Professional Documents
Culture Documents
SEKOLAH RENDAH KERAJAAN SAYED OTHMAN, MIRI telah dibina dalam tahun
1961 dan telah siap sepenuhnya pada awal tahun 1962. Pada bulan Februari 1962 bangunan
sekolah ini telah digunakan dengan membuka sebanyak 6 buah kelas iaitu Darjah 1 hingga
Darjah 6. Murid-murid bagi pengambilan pertama sekolah ini ialah murid-murid yang
dipindahkan dari Sekolah Rendah Kerajaan Anchi, Miri. Tenaga pengajar pada masa itu
seramai 7 orang termasuk Guru Besar. Sekolah ini dirasmi oleh Pegawai Pelajaran Bahagian
Ke. 4. Ketika itu Pegawai Pelajaran Bahagian ialah ENCIK KNIGHT seorang pegawai yang
berbangsa Inggeris.
Sekolah ini telah diberi nama Sekolah Rendah Kerajaan Sayed Othman sempena
mengingati jasa seorang pemimpin melayu tempatan yang bernama Sayed Othman Bin Sayed
Zain. Beliau adalah seorang Guru Agama yang giat mengembangkan Agama Islam dan juga
seorang peniaga. Apabila Imam Masjid Besar Miri iaitu Encik Awang Tabib sudah uzur
beliaulah (Sayed Othman Bin Sayed Zain) dilantik menjadi Imam Masjid Besar menggantikan
Encik Awang Tabib. Dalam tahun 1920 beliau telah mendirikan masjid kedua di Miri yang
lebih besar daripada masjid yang pertam. Dari masjid kedua itu beliau meneruskan usahanya
menyebarkan syiar Islam sehingga banyaklah orang Islam mendapat ilmu daripada beliau.
Beliau meninggal dunia di Sibu pada tahun 1935.
Guru besar yang pertama di Sekolah Rendah Kerajaan Sayed Othman ialah Encik Wan
Morshidi Bin Tuanku Abdul Rahman, cucu kepada Encik Sayed Othman Bin Sayed Zain.
Daripada 7 orang guru dan 6 buah kelas pada tahun 1962. Sekolah ini telah berkembang kepada
30 orang Guru (termasuk Guru Besar), 2 orang Pembantu Tadbir, 1 Pembantu Am Pejabat, 2
orang Pembantu Pengurusan Murid, 1 orang Juruteknik Komputer. Dan mempunyai 13 Kelas
(Prasekolah dan tahun 1-6). Dan kini Sekolah Kebangsaan Sayed Othman Miri telah
mempunyai 5 blok bangunan.
4 SK SAYED OTHMAN MIRI