You are on page 1of 6

TAJUK TUGASAN :

Ulasan Artikel Penyelidikan

Sikap dan Amalan Aktiviti Fizikal Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia

Widayati Harun, Anuar Din, & Salleh Abd. Rashid, (2017). Sikap dan Amalan Aktiviti
Fizikal Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Pemikir Pendidikan (2017) 8:
91–119

DIKEMUKAKAN KEPADA :

EN.SYED ZULKARNAIN BIN SYED MAHAMUD


JABATAN SAINS SOSIAL

SEBAGAI MEMENUHI SYARAT KURSUS GHSS3013

OLEH :

NITHYA THEVI A/P L MRATHANDY


NO. METRIK : 960705015412

PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


SEMESTER 2 TAHUN 4 AMBILAN JUN 2015

1
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap aktiviti fizikal terhadap amalan aktiviti fizikal
pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Seramai 408 pelajar Program Ijazah
Sarjana Perguruan (PISMP) di empat buah IPGM Zon Sabah terlibat dalam kajian ini. Guru
pelatih berada di tahun pertama hingga tahun empat dan sedang mengikuti pengajian
secara sepenuh masa. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kuantitatif
bukan eksperimen yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang
diperoleh berdasarkan soal selidik Sikap Aktiviti Fizikal dan Soal Selidik Aktiviti Fizikal
Antarabangsa (IPAQ). Data mentah telah dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif
dan inferens seperti min, peratusan sisihan piawai, korelasi Pearson dan regresi pelbagai.
Dapatan kajian menunjukkan sikap aktiviti fizikal pada tahap sederhana dan amalan aktiviti
fizikal pelajar pada tahap baik. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapatnya hubungan (r =
.133, p <.05) dan pengaruh sikap terhadap amalan aktiviti fizikal [F (2,405) = 8.162, p < .05]
dalam kalangan pelajar IPGM. Variabel ini memberi implikasi terhadap teori-teori kajian dan
praktikal secara menyeluruh.

ULASAN

Sinopsis Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tingkah laku aktiviti fizikal terhadap amalan aktiviti
fizikal dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian ini adalah
berbentuk kuantitatif bukan eksperimen. Pengkaji juga menggunakan instrumen kajian iaitu
soal selidik untuk mengumpul data. Pengkaji telah memberi soal selidik Sikap Aktiviti Fizikal
dan Soal Selidik Aktiviti Fizikal Antarabangsa (IPAQ) kepada respondan. Pengkaji telah
menganalisis data kajian dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferens. Iaitu
min, peratusan sisihan piawai, korelasi Pearson dan regresi pelbagai. Dapatan kajian bagi
sikap aktiviti fizikal menunjukkan pada tahap sederhana dan amalan aktiviti fizikal pelajar
pada tahap baik dalam kalangan pelajar.

Objektif Kajian
Pengkaji telah mensasarkan dua objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini dimana setiap
objektif ini berkaitan sikap dan amalan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar dan
hubungannya dengan pengaruh terhadap amalan fizikal. Pengkaji telah menetapkan objektif
yang jelas, mudah difahami bersesuaian dengan hipotesis kajian. Objektif yang pertama
adalah untuk mengetahui sikap dan amalan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar. Objektif
kajian yang kedua, mengetahui sama ada sikap aktiviti fizikal dalam kalangan guru pelatih.
Objektif kajian telah kontra dengan hipotesis kajian.

Kaedah Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah berbentuk kaedah tinjauan.
Kajian penyelidikan ini lebih berbentuk kajian deskriptif dengan menggunakan kaedah
kuantitatif bukan eksperimen.

2
Sampel Kajian
Kajian ini dilakukan di IPGM Zon Sabah sebagai lokasi kajian kerana setiap institusi
menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan tempoh kursus
selama empat tahun. Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang
terdapat di empat buah IPGM Zon Sabah telah terpilih sebagai sampel kajian. Pengkaji telah
memilih 430 orang daripada 1554 orang sebagai respondan. Penyelidik juga telah
memastikan bilangan sampel adalah mencukupi untuk mewakili populasi kajian. Pengkaji
telah menggunakan formula Krejcie dan Morgan (1970) untuk menentukan saiz sampel
kajian.

