You are on page 1of 30

SistemSuria terdiri daripada Matahari, 9

buah planet, asteroid, komet, meteor dan


meteoroit.

Matahari adalah pusat Sistem Suria dan


jasad-jasad yang lain dalam Sistem Suria
beredar mengelilingi Matahari.
Matahari adalah jasad yang terbesar dalam Sistem
Suria. Matahari mengandungi lebih daripada 99 %
jumlah jirim dalam Sistem Suria.

Matahari terletak pada pusat Sistem Suria dan semua


jasad dalam Sistem Suria beredar mengelilinginya.

Matahari bukan satu sfera pejal. Matahari


dibentukkan oleh gas-gas yang amat panas, hampir
semuanya hidrogen dan helium.
Permukaan Matahari mempunyai tompok-tompok
hitam.Tompok hitam adalah kawasan yang lebih sejuk. Di
sekeliling tompok hitam, terdapat letusan gas yang disebut
nyal suria. Nyala suria berlaku secara tiba-tiba dan hanya
kekal selama beberapa minit.

Adakala Matahari juga menghasilkan pancutan gas yang


boleh mencapai jarak beribu-ribu kilometer. Pancutan gas
ini disebut prominen.

Matahari membekalkan haba dan cahaya iaitu keperluan


asas bagi hidupan di Bumi. Cahaya Matahari amat penting
kepada hidupan kerana cahaya Matahari memberikan
tenaga kepada tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan.
Planet ialah nama yang diberikan kepada
jasad besar berbentuk sfera yang
beredar mengelilingi Matahari.

Terdapat sembilan planet dalam Sistem


Suria.
Utarid ialah planet yang paling dekat
dengan Matahari dan merupakan planet
yang kelapan besar dalam Sistem Suria.

Diameter Utarid adalah 4 870 km.

Permukaan Utarid adalah amat panas dan


mempunyai banyak kawah seperti
permukaan Bulan. Suhu pada tengah hari
adalah 420 C dan suhu pada tengah
malam boleh mencapai 180 C iaitu
180 C di bawah takat beku ais.

Utarid tidak mempunyai atmosfera dan


tiada Bulan.
Zuhrah adalah planet yang kedua dari
Matahari dan merupakan planet yang
keenam besar dalam Sistem Suria.

Diameternya berukuran 12 100 km.

Permukaan Zuhrah tidak dapat dilihat


dari Bumi kerana diseliputi awan-awan
yang tebal.

Lapisan tebal atmosfera Zuhrah


merangkap haba daripada cahaya
Matahari dan menjadikan suhu
permukaan Zuhrah paling panas dalam
Sistem Suria.

Suhu di permukaan Zuhrah adalah di


antara 430 C dan 480 C.

Atmosfera zuhrah adalah terdiri daripada


karbon dioksida dan titisan-titisan asid
sulfurik.

Zuhrah tidak mempunyai Bulan.


Bimi ialah planet yang ketiga dari
Matahari dan merupakan planet yang
kelima besar dalam Sistem Suria.

Bumi dibentukkan kira-kira 4.5 hingga


4.6 bilion tahun dahulu.

Bumi kita ialah planet tunggal di


Sistem Suria yang menyokong
kehidupan dan mempunyai air dalam
bentuk cecair pada permukaannya.

Bumi mempunyai satu Bulan.

Bulan adalah objek tunggal di luar


Bumi yang pernah didarati oleh
manusia

Atmosfera Bumi terdiri daripada 78 %


nitrogen dan 21 % oksigen serta
sedikit karbon dioksida, argon dan air.
Marikh ialah planet yang keempat dari
Matahari dan merupakan planet yang ke
tujuh besar dalam Sistem Suria.

Diameternya lebih kurang 6 670 km.

Marikh kelihatan merah kerana


permukaannya mengandungi banyak
karatan besi.

Marikh mempunyai polar putih pada


kedua-dua kutubnya yang dibentukkan
oleh karbon dioksida pejal.

Atmosfera Marikh amat nipis dan terdiri


daripada karbon dioksida dan sedikit
nitrogen.

