You are on page 1of 5

Satu ujian minat kerjaya yang telah diperkenalkan oleh John. L.

Holland iaitu Self


Directed Search (SDS). Menurut Choong (2010), SDS merupakan alat ujian bagi mengenal
pasti minat ataupun jenis personaliti seseorang murid. Saya memilih untuk memberikan Ujian
Minat Kerjaya Holland untuk mengukur minat kerjaya berdasarkan kepada jenis personaliti
murid saya.

Ujian Minat Kerjaya Holland telah dijalankan dengan sebanyak 20 orang murid Tahun
6 di SJK ( C ) Pei Hwa, 11 orang murid perempuan dan 9 orang murid lelaki. Pendekatan
teori yang digunakan bagi kajian ini adalah berdasarkan Teori Holland menggunakan alat
ukuran Self-Direct Search-Form. Menurut Hairunnaja (2000), mengatakan bahawa Ujian
Minat Kerjaya Holland adalah alat ukuran yang lebih sesuai digunakan bagi mengukur minat
kerjaya dan personaliti para pelajar atau remaja. Minat kerjaya ataupun jenis personaliti yang
diukur oleh instrumen ini adalah terdiri daipada Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial,
Enterprising dan Conventional atau nama singkatannya RIASEC.

Melalui ujian ini, saya dapat mengetahui jenis personaliti murid dan perbezaan
pemilihan kerjaya di antara murid. Sebelum menjalankan ujian minat RIASEC, saya telah
meminta murid-murid melukis cita-cita mereka di sekeping kertas. . Terdapat pelbagai cita-
cita telah dilukis oleh murid-murid seperti guru, polis, pereka, saintis dan sebagainya. Selepas
itu, saya mengedarkan kertas ujian minat RIASEC. Saya memberikan penerangan berkaitan
maksud dan ujian kecenderungan kerjaya dengan menggunakan slaid power point kemudian
mengagihkan ujian Minat Kerjaya dan kertas jawapan IMK kepada para pelajar dan pelajar
diminta menjawabnya. Murid-murid berasa tidak bersabar untuk mengambil ujian Minat
Kerjaya Holland. Ini kerana mereka mempunyai sikap ingin tahu adakah kerjaya yang mereka
pilih itu adalah sesuai dengan personaliti atau minat mereka. Setiap individu mempunyai
minat yang berbeza. Minat kepada sesuatu kerjaya merupakan salah satu faktor yang
terpenting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam profesion yang diceburi. Kemudian
saya meneruskan aktiviti dengan menjelaskan skor-skor markah yang pelajar miliki serta
kecenderungan kerjaya mereka berdasarkan skor markah pelajar

Semasa menjalankan ujian, murid-murid saling berbincang tentang perkataan atau


frasa yang mereka tidak faham. Mereka sangat serius dalam mengambil ujian ini kerana
mereka akan tanya apa maksud perkataan itu sehingga mereka faham. Ini merupakan sikap
yang baik kerana mereka bertindak mengikut arahan guru. Murid-murid mengira bilangan Y
pada setiap aras RIASEC dan mencatatkan dalam jadual markah yang disediakan. Kemudian,
cari aras mana yang mempunyai bilangan Y yang paling tinggi. Bahagian ini mengandungi
192 item yang mana setiap calon dikehendaki memberi jawapan sama ada "Ya" atau "Tidak".
Untuk tujuan pengiraan skor. setiap jawapan "Ya" akan diberi 1 markah. Selepas itu, saya
memaparkan slaid power point untuk mentafsirkan setiap personaliti kepada murid-murid.

Hasil dapatan daripada Ujian Minat Kerja Holland ialah investigatif(I) mencapai
bilangan murid yang tertinggi iaitu sebanyak 8 orang murid. Dalam kalangan 8 orang murid
kategori investigatif ini, terdapat 4 orang mempunyai kod tiga mata Holland “IAR”. 1 orang
murid mempunyai kod “IAS” dan 3 orang murid yang mempunyai kod “ISE”. Murid-murid
investigatif mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka lebih suka untuk membuat kajian
terhadap sesuatu perkara. Jadi, kerjaya yang sesuai untuk murid yang di bawah investigatif
ialah pegawai perubatan, ahli sains, angkasawan, ahli farmasi dan sebagainya. Menurut
Ahmad Jazimin bin Jusoh (2000), personaliti jenis ini pula suka kepada kerja-kerja seperti
penyelidikan, simbolik dan suka menyelidik hal-hal yang berhubung dengan fizikal, biologikal
dengan tujuan memahami dan menguasai fenomena tersebut. Sebaliknya mereka tidak suka
kepada aktiviti-aktiviti sosial. Oleh yang demikian mereka sangat cenderung kepada aspek-
aspek matematikal dan juga saintifik.

