You are on page 1of 19

1.

0 Institusi Keluarga

Institusi keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan
masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka akan baik,
sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat.
Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan sosial dan kesan ekonominya
akan dirasai oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu maju atau mundurnya
sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga.

Memandangkan peri pentingnya pembentukan institusi keluarga yang mantap, wahana


ini mengkaji beberapa definisi keluarga dan membandingkan apakah yang dicapai
melalui pembentukan keluarga bahagia serta apa pula kesan-kesan yang dilaporkan
telah berlaku akibat konflik dan tidak ada persefahaman antara ahli dalam sesebuah
keluarga. Beberapa teori keluarga bermasalah juga dibentangkan bagi membantu usaha
memantapkan institusi keluarga.

1.1 Definisi Keluarga

Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai ‘a group of people by
marriage, ancestry or adoption who live together in a common household’, (Kamus
Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai ‘seisi rumahtangga yang terdiri
daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak’. Mahmood (1997) mentakrif
keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling
penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan.

Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk sifatnya
(extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-
anak tetapi juga datuk, cucu cicit, adik beradik dan saudara mara. Di bawah konsep
keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga (poligami). Dari
masa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada
rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan
keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala
(Mahmood, 1997).

Takrif keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat. Daripada
perspektif Barat, keluarga dihadkan kepada keluarga nuklear. Ia nya mengandungi
sekurang-kurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian darah,
perkahwinan atau ‘adoption’. Keluarga juga terbentuk daripada pasangan yang tidak
berkahwin tetapi hidup bersama dan mungkin juga mempunyai anak (single parent
family) – Gullota, Adams, Alexander (1986) dan Robins (1996).

Secara umumnya, keluarga yang sah terbentuk berasaskan ikatan perkahwinan dan
dikaitkan dengan pergaulan antara ahli keluarga. Pembentukkan sebuah keluarga
mempunyai objektif-objektif tertentu. Basri (1997) menjelaskan beberapa objektif
berkeluarga daripada perspektif Islam seperti berikut:
2.0

a. Mewujudkan satu umat yang kuat. Kekuatan ini bermula dari sistem kekeluargaan
yang utuh dan padu. Selain itu, ia juga merupakan asas utama kepada pembentukan
masyarakat inovasi.

b. Mengekalkan generasi manusia melalui proses kelahiran hasil dari perkahwinan yang
sesuai dengan tuntuan syarak dan naluri kemanusiaan.

c. Memelihara kehormatan suami isteri dari tercemar melalui persetubuhan yang sesuai
dengan naluri kemanusiaan.

d. Mewujudkan kerjasama antara suami isteri dalam mendidik dan menjaga keturunan
mereka dengan cara yang baik.

e. Mengembangkan tabiat kebapaan dan keibuan dalam suasana pemeliharaan anak-


anak dan melahirkan perasaan belas kasihan, cinta dan kasih mesra.

f. Memelihara spiritual, mental, agama dan juga harta benda seseorang.

g. Menggalakkan ibadat kepada umat Islam, kerana setiap suap makanan yang
diberikan oleh seorang suami terhadap isterinya dengan ikhlas dikira sebagai ibadat.
Begitu juga dengan persetubuhan atau aktiviti-aktiviti lain.

i. Mendapat pengampunan dari Allah S.W.t peningkatan darjat dan kemantapan sikap.

j. Menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W kerana denagn berkahwin dan beranak-pinak


akan bertambah ramailah umat Islam yang menjadi kebangganaan Rasulullah S.A.W di
hari kiamat kelak.

1.2 Konsep Keluarga Bahagia

Persoalan pokok dalam menghuraikan maksud keluarga bahagia ialah konsep bahagia.
Ia adalah satu ungkapan yang manis tetapi sukar menentukan bagaimana ianya boleh
dicapai. Terdapat berbagai-bagai tanggapan sama ada secara betul mahupun secara
salah tentang persoalan bahagia, baik dalam konteks kehidupan peribadi mahupun
dalam kehidupan kelompok sosial seperti keluarga, kumpulan, masyarakat dan
sebagainya.

Mengikut Rusmiati (1980) kebahagian adalah nikmat yang dirasai dalm sanubati
seseorang. Khawari dan Khawari (1989) mentakrifkan kebahagian sebagai
‘….successful family does not mean material affluence but rather an affluence of the
heart, spirit and mind. The family:
a. becomes more unified
b. becomes more loving
c. gets along well together
d. always encourage each other’s accomplishment
e. always allow everyone to be successful
f. is productive
g. is confident
h. is happy
i. is always be the source of happiness for others

Kajian Mahmood, (1997) menyifatkan kebahagian tercapai apabila seseorang:

a. Mengalami kesenangan
b. Gembira
c. Mempunyai objektif dan tujuan hidup yang jelas
d. Optimistik
e. Merasa selesa dan
f. Merasa nikmat dengan setiap yang ada

Secara ringkasnya, kebahagian adalah perasaan yang terpancar dari lubuk hati dan
bukan sesuatu yang dipaksa atau disogok dari luar. Ia bukan terletak pada kekayaan,
kuasa, kedudukan dan apa saja yang bersifat kebendeaan. Sebaliknya, ia adalah
sesuatu yang maknawi, dapat dirasai tetapi tidak dapat diukur atau disukat.

Sesuai dengan maksud dan konsep keluarga bahagia inilah Al-Quran dan Al-Sunnah
telah memberi panduan dalam banyak aspek tentang kekeluargaan seperti objektif
pembinaannya, cara perkahwinan dikelolakan dan hubungan yang diamanahkan antara
satu sama lain.

Tentang perhubungan antara suami isteri, Allah S.W.T menerangkan bahawa tujuan
berkeluarga ialah untuk membina keluarga yang bahagia dan mewujudkan ketenangan
serta hubungan baik dan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Firman Allah yang
bermaksud:
“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri
dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya dan
dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang. ” Surah Ar-Rum (30):21

Oleh itu, Allah S.W.T mengutuk perkahwinan semata-mata berasaskan kepada tuntutan
hawa nafsu dan menjelaskan bahawa kebahagiaan tidak tercapai daripada perkahwinan
berasaskan kepada hawa nafsu.

Perhubungan antara suami isteri juga perlu dihormati dengan mewujudkan pergaulan
yang baik dan menjauhkan segala perkara yang boleh mengeruhkan suasana. Bagi
membentuk keluarga bahagia, suami atau isteri perlu memahami tugas dan tanggujawab
berikut:

a. Isteri dan anak-anak adalah amanah daripada Allah dan membentuk keluarga
bahagia adalah tanggungjawab yang wajib disempurnakan sepenuhnya dengan baik,
berakhlak dan jujur. Suami adalah ketua keluarga.
b. Mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan bersedia untuk berkorban kerana
kebahagiaan keluarga.

c. Memberikan bimbingan, didikan dan pengajaran menurut kehendak Islam.

d. Melindungi keluarga dari segala bentuk pencerobohan dan ancaman di samping


melindungi mereka dari neraka.

e. Memberikan nafkah dan sara hidup yang selayaknya. Makanan dan minuman,
pakaian, perubatan, tempat tinggal yang sesuai.

f. Berlaku adil kepada mereka. Tindak tanduk hendaklah didasarkan di atas asas bergaul
yang baik.

g. Menyelaraskan masalah yang timbul di antara keluarga sesama mereka atau dengan
jiran tetangga dan sahabat taulan.

h. Isteri mempunyai hak di dalam mengendalikan hartanya. Suami tidak berhak di atas
harta kepunyaan isterinya. Kewajipan suami menghormati hak individu ini.

i. Menyelesaikan maharnya jika belum jelas.