Analisa Data Kajian


Kutipan data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dihantar oleh penyelidik
sendiri kepada responden kajian. Pengkaji telah menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian yang daripada soal selidik kajian lepas. Instrumen kajian ini telah disahkan
Ishee (2001) untuk mendapatkan maklumat tentang sikap aktiviti fizikal. Pengaji tidak
menjalankan kajian rintis sebab soal selidik yang telah digunakan adalah daripada kajian
lepas. Soal Selidik Aktiviti Fizikal Antarabangsa (IPAQ) telah mempunyai kesahan dan
kepercayaan digunakan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal pelajar (Chu & Moy,2013).
Item-item soalan dalam kajian ini adalah berfokus kepada sikap dan amalan aktiviti fizikal.
Soal Selidik Aktiviti Fizikal Antarabangsa (IPAQ) terdiri daripada beberapa perkara yang
diajukan dalam bentuk soalan bagi memandu responden dalam memberi jawapan mereka.
Secara amnya, terdapat dua jenis bentuk soalan yang terdapat dalam soal selidik iaitu
soalan tertutup dan soalan skala.

Pengkaji telah menggunakan pakej analisis statistik ’Predictive Analytics Software


(PASW) version 22’ untuk menganalisis dapatan kajian dalam bentuk jadual. Jadual yang
diperolehi melalui perisian komputer tersebut telah disepadukan dengan kajian ini untuk
menyokong dakwaan yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji tellah menggunakan frekuensi,
peratusan dan min untuk mengenal pasti tahap sikap dan amalan aktiviti fizikal. Pengkaji
juga telah menggunakan korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai bagi mengenal pasti
hubungan dan pengaruh antara variabel.

Dapatan Data Kajian


Pengkaji telah membuat penerangan yang jelas terhadap dapatan kajian yang diperolehi
dan hubungkaitnya dengan objektif kajian yang telah ditentukan. Pengkaji tidak langsung
membiarkan pembaca membuat interpretasi sendiri berhubung dapatan kajian yang

3
dipersembahkan. Pengkaji telah menganalisis dapatan kajian dengan membahagikan
kepada lima aspek. Sejumlah 430 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden
dan semua soal selidik dikembalikan oleh responden. Kebanyakkan respondan seramai 274
(67%) orang telah mengatakan skor sikap aktiviti fizikal pada tahap sederhana iaitu dalam
julat antara 23 hingga 80 markah. Skor ini telah didapati daripada Ujian Kekerapan. Dalam
konteks yang sama, seramai 104 orang (26%) pada tahap baik. Malah, responden juga
mencatatkan tahap rendah seramai 20 orang (7%).

Seterusnya, pengkaji telah mengumpul data dengan menilai tahap amalan aktiviti
fizikal daripada Ujian Amalan Aktiviti Fizikal. Ujian ini dilaksanakan dalam kalangan pelajar.
Purata amalan berdasarkan jenis dalam kalangan responden berada pada tahap baik.
Selain itu, tahap amalan aktiviti fizikal berdasarkan peratus dalam kalangan pelajar telah
dicatat melalui ujian kekerapan. Kebanyakkan respondan iaitu seramai 181 orang (44%)
melakukan aktiviti fizikal pada tahap yang baik, 77 orang (19%) pada tahap yang sederhana.
Manakala, 150 respondan (37%) pada tahap rendah bagi amalan aktiviti fizikal.

Terdapat hubungan yang positif antara sikap aktiviti fizikal dengan amalan aktiviti
fizikal dalam kalangan pelajar. Pengkaji telah mendapat tahu daripada hasil Ujian Korelasi
Pearson. Malah, pada tahap kekuatan hubungan yang sangat lemah. Oleh yang demikian,
hipotesis pertama iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan amalan
aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar di IPGM adalah ditolak. Hasil ujian Regresi Pelbagai
berdasarkan pengaruh aspek sikap terhadap amalan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar
menunjukkan bahawa sikap aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan sebanyak 195
unit pada varian amalan aktiviti fizikal. Oleh yang demikian, hipotesis yang kedua
menyatakan tidak terdapat pengaruh sikap terhadap statuskesihatan dalam kalangan pelajar
di IPGM adalah ditolak.

Kekuatan Kajian

Penulis jurnal ini telah menyusun maklumat dengan sistematik dan teratur. Ini
memudahkan lagi penyampaian maklumat dengan lebih jelas dan mudah. Maklumat yang
berlainan telah disusun dengan menggunakan subtopik yang berlainan. Malah perincian
telah dibahagikan dengan bahagian-bahagian utama seperti pengenalan. latar belakang
kajian.pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, metodologi kajian, dapatan dan
perbincangan serta kesimpulan. Dalam abstrak kajian juga telah diletakkan beberapa kata
kunci bagi memudahkan pembaca. Selain itu. penulis jurnal ini juga berusaha untuk
menunjukkan amalan gaya hidup sihat secara teratur dan menerangkan dengan jelas turut

4
disertakan dengan statistik dan pencapaian. Apabila membaca jurnal ini. para pembaca
mendapat pelbagai info kesihatan dan objektifnya.

