You are on page 1of 11

DASAR - DASAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BP)

SMK DATO KAMARUDDIN

1.0 DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROGRAM


PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

1. Merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Khas yang berkualiti


selari dengan perubahan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2. Menetapkan jawatankuasa kerja yang akan menggerakkan dan memantapkan


program.

3. Menyediakan kemudahan fizikal yang sempurna dan kondusif yang boleh


mengekalkan minat murid berkeperluan khas (MBK) untuk datang ke sekolah
seperti murid lain.

4. Menyediakan peluang pembelajaran bagi MBK supaya dapat mengembangkan


potensi secara menyeluruh.

5. Menyediakan dan menggalakan guru yang berupaya menghasilkan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan sentiasa melakukan inovasi
serta bermotivasi tinggi.

6. Melaksanakan program keibubapaan supaya dapat meningkatkan lebih


perhatian kepada keperluan MBK.

7. Menyegerakan tindakan perkhidmatan yang cekap dan layanan yang berkualiti.

8. Menentukan dan menetapkan halatuju program kearah kecemerlangan


pendidikan khas.

1
9. Meningkatkan kerjasama dalam kalangan pentadbir bagi mengatasi halangan
dan memberikan kefahaman kearah mencapai kesamarataan.

10. Mengamalkan komunikasi yang berkesan pada tahap optimum secara


berterusan.

11. Memastikan semua guru diberi input yang terkini dan mempelajari pelbagai ilmu
yang berkaitan melalui seminar, bengkel dan kursus- kursus jangka pendek.

12. Memberikan penghargaan dan galakan sebagai satu usaha meningkatkan


motivasi dan kesungguhan kepada guru-guru dan MBK.

13. Merancang dan menguruskan peruntukan dan perbelanjaan secara adil dan
berhemah.
14. Memberi peluang kepada semua individu guru yang terlibat dalam pengurusan
membuat anggaran perbelajaan dan merancang program- program ilmiah dan
motivasi sesuai dengan peruntukan yang ada.

15. Menyelaras dan melapor maklumat melalui rekod dan pemerhatian sepanjang
masa.

16. Membuat penyeliaan dan pemantauan sepanjang masa bagi tujuan menjaga
kualiti perkhidmatan.

17. Berusaha mengukuhkan hubungan antara guru dengan program-program yang


dijalankan bersama.

18. Membuat pengagihan bantuan yang sama rata melalui berbagai jenis
bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

19. Merancang dan menyediakan pelbagai khidmat sokongan dalam menentukan


keputusan bersama dapat dibuat tanpa diskriminasi.

2
20. Meningkatkan daya tarikan guru dan menghasilkan guru yang terbaik melalui
pembangunan profesional.

21. Memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO,


badan antarabangsa,swasta dan agensi kerajaan.

22. Mempelbagaikan pendekatan padagogi, psikologi, dan teknik menguruskan


mbk.

23. Memberi dan membuka ruang kepada kumpulan pelbagai disiplin menganjurkan,
program, bengkel,dan perkhidmatan professional secara sukarela dalam
program pendidikan khas.

2.0 DASAR KURIKULUM PPKI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) GURU.

3
1. Memastikan semua guru memenuhi standard kuailiti sesuai dengan tahap
kebolehan dan keupayaan murid.

2. Bekerjasama dalam satu pasukan bagi memantapkan pengurusan kurikulum


sekolah.

3. Sentiasa mematuhi dasar KPM supaya selari dengan sistem pendidikan


kebangsaan.

4. Menyediakan program akademik yang sesuai supaya dapat menyediakan murid


yang mampu berdaya saing dengan keperluan semasa.

5. Menetapkan mesyuarat secara bersama dengan pihak sekolah dan pentadbir


supaya dapat melaksakan perkongsian ilmu dan maklumat.

6. Merancang dan menyediakan bahan pengajaran yang mesra mbk dan boleh
digunakan dalam pelbagai situasi.

7. Merancang dan menggalakan guru berbincang dengan rakan sejawatan bagi


mempelbagaikan pendekatan dan kaedah pdp.