Mereka yang berpersonaliti seperti di atas mempunyai sifat-sifat seperti analitikal,


berhati-hati, kritikal, ingin tahu, bebas, introvert, rasional dan tidak popular. Murid-murid
bersetuju dengan keputusan. Mereka suka subjek matematik dan sains. Seorang murid
menyatakan bahwa dia suka membaca buku ensiklopedia yang berkaitan runag angkasa.
Malah terdapat segelintir mereka tidak bersetuju ialah bersifat tidak suka bersosial.Mereka
menyatakan bahawa mereka suka berbual-bual dengan rakan-rakan.

Selain itu, terdapat seramai 3 orang murid berada dalam kategori realistik. Dalam
kalangan 3 orang murid kategori realistik ini, 1 orang murid mempunyai kod “RAI” dan 2 orang
murid yang mempunyai kod “RAC”. Menurut Holland (1973), seseorang yang memilih
personaliti realistik suka kepada tugas konkrit berbanding dengan tugas abstrak. Pada
asasnya individu ini kurang bersosial dan interaksi di antara satu sama lain juga kurang. Murid
jenis personaliti realistik sesuai dengan kerjaya seperti jurutera, juru bina, operator mesin,
mekanik dan juruteknik. Mereka ini mempunyai kebolehan mencipta sesuatu yang baru dan
mereka ini merupakan orang yang suka bekerja dengan mesin-mesin. Saya meminta
seorang murid yang memiliki personaliti ini untuk mamaparkan lukisan cita-citanya iaitu
menjadi seorang arkitek. Murid itu bersetuju dengan keputusan ini dan menyatakan bahawa
dia suka bermain permainan lego. Dia suka membina bangunan menara yang tinggi. Semasa
murid itu berkongsi permainan kegemarannya, murid-murid lain juga teruja kerana mereka
juga suka bermain lego.
Seterusnya, saya meminta murid yang mendapat skor tinggi jenis personaliti artistik
mengangkat tangan dan mendapati terdapat murid. Saya menyampaikan bahawa murid jenis
personaliti artistik sesuai dengan kerjaya seperti arkitek, penyanyi, pelukis, pengarang lagu
dan jurufoto. Mereka ini mempunyai kebolehan mencipta sesuatu yang baru. A h m a d Jazim
in bin Jus oh (2000), individu yang tergolong dalam personaliti artistik pula merupakan individu
yang suka aktiviti-aktiviti yang bebas, tidak bersistematik dan kabur. Menurut Tingkah lakunya
pula mirip kepada aktiviti-aktiviti seperti seni, muzik, drama dan juga penulisan. Semua murid
yang tegolong dalam kategori artistik berasa setuju kerana mereka suka pada muzik dan juga
suka melukis. Kebanyakan mereka dapat memainkan alat muzik seperti ukulele, piano dan
gitar. Terdapat salah seorang murid telah mencapai gred 5 dalam Ujian ABRSM (The
Associated Board of the Royal Schools of Music). Terdapat seorang murid memberitahu saya
bahawa dia ingin menjadi seorang penyanyi, kemudian saya meminta dia menyanyi di depan
kelas umtuk menunjukkan kebagusan suaranya. Murid itu berasa gembira dan menyanyi lagu
“Love yourself” tanpa iringan muzik. Semua murid bertepuk tangan selepas persembahan,
suasana kelas amat menyeronokkan.

