You are on page 1of 5

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

PROJEK 1

NAMA PELAJAR: : KEVIN TAN KIAN HUAT

NAMA SEKOLAH : SJK(C) PEI HWA

NAMA PROJEK : PROGRAM TITISAN GEMILANG TAHUN


2017/KUMPULAN GALUS

TEMPOH PELAKSANAAN : 4 MINGGU

OBJEKTIF

Di akhir program ini diharapkan dapat:


1. Meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam
peperiksaan UPSR 2017.
2. Menjadikan pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris setanding dengan
mata pelajaran teras yang lain dalam peperiksaan UPSR.
3. Membantu penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
terutamanya dalam menjawab soalan pemahaman dan penulisan.

STRATEGI PELAKSANAAN

Pada mulanya, saya dan guru besar, Puan Lim Siok Hon telah membuat perbincangan
tentang projek- projek yang boleh dijalankan sebagai projek individu saya untuk
internship kali ini. Hasil keputusan perbincangan tersebut, dilantik oleh guru besar, Puan
Lim Siok Hoon sebagai guru pembimbing Program Titisan Gemilang Tahun 2017 untuk
meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahun
6. Saya juga telah berjumpa dengan Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk merancangkan
pelaksanaan projek tersebut. Selepas itu, proses menyiapkan kertas kerja yang lengkap
terus bermula supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar
segera. Dari segi persediaan tempat, guru telah membuat tempahan di perpustakaan
untuk menjalankan program tersebut. Meja dan kerusi disusun untuk kegunaan murid-
murid. Program dilaksanakan dengan murid dibahagikan kepada 4 kumpulan, dan setiap
kumpulan akan dibimbingi oleh seorang guru. Guru berkongsi teknik menjawab soalan
dan murid-murid akan menjawab soalan yang disediakan. Pada akhir program ini, setiap
murid telah diberi ujian format UPSR. Gred pencapaian murid dalam ujian ini dianalisis
untuk melihat keberkesanan program tersebut.

REFLEKSI

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dijadualkan. Pada bahagian
ini akan menghuraikan refleksi berkaitan pelaksanaan projek secara keseluruhan dengan
memberi tumpuan terhadap aspek kekuatan dan kelemahan projek serta cadangan
penambahbaikan yang difikirkan perlu bagi memastikan projek ini memberi impak
semaksimum mungkin dalam meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI

Dalam aspek pengelolaan, kepimpinan sekolah telah berjaya menentukan rangka kerja
yang cekap menerusi proses penentuan kerja atau pengagihan tugas yang seimbang
dalam kalangan guru-guru. Guru-guru telah diberikan peranan dan tugas tertentu lengkap
dengan garis panduan bagimana mereka harus melaksanakan tugasan tersebut. Dengan
adanya semangat berkerjasama ini semua guru yang terlibat telah melaksanakan
tanggungjawab masing-masing dan ini memberi kesan terhadap keberkesanan dalam
melaksanakan program ini. Kerjasama yang dibina telah menjadi penghubung antara
satu sama lain ke arah menyatupadukan usaha sekolah supaya mencapai matlamat yang
dikehendaki. Komitmen dan kesungguhan guru-guru dan murid-murid adalah salah satu
faktor yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan program ini.

Program ini juga dijalankan dengan sistematik kerana kertas kerja program ini
menyatakan dengan jelas berkaitan agihan tugas Peruntukan kewangan yang dinyatakan
juga jelas dari segi sumber dan perbelanjaan yang digunakan. Sepanjang program ini
dilaksanakan, murid telah didedahkan teknik menjawab peperiksaan UPSR bagi
memantapkan pengetahuan mereka dan persediaan menjawab kertas Peperiksaan Akhir
Tahun dan Fasa Pra UPSR sebagai persediaan UPSR tahun ini. Program ini juga telah
memberi pendedahan kepada murid untuk memahami kehendak soalan dengan betul.

KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI

Kelemahan program ini ialah semasa seorang guru sedang berbincang jawapan, terdapat
murid yang tidak dapat mengikuti rentak guru. Misalnya, terdapat murid yang lambat
menyalin maksud kosa kata walaupun guru telah meneruskan perbincanganya ke soalan
seterusnya. Keadaan ini menyebabkan terdapat murid yang tertinggal dan mereka akan
bertanya-tanya rakan sebelahnya. Keadaan ini sebenarnya telah menggangukan proses
pembelajaran murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya mencadangkan agar guru menyediakan senarai kosa kata dan memperbanyakkan
kepada murid supaya murid tidak perlu membazirkan masa untuk menyalin. Guru juga
boleh menyediakan nota-nota yang merangkumi teknik menjawab soalan dengan contoh
yang sesuai supaya murid boleh mengulang kaji balik sebelum peperikasaan UPSR.

KESIMPULAN

Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi manfaat kepada murid yang terlibat. Ia
seharusnya merupakan satu projek yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pelaksanaan program ini diharapkan
dapat menjana hasil yang positif dan bermanfaat untuk semua yang terlibat.
Disediakan oleh,
_______________________
( )
Guru Pelatih IPG Kampus
Temenggong Ibrahim

Disemak oleh,
________________________
( )
Mentor Projek Internship 2017
Lampiran

GAMBAR PELAKSANAAN PROGRAM

You might also like