You are on page 1of 16

UNIVERSITY PENDIDIKAN

SULTAN IDRIS
Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama
di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai
sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan, bertarikh
24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti
Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan
Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan
Sultan Idris.

Kampus UPSI terletak di Tanjung


Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah
"Pengetahuan Suluh Budiman",
manakala lagu rasminya ialah "Ibu
Kandung Suluh Budiman".
Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI)mempunyai 2 buah kampus iaitu
kampus pertama yang terletak di pekan
Tanjong Malim yang dikenali
sebagai Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
(KSAJS) manakala kampus kedua
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
terletak di bandar Proton atau lebih
dikenali sebagai Proton City. Kampus
yang terletak di Bandar Proton tersebut
dikenali sebagai Kampus Sultan Azlan
Shah.
SEJARAH

Maktab perguruan pertama di Malaysia


dibuka pada tahun 1913 di Taiping bawah
nama Maktab Perguruan Matang. Maktab Universiti Pendidikan Sultan Idris
ini menggunakan bangunan rumah Ngah (UPSI) merupakan sebuah institusi
Ibrahim sebelum berpindah secara tetap pengajian tinggi yang penting dalam
ke Tanjung Malim dan diberikan nama sejarah pendidikan negara. Institusi
baru sempena sultan Perak pada masa ini berkembang secara bertahap dari
itu. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab sebuah kolej kepada sebuah
Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris universiti. Secara kronologi,
Training College atau SITC) di Tanjung perkembangan UPSI telah melalui
Malim. Namanya sempena nama Sultan tiga era, iaitu era SITC (29 November
Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al- 1922 -1957), era MPSI (1957 – 1987),
Marhum Raja Bendahara Alang dan era IPSI (21 Februari 1987 – April
Iskandar yang memerintah negeri Perak 1997).
dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916. Baginda
lahir pada tahun 1849 dan mangkat pada
tahun 1916.

Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan


R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab
perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan
Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British
telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah
Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu
sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan
Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak. Maktab
yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for
Malay Teachers yang dikenali dengan nama
ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir
George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29
November 1922.
SEBELUM PERANG
DUNIA KEDUA
Sebelum Perang Dunia Kedua, SITC telah dijadikan Hospital Tentera British dan
kemudiannya setelah tentera British berundur, ia telah dijadikan Markas Tentera
Jepun. Para pelajarnya berpindah ke Kuala Kangsar. Apabila perang mula
merebak, pelajar-pelajar diarahkan pulang ke kampung masing-masing. Semasa
perang, SITC dibuka semula, kali ini dengan para pelajar yang lebih bersemangat.
Semangat kebangsaan mula bercambah subur di SITC dan para pelajar semakin
berani menuntut hak-hak mereka sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10
Disember 1949 dan SITC ditutup selama 3 bulan ekoran dari peristiwa itu.

SELEPAS NAIK
MERDEKA TARAF
Menjelang Kemerdekaan 1957, SITC Pada 21 Februari 1987, SITC telah
telah dapat menyediakan segolongan dinaikkan taraf sebagai Institusi
intelek Melayu yang berjiwa Pendidikan Sultan Idris (IPSI).
kebangsaan dan ini penting untuk Kedudukan tarafnya lebih tinggi
mengsisi ruang kemerdekaan. daripada maktab-maktab perguruan
Pada tahun 1958, SITC turut yang lain dan diberi kuasa
mencatatkan sejarah tersendiri apabila mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan
buat pertama kalinya anak tempatan Pergurusan dan Diphloma Lepas Sijil.
dilantik sebagai Pengetua, iaitu Zainal Sesuai dengan peranan dan
Abidin Ali. Pada 13 Januari 1975, sekali kepentingannya telah mendorong
lagi SITC merakamkan sejarah dengan Kerajaan untuk menaikkan tarafnya
pengambilan masuk 140 pelajar puteri, kepada peringkat yang lebih tinggi
iaitu setelah 5 tahun dihuni oleh sebagai Universiti Pendidikan Sultan
pemuda-pemuda Melayu. Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997.
SULTAN IDRIS TRAINING
COLLEGE
Sultan Idris Training College merupakan antara
pusat pengajian yang tertua di Malaysia.
Pembukaan ini telah dinyatakan dalam hasil
laporan R.O Winstedt yang menjadi Penolong
Pengarah Negeri-Negeri Selat ddan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu pada tahun 1916. Antara lain,
beliau mencadangkan agar sebuah maktab
perguruan pusat didirikan di Perak bagi
memperluaskan skop pendidikan di negara ini.
Beliau menyarankan bahawa tapak tempat
berdirinya maktab tersebut mestilah mempunyai
tanah yang subur untuk menampung keperluan
kurikulum yang mengariskan aspek pertanian
sebagai penumpuan akademik.
.