Setiap isteri pula bertanggungjawab melaksanakan segala tugas dan kewajipan


terhadap suami dan keluarganya dengan jujur, berakhlak dan amanah. Kesimpulan
tugas-tugas dan tanggungjawab isteri ialah:

a. Wajib bagi isteri mendokong konsep sebagaimana diwajibkan ke atas suami.

b. Patuh, taat dan menghormati suami selama mana tidak bertentangan dengan syariat
Islam.

c. Menjaga kehormatan dirinya dan suaminya dan menjaga amanah dan harta suaminya
dan juga rahsia keluarga dan rumahtangga.

d. Berhias untuk suami, isteri hendaklah sentaiasa berada di hadapan suami dalam
keadaan menarik dan kemas.

e. Menjaga anak-anak denagn sempurna dan sewajarnya menurut lunas-lunas Islam,


menjaga kebersihan, kesihatan dan kebajikan anak-anak sesuai sebagai tugas ibu yang
penyayang dan bertanggungjawab.

f. Menjalankan urusan rumahtangga supaya sempurna dan teratur mengendalikan kerja-


kerja rumah termasauk sekitarnya.

g. Tidak meninggalkan rumah melainkan setelah mendapat izin dari suaminya atau
disebabkan mudzarat.
Usaha membentuk keluarga yang baik, sempurna dan bahagia bukanlah suatu perkara
yang mudah kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi nilainya. Mengikut Khawari
dan Khawari (1989),

“ One secret of a sucessuful family is its ability to solve problems together. But even
more important is learning how to foster those positive conditions that prevent problems
from arising in the first place”.

Namun begitu, institusi keluarga masa kini tidak lagi sama seperti mana keluarga yang
wujud lima puluh tahun lalu ( Shelan & Kameyer, 1997). Perubahan bentuk dan fungsi
institusi keluarga telah menganggu proses mencapai kebahagian berkeluarga.

1.3 Konsep Keluarga Tidak Bahagia

Keluarga tidak bahagia membawa maksud keluarga kucau - kacir. Terdapat banyak
masalah atau krisis rumahtangga hingga menyebabkan anggota keluarga tidak
tenteram. Dalam Al-Quran kebahagian disebut sebagai kontra kepada kecelakaan atau
tidak bahagia. Dalam Surah Hud (11): 105-108, Allah telah berfirman tentang hari akhirat
yang bermaksud:

“Di kala datang hari itu tidak ada seorang pun yang berbicara melainkan dengan izinNya.
Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia. Adapun orang-orang
yang celaka maka (tempatnya) di dalam neraka.”

Ayat di atas membayangkan orang-orang yang berbahagia itu akan mendapat kurnia
yang terus menerus dari Allah S.W.T berbanding dengan orang yang celaka di mana
mereka itu akan terseksa terus. Meskipun ayat di atas memperkatakan tentang
kebahagiaan dan kecelakaan (tidak bahagia) di akhirat tetapi yang pentingnya bagi kita
di sini ialah gambaran mengenai kebahagiaan dan kecelakaan itu sendiri.

Melalui ayat al-Quran, banyak sekali terdapat ayat-ayat yang menggambarkan


perkataan “celaka” atau tidak bahagia. Di antara contoh ayat tersebut ialah Surah Toha
(20):2 dan 117, Surah Maryam (19):48, Surah Al-Lail (92):14-16 dan Surah Al-Mukminun
(23):105-106.

Berasaskan kepada penggunaan-penggunaan dalam ayat-ayat tersebut ternyata


bahawa kecelakaan atau tidak bahagia boleh ditafsirkan dalam berbagai sifat. Antara
sifat-sifat tersebut ialah rasa susah, hilang pedoman, kecewea, sesat, tidak mampu
menilai kebenaran dan hilang rasa nikmat dengan apa yang ada atau dalam kata yang
lain ia merujuk kepada suatu keadaan yang tidak bahagia (Mahmood, 1997)

1.4 Keluarga Bermasalah

Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam
rumahtangga akibat daripada masalah keluarga ( Utusan Malaysia, 27 September
1990:12). Krisis-krisis ini kemudiannya telah mengakibatkan timbul berbagai keadaan
negatif dalam perhubungan keluarga tersebut. Seterusnya, keadaan negatid ini boleh
mencetuskan suasana kelam kabut dan tidak terurus dalam sesebuah keluarga.
Coleman dan Cressey (1993), menyenaraikan beberapa masalah keluarga seperti
berikut:
a. Penceraian
b. Penjagaan Anak-anak
c. Penderaan Kanak-kanak
d. Keganasan rumahtangga
e. Keluarga Tunggal
f. Ibu bapa bekerja sepenuh masa
g. Konflik keluarga

Pembangunan ekonomi dan sosial telah melibatkan perubahan sistem, bentuk dan
peranan keluarga. Misalnya, peranan institusi keluarga telah banyak dipindahkan
kepada agen-agen sosialisasi (Yaacob, 1992; Fatimah,1994). Pemindahan peranan
institusi keluarga ini telah tidak dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak di atas dengan
sempurna. Ini menimbulkan permasalahan sosial yang semakin serius.

Mohd Taib (1996:8) menggambar kepincangan akhlak di kalangan generasi kedua,


contohnya, kurangnya sifat menghormati ibu-bapa, guru, orang tua dan pemimpin.
Punca timbulnya masalah kekeluargaan ini ialah kurangnya kefahaman ketua keluarga
dan ibu bapa terhadap peranan mereka. Hubungan kekeluargaan yang longgar amat
menyumbang kepada berlakunya masalah sosial masa kini. Walaubagaimanapun,
masalah ini berbeza seriusnya di pelbagai institusi keluarga berdasarkan tempat tinggal,
jenis pekerjaan, taraf pendidikan dan pengaruh media. Malah, bentuk keluarga itu sendiri
banyak menyumbang kepada fenomena sosial generasi kedua masa kini (Mohd Taib,
1996:136).

