You are on page 1of 5

PANDUAN PENULISAN PROPOSAL

CADANGAN KANDUNGAN : PROPOSAL LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1


PENENTUAN TAJUK
} Dihasilkan daripada masalah/ isu yang dihadapi.
} Maksimum dalam 12 perkataan sebaik-baiknya.
} Contoh : Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah di dalam penulisan Bahasa
Inggeris menggunakan little book technique.
} Meningkatkan/ mengembangkan/ menambah ....... Di dalam ....(Nyatakan pendekatan/
aktiviti/ program dll).
PANDUAN
FORMAT
TINDAKAN IPGM

PENULISAN

KERTAS

CADANGAN

} Nama penyelidik
} Nama institusi
} Isi kandungan
} PENDAHULUAN
} FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN
} OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
} TINJAUAN LITERATUR
} KUMPULAN SASARAN
} PELAKSANAAN KAJIAN
} PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
} SENARAI RUJUKAN
} LAMPIRAN
PENDAHULUAN
} Latar belakang kajian
} Menerangkan berkaitan topik kajian
} Menerangkan hal/ perkara berkaitan tujuan, objektif kajian
} Tujuan kajian

PENYELIDIKAN

a. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu


} Menerangkan masalah yang dihadapi dalam pengajaran.
} Biasanya, penulisan menggunakan perkataan saya.
} Refleksi melalui pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dijalankan untuk
menjelaskan masalah yang dihadapi.
} Refleksi kepada :
Diri sendiri, Kanak-kanak, Persekitaran
Kawan-kawan, isi kandungan, ABM
Pendekatan P & P: strategi, teknik, kaedah,aktiviti
} Nyatakan masalah sebenar/pokok setelah membuat refleksi (tapi belum menjalankan
kajian saintifik-penyelidikan)
FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN
Terdiri daripada 3 bahagian :
a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian
} Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.
} Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.
} Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti senaraikan.
b. Tinjauan masalah
} Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah
saintifik (penyelidikan alat kajian- analisis).
} Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.
} Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
} Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
} Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara
pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)
c. Analisis masalah
} Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)
} Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh

} Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu
keprihatinan). Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.
} Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan penyelidik.
OBJEKTIF KAJIAN
} Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)
} Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)
} Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah dibuktikan
dengan kaedah saintifik/ alat kajian.
} Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik,
pendekatan,aktiviti, program)
} Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang dipilih
(Lihat alat kajian yang digunakan).
} Gunakan perkataan peningkatan,
menghasilkan penulisan..

perkembangan,

mengubah

sikap

pelajar,

SOALAN KAJIAN
} Tuliskan soalan kajian mengikut objektif khusus tetapi ditulis dalam bentuk soalan.
} Gunakan kata soal Contoh:
} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat membantu murid menulis dengan baik?
} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan
betul?
} Adakah aktiviti bermain dengan doh dapat mengembangkan keupayaan menulis huruf
a hingga z?
TINJAUAN LITERATUR
} Bahagian 1 : Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program, dasardasar kerajaan, misi, visi, falsafah pendidikan, KSPK - semua yang berkaitan dengan
soalan-soalan/ objektif kajian
} Bahagian 2 :Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian
} Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat
kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian
} Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan (tepat)
KUMPULAN SASARAN

} Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut:


} bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.
PELAKSANAAN KAJIAN
Menerangkan pelaksanaan kajian yang dijalankan untuk menyelesaikan masalah iaitu
langkah-langkah penyelesaian masalah, cara mengumpul data (alat kajian yang digunakan
untuk mendapatkan data bagi membuktikan tindakan/ intervensi yang dipilih telah berjaya)
dan cara untuk menganalisis data yang diperoleh selepas menjalankan tindakan.
Terdiri daripada 3 bahagian :
1.
2.
3.

Perancangan langkah-langkah tindakan


Perancangan cara mengumpul data
Perancangan cara menganalisis data

a Perancangan langkah-langkah tindakan


} Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.
} Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.
} Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan
aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan. Hampir sama dengan penulisan RPH.
} Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan tindakan/
intervensi.
b Perancangan cara mengumpul data
} Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.
} Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
} Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh membuat
triangulasi. Tujuannya untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan
data yang diperoleh.
} Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.
} Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian
c Perancangan cara menganalisis data
} Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
} (Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).
} *Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh pemerhatian, analisis
dokumen, temu bual, soal selidik dll.

} *Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu
keprihatinan).
} *Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) Rumusan
penyelidik.
*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan. Perlu diberi perhatian untuk
penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan (sem 8)
PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
a. JADUAL PELAKSANAAN KT
Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan.
i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh)
ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal 5 hari
iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian 1 hari
iv. Merancang tindakan 3 hari
v. Melaksanakan tindakan 8 hari
vi. Menganalisis tindakan 2 hari
vii. Membuat refleksi 1 hari
viii. Menulis laporan kajian 10 hari
ix. Pembentangan dapatan kajian 2 hari
b.
KOS KAJIAN
} Sediakan dalam bentuk jadual:
Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan
} Pengangkutan
} Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian
PENULISAN RUJUKAN
} Sila rujuk cara menulis mengikut sistem APA:
Jurnal
Buku
Buku dalam buku
Topik dalam buku
ERIC document
Jurnal online
Tesis, Laporan
Seminar, prosiding
dll

You might also like