Pada awal penubuhan SITC ini terdapat beberapa


buah bangunan sahaja, iaitu bangunan induk
(Bangunan Suluh Budiman), dewan makan, asrama,
bangunan gimnasium (panggung wayang), surau,
rumah pengetua dan enam buah rumah guru.
Kumpulan penuntutnya yang pertama berjumlah
120 orang (semuanya lelaki) dengan tenaga pelajar
awal seramai empat orang guru Inggeris dan tujuh
orang guru Melayu. Pengetua pertama SITC ialah
Tuan O.T. Dussek, bekas pengetua Maktab Guru
Melaka. Setelah sekian lama SITC berjaya
mengharungi liku-liku pahit getir, ia bertukar nama
kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada
tahun 1957.
MAKTAB PERGURUAN
SULTAN IDRIS
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim telah dirasmikan
pembukaannya oleh Ketua Setiausaha bagi Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, W.G. Maxwell pada tahun 1922. Pembukaan Maktab Perguruan
Sultan Idris merupakan puncak pelajaran anak-anak Melayu ketika itu, terutama
bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah-sekolah Melayu yang tidak berpeluang untuk
melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi dari setakat darjah enam. Keputusan untuk
menubuhkan Maktab ini dibuat dalam Mesyuarat Residen-residen British pada 10
Mei 1917.

Kerja-kerja membina maktab ini bermula dalam tahun


1919 dan siap pada tahun 1922. Sekumpulan 120 orang
telah menjadi pelajar perintis maktab ini. Pengetuanya
yang pertama ialah O.T. Dussek dan tenaga pengajar lain
terdiri daripada tujuh orang guru Melayu, tiga orang
Eropah dan seorang guru anyaman berbangsa Filipina.
Tujuan utama penubuhan maktab ini ialah untuk
menyediakan guru-guru yang dapat memajukan bidang
pertanian, pertukangan dan anyaman apabila mereka
pulang ke kampung. Pelajaran pertanian asas
merupakan matapelajaran utama.

Walau bagaimanapun, pelatih-pelatih lepasan MPSI


telah mencapai kejayaan lebih jauh dari matlamat
penubuhannya. Pengaruh buku-buku Indonesia dan
Sejarah Alam Melayu yang terdapat di maktab itu telah
menanam bibit-bibit kesedaran kebangsaan di kalangan
beberapa orang pelajar hingga melahirkan tokoh-tokoh
politik yang terkemuka seperti Ibrahim Yaakub, Senu
Abdul Rahman, Abdul Ghaffar Baba, Abdul Rahman Talib
dan lain-lain lagi.
INSTITUSI PERGURUAN
SULTAN IDRIS
Era MPSI berakhir pada 21 Februari 1987 apabila tarafnya sebagai sebuah
maktab ditingkatkan menjadi sebuah institut dengan nama Institut Perguruan
Sultan Idris (IPSI). Era IPSI merupakan satu zaman mencabar, kerana
kedudukannya sebagai sebuah institusi tidaklah hanya meninggikan nama
semata-mata, tetapi turut melonjakkan harapan anak bangsa dan masyarakat
Melayu serta kerajaan yang mentadbir untuk melihat IPSI benar-benar menjadi
tonggak harapan bagi mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat, khususnya
orang-orang Melayu. Justeru, IPSI mengorak langkah panjang dengan
memperkenalkan pelbagai rancangan. Antaranya ialah mengadakan Kursus Sijil
Perguruan Khas (KSPK) pada tahun 1987 dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
(KPLI) bermula pada tahun 1988. Pada tahun 1993 Kursus Kembaran dengan
Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pula diadakan dalam bidang Bahasa
Melayu dan Pendidikan Jasmani.