1.5 Teori-Teori Masalah Keluarga

Coleman dan Cressey (1993) membincangkan tiga pendekatan / teori berkaitan masalah
keluarga iaitu:

1.5.1 Teori Peranan (Functionalist)

Daripada perspektif Teori Peranan, keluarga bermasalah berpunca daripada


ketidakstabilan di dalam institusi keluarga akibat perubahan sosial. Perubahan sosial
berlaku apabila sumber ekonomi masyarakat yang mengamalkan sistem pertanian
berubah kepada perindustrian. Perubahan ini menyebabkan bentuk keluarga ‘extended’
berpecah dan terbentuknya sistem keluarga ‘nuclear’. Dalam proses melaksanakan
aktiviti perindustrianlah, institusi keluarga didapati gagal memberi didikan dan penjagaan
anak-anak dengan sempurna. Teori ini menerangkan juga (G.E Dickinson dan M.R.
Leming, 1995: 485) bahawa integrasi sosial adalah sebahagian daripada peraturan perlu
dalam unsur-unsur kehidupan. Setiap seorang adalah bahagian daripada kumpulan
yang mempunyai peraturan tertentu tentang perlakuan kumpulan berkenaan.

1.5.2 Teori Konflik

Teori Konflik pula mentakrifkan keluarga bermasalah berpunca daripada konflik atau
pergeseran nilai dan tingkah laku ahli keluarga. Teori ini menerangkan bahawa
masyarakat tidak stabil dan ahli kumpulan bertanding untuk punca dan khidmat yang
berkurangan. Sebagai contoh adanya ketegangan antara masyarakat kelas rendah atau
golongan miskin dengan golongan kelas tinggi. Golongan miskin tidak mendapat
peluang yang sama untuk belajar boleh menjadi punca konflik. Penderaan yang berlaku
adalah akibat keadaan keluarga yang tidak stabil. Kewangan yang tidak mencukupi
boleh memberi kesan negatif (konflik) dalam perhubungan keluarga. Mengikut Nijole V
Benokraitis (1995:32), teori ini menerangkan berbagai kesengsaraan keluarga adalah
akibat daripada masalah sosial yang berleluasa.

Daripada sumber (G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485) teori ini mencadangkan
bahawa perbezaan kuasa adalah punca berlakunya kekerasan. Keluarga yang tidak
membahagikan kuasa secara sama rata, contohnya keluarga didominasi oleh kaum
lelaki mempunyai risiko yang tinggi untuk berlakunya kekerasan dalam rumah tangga

1.5.3 Teori Psikologi Sosial

Teori ini mendapati adanya kaitan antara kegagalan ibu bapa mendidik anak dengan
masalah mental dan perlakuan juvana. Masalah keluarga berpunca daripada sikap ibu bapa
yang mengabai dan membezakan anak-anak mereka serta mendidik dengan menggunakan
cara kekerasan seperti memukul dan merotan.

Peristiwa trauma yang dialami di zaman kanak-kanak didapati boleh memberi kesan buruk
dalam kehidupan di zaman dewasa kelak. Pendidikan keluarga sama ada positif atau negetif
tidak dinafikan akan mempengaruhi konsep diri seseorang. Konsep ini dijadikan panduan
semasa bertindakbalas sehingga mempengaruhi tingkahlaku. Contohnya, jika berlakunya
konflik dan pergeseran dalam proses pendidikan keluarga, maka ianya akan menimbulkan
kesan negatif seperti perhubungan tidak harmoni sesama ahli keluarga.

G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485 juga membincang teori ini dan menjelaskan
perlakuan seseorang di asaskan kepada imej yang diharapkan olehnya bukan daripada
keadaan nyata yang sebenar. Individu membina apakah dirinya yang sebenar dan bertindak
mengikut imej yang dibina itu. Seorang wanita misalnya percaya boleh dipukul jika
perlakuanya tidak mencapai seperti yang diharapkan oleh suaminya.

1.5.4. Teori Sumber (Resource Theory)

Nijole V Benokraitis (1996: 274) membincangkan dua teori masalah keluarga. Pertamanya
Teori Sumber dan keduanya Teori Pertukaran.

Menurut Teori Sumber, lelaki (suami) pada umumnya mempunyai sumber, kedudukan dan
kuasa yang lebih tinggi daripada pasangan/isterinya. Sumber ini termasuklah gaji,
pendidikan dan sumber-sumber sosial. Satu bentuk sumber selalunya melengkapi sumber
yang lain. Contohnya mereka yang berpendapatan tinggi selalunya berupaya mendapatkan
pendidikan yang lebih tinggi juga. Seorang wanita yang mempunyai sumber pendapatan,
berkebolehan untuk tidak bergantung kepada pendapatan suaminya dan boleh menanggung
perbelanjaan dan pemeliharan anak-anak

1.5.5. Teori Pertukaran ( Exchange Theory)

Teori Sumber boleh digabungkan dengan Teori Pertukaran untuk menerangkan ‘trade-off’
(pertukaran) yang boleh dibuat oleh suami dan isteri (Nijole V Benokraitis, 1996: 274).
Contoh sumber yang boleh ditukar ialah seperti masa dan wang. Contohnya, wanita yang
menyara kehidupan keluarga tidak menolak dominansi suaminya untuk menyeimbangkan
esteem suaminya.

Teori ini menerangkan juga bahawa saling tindakbalas sosial diasaskan kepada usaha
setiap orang untuk memaksimumkan ganjaran dan meminimumkan kos. Akibat daripada
usaha ini, individu akan meneruskan perhubungan selagi ia menjangkakan ganjaran
melebihi kos. Seseorang membawa bersamanya punca tidak nampak seperti kesayangan
atau punca nampak seperti kekayaan dan kecantikan untuk diperdagangkan bagi ditukarkan
dengan kebaikan daripada perhubungan sosial. Selama mana kos dapat diseimbangkan
atau kos kurang daripada faedah, selagi itu perhubungan sosial akan diteruskan. Apabila
kos melebihi ganjaran, kebanyakan perkahwinan dikatakan akan menuju kehancoran atau
penceraian.

1.5.6 Faham Saling Tindakbalas Simbolik (Symbolic Inter – Actionism)

Teori ini diutarakan oleh G.E Dickinson dan M.R. Leming ( 1995: 485) untuk menerangkan
salingbertindak dikawal oleh komunikasi simbolik seperti pengetahuan, ide, kepercayaan
dan perlakuan serta bagaimana seseorang membuat penterjemahan bagi sesuatu keadaan.
Setiap ahli keluarga mempunyai satu atau lebih peranan dan perlakuan mereka adalah
mengikut status serta kedudukan dalam masyarakat. Peranan simbolik ahli keluarga
membenarkan suami beranggapan bahawa isteri dan anak patut didera jika mereka tidak
melaksanakan peranan dan tidak menepati ciri-ciri institusi kekeluargaan.

1.6 Bentuk-bentuk Masalah Keluarga

Berdasarkan huraian konsep dan teori terdapat beberapa pola masalah keluarga yang
dialami dalam masyarakat. Beberapa permasalahan yang berkait dengan skop kajian ini
dihuraikan dibahagian berikut:

1.6.1 Penceraian

Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu. Tekanan
menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang. Benokraitis
mentakrifkan penceraian sebagai ‘penamatan suatu perkahwinan yang sah dan formal’
(Nijole V Benokraitis, 1996).