Seterusnya ialah sumber yang dirujuk dalam penghasilan jurnal ini. Penulis telah
merujuk bahan rujukan yang mempunyai banyak fakta dan dapatan kajian. Malah, dapatan
kajian ini telah disokong dengan dapatan kajian yang lain serta maklumat tambahan. Ini
telah menguatkan lagi hasil dapatan kajian ini serta fakta yang diutarakan oleh penulis.

Kelemahan Kajian
Kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini ialah penulis jurnal tidak memperincikan
mengenai analisa data kajian. Pengkaji tidak menerangkan tentang instrumen kajian iaitu
soal selidik. Pengkaji telah meringkaskan bahagian ini dalam beberapa ayat. Ini akan
mengemukakan beberapa soalan apabila mereka baca bahagian ini. Walaupun, pengkaji
telah mengambil soal selidik daripada kajian lepas. Pengkaji perlu menerangkan tentang
bahagian-bahagian yang terdapat dalam soal selidik. Ini akan meningkatkan kefahaman
pembaca tentang soal selidik.

Kelemahan seterusnya ialah penulis tidak menggunakan sebarang bentuk grafik.


Jurnal ini hanya mengandungi tulisan fakta. Para pembaca akan tertarik jika terdapat carta,
rajah ataupun jadual bagi menerangkan intipati jurnal. Bentuk grafik dapat menyampaikan
maklumat dengan mudah dan cepat. Pembaca juga dapat menganalisis dapatan jurnal ini
dengan senang.

Implikasi kajian terhadap pelaksanaan program Gaya Hidup Sihat di sekolah

Melalui kajian ini, memberi beberapa implikasi terhadap pelaksanaan program Gaya
Hidup Sihat di sekolah. Menurut Roslan Daud (2010), amalan gaya hidup sihat merupakan
satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan
amat baik dari sudut kesihatan. Pihak sekolah akan mengetahui kepentingan amalan gaya
hidup sihat melalui kajian ini. Ini akan membantu pihak sekolah yang melaksanakan
program gaya hidup sihat di sekolah. Kaijian ini akan memberi pendedahan kepada pihak
sekolah dan ibubapa. Mereka akan mengetahui aspek-aspek kesihatan secara mendalam
melalui taklimat.

Kajian ini akan membantu pihak sekolah untuk mengetahui isu-isu kesihatan apabila
tidak mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Mereka boleh menyebarkan ilmu yang
didapati daripada kajian ini kepada murid-murid semasa pelaksanakan program. Kajian ini
boleh dijadikan sebagai panduan kepada pihak sekolah. Mereka boleh mendedahkan murid-
murid tentang aktiviti fizikal. Ini akan membantu murid-murid untuk melaksanakan aktiviti

5
fizikal dalam kehidupan fizikal. Lagipun, murid-murid akan peka dengan isu-isu kesihatan
yang berlaku pada masa kini.

Kajian ini juga boleh dijalankan di seluruh Malaysia dengan melibatkan sekolah
menengah dan sekolah rendah semua negeri bagi meneliti sumbangan pelaksanaan
program amalan gaya hidup sihat di sekolah dalam menengani pelbagai isu kesihatan yang
melibatkan pelajar sekolah. Contohnya, obesiti, sakit jantung, kencing manis dan
sebagainya.

Cadangan kajian akan datang tentang kajian yang telah diulas.

Cadangan kajian yang akan datang ialah pengkaji boleh menguji minat pelajar terhadap
aktiviti fizikal. Contoh aktiviti fizikal ialah berenang, berjoging, berjalan, berbasikal dan
sebagainya. Ini akan memupuk pelajar untuk melaksanakan aktiviti fizikal. Lagipun, pengkaji
dapat mengetahui persepsi murid terhadap aktiviti fizikal. Selain itu, faktor-faktor lain yang
berkemungkinan pelajar-pelajar yang tidak melaksanakan aktiviti fizikal. Semua pihak akan
mengetahui faktor yang membangkitkan pelajar dalam aktiviti fizikal. Dalam konteks ini,
pihak kerajaan akan mengambil tindakan atas faktor tersebut. Ini akan meningkatkan purata
pelajar yang melaksanakan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu,
pengkaji juga boleh mengkaji tentang kesan-kesan terhadap aktiviti fizikal. Ini akan
membantu para pembaca untuk mengetahui tentang kesan baik yang terdapat dalam aktiviti
fizikal.

You might also like