You are on page 1of 9

Sejarah

1920 lahirlah sebuah institusi yang berjaya dalam bidang pendidikan di


negeri Terengganu dan seterusnya dikenali sebagai Sekolah Menengah
Sultan Sulaiman. Encik Abdullah bin Taib adalah tokoh pertama yang
dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan kelas dengan
menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Memenuhi
amanah yang terpaksa dipikul, beliau telah berjaya memulakan kelas
dari jam 1.00 hingga 4.00 petang secara menumpang di Sekolah Melayu
Paya Bunga. (Menurut rekod rasmi, SS mula pada 1925 - lihat [1])
Setelah lima tahun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tibalah
masanya tempat beliau diganti oleh Encik G.M. Noiri dan diiktiraf
sebagai Guru Besar pertama. Ketika itu, bilangan pelajar hanya seramai
35 orang dan guru pula dua orang, sementara kelas yang paling tinggi
hanya darjah tiga.
Bilangan pelajar yang terus meningkat sehingga seramai 100 orang
memaksa tempat belajar dipindahkan ke sebuah bangunan
berhampiran Istana Maziah. Justeru, ia dikenali sebagai Government
English School. Darjah tertinggi meningkat kepada darjah 4.
[Sekolah tetap
Pada 1936, sekolah sekali lagi terpaksa dipindahkan ke bangunan
sementara di Batas Baru, Kuala Terengganu. Keadaan ini
menyedarkan Encik T.E. Kempe (Penasihat British) tentang kepentingan
mendirikan sebuah bangunan baru yang tetap. Pada 1938, impian
menjadi kenyataan, bangunan di Jalan Gong Wan Abas Kuala
Terengganu siap sepenuhnya dan dikenali sebagai Sultan Sulaiman
English School.
Pada 1939, Encik E.H.S Bretherton mengambil alih tugas sebagai Guru
Besar dan pada 1940, diganti pula oleh Encik N.Rees. Sewaktu ditadbir
oleh Encik A.Machado, Perang Dunia Kedua meletus dan memaksa
sekolah ditutup selama 5 tahun.
Tragedi 12 Julai 1951
Tragedi kebakaran pada malam 12 Julai 1951 telah memusnahkan
seluruh bangunan sekolah, hanya beberapa buah bilik asrama putera
terselamat. Kepekaan terhadap kepentingan menuntut ilmu
mendorong DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkenan
membenarkan sebahagian daripada Istana Maziah digunakan sebagai
bilik darjah sementara.
Tapak baru sekolah terus dicari dan satu kawasan seluas 4.4 ekar
berhampiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu telah dikenalpasti. 1 Ogos
1956 fasa pertama sekolah terdiri daripada 2 blok bangunan 2 tingkat,
sebuah blok pejabat/perpustakaan dirasmikan.
Matlamat Sekolah
Tahun demi tahun bilangan pelajar terus meningkat dan keperluan
pendidikan semakin berkembang. Justeru, bilik darjah baru perlu
ditambah selaras dengan terbinanya bangunan-bangunan baru. Kini
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman(SMKSS), 14 buah
blok bangunan dikenali sebagai Blok Primier dan Blok bestari serta
Asrama Putera dan Asrama Puteri.
Kini, setelah 87 tahun, SMKSS terus maju dan berkembang sehingga
dinobatkan sebagai salah sebuah sekolah terbaik dan berprestij di
Terengganu. SMKSS juga diiktiraf sebagai Sekolah Primier dan
beberapa kali menjadi Sekolah Harapan Negeri Terengganu. Pada
tahun ini,SMKSS juga terpilih sebagai salah sebuah '''Sekolah
Kluster''' di Malaysia. SMKSS juga telah melahirkan ramai tokoh terkenal
yang berjaya membentuk dan mencorak masyarakat yang
membanggakan.
Pelajar-pelajar yang menjejak langkah ke SMKSS hadir dengan
pandangan dan perspektif masing-masing, corak pemikiran dan gaya
kehidupan yang berbeza.Walaupun begitu semua warga SMKSS
berjaya disatukan dengan satu slogan Usaha,Tekun dan Jaya yang
kemudiannya ditukar kepada Pelajar Cemerlang, SS Gemilang pada
tahun 2002. Andainya mereka yang berjuang demi matlamat ini
sejak 1920 dapat melihat kedudukan serta pencapaian SMKSS hari ini,
sudah tentu mereka akan kagum dan berbangga dengan
kecemerlangan SMKSS.

Dataran Perdana (Dataran Perhimpunan)

Dewan Sekolah

Pintu Gerbang Sekolah

 

Motto sekolah yang baru

[] Bekas Pelajar
SMK Sultan Sulaiman telah melahir ramai pelajar yang berjaya.
Antaranya adalah Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku
Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah
Shah Al-Haj dan ketua pasukan Harimau Muda A, Mohd Muslim Ahmad
Pencapaian
[]Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman


Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096175315
Fax = 6096170518
Headboys