Marikh mempunyai dua Bulan yang


dinamakan Phobos dan Deimos.
Musytari ialah planet yang kelima
dari Matahari dan merupakan
planet yang terbesar dalam Sistem
Suria.

Diameter planet ini adalah lebih


kurang 14 300 km.

Musytari tiada permukaan pejal.

Musytari dibentukkan daripada gas


hidrogen dan helium.

Atmosfera luar Musytari


mempunyai jalur-jalur berwarna
dan satu tompok merah besar
( tiga kali saiz Bumi).

Musytari mempunyai 16 Bulan.


Zuhal ialah planet yang keenam dari
Matahari dan merupakan planet yang
kedua besar dalam Sistem Suria.

Diameternya berukuran 120 400 km.

Zuhal mempunyai lingkaran-lingkaran


lebar dan cerah mengelilinginya yang
terbentuk daripada ketulan-ketulan ais.

Permukaan Zuhal dibentukkan daripada


gas hidrogen dan helium.

Atmosfera Zuhal terdiri daripada gas


hidrogen , helium dan sedikit metana.

Planet yang berwarna kuning ini


mempunyai banyak Bulan ( sekurang-
kurangnya lebih daripada 23 Bulan).
Uranus ialah planet yang
ketujuh dari Matahari dan
merupakan planet yang ketiga
besar dalam Sistem Suria.

Planet yang berwarna biru hijau


ini mempunyai 15 Bulan.

Planet Uranus mempunyai


sekurang-kurangnya 24 satelit-
satelit. Dua daripada mereka
yang terbesar sekali dikenali
sebagai Titania dan Oberon. Ia
dikelilingi oleh beberapa
gegelang halus yang terdiri
daripada ais bergaris-pusat
beberapa meter, yang gelap dan
tidak begitu berkilat.
Neptun ialah planet yang
kelapan dari Matahari dan
merupakan planet yang
keempat besar dalam
Sistem Suria.

Atmosfera Neptun terdiri


daripada gas
hidrogen, helium dan
metana.

Planet yang berwarna biru


ini mempunyai 8 Bulan.
Pluto ialah planet yang
paling jauh dari Matahari
dan merupakan planet yang
paling kecil dalam Sistem
Suria.

Pluto mempunyai 1 Bulan.

Pluto ditemukan oleh Clyde


William Tombaugh, seorang
astronom muda di
Observatorium Lowell, pada
18 Februari 1930
Asteroid adalah batu atau
logam yang beredar
mengelilingi Matahari dalam
satu jalur di antara Marikh
dan Musytari.

Ada lebih kurang 100 000


asteroid dalam Sistem Suria.

Asteroid mempunyai
pelbagai bentuk dan saiz.

253 Mathilde, asteroid jenis-C berukuran 50 km . Gambar Asteroid yang terbesar ialah
diambil pada 1997 oleh prob NEAR Shoemaker Ceres yang mempunyai
diameter 1000 km.
Meteor boleh dilihat dari Bumi sebagai
tahi bintang pada waktu malam.

Sebenarnya tahi bintang adalah sebutir


batuan kecil dari angkasa lepas yang
sedang jatuh ke Bumi.

Geseran antara meteor dan atmosfera


Bumi menyebabkan meteor itu berbara
dan kelihatan sebagai satu coret
cahaya.

Satu meteor yang besar tidak


dihapuskan dalam lintasannya melalui
atmosfera Bumi dan dapat sampai ke
permukaan Bumi. Meteor yang sampai
ke Bumi disebut meteorit.

Satu meteor besar yang menghempas


Bumi boleh menghasilkan kawah yang
besar pada permukaan Bumi. Meteorit adalah meteor-meteor yang sampai ke
permukaan Bumi
Komet adalah ketulan ais dan
debu yang beredar mengelilingi
Matahari.

Apabila suatu komet


menghampiri Matahari, komet
dipanaskan lalu melepaskan gas
dan debu.

Pantulan cahaya Matahari


daripada gas dan debu itu
kelihatan sebagi ekor komet.