Keadaan keluarga yang tidak stabil dan sering bertengkar boleh menyebabkan penceraian
berlaku. Suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik, ilmu yang tidak
lengkap dalam hal-hal pengurusan rumahtangga boleh menyebabkan keadaan keluarga
tidak teratur dan sering berlaku pertelingkahan. Kurangnya pengetahuan dalam agama juga
menyebabkan bilangan kes penceraian meningkat. Sebanyak 80% daripada wanita yang
terlibat dengan penceraian adalah mereka yang tidak pernah mendapat didikan agama dan
belajar sehingga tahun tiga sekolah-sekolah agama kerajaan Johor (Utusan Malysia, 12 Mei
1999:10). Perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan
Agama Islam Negeri Johor tahun 1998 pula mendapati kadar penceraian tertinggi di negeri
Johor berlaku dalam tempoh perkahwinan satu hingga tiga tahun.

Kajian Patterson dan Kim (1991), mendapati masalah komunikasi sebagai sebab utama
penceraian diikuti kecurangan, penderaan emosi dan penghakisan rasa cinta. Kesan
penceraian menyulitkan proses penjagaan dan didikan anak-anak.

Menurut U.S Bureau of the Census 1994b, kadar penceraian telah berganda sejak dua
dekad yang lalu, di mana lebih separuh daripada perkahwinan berakhir dengan penceraian
(Wolf, 1996). Mereka juga bersetuju penceraian selalunya menghasilkan cabaran
ekonomi/kewangan kepada wanita dan anak-anak kerana pendapatan telah berkurangan.

Davidson & Moore melaporkan, di Amerika Syarikat salah satu sebab berlaku penceraian di
sekitar tahun-tahun 1960an, 70an dan 80an adalah peningkatan penglibatan wanita dalam
tenaga kerja (Davidson & Moore, 1996). Mengikut Henslin (dalam Davidson & Moore, 1996)
terdapat lapan pembolehubah yang mempengaruhi berlakunya penceraian:
a. Ketidakserasian peranan suami isteri
b. Perbezaan cara menyelesaikan masalah antara lelaki dan perempuan kerana sosialisasi
yang berbeza.
c. Keperluan hidup yang bertambah
d. Kebosanan dalam kehidupan perkahwinan
e. Perubahan-perubahan fungsi perkahwinan dan kekeluargaan
f. Peningkatan usaha memenuhi emosi
g. Peningkatan sokongan terhadap wanita yang bercerai
h. Harapan yang keterlaluan tehadap peranan isteri/suami (mengikut tradisi)

Menurut Fisher (dalam Davidson & Moore, 1996: 657) pasangan yang menghadapi risiko
yang tinggi untuk bercerai ialah mereka yang berada dalam jangka pendek perkahwinan
yang mempunyai seorang anak iaitu antara 1-3 tahun perkahwinan. Mereka ini tidak berjaya
menghadapi cabaran cabaran alam perkahwinan dan gagal menyelesaikan soal
rumahtangga seperti masalah kewangan, penjagaan dan kesihatan anak-anak. Juga
campurtangan ibu-bapa , saudara mara menambahkan lagi kompleknya cabaran kepada
pasangan yang baru berkahwin bagi terus menyesuaikan diri mereka dengan alam
perkahwinan.

Sehingga kini, para pengkaji masih lagi tidak jelas sama ada penceraian memberi kesan
yang lebih buruk kepada keluarga atau lebih baik sekiranya ahli keluarga masih tinggal
bersama walaupun tidak bahagia.

1.6.2 Penderaan Kanak-kanak

Coleman dan Cressey mengkategorikan penderaan kanak-kanak dalam kes keganasan


rumahtangga. Ianya berlaku akibat gangguan emosi yang dialami oleh ibu bapa berpunca
daripada tekanan (stress). Kegagalan mengawal perasaan menyebabkan ibu bapa
bertindak melulu dengan melepaskan kemarahan kepada anak-anak. Perlakuan mendera
anak-anak boleh berterusan daripada satu generasi kepada satu generasi melalui
pembelajaran. Selain daripada itu, tabiat meminum minuman keras yang menyebabkan
mabuk juga menjadi punca kepada berlakunya penderaan (Muhammad, 1985). Ciri-ciri
kurang sihat ini mewujudkan persekitaran negatif dalam proses pendidikan dan pembesaran
anak-anak. Keadaan yang tidak memberansangkan ini dialami oleh setiap kaum.

1.6.3 Keganasan Rumahtangga

Keganasan rumahtangga ditakrifkan sebagai penderaan seksual dan fizikal yang dilakukan
oleh suami kepada isteri dan anak-anak mereka sendiri (Robert, 1993). Penderaan fizikal
melibatkan perbuatan menyepak, menampar, mencucuh objek panas seperti seterika dan
bara rokok kepada tubuh badan serta memukul dengan menggunakan objek keras seperti
talipinggang dan kayu.

Ianya terjadi apabila kedua dua suami isteri tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah
dengan cara diplomasi. Pergaduhan mulanya berlaku hingga menyebabkan suami
mengambil tindakan mendera isteri. Mangsa penderaan bukan sahaja menghadapi masalah
mental yang serius seperti tekanan perasaan akibat daripada perbuatan tersebut malah
ianya menjejaskan kesihatan mangsa ( Tamadun, April, 1998: 23 ). Di antara kesan yang
diterima ialah lebam anggota badan, luka-luka, melecur kulit dan ada kes penderaan yang
membawa maut.
Di Amerika Syarikat penderaan isteri sering berlaku. Di antara 50-75 peratus wanita pernah
didera oleh pasangan mereka (Dickinson & Leming, 1995). Ia berlaku dalam semua lapisan
masyarakat di kalangan golongan kaya atau miskin, berpendidikan atau tidak berpendidikan
(Thorman, 1980).

Beberapa kajian melaporkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara penyalahgunaan
dadah dan minuman keras dengan keganasan rumahtangga (Hampton & Coner-Edwards,
1993). Menurut Gullotan, Adams dan Alexander (1986), Gelles, et.al telah membuat
kesimpulan bahawa lelaki yang mendera isteri atau anak juga sama ada pernah didera atau
pernah melihat penderaan dalam keluarga sewaktu kecil. Ciri-ciri negatif ini mewujudkan
persekitaran yang tidak sihat untuk anak-anak membesar

1.6.4 Keluarga Tunggal

Fenomena bapa atau ibu tunggal semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ianya berlaku
kerana kematian pasangan atau penceraian. Perpisahan tersebut meninggalkan penafian,
emosi dan perasaan yang tidak stabil, rasa bersalah, rasa kehilangan dan kesepian serta
perasaan lega (Kavanaugh, 1972).
Menurut Dudley (1991), mereka juga merasa tertekan dengan keperluan mencari pekerjaan
dan tanggungjawab keibubapaan seperti mendidik dan membimbing anak-anak (Wolf,
1996). Pada masa yang sama ibu/bapa tunggal perlu memelihara kesejahteraan keluarga
seperti memberi kasih sayang secukupnya. Bukan sahaja seorang bapa tidak boleh memain
peranan sebagai seorang ibu dan sebaliknya, tetapi juga masa amat terhad untuk
membolehkan keluarga tunggal berfungsi sepenuhnya. Tanggungjawab berat yang dipikul
oleh satu pihak sahaja ini boleh mengakibatkan penjagaan anak-anak terabai.

