You are on page 1of 3

Format Laporan Amali

Setiap laporan amali hendaklah mempunyai maklumatmaklumat yang mengikut aturan berikut.
1. Kulit Luar
Bahagian ini mengandungi maklumat-maklumat:
1. Tajuk amali
2. Nama ahli kumpulan
3. Jabatan dan Fakulti
4. Tarikh
2. Pengenalan
Bahagian ini perlu mengandungi penerangan (teori,
fakta) tentang amali yang dijalankan.
3. Tujuan.
Nyatakan tujuan anda melakukan amali ini.
4. Pengumpulan data
Bahagian ini mengandungi maklumat- maklumat
seperti:
1. Persediaan untuk menjalankan amali
2. Alatan yang diperlukan
3. Tarikh dan masa amali
4. Kaedah atau langkah-langkah yang dijalankan
untuk menjalankan amali
5. Keputusan
Berikan keputusan mengikut keperluan dan kesesuaian
amali.
Contoh: Jadual, graf dan sebagainya.
Berikan penerangan terhadap jadual atau graf yang
disertakan.
6. Perbincangan
Lakukan perbincangan berdasarkan keputusan yang
anda dapati. Tambahan perbincangan bergantung
kepada usaha kumpulan anda, tetapi perlu relevan

dengan amali yang dijalankan. Akhiri perbincangan


anda dengan cadangan untuk memperbaiki kaedah
anda menjalankan amali dan/atau cadangan untuk
memperbaiki teknik yang dianalisa.
7. Bibliograf
Nyatakan rujukan yang anda gunakan dalam laporan
anda mengikut format penulisan American
Psychological Association (APA).

Contoh:
Pengarang

Tahun terbit

Tajuk artikel

Boileau, R. A., & Lohman, T. G. (1977). The


measurement of human physique & its effect on
physical performance. Orthopedic Clinics of North
America, 8, 563 - 581.
Tajuk journal

Bilangan Volume

Muka surat

8. Refleksi
Bahagian ini menerangkan pengalaman anda
menjalankan amali. Berikan maklumat tentang peranan
setiap ahli kumpulan semasa melakukan amali.
Nyatakan sejauh mana amali tersebut dapat membantu
anda memahami konsep yang anda di pelajari semasa
kuliah. Nyatakan juga cadangan untuk memperbaiki
perjalanan amali dari segi organisasi, penggunaan alat
dan sebagainya.

9. Lampiran
Anda juga boleh menyertakan bahan-bahan lain yang
sesuai sebagai lampiran (cth: gambar dll).

You might also like