Peranan SITC dan MPSI telah diperkasakan


dalam era IPSI menerusi rangkaian kerjasama
pengajian yang diadakan dengan pihak-pihak
lain di luar IPSI. Ruang lingkup dan sempadan
jangkauan IPSI merentas tembok itu sendiri.
IPSI bergerak seiring dengan kemajuan
institusi-institusi pengajian tinggi awam lain
dalam konteks merealisasikan matlamat
kerajaan untuk menghasilkan tenaga pengajar
yang berwibawa dan bermanfaat demi
kesejahteraan masyarakat dan negara.
Peranan IPSI berterusan hingga ke tahun 1993
apabila pada masa itu sistem latihan
perguruan mengamalkan sistem bersepadu,
iaitu sesebuah maktab perguruan melatih
guru-guru untuk sekolah rendah dan
menengah.
UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS
Genap usia sepuluh tahun, IPSI memasuki era barunya pada tahun 1997 dengan
langkah yang penuh bergaya apabila institusi ini secara rasmi dinaikkan taraf
sebagai sebuah universiti. Bagi menjalankan perintah kerajaan menerusi Warta
Kerajaan P.U. (A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997, maka bermula 1 Mei 1997,
tertubuhlah Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikenali hari ini dengan nama
singkatannya UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula beroperasi pada 2
Mei 1997 dengan pelajarnya seramai 350 orang. Datuk Dr. Ashari Che Mat telah
dilantik sebagai Naib Canselor Pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin
(kini bergelar Dato’) sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik. Mereka dibantu
oleh Encik Sayuti Sahlan, Encik Yusof Semahil dan Encik Rusley Taib untuk
membangunkan UPSI dalam serba kekurangan.

Berbekalkan enam orang kakitangan pentadbiran


dan 29 orang tenaga akademik yang
kebanyakannya dipinjamkan dari pelbagai agensi
Kementerian Pendidikan Malaysia, UPSI mengorak
langkah ke gelanggang pendidikan dengan
semangat dan cita-cita murni. Ternyata, tidak
mudah bagi UPSI menarik nafas lega, kerana
terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Kekentalan semangat dan iltizam beserta
dorongan Kementerian Pendidikan, UPSI menapak
langkah demi langkah membina kekuatan diri
berdiri atas kemampuan sendiri yang akhirnya
berjaya menempatkan dirinya seiring dengan
perkembangan institusi pengajian tinggi yang lain
waktu ini.
Pada awal penubuhannya, terdapat hanya
empat buah fakulti yang menawarkan sepuluh
program pengajian. Fakulti-fakulti tersebut
adalah Fakulti Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan
Kesenian, Fakulti Sains dan Teknologi, dan
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia. Jumlah program pengajian bertambah
dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, dua buah
fakulti baharu ditubuhkan, iaitu Fakulti
Perniagaan dan Ekonomi dan Fakulti Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, menjadikan jumlah
fakulti sehingga itu enam buah dengan jumlah
19 kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana
muda. Peningkatan ini menggambarkan
perubahan besar yang dilakukan bagi
menampung keperluan akademik dan jumlah
pelajar yang kian bertambah.
Sehingga kini, sebanyak sembilan buah fakulti
sudah ditubuhkan dan fakulti tersebut adalah
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
(FPPM), Fakulti Sains dan Matematik (FSMT),
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti
Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Fakulti
Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Fakulti
Bahasa dan Komunikasi (FBK), Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan (FSK), Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (FPTV), dan Fakulti Seni,
Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). UPSI juga
sudah mempunyai 54 program pengajian ( 7
Program Diploma, 35 Program Sarjana Muda
Pendidikan, 4 Program Sarjana Muda Dengan
Pendidikan, dan 8 Program Ijazah Sarjana Muda).
Selain itu, Institut Pengajian Siswazah (IPS)
menawarkan 173 Program Pengajian (103 Program
Sarjana dan 70 Program Doktor Falsafah).
KAMPUS KAMPUS
SULTAN SULTAN
AZLAN SHAH ABDUL JALIL
Kampus Sultan Azlan Shah telah dirancang
bermula sejak Rancangan Malaysia Ke-8 lagi.
SHAH
Dengan adanya kampus baru ini, infrastruktur
pengajaran dan pembelajaran di UPSI dapat Majlis Pecah Tanah Kampus Sultan
dipertingkatkan ke tahap yang lebih sempurna Azlan Shah telah disempurnakan
sejajar dengan kehendak kerajaan bagi oleh DYMM Paduka Seri Sultan
memperkasa dan meningkatkan mutu Perak Sultan Azlan Muhibbuddin
pendidikan institut pengajian tinggi awam. Shah pada 22 April 2002. Dalam
Kampus ini terletak berdekatan kira-kira 8 km titah perasmiannya baginda telah
dari kampus sedia ada iaitu Kampus Sultan mengumumkan nama kampus
Abdul Jalil Shah. Tapak yang bertempat di utama UPSI sebagai Kampus Sultan
Bandar Baru Proton City ini akan memberikan Abdul Jalil Shah yang lokasinya di
satu impak pembangunan kepada kawasan Tanjung Malim manakala untuk
sekitar terutamanya kepada bandar Proton kampus baru di Proton City diberi
City. Kampus yang berdekatan dengan Pusat nama Kampus Sultan Azlan Shah.
Komersial Bandar Proton dan Kilang Proton ini
juga lengkap dengan kawasan berlatar
belakangkan kehijauan Banjaran Titiwangsa
yang segar dan mengasyikkan
UPSI 100 TAHUN