1.6.5. Ibu bapa Bekerja Sepenuh Masa

Arus pemodenan yang berlaku menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat. Oleh yang
demikian, sumber pendapatan yang kukuh amat diperlukan untuk memastikan keperluan
keluarga dapat dipenuhi. Ini menyebabkan bilangan isteri yang bekerja semakin meningkat
untuk meringankan beban yang ditanggung oleh suami. Taraf pendidikan yang semakin baik
diterima oleh kaum wanita membolehkan mereka mendapat jawatan atau kerja.

Apabila kedua-dua ibu bapa keluarga bekerja, masa yang dihabiskan bersama anak- anak
semakin kurang. Ini akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang. Ini
kerana keluarga yang mempunyai kualiti yang baik sperti memberi kasih sayang yang
secukupnya dapat mengurangkan masalah perlakuan anak-anak (Burbach & Borduin,1986).
Anak-anak perlu disemai dengan sifat kasih sayang untuk mewujudkan rasa yang anak-
anak ini dilindungi dan disokong oleh keluarga bagi mengelakkan berlakunya perkembangan
masalah anak-anak sana ada dari luar ataupun dalam.

Pasangan dwi-bekerja memberi kesan kepada keluarga dalam banyak cara (Benokraitis,
1996). Peranan kerja mempengaruhi kualiti perkahwinan, tanggungjawab kekeluargaan dan
kesejahteraan anak-anak. Walaubagaimanapun, Higgins et.al (dalam Berokratis, 1996)
mendapati ibu yang bekerja masih dapat meluangkan masa kepada keluarga lebih daripada
bapa yang bekerja. Pengkaji-pengkaji kebelakangan ini pula mencadangkan bahawa
persoalannya bukan pekerjaan ibu semata-mata memberi kesan kepada kanak-kanak tetapi
kualiti penjagaan kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian.

1.6.6 Masalah Remaja dan Juvana

Kajian Zainal (1985) membincangkan masalah remaja yang menimbulkan konflik kepada
keluarga. Antaranya:

a. Pencanggahan pendapat dengan remaja.


b. Remaja dilayan seperti anak kecail
c. Remaja selalu dikritik oleh ibubapa
d. Keluarga menentang rancangan remaja
e. Ibubapa tidak memahami remaja
f. Remaja tidak dibenarkan keluar dengan kawan dari jantina lain
g. Ibubapa tidak membenarkan kanak-kanak remaja datang ke rumah
Masalah-masalah di atas berpunca daripada:
a. Masalah tiada kemahiran dan pengalaman pekerjaan
b. Tiada pendidikan sempurna
c. Suka berangan-angan dan mudah dipengaruhi
d. Keluarga miskin atau kucar-kacir
e. Kurangnya perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak-anak

Hasil kajian di atas menunjukkan bahawa masalah-masalah remaja mempengaruhi


kecenderungan timbulnya konflik dalam keluarga dan iklim kekeluargaan juga memberi
kesan kepada remaja.

Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dan tidak konsisten dalam menjaga displin anak
menjadi punca kepada kepada keganasan dan perlakuan delinkuen remaja ( Bandura &
Walters, 1963). Mereka mengkaji faktor perhubungan keluarga dengan tingkah laku
delinkuen. Kajian mereka menghadkan sampel kepada remaja yang tidak mengalami
kerumitan kewangan dan yang mempunyai kedua-dua ibu bapa tinggal serumah. Kajian itu
telah menunjukkan tiada apa-apa perbezaan dari segi cara perhubungan ibu-anak di antara
remaja delinkuen dan bukan delinkuen. Walaubagaimanapun, perbezaan besar terdapat
dalam aspek perhubungan bapa-anak. Dapatan kajian itu menggambarkan bahawa remaja
delinkuen kurang mengidentifikasikan diri mereka dengan bapa. Dalam hal ini pihak bapa
dikatakan gagal memainkan peranan yang baik dalam membina nilai-nilai moral kepada
anak-anak mereka.

Nash turut bersetuju dengan dapatan kajian Bandura dan Walters (1963). Dari kajian klinikal
yang dibuatnya, beliau telah membuat kesimpulan bahawa perhubungan bapa-anak
terutama bapa dengan anak lelaki sangat penting bagi menentukan kemungkinan anak
remaja terpesong ke arah tingkahlaku delikuen. Antara ciri-ciri negatif yang disebutkan
adalah seperti:
a. Hukuman yang diterima daripada keluarga terlalu teruk dan ganas
b. Sikap bapa terlalu autoritarian
c. Ibu biasanya dominan di rumah
d. Remaja mempunyai imej yang rendah terhadap bapanya
e. Berlaku kegagalan berkomunikasi antara ibu bapa dan remaja

Kajian berikutnya mendapati ibu bapa yang tidak mempedulikan anak dan menjaga displin
anak dengan baik dikaitkan dengan kes juvana seperti mencuri, lari dari rumah dan
bergaduh (Lefkowitz,Eron,Waldert & Huesman, 1977:57).

Masalah yang sering berlaku pada remaja juga dikatakan mempunyai hubungan dengan
pengabaian tanggungjawab ibu-bapa dalam mengawasi aktiviti dan perlakuan anak-anak
(Loeber & Stoutmer,1986). Kualiti hidup yang dilalui oleh remaja pula boleh mempengaruhi
masalah juvana dan jenis kesalahan yang dilaku oleh remaja (Hadad,Barocas & Hollenback,
1991:.23). Kajian Hadad (et al) menyokong penjumpaan Loeber & Stoutmer iaitu perlakuan
delinkuen mempunyai hubungan dengan kekurangan tanggungjawab ibu bapa dalam
mengawasi anak-anak, kurang menghabiskan masa bersama anak-anak, tidak mengambil
berat tentang pelajaran, kawan- kawan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak
mereka diluar rumah. Kesilapan dalam corak komunikasi pula boleh melahirkan masalah
dalam keluarga dan seterusnya mencorakkan kecenderungan untuk melakukan kelakuan
yang tidak baik (Sanders & Dadds,1992:.46).

Pertambahan ibu tunggal atau bapa tunggal pada pandangan Coleman (1993) bukan sahaja
mencetuskan masalah keluarga tetapi boleh menimbulkan masalah juvana . Masa yang
dihabiskan untuk bersama anak-anak semakin berkurangan kerana ibu atau bapa tunggal
perlu bekerja lebih masa untuk menyara keluarga. Kemesraan yang wujud dalam keluarga
semakin berkurangan dan kasih sayang semakin luntur. Anak-anak semakin menjauhkan
diri mereka dan mula memencilkan diri. Akibatnya, hubungan dalam keluarga semakin
dingin dan suram. Sebagai penyelesaiannya, anak-anak menghabiskan banyak masa
mereka di luar rumah dan sering terdedah kepada pengaruh negatif kawan-kawan mereka.

