You are on page 1of 5

KENYATAAN MEDIA

YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN


MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu


pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah
dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh


(holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat
komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan


bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai
berasaskan peperiksaan semata-mata.

Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS
dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi
pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah
pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi
persekolahan tahun 2012.

Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat


keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula
pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan
dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam
sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka,
manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama
pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui
PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang
ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan
mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam
penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif
dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan
dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru
untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input
kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-


kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan
pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang


menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor
dan pernyataan evidens yang banyak.

Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan


menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan


berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan
pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka
sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian
masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan
perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang
demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan
evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu
kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak


mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian
dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun
atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN 2

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail


Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM
dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan
pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS


(SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan
memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah


dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan
kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem
komputer berpusat.
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan
pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid
menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh
merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di


Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini
bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang
akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan
dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis
dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics,
Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina,
Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata
pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan
pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali
(practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case
study).

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor
terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan
peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh
pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik
oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan
dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh


beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan
satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah
berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan
prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah
antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah
yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan


kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama
Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik
(SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-
sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan
pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan
minat mereka.

LAMPIRAN 5

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan


dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan
taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada
pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat
melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan
latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan
mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain
daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan
kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

You might also like