You are on page 1of 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima Kasih pengerusi majlis, Yang Berusaha para hakim yang arif lagi
bijaksana dan para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersilat lidah untuk mencari yang hak. Demi meninggalkan yang bathil,
menghanyutkan yang lara dan menegakkan panji perjuangan serta
menerbitkan keinsafan. Insya Allah, pada pagi yang penuh kemuliaan ini
akan saya sampaikan sebuah syarahan bertajuk

KELUARGA BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA


Saudara dan saudari,

Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi pastinya mempunyai


sebuah institusi kekeluargaan. Tidak kira apa juga latar belakang keluarga,
kita tentunya bertuah memilik keluarga yang terdiri daripada kedua-dua orang
tua iaitu ibu dan bapa, abang, kakak, adik dan sebagainya.

Merujuk kepada Kamus Dewan, KELUARGA memberi maksud seisi


rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri serta anak-anak.
Manakala BAHAGIA pula bermaksud suasana tenang dan aman serta
gembira. Sebut saja keluarga bahagia, sudah jelas terbayang dalam kotak
pemikiran kita bahawa kehidupan satu keluarga yang bebas daripada gejala
sosial, mengamalkan corak hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud di
dalamnya sifat kasih sayang yang amat tinggi dan saling menghormati.
Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan berumahtangga, maka akan
lahirlah generasi-generasi yang mempunyai modal insan yang berkualiti.

Oleh itu, keluarga ialah satu institusi penting dalam negara yang
berperanan sebagai penyumbang terpenting kepada kesejahteraan diri dan
masyarakat dan sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan negara.

Saudara dan saudari,

REALITINYA memang tidak dapat dinafikan bahawa kesejahteraan


sesebuah negara terletak pada kerukunan masyarakatnya, manakala
kerukunan sesebuah masyarakat pula bergantung kepada kekuatan institusi
keluarga.
1
Islam mengajar umatnya kaedah membina keluarga bahagia agar dapat
memperbaiki keadaan hidupnya, mengenal hak dan kewajipan dalam
pergaulan supaya beruntung di dunia dan akhirat dan menyumbang kepada
negara.
Bagaimanapun, apa yang menyedihkan ialah gejala keruntuhan keluarga
terus berlaku dan adakalanya agak membimbangkan. Akibat hilang
ketenangan hidup berkeluarga, maka keruntuhan ini menyumbang kepada
peningkatan pelbagai jenayah dalam masyarakat seperti penderaan,
keganasan rumah tangga, lari dari rumah, bahkan tragedi pembunuhan.

Ini sudah pasti menimbulkan kebimbangan banyak pihak yang sedar akan
kesan jangka panjang pengabaian pembangunan keluarga sehingga
menyukarkan pembentukan keluarga bahagia dan negara sejahtera untuk
generasi masa hadapan.

Sidang hadirin yang dirahmati sekalian,

Persoalannya, mengapakah ia berlaku? Kenapa institusi keluarga pada


masa kini tidak mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga? Apakah
yang menyebabkan keluarga bahagia yang diidamkan pada mulanya berakhir
dengan keruntuhan?.

Antara faktornya ialah kelemahan nilai takwa yang menjadi syarat utama
dalam pembinaan sebuah keluarga dan tunjang kepada kekuatan dalam
masyarakat.

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa, ayat 1:

Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan diri kamu


(bermula) daripada dari yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada
(Adam) itu pasangannya (isterinya, Hawa), dan juga yang membiakkan
daripada kedua-duanya zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai.
Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-
nyebut nama-Nya, serta, peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat;
kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Dalam konteks ini, suami isteri dan ibu bapa tidak boleh mencuaikan
tanggungjawab mereka. Mereka perlu memikulnya dalam menjalankan
amanah perkahwinan sebagaimana kehidupan berkeluarga Rasulullah SAW
dan para sahabat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 21:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Sebagai ibu bapa, usah dilupakan perkara asas sebuah keluarga bahagia
iaitu cinta dan kasih sayang2 kepada seluruh ahli keluarga. Percayalah, pada
hari ini kita terlalu sibuk dengan urusan luar dengan alasan untuk mencari
rezeki. Namun, kita lupa bahawa ahli keluarga terutama anak-anak bukan
hanya memerlukan duit, sebaliknya mereka sangat perlukan kasih sayang
dan perhatian yang tidak boleh diganti dengan wang ringgit.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Keluarga bahagia ialah yang terbentuk berlandaskan al-Quran dan Sunah


bagi merealisasikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Sememangnya membina
sebuah keluarga bahagia bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia
mempunyai pelbagai ragam.

Namun dalam konteks bermasyarakat dan bernegara, semangat


penyatuan serta perpaduan dilihat begitu penting ke arah membina sebuah
negara bangsa yang makmur lagi sejahtera. Jika nilai-nilai ini dihayati dengan
mendalam, nescaya matlamat membina keluarga bahagia dan kesejahteraan
negara akan tercapai, Insya-Allah.

You might also like