1.6.7 Jenayah Agama

Beberapa kajian berkaitan dengan keluarga telah dibuat oleh ahli-ahli akademik di Malaysia.
Penemuan-penemuan kajian menyatakan beberapa masalah keluarga lain belum pernah
diketengahkan dalam literatur. Sebagai contoh, kajian Amran (1993) berkaitan dengan kes-
kes jenayah agama yang dibicarakan di mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Johor.
Kesalahan itu termasuklah:
a. Minum minuman yang memabukkan
b. Menjual dan membeli makanan atau minuman dalam bulan Ramadhan
c. Berkhalwat
d. Persetubuhan haram
e. Bersedudukan
f. Pelacuran dan kesalah muncikari

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa punca utama wujudnya masalah sosial di Johor ialah
keadaan latarbelakang keluarga pesalah yang mempunyai masalah-masalah seperti:

a. Ibubapa dan anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama yang sempurna.
b. Kurang pengawasan daripada keluarga terhadap anak-anak.
c. Hubungan antara anggota keluarga yang tidak erat.
d. Suka membuang masa di luar rumah (lepak)
e. Keluarga yang besar bilangannya.
f. Keluarga miskin.
g. Ibu banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk mencari rezeki.
h. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
i. Perselisihan faham antara suami isteri
j. Isteri-isteri yang telah ditinggalkan suami tanpa penceraian yang sah (digantung tak
bertali)

1.6.8. Disiplin Pelajar

Halimah (1990) telah menyenaraikan maslah-masalah sosial dan masalah-masalah diplin di


sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia. Bagi masalah disipilin di sekolah rendah dan
menengah pula disenaraikan seperti:

a. Memiliki dadah
b. Mencuri
c. Berjudi
d. Merosak harta sekolah dan guru
e. Merokok
f. Mengacau
g. Mengugut guru besar, guru, pengawas dan pelajar
h. Memeras ugut
i. Mempunyai senjata merbahaya
j. Ahli kongsi gelap
k. Isu sensitif
l. Minum minuman keras

Kajian berkaitan dengan kekeluargaan yang dibuat oleh Hitam (1990) terhadap kes-kes
akibat halangan dalam perhubungan kemanusiaan (fokus kepada kasih sayang) juga telah
menyenaraikan masalah-masalah sosial yang ditangani oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
sebagai:
a. Penganiayaan/pengabaian anak-anak
b. Ketidakharmonian di dalam perkahwinan
c. Ketagihan arak / dadah
d. Kelahiran anak luar nikah
e. Pesalah juvana
f. Wanita dan gadis yang terdedah kepada kerosakkan moral
g. Jenayah orang dewasa
h. Perpecahan keluarga
i. Ketiadaan tempat tinggal
j. Pelacuran
k. Kecacatan fizikal dan mental
l. Masalah kemiskinan
m. Keinginan melarikan diri

Masalah-masalah yang disenaraikan merupakan masalah yang dikenalpasti punca yang


dominan sebelum tindakan susulan diambil untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Kajian Hitam (ibid) juga merumuskan bahawa keluarga bukan sahaja dapat mengelakkan
persengketaan tetapi juga anak-anak yang membesar di dalam sesebuah keluarga yang
harmoni dan sejahtera, apabila mereka dewasa kelak akan menggunakan pengalaman-
pengalaman ini bagi membina sebuah keluarganya sendiri yang bahagia.

1.7 Faktor-Faktor Masalah Keluarga

Oleh itu perlu ada kesedaran daripada semua pihak sama ada ibu bapa, remaja dan
pendidik meneliti punca/faktor yang membawa kepada masalah keluarga. Secara amnya,
teori-teori dan kajian-kajian yang di atas mengenalpasti beberapa faktor yang menjadi punca
keluarga bermasalah. Kebanyakan faktor-faktor berikut akan dibincangkan secar ringkas:
Kemiskinan, Pengangguran, Tahap pendidikan yang rendah, Taraf kesihatan rendah,
Kurang kemahiran berkomunikasi, Pengabaian tanggungjawab, Hubungan anggota
keluarga yang tidak harmoni, Urbanisasi, Perubahan nilai dan Globalisasi

1.7.1 Kemiskinan

Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh
pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas (seperti makanan,
pakaian, tempat tinggal) dan juga perubatan serta pengangkutan yang diperlukan oleh ahli
keluarga bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan harian dengan baik (Tamadun,
April 1998:18) . Ketua keluarga yang tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk
menampung keperluan sesebuah keluarga akan berhadapan dengan masalah
rumahtangga. Pendidikan formal anak-anak seperti persekolahan juga terganggu.

Faktor luaran seperti kos sara hidup yang meningkat juga membebankan perbelanjaan
keluarga itu, lebih-lebih lagi keluarga yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap
dan mempunyai ramai anak.

Keluarga miskin yang berpindah ke bandar biasanya terpaksa tinggal di kawasan setinggan.
Akibat kesesakan di kawasan setinggan, keluarga miskin menghadapi banyak kekurangan
contohnya sesak dan tidak teratur serta menghadapi kekurangan kemudahan asas seperti
bekalan air paip, elektrik, kemudahan tandas dan tempat membuang sampah. Kawasan
setinggan yang tidak tersusun ini menjadi sarang masalah sosial seperti jenayah dan
penyalahgunaan dadah. Mereka yang tinggal di kawasan setinggan juga mudah dijangkiti
penyakit berjangkit yang mendatangkan masalah kepada keluarga (Tamadun, April, 1998)

Apabila masalah kewangan sering berlaku dan keadaan rumah serta persekitaran tidak
selesa, ahli keluarga sering mengalami tekanan emosi. Pergaduhan dan pertelingkahan
sering berlaku di antara suami dan isteri berpunca daripada kekurangan wang. Keadaan
negatif ini berterusan menyebabkan keadaan keluarga menjadi tidak tenteram. Maka timbul
lagi masalah keluarga yang lain, seperti penceraian dan keganasan rumahtangga.

1.7.2 Pengangguran

Pengangguran ditakrifkan sebagai keadaan seseorang yang aktif daripada segi ekonomi
tetapi tidak bekerja atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan ( Kamus Dewan, 1994).
Suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau malas bekerja mengakibatkan kehidupan
dalam keluarganya tidak sempurna.

Apabila suami tidak bekerja, beban untuk menyempurnakan perbelanjaan keluarga


diserahkan kepada isteri dan anak-anak. Bila isteri terpaksa bekerja untuk menyara
keluarga, pengurusan anak-anak dan rumahtangga terabai. Pengabaian ini boleh
mengakibatkan anak-anak tidak mendapat kasih sayang atau disiplin mereka tidak dikawal.
Keadaan ini membawa anak-anak terpedaya dengan aktiviti yang merugikan sehingga
timbul bermacam-macam masalah keluarga.