1956 – Hussein bin Jaal

1957 – Wan Mohd Ismail

1958 – Mohd Zain

1959 – Kam Yoon Sang

1960 – Wan Abdul Aziz Ahmad

1961 – Shamsuddin Jaafar

1962 – Zaharia Mat

1963 – Yeo Sin Bin

1964 – Yahaya Ismail

1965 – Ahmad Salim Haji Omar

1966 – Azmi omar

1967 – Ahmad Salim Haji Omar

1968 – Mohd Rani Jusoh

1969 – Ahmad Abdul Rahman

1971 – Wong Yuk San

1972 – Othman Che Mat

1973 – Alias Yusof

1974 – YM Raja Kamarul Bahrin Shah

1975 – Yeo Sin Soon

1976 – Abd. Karim bin Omar

1977 – Mohd Ali bin Endut

1978 – Wan Ramlee bin Abd Kadir

1979 – Azmi bin Mohd Dahan

1980 – Abd. Aziz bin Muda

1981 – Mohd Fadil bin Ishak

1982 – Mazda bin Mohd Dom

1983 – Shamsul Liani Abas1984 – Zulkifli Awang

1985 – Mohd Saman bin Mohd Daud

1986 – Ruslan bin Ngah

1987 – Azhar bin Omar

1988 – Rosli bin Nordin

1989 – Rizal Haji Hainy

1990 – Noor Hisham bin Haji Mohd

1991 – Mat Ali bin Abdul Ghani

1992 – Ahmad Mulyadi bin Aminuddin


1993 – Sakna Hisham bin Omar

1994 – Mohd Kamal bin Shamsuddin

1995 – Ahmad Rahimi bin Mohammad

1996 – Saiful bin Md Awang

1997 – Mohd Suhaidi bin Harun

1998 – Sultan Mahmood bin Shamrudin

1999 – Mohd bin Mohd Noor

2000 – Airil Anuar bin sabari

2001 – Zayd bin Zainal

2002 – Sydi Amin Badaruddin

2003 – Hud bin Mohd Nor

2004 – Muhammad Amar bin Amir

2005 – Noor Ikhwan bin Mohamad

2006 – Muhd Hazwan bin Hamidun

2007 – Muhd Afif Arif bin Tajul Arifin

2008 – Fitri bin Mokhtar

Headgirls

1960 – Fatimah Embong

1961 – Sarojini Naih

1962 – Ma Suat Lay

1963 – Kamariah Yusof

1964 – Elizabeth Abraham

1965 – 1967 – Joyce Abraham

1968 – Mariam Hj. Mokhtar

1969 – Soh Lay Sian

1970 – Ng Pui Wan

1971 – Kamaliah Hashim

1972 – Fatimah Hj Mohd

1973 – Soh Lay Sian

1974 – Wong Yoke Leng

1975 – Faridzul Othman

1976 – Normah bt. Mohamad

1977 – Chan Ai Hua

1978 – Wan Setia Norlina bt. Wan Hassain

1979 – Che Ainun bt Mohamad

1980 – Wang Siew Lan


1981 – Wan Arihan bt Abdul Aziz

1982 – Hanumah bt Abd Latib

1983 – Wan Nor Hawati Wan Ali

1984 – Fatimah Zamili Han Sidek

1985 – Che Sabariah Abdullah

1986 – Hamidah bt Abd Hamid

1987 – Samsiah bt Mohd Noor

1988 – Salleha bt Salleh

1989 – Sabariah bt A. Ghani

1990 – Shukrina bt Saat

1991 – Yusniza bt Yusof

1992 – Roziati bt Abd. Rahman

1993 – Noriah bt Mohamad

1994 – Siti Najat bt Mohd Zaki

1995 – Suzilawati bt Sulong

1996 – Rahimah bt Ismail

1997 – Noor Mastura bt Othman

1998 – Fatimahani Ismarianti bt Ahmad

1999 – Rumaizah Jamaliah bt Ramli

2000 – Nor Fadhlina bt Abd. Aziz

2001 – Nor Madiha bt Mohd Azlee

2002 – Amira bt Amir

2003 – Nur Amira Maisa bt Mohd Taha

2004 – Anis Liyana bt Abd. Latif

2005 – Mardiah bt Masri

2006 – Munira bt Masri

2007 – Suraya Azizah bt Nasaruddin

2008 – Wan Khalilah bt Wan Zid


headmasters

1925 – 1938 Mr. G.M. Nayar

1939          Mr. E.H.S. Bretherton

1940          Mr. N. Rees

1941, 46-49 Mr. G.A. Machado

1950 – 1957 Mr. S. Selvanayagam

1958 – 1959  Mr. Keong Siew Tat

1960 – 1961 Mr. James Allen

1961          Mr. Ong Teng Keong

1962 – 1963 Mr. Bion Dury

1963 – 1964 Mr. Soh Kai Choo (Mr. Soh Bin Hak) – ? [note below]

1965 – 1968 Mr. Foong See Tonn

1969 – 1971 Encik Khalid bin Mohd Jamin

1971 – 1973 Encik Hussein Awang Besar

1973 – 1974 Encik Razani bin Ahmad

1975 – 1982 Encik Yusof bin Ngah

1982 – 1985 Tuan Haji Haris bin Hamidon

1985 – 1987 Tuan Haji Omar bin Abdul Rahman

1987 – 1988 Tuan Haji Abdul Rahman Abdullah

1988 – 1995 Tuan Haji Omar Hussein


1995 – 2000 Tuan Haji Abdul Aziz @ Ajir bin Mohamad

2000 – 2007 Tuan Haji Daud bin Jusoh

2007 – 2010 Puan Hajah Azizah binti Md. Salleh

2010 -             Tuan Haji Zakaria bin Awang

You might also like