You are on page 1of 14

SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA SUBMODUL 3
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS
Tajuk
SEKOLAH RENDAH DI BAWAH DASAR MBMMBI 2015
/Topik KEMAHIRAN PROSES SAINS

Masa 4 Jam

Personel Penceramah
/A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:


1. Mengenal pasti kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor,
meramal, menginferens dan berkomunikasi.
2. Mengaplikasi kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor,
meramal, menginferens dan berkomunikasi.
3. Memperihalkan kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor,
meramal, menginferens dan berkomunikasi.
4. Menganalisis maklumat dan mempersembahkan dalam bentuk peta pemikiran.

B. Kandungan Pengajaran

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS


1. Memerhati
- Menggunakan lima deria secara berkesan
- Mengenalpasti butiran relevan bagi daun dan persekitarannya
- Bezakan kesamaan dan perbezaan
- Kenalpasti ciri-ciri unik yang ada pada daun
- Menggunakan alat untuk meningkatkan keupayaan deria

2. Mengelas
- Kenalpasti ciri-ciri am bagi objek
- Asingkan objek-objek dengan ciri yang sama ke dalam kumpulan yang sama
- Kenalpasti dan tuliskan ciri tersebut

18
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

- Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga hanya terdapat satu objek dalam setiap kumpulan.

3. Mengukur dan menggunakan nombor


- Kepentingan pengukuran dengan alatan dan unit piawai
- Bagaimana mengukur dengan cara dan teknik yang betul

4. Menginferens
- Menganalisis secara kritis
- Mengenalpasti idea utama menggunakan maklumat daripada situasi lain

5. Meramal
- Kepentingan meramal
- Bagaimana membuat ramalan?

6. Berkomunikasi
- Pelbagai alat komunikasi: tafsiran graf, carta, rajah, lisan, laporan bertulis,
perbincangan, jadual dan lain-lain

C. Kaedah / strategi
Kandungan Strategi/Proses Masa Peranan Bahan
Pengenalan

Pengenalpastian Melakukan dua


KPS dan KMS aktiviti penyiasatan 15 minit Arahan aktiviti

melalui aktiviti di bilik sains sekolah diedarkan kepada

penyiasatan 60 minit kumpulan peserta.

Perincian kemahiran
saintifik Kumpulan peserta

(Sila rujuk nota melakukan aktiviti

pembelajaran) 15 penyiasatan di bilik


minit sains sekolah.

Kumpulan peserta
menyimpan radas
dan mengemas bilik
sains.

19
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Kertas A4
Perbincangan Merumus Dapatan 60 minit Kumpulan
data daripada peserta
aktiviti penyiasatan berbincang
untuk
mendapatkan
Pembentangan 30 rumusan data.
dapatan dan Minit
rumusan Kumpulan
peserta
membentangka
Tayangan slaid KPS 50 n hasil dapatan
dan KMS minit
Peserta
membandingka
n dapatan
dengan KPS
dan KMS
sebenar

Rumusan Peserta 10 minit Persem


membandingbeza bahan
diantara adab dan power
etika. point

D. Bahan Pengajaran
1. LCD, Laptop
2. Hands on

E. Alatan
1. LCD, Laptop

20
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

E. Penilaian
1. Hasil perbincangan

F. Rumusan / Refleksi

NOTA KEMAHIRAN PROSES SAINS TAHAP 1

KPS 1 : MEMERHATI

1.Contoh :
Memerhatikan Spesimen : Daun
Anda memerhati apabila anda
1. Menggunakan lima deria secara berkesan
2. Mengenalpasti butiran relevan bagi daun dan persekitarannya
3. Bezakan kesamaan dan perbezaan

21
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

4. Kenalpasti ciri-ciri unik yang ada pada daun


5. Menggunakan alat untuk meningkatkan keupayaan deria
Apakah yang dimaksudkan dengan memerhati ?
Untuk mengumpul maklumat/ data sebanyak mungkin mengenai objek atau fenomena.

2.Bagaimana anda memerhati ?