Sebuah komet Ekor sebuah komet sentiasa


menghala menjauhi Matahari.
Matahari berusia 5 bilion tahun.Jisimnya 332 000 kali
jisim Bumi.Diameternya 1.4 juta km. Suhu
permukaannya 6000 C. Matahari adalah 150 juta km
dari bumi.

Semua planet dalam Sistem Suria tidak memancarkan


cahaya sendiri. Planet-planet kelihatan bersinar kerana
memantulkan cahaya dari Matahari.

Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun dinamakan


Raksaksa Bergas kerana keempat-empat planet itu
amat besar dan dibentukkan oleh gas terutamanya gas
hidrogen dan helium.
Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi Bumi.

Kuar angkasa yang dihantar ke planet Zuhrah harus


boleh tahan suhu sehingga 500 C iaitu suhu yang
boleh meleburkan timah.

Bulan Mac diterbitkan daripada Marikh.

Uranus pertama kali ditemui oleh William Herschel


pada 13 Mac 1781.
Kewujudan Neptun diramalkan oleh ahli-ahli astronomi
sebelum planet ini ditemui pada 23 September 1846.

Pluto adalah lebih kecil daripada bulan kita.

Dari manakah datangnya meteor-meteorit ? Kebanyakan


meteorit dipercayai berasal daripada asteroid. Ada juga
beberapa meteorit yang berpunca daripada komet.

Komet yang paling terkenal ialah Komet Hally. Komet ini


boleh dilihat dari Bumi sekali setiap 76 tahun.
Semua planet dalam Sistem Suria beredar
mengelilingi Matahari dalam arah yang sama dan
pada waktu yang sama berputar pada paksi
masing-masing dalam arah yang sama.

Bumi mengambil masa satu tahun untuk membuat


satu pusingan yang lengkap mengelilingi Matahari.

Peredaran Bumi mengelilingi Matahari


menyebabkan kejadian 4 musim ( Musim
Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim
Sejuk).
Bumi mengambil masa satu hari untuk membuat
satu putaran lengkap pada paksinya.

Putaran bumi pada paksinya menyebabkan


kejadian siang dan malam.
Jarak Bumi dari Matahari 150 juta km
Tempoh setahun 365 hari
Tempoh sehari 24 jam
Diameter Bumi 12 760 km
Suhu purata di permukaan Bumi 22 C
Planet Terdiri Jarak dari Bilangan Lingkaran
daripada Matahari Bulan
(km)
UTARID Batuan 58 juta 0 Tiada
ZUHRAH Batuan 108 juta 0 Tiada
BUMI Batuan 150 juta 1 Tiada
MARIKH Batuan 228 juta 2 Tiada
MUSYTARI Cecair dan 778 juta 16 Ada
gas
ZUHAL Cecair dan 1427 juta 18 Ada
gas
URANUS Cecair dan 2800 juta 15 Ada
gas
NEPTUN Gas beku 4500 juta 8 Ada
PLUTO Batuan dan 5900 juta 1 Tiada
ais
TAHUN NAMA KUAR ANGKASA PENCAPAIAN
1965 Mariner 4 dari Amerika Melalui Marikh
Syarikat
1971 Mariner 9 dari Amerika Mengelilingi Marikh
Syarikat untuk kali yang
pertama. Mengambil
banyak gambar foto.
1976 Vikings 1 & 2 dari Pendaratan pertama di
Amerika Syarikat marikh. Mengumpul
banyak data dan
gambar foto.
TAHUN NAMA KUAR ANGKASA PENCAPAIAN
1973 Pioneer 10 Melalui Musytari untuk
kali pertama
1974 Pioneer 11 Melalui sahaja
Mac 1974 Voyager 1 Terbang berdekatan
Musytari untuk
mengambil gambar
foto planet itu dan 5
Bulannya.
Julai 1979 Voyager 2 Sama dengan Voyager
1
TAHUN NAMA KUAR ANGKASA PENCAPAIAN
1979 Pioneer 11 Melalui Zuhal untuk
kali yang pertama.
1980 Voyager 1 Terbang berdekatan
planet untuk
mengambil gambar
foto planet,lingkaran
dan Bulan.
1981 Voyager 2 Sama dengan Voyager
1

You might also like