UPSI 100 tahun merupakan tema UPSI bersempena dengan tarikh awal
penubuhannya dari 29 November tahun 1922 sehingga November 2020. Tema ini
diwujudkan bertepatan dengan usia institusi ini tertubuh. UPSI merupakan antara
institusi yang tertua di Malaysia.

LOGO UPSI 100 TAHUN


Bangunan Suluh Budiman
Logo UPSI berwarna keemasan
dalam angka 100 berwarna
diletakkan di dalam angka 100
keemasan melambangkan
bagi memaparkan legasi SITC,
bangunan ini kekal utuh sejak
MPSI, IPSIm UPSI selama 100
era SITC. Bangunan ini telah
tahun yang masyur dalam
digazetkan sebagai Bangunan
membina kebitaraan pendidikan
Warisan Kebangsaan pada 14
negara.
Februari 2009 di bawah akta
Warisan Kebangsaan 2005
justeru menjadi salah satu
simbolik kemegahan UPSI.
Garisan lengkung di bawah angka Warna emas cerah melambangkan
100 tahun melambangkan kegemilangan, kekayaan ilmu dan
gelombang peredaran zaman kemasyhuran pendidikan manakala
kegemilangan UPSI. Perubahan ini warna emas gelap melambangkan
dimulakan dengan SITC, MPSI, IPSI, daya saing, keyakinan, kerjasama
UPSI selain meletakkan angka 1922- sepasukan dan evolusi pendidikan
2022 sebagai bukti era kewujudan yang berterusan.
UPSI hingga kini.
100 TAHUN WARISAN
Melangkah masuk ke dalam bangunan yang berunsur seni bina Belanda ala Gothic ini,
dengan memijak lantai-lantai papan, terkenang bahawa di situ dahulu ketika di bawah
penjajahan Inggeris, lahir guru-guru Melayu yang bukan sekadar menjadi kakitangan
kerajaan. Bangunan Suluh Budiman yang kini di naik taraf sebagai Muzium Pendidikan
Nasional (MPN) mempunyai 21 galeri kekal yang berperanan dalam menyumbang
pembangunan negara dan bangsa. Galeri ni akan membawa anda memahami susur
galur pendidikan di Tanah Melayu sehinggalah sekarang termasuk mengenali tokoh-
tokoh yang cukup signifikan peranannya dalam lapangan dunia pendidikan Negara.
Bangunan Suluh Budiman ini telah digazetkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan
2005 sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009 dan semua kerja-
kerja baik pulih dan konservasi ke atas bangunan ini perlu mendapat kebenaran dan
dipantau oleh Jabatan Warisan Negara.

100 TAHUN PENDIDIKAN

Legasi SITC – MPSI – IPSI – UPSI mendidik guru dan guru-guru kami mendidik
masyarakat. Pencapaian yang besar kepada kami apabila melihat Anak Kandung Suluh
Budiman menggapai kejayaan dan anak didik mereka mencipta pencapaian yang lebih
besar.
Kami sedaya upaya melahirkan graduan berfikiran kritis, inovatif, pintar, dan
mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi. Sedari dahulu kami berusaha
menerapkan kemahiran asas abad ke-21 dan mengintegrasikannya ke dalam kurikulum
akademik bagi mempersiapkan graduan kami untuk berjaya mendapatkan tempat
dalam tenaga kerja global yang semakin kompetitif.
100 tahun SITC – MPSI – IPSI – UPSI, memberi peluang kepada seluruh lapisan
masyarakat dan rakyat Malaysia untuk merenungkan sejarah, meraikan pencapaian
pendidikan kami sekarang dan membayangkan masa depan UPSI untuk generasi yang
akan datang.
GAMBAR LAMPIRAN

LOGO UPSI

KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH


KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH

You might also like