1. Memberi fokus terhadap objek atau fenomena yang hendak dikaji.
2. Mengenal pasti ciri-ciri.
Apabila memerhati sesuatu objek atau fenomena, bermaksud kita sedang meneroka ciri-
ciri fizikal objek atau fenomena. Ciri-ciri bagi ialah warna, tekstur, bau, bentuk, berat,
isipadu atau suhu. Kadang-kadang objek itu menghasilkan bunyi bila dimanipulasikan.
3. Bandingkan objek atau fenomena
- Objek yang berlainan akan mempunyai ciri yang membezakannya dari objek lain.
- Pemerhatian melibatkan mengenalpasti dan menghuraikan ciri-ciri secara kuantitatif
dan kualitatif.
- Jika berlaku perubahan, perhatikan perubahan fizikal dan kimia yang berlaku
sebelum, semasa dan selepas perubahan.
4. Alatan yang sesuai boleh digunakan untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih
terperinci ( contoh : pembaris, penimbang, silinder penyukat, kanta pembesar dan bikar)

KPS 2 : MENGELAS

1.Contoh
Spesimen : Daun
Apakah yang dimaksudkan dengan mengelas ?
Mengumpul objek ke dalam sesuatu kumpulan berdasarkan ciri-ciri tertentu

22
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

2.Bagaimana anda mengelas ?


1. Kenalpasti ciri-ciri am bagi objek.
2. Asingkan objek-objek dengan ciri yang sama ke dalam kumpulan yang sama.
3. Kenalpasti dan tuliskan ciri tersebut.
4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga hanya terdapat satu objek dalam setiap kumpulan.

3.Mengelas objek
Pengelasan boleh dilakukan dengan menggunakan sistem pengelasan binari yang
mana objek dibahagikan kepada dua subset berdasarkan ciri yang dipunyai dan ciri
yang tidak dipunyai oleh objek.
Untuk membina sistem binari, kita perlu mengenalpasti ciri umum yang ditunjukkan oleh
objek dan seterusnya dibahagikan kepada kumpulan pertama dan kumpulan kedua iaitu
yang tidak mempunyai ciri dan yang mempunyai ciri.

KPS 3 : MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

Mengukur dan menggunakan nombor adalah proses memerhati secara kuantitatif


menggunakan alatan piawai atau alat pengukuran yang dipiawaikan sebagai unit-unit rujukan.
Alatan piawai- alat-alat yang dihasilkan seperti pembaris, pita pengukur, selinder penyukat (alat
yang diterima secara universal).
STANDARDISED TOOLS (alatan yang dipiawaikan) adalah alatan yang boleh digunakan
untuk mengukur kuantiti objek menggunakan unit yang tidak diterima secara universal seperti
cawan, sudu dan sebagainya.Pengukuran melibatkan proses membuat pemerhatian kuantitatif

23
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

dengan membandingkan dengan sesuatu unit piawai seperti sentimeter, inci, gram, liter dan
sebagainya.
Pelajar membuat pemerhatian kuantitatif dengan membandingkan unit piawai dengan bukan
piawai. Mereka akan berupaya menerangkan perhubungan antara objek dengan menggunakan
graf, carta. Diagram dan jadual. Radas seperti termometer, jam, pembaris dan
sebagainya.digunakan untuk membuat pengukuran. Kita perlu mengukur dan menggunakan
nombor-nombor untuk mendapatkan pengukuran yang lebih tepat seperti indeks jisim badan
kita.
Bagaimana kita mengukur dan menggunakan nombor?
1. Kenalpasti pengukuran yang diperlukan, sebagai contoh diameter satu tabung uji.
2. Spesifikkan instrumen untuk digunakan. Yang manakah yang lebih tepat? Pembaris
meter, angkup vernier atau tolok skrew mikrometer?
3. Bandingkan bacaan daripada setiap alat.
4. Yang manakah alat yang anda rasakan memberi bacaan yang paling tepat.

Pengukuran secara metrik


Sistem metrik ialah sistem unit antarabangsa yang dikenali sebagai SI. Metrik berasal daripada
unit asas panjang iaitu meter.
Mengukur panjang metrik meter ialah unit asas untuk mengukut panjang (m).
Jarak yang melebihi beberapa meter boleh diukur menggunakan pita pengukur dalam
unit meter, centimeter dan milimeter. Satu kilometer bersamaan dengan 1000 meter (m)
Mengukur jisim metrik - unit asas bagi jisim ialah gram (g). Kilogram ialah unit yang
digunakan untuk menyukat jisim yang lebih besar, manakala jisim yang sangat besar
disukat menggunakan tan metrik ( 1 tan = 1000 kg). Jisim yang kurang daripada satu
gram disukat menggunakan milligram (mg).

