terutamanya atlet yang selalu menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Pengalaman mereka bertanding di peringkat yang tinggi dan mencabar menyumbang kepada tahap kematangan mereka dalam sukan yang diceburinya. Keduanya ialah tahap penglibatan atlet yang dikaji dalam sukan, hampir empat puluh tujuh peratus dari kedua-dua buah sekolah SSBJ dan SSBP mewakili negara. Oleh yang demikian, pada tahap pertandingan yang mencabar dan sengit seperti Kejohanan Sekolah-kolah ASEAN, Sukan SEA, Sukan ASIA dan sebagainya dapat meningkatkan lagi tahap kematangan atlet terutama apabila dapat bertanding dan bersaing dengan atlet-atlet dari luar negara. Kesannya tahap keyakinan atlet bertambah, dan secara tidak langsung tahap kematangan atlet juga meningkat. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian ini iaitu terdapat perbezaan antara atlet yang mewakili MSSM dengan atlet yang mewakili negara. Akhir sekali, dicadangkan pada masa akan datang, kajian dilakukan melalui dua pendekatan iaitu kuantitatif dan kualitatif (kaedah campuran). Oleh yang demikian, responden yang mempunyai maklumat lain yang dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian, dapat digunakan atau disampaikan kerana mepunyai saluran yang sesuai. Selain daripada soal selidik, responden boleh menyalurkan maklumat melalui kaedah temu bual atau pun menjawab soalan berbentuk struktur. Di samping itu, kajian juga harus diperluaskan dengan menambah responden kajian dari semua sekolah sukan negeri. Rujukan

11

Asiah Mohd Pilus., & Rosli Saadan. 2005. Coaching leadership style and athlete satisfaction in sport team. Proceeding 1st Asia Pacific Sports Science Conference 2005. 27 29 March 2005, Kota Kinabalu, Sabah. 501-535. Babbie, E. R. 2001. The practice of social research (9th edition.). Belmont, California: Wadsworth Thompson Learning. Cakioglu, A. 2003. Leadership and Satisfaction in Soccer: Examination of Congruence and Players Position. Master Thesis, Department of Physical Education and Sport: Middle East Technical University. Chelladurai, P. 1984. Discrepancy between preferences and perceptions of leadership behavior and satisfaction of athletes in varying sport. Journal of Sport Psychology, 6: 27-41. Chelladurai, P., & Salleh, S. D. 1980. Dimensions of leader behavior in sports: Development of a leadership scale. Journal of Sport Psychology, 2: 34-45. Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 2: Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Coakes, J.S., Steed, L., & Ong, C. 2009. SPSS version 16.0 for Windows, Analysis without Anguish. Queensland: John Wiley & Sons Australia Ltd. Fouss, D.E. & Troppmann, R.J. 1981. Effective Coaching: A Psychological Approach. New York: John Wiley & Sons. Frontiera, J. 2006. The Relationship between Leadership, Efficacy Belief, and Performance among Boys High School Basketball Players. Master Thesis. West Virginia University, USA. Gibbons, T., McConnell, A., Forster, T., Riewald, S.T., & Peterson, K. 2003. U.S. Olympians Describe the Success Factors and Obstacles that Most Influenced their Olympic Development. Phase II: Results of the Talent Identification and Development Questionnaire to U.S. Olympians. Community Outreach and Coaching and Sport Sciences Divisions: USA. Hersey, P., & Blanchard, K.H. 1982. Management of organization: Utilizing human resources. (4th edition). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall. Horne.T., & Carron, A.V.1985. Compatibility in coach- athlete relationships. Journal of Sport Psychology, 7: 137-149. Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30: 608. Mallet, C.J. 2003. Why the fire burn so brightlt. International Journal of Sports Psychology, 3: 117-131. Mohd Najib Gaffar. 2000. Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Neil, G. & Kirby, S.L. 1985. Coaching styles and preferred leadership among rowers and paddlers. Journal of Sport Behavior, 8: 3-17. Riemer, H. A. & Chelladurai, P. 1997. A classification of athlete satisfaction. Journal of Sport Management, 11: 133-159. Riemer, H.A., & Chelladurai, P.1998. Development of the athlete satisfaction questionnaire (ASQ). Journal of Sport exercise psychology, 20: 127-156.

12

Reimer, H.A. & Toon, K. 2001. Leadership and Satisfaction in tennis: Examination of Congruence, gender and Ability. Research Quarterly for Exercise and Sport, 72 (3): 243256. Schliesman, E.S. 1987. Relationship between the congruence of preferred and actual leader behavior and subordinate satisfaction with leadership. Journal of Sport Behavior, 10: 157-166. Serpa, S., Pataco, V., & Santos, F. 1991. Leadership patterns in handball internacional competition. International Journal of Sport Psychology, 22 (1): 79-89. Shaharudin Abd Aziz. 2005. Perkaitan antara matlamat dan stail kepimpinan dengan pencapaian atlet Sukma Negeri Perak Di Kejohanan Sukma 2004. eWacana Penyelidikan UPSI, 13. Sidek Mohd Noah. 2003. Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Smoll, F. L. & Smith, R.E. 1989. Leadership Behaviors in Sport: A theoretical model and research paradigm. Journal of Applied Social psychology, 19: 1522-1551. Vilani, L.H.P., & Samulski, D.M. 2009. Situational Leadership II and the Coach-Athlete Relationship in Brazil Table Tennis. http://www.cbtm.org.br/scripts/arquivos/Artigo_vilani_9_ITTF.pdf/ Retrieved 14 January 2009. Ziad Al Tahayneh 2003. The Effects of Coaches Behaviors and Burnout on The satisfaction and Burnout of Athletes. Published Phd Dissertation, Department of Sport Management, Recreation Management and Physical Education, Florida State University.

13

You might also like