8. Merancang dan melaksanakan aktiviti pdp yang boleh dijalankan oleh semua
katogeri MBK bersama murid aliran perdana.

9. Memastikan semua mbk memdapat peluang menggunakan buku teks secara


maksimum.

10. Memastikan penulisan buku rekod mengajar dilaksanakan mengikut


panduan KPM.

11. Memastikan semua guru mengajar dan menggunakan bbm secara berkualiti .

4
12. Menubuhkan jawatankuasa peningkatan akademik sebagai nadi
kecemerlangan MBK.

13. Mencadangkan setiap guru matapelajaran membuat kajian tindakan bagi


mengekalkan kualiti MBK.

14. Menetapkan semua bahan-bahan ilmiah kursus di simpan dalam bentuk


dokumentasi untuk tujuan perkongsian.

15. Menetapkan penyemakan buku murid ditentukan dalam mesyuarat dengan


tujuan mengatasi kesukaran yang dialami oleh MBK.
16. Menetapkan sasaran dan target yang hendak dicapai dalam semua subjek
supaya dapat melahirkan mbk yang mampu berdaya saing.

17. Menyediakan kelas yang kondusif dan berilmu tanpa ruang kosong.

18. Menggalakan penggunaan setiap sudut dan ruang dalam kelas secara
maksimum.

19. Merancangkan aktiviti yang mesra mbk bersama sudut pembelajaran yang dapat
dimanfaatkan bersama guru.

20. Mengurangkan jurang pencapaian akademik bagi murid khas dan murid
perdana.

21. Memastikan keadilan sosial berlaku di dalam kelas dan sekolahmelalui


proses pdp dan aktiviti sekolah.

22. Memastikan penglibatan murid dalam aktiviti melalui pengajaran berkesan.

23. Menggalakan penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan


pembelajaran murid.

5
24. Memastikan guru mematuhi etika kerja dan amalan nilai positif bagi
mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

25. Menggalakkan penggunaan bahan interaktif melalui pelbagai multimedia dan


ict dalam menarik minat murid dan mencapai kemahiran berfikir aras tinggi.

26. Menggalakan pengajaran secara berkumpulan dalam kelas inklusif supaya


pengajaran lebih efektif.

KEMENJADIAN MBK

1. Berusaha meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental ,


perkembangan sosial serta bakat mbk kearah kecemerlangan korikulum dan
koakademik selari dengan hasrat PPPM.

2. Meningkatkan penglibatan , kerjasama dan sumbangan dua hala antara mbk


dan murid perdana, guru, ibu bapa dan kakitangan sekolah.

3. Melaksanakan garis panduan disiplin mbk melalui penyemaiain dan


pemupukan nilai dan sikap positif serta berfikiran terbuka.

4. Merancangkan peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang mengikut


kemahiran yang ada.
5. Merancang dam menyediakan peruntukan bagi pembangunan kokurikulum
dan koakademik.

6. Menggalakan semangat kerjasama dan daya saing dalam kalangan MBK dan
murid perdana.

7. Merancang dan menjalankan program secara bersama dengan penglibatan


penuh semua murid sekolah, guru, staf dan PIBG.

6
8. Merancang target pencapaian dan berusaha melahirkan MBK yang
berkebolehan dalam semua bidang.

9. Meningkatkan kemahiran guru dalam kegiatan kokurikulum dan koakademik.

10. Memupuk dan mememperkembanagkan bakat MBK dengan kerjasama ibu bapa
dan penjaga.

11. Berusaha menambah pelbagai kemudahan dan mengubahsuai aktiviti bagi


mencapai tujuan.

12. Menerapkan nilai-nilai baik sebagai satu budaya hidup dalam kelompok
masyarakat setempat dan saling menghormati.

PENILAIAN DAN PENCAPAIAN

1. Melaksanakan pentaksiran yang secara menyeluruh , adil dan mengikut


keupayaan MBK.