KPS 4 : MERAMAL
Kemahiran yang penting adalah membuat ramalan. Membuat ramalan adalah proses yang
menggunakan pemerhatian yang lampau atau data bersama pengetahuan sains untuk meramal
peristiwa atau hubungan. Ianya adalah membentuk idea mengenai jangkaan hasil apa yang
akan berlaku berdasarkan pengetahuan kini dan kefahaman ,pemerhatian dan inferen.Suatu
kenyataan yang tidak berdasarkan pemerhatian adalah bukan ramalan.Ia hanyalah tekaan.Ia
boleh di klassifikasikan kepada :

24
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

a) Intrapolasi adalah ramalan data yang baru berdasarkan kepada tren atau corak yang
diperhatikan dari data lampau yang diperhatikan.
b) Extrapolasi adalah ramalan data baru diluar atau menjangkau julat data yang diperolehi
sebelum ini.
Membuat ramalan adalah tekaan yang bijak terhadap apa yang akan berlaku.Ia perlu diikuti
dengan menulis atau penerangan secara lisan untuk mengkelaskan idea dan mendedahkan
sebarang miskonsepsi atau maklumat yang hilang. Anda mungkin boleh bertanya apa yang
akan berlaku?, kenapa anda berfikir itu berlaku? , adakah cara anda boleh mencari
penyelesaian? Membuat ramalan mempunyai hubungan yang rapat dengan
pemerhatian,membuat inferen dan pengkelasan. Membuat ramalan adalah berdasarkan kepada
pemerhatian yang teliti dan inferen yang dibuat terhadap hubungan diantara peristiwa yang
diperhatikan.Inferen adalah penerangan atau interpretasi yang dibuat daripada
pemerhatian.Pengkelasan digunakan apabila kita hendak mengenalpasti persamaan atau
perbezaan terhadap objek atau peristiwa.
Kita memahami persekitaran disekiling kita dengan cara pemerhatian perkara yang berlaku dan
kemudian membuat interpretasi dan membuat penjelasan.Kita selalunya boleh mengesan corak
dari apa yang diperhatikan.
Kerapkali kita boleh membuat ramalan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Contoh-contoh membuat ramalan adalah:
Saya melihat hari hujan dan matahari muncul. Mungkin akan ada pelangi.
Jika saya melepaskan kedua-dua bola pada masa yang sama, mungkin ia akan jatuh ke
tanah pada waktu yang sama.

Setiap pernyataan ramalan adalah berdasarkan pemerhatian dan corak yang diperkembangkan
daripada pemerhatian yang lampau. Bagaimana kita menerangkan dan membuat interpretasi
apa yang kita perhatikan memberkan kesan kepada bagaimana kita membuat ramalan. Menguji
ramalan kita akan menjuruskan kita untuk melakukan lebih banyak pemerhatian yang akan
menyokong atau tidak menyokong ramalan yang asal. Apabila pemerhatian yang baru
konsisten dengan corak pemerhatian yang diramal maka kita mempunyai keyakinan dalam
ramalan kita. Walaubagaimanapun jika pemerhatian yang baru tidak menyokong ramalan awal
kita,maka kita mungkin akan menolak atau menilai semula pemerhatian kita. Pemerhatian yang
baru akan mengarahkan kepada inferens dan ramalan yang baru.

25
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Di bawah menunjukkan peta bagi kemahiran membuat ramalan:

MERAMAL

MEMERHATI INFERENS

Selagi data yang baru (pemerhatian) dikumpul,teori (inferens) dicadangkan untuk menerangkan
apa yang telah diperhatikan dan meramal tentang perkara yang belum diperhatikan. Sesuatu
teori hanya dapat diterima dalam sains ianya perlu memenuhi tiga lapisan ujian.
Boleh menerangkan apa yang telah diperhatikan
Boleh meramal apa yang belum diperhatikan
Boleh diuji dengan melakukan pemerhatian selanjutnya dan diubahsuai
mengikut keperluan data yang baru.