Terdapat 4 orang murid di bawah kategori sosial. Kempat-empat murid dalam kategori
ini mempunyai kod “SEA”. Semasa saya mentafsir personaliti sosial, saya menyatakan
bahawa murid-murid jenis personaliti ini akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang dan
mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang
melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri- ciri seperti berpengaruh,
bekerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong dan lain-lain (Dr. Ahmad Bin Che
Yaacob et al., 2002). Mereka meminati kerjaya seperti guru, ahli psikologi, pegawai kebajikan
dan kaunselor. Murid yang jenis personaliti ini mempunyai kebolehan di dalam hubungan
sosial untuk menyelesaikan masalah. Terdapat segelintir murid amat bersetuju dan mendapati
mereka amat suka menolong orang lain. Seorang murid menyatakan bahawa dia inigin
menjadi seorang guru kerana dia ingin mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapanya. Saya
telah berkongsi pengalaman saya sebagai seorang guru kepada murid-murid. Mereka amat
minat mendengar. Saya menyatakan bahawa untuk menjadi seorang guru harus mempunyai
ciri-ciri sosial seperti berpengaruh, sabar, pemurah dan sebagainya, guru sendiri harus
menjadi contoh kepada murid-murid dan berdisiplin supaya dapat mempengaruhi murid-murid.
Murid-murid mengangguk-angguk kepala sambil mendengar dengan teliti.
Selepas itu, saya memaparkan slaid yang seterusnya untuk mentafsir personaliti
enterprising. Satu-satunya murid dalam kategori ini mempunyai kod “ECR”. Saya
mentafisirkan kepada murid bahawa Individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti
memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk mencapai
matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi disamping menghindari aktiviti-aktiviti
pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti sukakan pencapaian,
suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh, bertenaga, suka menunjuk,
menggembirakan, berusaha, yakin diri dan Iain-lain. Kerjaya yang sesuai adalah seperti ahli
politik, pengurus, eksekutif dan peniaga. Dalam kalangan murid saya, hanya terdapat seorang
muird yang memiliki personaliti enterprising. Kerjaya yang dia lukis ialah menjadi seorang
peniaga yang berjaya seperti bapanya. Murid itu berkongsi pengalamannya bahawa bapanya
setiap tahun akan membawa sekeluarga untuk melancong ke luar negara. Walau
bagaimanapun, dia juga menyatakan bapanya terlalu sibuk dan kadalngkala tidak mempunyai
masa untuk menemaninya.

Tambahan pula, murid yang berada di bawah kategori conventional seramai 3 orang
dalam kalangan murid kelas 6G. Dalam kategori ini, murid-murid terbahagi kepada 3 kod iaitu
“CRA”, “CRS” dan “CAR” yang masing-masing mempunyai seorang murid. Saya menyatakan
kepada murid-murid bahawa jenis personality ini suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan
data seperti menyimpan rekod, rnenyimpan dan mengeluarkan semula bahan- bahan,
mengendalikan mesin kira-kira dan memperoses data untuk mencapai matlamat ekonomi.
Selain daripada itu, mereka tidak suka kepada perkara-perkara yang kabur, bebas dan tidak
sistematik. Sifat-sifat yang jelas pada mereka ialah menyesuaikan diri dengan keadaan,
bersungguh-sungguh dan teliti, cekap, tegas, sopan, tenang dan tidak khayal. Maka, kerjaya
yang sesuai ialah kerani, setiausaha, akauntan, juru audit dan pegawai bank. Terdapat dua
orang murid memiliki personaliti ini, mereka agak bersetuju dengan keputusan ujian ini kerana
mata pelajaran yang paling digemari ialah matematik. Rakan-rakan lain juga bersetuju
bahawa mereka ialah seorang yang teliti dan cekap, inilah sebab mereka memegang jawatan
sebagai setiausaha dan bendahari dalam persatuan masing-masing.
Saya mendapati kebanyakan mereka yang mendapat skor tertinggi dalam personaliti
investigaif juga mendapat skor yang sama atau kedua tinggi dalam personaliti realistik.
Keadaan ini selaras dengan pendapat Issacson dan Brown (2000) yang menyatakan bahawa
kategori iaitu Realistik(R) dan Investigatif(I) mempunyai persamaan dan korelasi positif yang
tinggi dalam model Heksagon Holland manakala Artistik(A) dan Konvensional(K) yang berada
di kedudukan bertentangan Oleh itu Artistik dan Konvensional kurang persamaan dan korelasi
yang agak rendah seperti yang ditunjukkan dalan rajah berikut:
Dengan menjalankan ujian ini, murid dapat mengenali tentang personaliti dan kerjaya
yang sesuai dengan minat mereka. Ujian Minat Kerjaya Holland ini dapat membantu guru-
guru di sekolah ataupun ibu bapa yang hendak mengetahui personaliti atau kerjaya yang
sesuai dengan murid-murid. Bukan sahaja guru bimbingan dan kaunseling yang boleh
mengedarkan Ujian Minat Kerjaya Holland kepada murid malah guru biasa juga boleh
memberikan ujian ini kepada murid dalam kelas. Ini kerana guru-guru dapat mengenali trait
personaliti individu murid-murid di sekolah melalui instrumen ujian ini. Pemilihan pekerjaan
adalah penting untuk memotivasikan seseorang dalam pekerjaan mereka. Menurut Holland
(1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran
berkenaan. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas
sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga. Ini adalah penting kerana minat
mereka dalam sesuatu pekerjaan adalah penting untuk mereka terus berjaya dalam kerjaya
mereka.

You might also like