You are on page 1of 4

MATAPELAJARAN : KIMIA

KELAS :TUNGGAL (TINGKATAN 4 )

PELAJARAN : 31

TAJUK MINGGU INI : SEBATIAN KARBON

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU S. MURALI

1. Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon.


2. Sebatian karbon boleh dibahagikan kepada
a) Sebatian organik petroleum, tumbuhan, haiwan dll
b) Sebatian tak organik sebatian karbonat, hidrogen karbonat, CO2, CN dll

3. Sebbatian organik yang hanya mengandungi unsur-unsur karbon dan hidrogen sahaja
dikenali sebagai hidrokarbon ( Hc ).
4. Contoh Hc ialah : alkana, alkena dan alkuna.
5. Sifat-sifat umum sebatian organik ialah:
a) Bukan konduktor dalam semua keadaan fizik
b) Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
c) Tidak larut dalam air
d) Larut dalam pelarut organik

PETROLEUM
1. Terbentuk daripada pereputan tumbuhan dan haiwan yang telah mati di dasar laut
berjuta-juta tahun dahulu. Lapisan-lapisan tanah dan pasir yang timbun di atas tumbuhan
dan haiwan mati ini mengenakan tekanan dan suhu tingi keatasnya. Lama-kelamaan
petroleum akan terbentuk.
2. Juga dikenali sebagai minyak mentah
3. Petroleum adalah sejenis cecair hitam, sangat likat dan melekit.
4. Komponen-komponen petroleum terdiri daripada Hc dengan rantai karbon dan takat didih
yang berlainan.
5. Hc yang berantai C pendek mudah meruap.
6. Komponen-komponen petroleum boleh diasingkan melalui proses penyulingan di dalam
menara berperingkat.
7. Oleh itu prinsip yang digunakan dalam mengasingkan komponen-komponen ini ialah
setiap komponen mempunyai takat didih yang berbeza.
8. Suhu pada bahagian atas menara adalah lebih rendah daripada di bahagian bawah
menara. Oleh itu.
a) Pada bahagian atas menara pecahan yang lebih ringkas terkondensasi
b) Pada bahagian bawah menara pecahan yyang lebih berat terkondensasi
9. Peretakan dijalankan dengan menggunakan haba dan mangkin ( Al 2O3 atau SiO2 )
10. Proses ini berguna untuk menghasilkan Hc yang lebih kecil.

PENYULINGAN BERPERINGKAT PETROLEUM DI DALAM INDUSTRI

PENYULINGAN BERPERINGKAT PETROLEUM


DI DALAM MAKMAL SEKOLAH

HIDROKARBON
1. Ialah sebatian yang hanya mengandungi unsur karbon dan hidrogen sahaja.
2. Formula umum bagi Hc ialah : CxHy
3. Hidrokarbon boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan:

a) Hidrokarbon tepu hanya mengandungi ikatan tunggal


contoh : alkana dan sikloalkana
b) Hidrokarbon tak tepu mengandungi ikatan ganda dua atau tripel
contoh : alkena dan alkuna

4. Semua hidrokarbon terbakar dalam oksigen berlebihan dan menghasilkan CO 2 dan H2O

5. Pembakaran hidrokarbon merupakan suatu tindak balas eksotermik.


IKATAN ANTARA ATOM KARBON DAN ATOM ATOM LAIN
1. Konfigurasi elektron bagi C ialaah 2.4
2. Maka, karbon dengan 4 elektron valens akan membentuk 4 ikatan kovalen dengan
atom atom lain.
3. Ikatan kovalen yang terbentuk mungkin
a) Ikatan tunggal kongsi 1 pasang elektron
b) Ikatan ganda dua kongsi 2 pasang elektron
c) Ikatan tripel kongsi 3 pasang elektron

SIRI HOMOLOG
1. Sebatian-sebatian organik dikelaskan mengikut kumpulan berfungsi masing-masing.
2. Kumpulan berfungsi ialah atom, kumpulan aotm atau ikatan yang akan menentukan
sefat-sifat kimia
3. Ciri ciri siri homolog ialah :
a) Ahli-ahli dalam siri boleh diwakili dengan satu formula umum yang sama.
b) Setiap ahli dalam siri yang sama mempunyai kumpulan berfungsi yang sama.
c) Setiap ahli dalam siri berbeza daripada ahli yang berturutan dengan satu kumpulan
CH2 / jisim sebanyak 14.
d) Semua ahli dalam siri yang sama boleh disediakan dengan kaedah yang sama.
e) Sifat-sifat fizik ahli berubah secara beransur-ansur
f) Sifat-sifat kimia ahli tidak berubah.

You might also like