1.7.3 Taraf Kesihatan Rendah

Taraf kesihatan rendah ditakrifkan sebagai keadaan keluarga yang kerap ditimpa sakit.
Anak-anak sering sakit dan memerlukan perbelanjaan perubatan. Ibu- bapa mengalami
masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, lelah dan sebagainya (Kamus Dewan,
1994: 679). Tempat tinggal yang tidak sesuai seperti di kawasan setinggan menyebabkan
masalah kesihatan keluarga bertambah serius. Kebersihan persekitaran rumah tidak dijaga
rapi, kotor dan sampah berselerak kerana kedudukan rumah yang terlalu dekat, tidak dapat
dipastikan sempadan pembersihan kawasan. Keadaan ini memudahkan penyakit seperti
denggi dan malaria merebak (Tamadun, April,1998 : 34).

Apabila anak-anak jatuh sakit, ibu bapa keluarga yang miskin biasanya tidak mampu
menanggung kos perubatan atau kos pengangkutan untuk membawa anak-anak ke klinik
kesihatan. Anak-anak mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya seperti
pemeriksaan doktor di klinik atau hospital. Sekiranya mereka mampu, ibu bapa yang miskin
akan membeli ubat yang murah, tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan. Ini
akan meningkatkan lagi risiko anak-anak kepada penyakit yang merbahaya apabila mereka
meningkat dewasa.

1.7.4. Tahap Pendidikan Rendah

Ketinggian ilmu menjadi penting dalam memelihara kebahagiaan sesebuah keluarga


(Utusan Malaysia, 12 September 1990 :11). Ilmu adalah penyuluh hidup dan ianya akan
memberi panduan dalam kehidupan seharian. Jika pendidikan rendah iaitu ‘didikan, ilmu,
ajaran yang diterima oleh seseorang tidak tinggi’ (Kamus Dewan, 1994:389), pemikiran yang
di ambil tidak rasional. Keputusan yang diambil lebih mengikut perasaan tanpa mengambil
kira kesannya di kemudian nanti. Jika kekurangan ilmu, keputusan biasanya dibuat secara
individu tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Hal ini akan menyebabkan ahli
keluarga sering bertengkar (Mohamad Hussain,1985:26). Apabila pertengkaran menjadi
serius, ia biasanya menimbulkan rasa tidak puas hati di satu pihak. Maka tiada lagi
persefahaman yang wujud dalam sesebuah keluarga.

1.7.5 Kurangnya Kemahiran Berkomunikasi

Kurangnya kemahiran berkomunikasi ditakrifkan sebagai ketidakupayaan dalam


mengadakan perhubungan melalui percakapan, perbincangan, pertukaran pendapat dengan
seseorang ( Kamus Dewan,1994:456). Masalah komunikasi dan kegagalan untuk
berinteraksi dengan betul dikaitkan dengan masalah mental anak-anak, perbuatan delinkuen
dan bertindak agresif dalam setiap perbuatan ( Foster & Robin, 1989:493 ). Kesilapan dalam
kaedah berkomunikasi boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan seterusnya
cenderung kepada pelakuan yang tidak baik.

Tiga faktor interaksi dalam keluarga yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi
dan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi luntur termasuklah:
a. Suka mendiamkan diri
b. Menunjukkan kedegilan
c. Menarik diri apabila berlaku satu proses komunikasi di dalam keluarga.

1.7.6 Pengabaian Tanggungjawab

Ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik akan menyebabkan
pengurusan keluarga tidak terurus dengan baik. Pengabaian tanggungjawab ditakrifkan
sebagai sikap yang tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kepada kewajipan yang
dipikul oleh ahli keluarga ( Kamus Dewan, 1994:237). Ibu bapa yang tidak menjaga disiplin
anak-anak menjadikan anak-anak bebas melakukan kesalahan. Ramai remaja mengalami
kekosongan jiwa dan rohani kerana tidak mendapat didikan serta perhatian sewajarnya
daripada ibu (Tamadun, Jun, 1997:14).

Selanjutnya, suami yang tidak menunaikan tanggungjawab utama seperti memberi nafkah
zahir kepada keluarga, akan memberi tekanan kepada pihak isteri dan anak-anak untuk
memikirkan cara mendapatkan wang yang cukup bagi menyara kehidupan.

Pengabaian tanggungjawab juga boleh berbentuk, tidak memberi didikan yang sempurna
pada anak-anak. Ibu-bapa sebaliknya mengharapkan institusi formal seperti sekolah untuk
memberi didikan kepada anak-anak (Tamadun, Jun ,1997: 31 ). Ibu bapa juga kurang
memberi didikan agama kepada anak-anak mereka. Ini akan menjadikan kehidupan anak-
anak terumbang-ambing tanpa sebarang panduan agama yang kukuh daripada zaman
kanak-kanak. Apabila dewasa, anak-anak akan bertindak di luar hukum agama dan
mengikut naluri bebas tanpa diberi panduan oleh ibu bapa.

1.7.7 Hubungan Anggota Keluarga Tidak Harmoni

Masalah akan timbul bila perhubungan di antara keluarga tidak harmoni. Hubungan yang
tidak harmoni ditakrifkan sebagai tidak menunjukkan sebarang penyesuaian atau
persetujuan pendapat, sikap dan perasaan antara satu sama lain (Kamus Dewan, 1994:
450). Perpecahan atau pertelingkahan di antara suami dan isteri boleh menimbulkan
keadaan kucar-kacir ( Mohammad Hussain, 1985:23).

Pertelingkahan berpunca dari wujudnya sikap tidak hormat menghormati di antara satu
sama lain. Suami tidak menghormati isteri dan anak-anak pula tidak menghormati ibu bapa.
Isu poligami sering menjadi bahan perdebatan masalah kelaurga kerana suami tidak adil
dalam melayan isteri menyebabkan satu pihak (ister) tidak berpuas hati.

Apabila kerap berlaku pertengkaran, maka tiada lagi persefahaman yang wujud dalam
keluarga. Anak-anak pula merasa kurang mendapat kasih sayang dan panduan (Minuchin,
1974:100 ). Setiap individu di dalam keluarga tidak mempedulikan hal ahli keluarga yang
lain. Perhubungan antara ahli menjadi semakin renggang dan tidak harmoni.

Apabila setiap anggota dalam sesuatu keluarga tidak memeperdulikan hal ahli yang lain,
dan tidak pula memberi galakan kepada anggota keluarga yang lain, contoh bapa tidak
mengucapkan tahniah apabila anaknya berjaya dalam sesuatu peperiksaan, maka
perhubungan tidak harmoni berlaku. Begitu juga sekiranya pasangan tidak dapat menerima
kelemahan isteri atau suami, sehingga sering kali pasangan di persalahkan. Maka hubungan
harmoni tidak wujud lagi dalam keluarga.