2. Merancang dan melaksanakan pentaksiran bersama bagi mbk yang inklusif.

3. Menyediakan hadiah kecemerlangan bagi murid yang Berjaya pada peringkat


sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

4. Memastikan murid sentiasa mendapat penghargaan dan mengamalkan sikap


yang sentiasa dicontohi.

5. Memastikan semua guru menjalankan tanggungjawab dan jujur dalam membuat


penilaian.

7
6. Menggalakkan semua guru dan ibu bapa membuat post mortem dan sentiasa
berusaha memberi cadangan untuk penambaikan.

7. Menetapkan akauntabiliti dalam menentukan pencapaian murid.

8. Merangka dan merancang strategi yang jelas dalam menyediakan bantuan


kepada murid yang lemah dalam pelajaran.

9. Mencadangkan satu penanda aras dalam menilai sahsiah dan tingkah laku murid
secara holistik.

3.0 DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku
Daftar Kemasukan Murid.

2. Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya


dinilai (bersama dengan semua guru pendidikan khas) dan keputusannya
dicatatkan dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan seterusnya
dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak.

3. Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke


Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak atau melalui Pejabat
Pendidikan Daerah.

4. Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan


Jabatan Kebajikan Masyarakat.

5. Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid


pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh
tutup.

6. Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas


diuruskan dengan cekap.

8
7. Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau
yang diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.

8. Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam


atau ke luar negeri dan memastikan dokumen murid ini dihantar ke sekolah
barunya.

9. Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil


Berhenti Sekolah.

4.0 DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. Memberi ruang dan peluang kepada murid Pendidikan Khas mengambil


bahagian dalam aktiviti sukan, persatuan dan unit beruniform seperti murid
biasa

2. Mencungkil, menonjol dan mengasah bakat serta potensi murid Pendidikan Khas

3. Mengembangkan pemikiran dan penglihatan murid Pendidikan Khas dalam


dunia yang lebih luas dalam membentuk pergaulan dalam masyarakat melalui
aktiviti kokurikulum di pelbagai peringkat

4. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang potensi dan kemampuan


murid Pendidikan Khas melalui aktiviti kokurikulum

9
5. Memberi peluang kepada murid mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum
di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan

6. Membentuk keyakinan diri dan self-esteem yang tinggi di kalangan murid


Pendidikan Khas melalui aktiviti yang disertai

7. Memberi peluang kepada murid Pendidikan Khas menyumbang bakti dan


mengharumkan nama sekolah melalui aktiviti kokurikulum.

8. Merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikukum kelas Pendidikan Khas


sepanjang tahun seperti sukan, kelab atau persatuan dan pasukan beruniform.

9. Mendaftarkan kelab atau persatuan dan unit beruniform murid Pendidikan Khas
dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Penolong Kanan Kokurikulum
sekolah untuk prosedur pendaftaran).

10. Mendokumentasikan segala perkara yang berkaitan dengan kelab atau


persatuan dan unit beruniform seperti pendaftaran, peraturan, bayaran
tambahan, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain. Semua dokumen ini
hendaklan disimpan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas.

11. Menyediakan kertas kerja untuk setiap aktiviti kokurikulum yang dirancang.

12. Menyediakan surat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan


kebenaran bagi melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum.

13. Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga murid pendidikan khas


sebelum aktiviti dijalankan melalui edaran surat dan makluman melalui telefon.

14. Mengawal dan menilai setiap aktiviti kokurikulum di semua peringkat supaya
mencapai matlamatnya.

15. Memastikan pelaksanaan aktiviti sukan, program kelab atau persatuan serta
aktiviti unit beruniform berjalan mengikut jadual yang telah ditentukan.

10
16. Menentukan langkah keselamatan diambil dalam setiap program kokurikulum
yang dilaksanakan.

17. Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan.
Laporan ini hendaklah dimasukkan ke dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas
dan perlu disemak oleh Guru Kokurikulum dan Penolong Kanan Pendidikan Khas.

11

You might also like