1.7.8 . Urbanisasi

Penumpuan kehidupan di kawasan bandar berlaku kerana peluang pekerjaan dan


kemudahan yang lebih baik ada di bandar. Urbanisasi ditakrifkan sebagai pengubahan atau
perubahan keadaan sesuatu tempat atau daerah menjadi bandar atau kawasan
perbandaran (Kamus Dewan, 1994). Menurut kajian Sharon, menjelang tahun 2025, 61%
daripada populasi penduduk dunia akan berhijrah dan menetap di kawasan bandar. Ini akan
menyebabkan kadar kemiskinan meningkat kerana wujud persaingan akibat dari kepadatan
penduduk di kawasan bandar (Sharon & Christine, 1994 :154). Tidak semestinya semua
keluarga yang berpindah ke bandar menikmati kehidupan yang mereka harapkan. Mereka
yang gagal mendapat pekerjaan dan pendapatan yang cukup perlu terus bekerja lebih masa
di bandar.

Biasanya ibu-bapa sibuk bekerja di bandar. Hubungan berkualiti di antara ibu bapa dan
anak-anak semakin kurang. Ini melunturkan kasih sayang anak-anak kepada ibu bapa.
Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang dan pengawasan rapi daripada ibu bapa
sering terpedaya dengan galakan kawan-kawan. Ramai anak muda menjadi mangsa
kemewahan hidup di bandar (Mohamad Hussain, 1985: 25 ). Pada mulanya sebagai
alternatif kepada kasih sayang ibu-bapa mereka, anak-anak ini keluar dari rumah dan
menghabiskan masa dengan rakan-rakan di pusat-pusat hiburan, disko dan pub, pusat
permainan video, pusat snuker yang boleh didapati dengan mudah di kawasan bandar-
bandar. Pusat-pusat hiburan dan pusat- pusat perjudian telah terbukti bersarangnya maksiat
dan ada korelasi positif dengan gejala keruntuhan akhlak remaja di negara ini ( Tamadun,
1998: 22 ).

1.7.9. Perubahan Nilai

Nilai adalah satu perasaan yang ikhlas dan dalam mengenai kehidupan, kepercayaan, cita-
cita dan harapan seorang individu (Prescott, 1957: 412). Nilai ditakrifkan bukan sahaja
bermaksud keinginan dan impian tetapi ianya adalah kepercayaaan seseorang individu. Bila
nilai berubah, ianya dapat memberi kesan kepada kesihatan mental indidvidu. Sebagai
contoh, apabila nilai-nilai tradisi yang menjadi pegangan dan panduan masyarakat telah
runtuh, seseorang individu akan menjadi bingung untuk memilih perkara-perkara yang
memberi kebaikan dan seterusnya mempertahankan pilihan tersebut (Maslow, 1964: 8-9).
Keadaan ini banyak berlaku dikalangan remaja. Akibatnya mereka tidak dapat membuat
keputusan, sama ada untuk memenuhi nilai yang mereka pegang atau nilai masyarakat dan
keluarga.

Seseorang individu tidak dapat menempatkan dirinya dalam masyarakat sekiranya tidak
mempunyai nilai yang sama dengan apa yang dipegang oleh masyarakat tersebut (Arbukle,
1970: 78). Perubahan nilai yang tidak memenuhi tuntutan masyarakat dan keluarga akan
melahirkan ketidaksefahaman. Setiap pihak cuba mempertahankan nilai yang dipercayai
sehingga mewujudkan suatu suasana tegang. Sebagai contoh, bagi golongan tua,
perbuatan melepak yang dilakukan oleh remaja adalah tidak baik dan tidak manis
dipandang masyarakat tetapi bagi golongan remaja, perbuatan melepak tidak menyalahi
nilai yang mereka pegang.

Bila pertentangan nilai berlaku alam keluarga, maka ianya menyebabkan perhubungan di
antara ibu bapa dan anak menjadi keruh. Hidup berkeluarga menjadi penghalang kepada
pelakuan-pelakuan nilai yang dianuti / dipercayai. Pada saat-saat hubungan keluarga
menjadi renggang, banyak peranan institusi keluarga tidak berfungsi.
1.7.10. Globalisasi

Globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses penyatuan atau penggabungan berbagai


bangsa, ekonomi, politik dan sosio-budaya yang dikuasai oleh syarikat-syarikat
multinasional bagi mewujudkan satu keadaan di mana setiap negara di dunia ini tidak lagi
mempunyai sempadan, sebaliknya dunia ini adalah satu pasaran ekonomi bebas dan
terbuka lagi seragam budayanya (Sharon & Christine, 1994 :153).

Kesan globalisasi telah banyak mengubah struktur dan corak kehidupan setiap negara di
dunia. Negara miskin pula menerima banyak kesan kerana terdedah kepada ancaman
kemajuan teknologi, kesesakan, pencemaran dan pembuangan sisa toksik. Perkara ini
terjadi kerana negara- negara ini tidak dapat mengawal perniagaan pasaran mereka kerana
ianya telah dikuasai oleh pasaran dunia yang lebih mantap. Individu dan organisasi lebih
kompetitif sifatnya.

Globalisasi juga menyebabkan berlakunya monopoli dalam bidang media massa. Budaya
masyarakat telah dikawal oleh media yang lebih bersifat komersil dan menganggap
masyarakat adalah pelanggan yang menjadi sumber kewangan kepada syarikat yang
mengendalikan media massa. Dalam zaman globalisasi, kanak-kanak tidak lagi dididik oleh
institusi keluarga, sekolah dan agama, tetapi lebih terdedah kepada media eletronik seperti
internet dan kemudahan siaran televisyen berangkaian keseluruh dunia. Media
keseluruhannya mengambil tempat dalam proses pembesaran anak-anak menyebabkan
anak-anak dididik tanpa belaian kasih sayang ibu-bapa (Harris, 1996:5).

Kemunculan budaya akibat globalisasi yang dikuasai oleh syarikat-syarikat besar


memudahkan penonton membeli barangan melalui internet. Rancangan-rancangan yang
disiarkan lebih bercorak komersil dan intelektual. Ianya menyebabkan berlakunya
perubahan nilai dan cara hidup masyarakat akibat dari pengaruh yang dibawa oleh media
(Dahl, 1998:65).

Hasil kajian Dahl menunjukkan bahawa bagi mengurangkan masalah sosial di dalam
masyarakakt, tumpuan perlu dihala kepada institusi keluarga dengan tujuan untuk mencari
punca dan faktor-faktor penggalak kepada permasalahan-permasalahan sosial terutama di
kalangan anak-anak muda. Masalah dan cabaran dalam kehidupan berkeluarga akan terus
berlalu, tetapi yang penting ialah keupayaan keluarga menghadapi cabaran-cabaran serta
tekanan hidup tanpa menjejaskan keharmonian, kestabilan dan kebahagian hidup
berkeluarga.

You might also like