Anda membuat ramalan jika .


1. Menggunakan bukti yang lampau atau sekarang untuk menyatakan peristiwa yang akan
datang.
2. Boleh membezakan antara membuat ramalan dengan membuat tekaan.
3. Boleh untuk menentukan natijah daripada tindakan yang di ambil.
4. Menggunakan corak data secara eksplisit untuk membuat unjuran.
5. Yakin dengan ketepatan ramalan.
6. Boleh untuk mengesahkan pernyataan yang berkaitan dengan peristiwa masa depan
mempunyai perkaitan dengan bukti atau pengalaman lampau.
7. Berhati-hati dalam membuat andaian mengenai corak atau data yang menjangkau dari
data yang sedia ada.
8. Extrapolasi dan menggunakan data sebagai alat untuk meramal.

KPS 5 : MENGINFERENS

Kita lebih menghargai persekitaran kita jika kita mampu membuat interpretasi dan menerangkan
perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita.Kita belajar untuk mengenal corak dan

26
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

menjangkakan corak itu akan berulang lagi dalam keadaan yang sama. Banyak tingkahlaku kita
adalah berdasarkan inferen yang kita buat mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku. Saintis
membina hipotesis berdasarkan inferen yang dilakukan terhadap sesuatu penyiasatan. Sebagai
guru kita selalu membuat inferen mengenai mengapa murid berkelakuan sedemikan. .

Courtesy of Learning and Assessing Science Process Skills, 1995

Pemerhatian adalah pengalaman yang di perolehi melalui satu atau lebih deria,Membuat
inferen adalah penerangan atau interpretasi sesuatu pemerhatian itu.Proses ini selalunya
dikaitkan dengan pengalaman lampau. Pengalaman yang baru hanya akan membawa
maknajika kita boleh membuat hubungan dengan apa yang telah diketahui.Untuk membuat
inferen bermaksud untuk membuat perkaitan dengan apa yang dilihat secara terus dan apa
yang telah diketahui dari penglaman yang lampau.

MEMBUAT
INFEREN

Apa yang
diperhatikan secara
terus?
Apa yang telah diketahui
dari pengalaman lampau

Sebagai contoh ianya hujan dan anda melihat satu pancaran cahaya yang trrang di luar
jendela.Hampir serta merta selapas pancaran itu anda mendengar bunyi yang kuat. Anda

27
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

kemudian berkata bahawa kilat telah memanah sesuatu tidak jauh dari situ.Ini adalah inferen
anda kepada pemerhatian tentang sinar cahaya dan bunyi bising tersebut. Ianya berdasarkan
pengalamanyang lampau dengan kilat dan guruh yang termasuk pengetahuan tentang tempoh
masa antara cahaya dan bunyi yang boleh mengukur sejauh manakah kilat itu akan berdentum.

Suatu inferens adalah BUKAN tekaan kerana tekaan adalah pendapat yang dibentuk daripada
bukti yang sedikit atau tiada bukti.Bila membuat inferen,adalah penting untuk mengikuti
langkah-langkah berikuts:
Buat seberapa banyak pemerhatian tentang sesuatu objek atau peristiwa
Imbas kembali pengalaman lampau tentang maklumat yang relevan tentang objek atau
peristiwa yang boleh digarapkan dengan apa yang telah diperhatikan.

Nyatakan setiap inferen supaya ianya berbeza dengan pernyataan yang lain.
daripada apa yang diperhatikan saya membuat inferen
bukti mencadangkan . Mungkin telah terjadi
penjelasan yang munasabah dari apa yang saya lihat adalah
daripada apa yang saya perhatikan saya merumuskan

Selalunya apabila sudah membuat inferen daripada suatu set pemerhatian,maklumat baru
mungkin akan timbul dan menyebabkan anda berfikir semula inferen yang asal. Ini kadangkala
akan memperkukuhkan inferen anda.Pada masa yang lain maklumat tambahan mungkin
menyebabkan anda mengubahsuai atau menolak inferen yang anda fikirkan penting pada satu
ketika dulu.Pemerhatian yang baru menjurus kepada pengubahsuaian corak pengalaman untuk
melakukan akodomasi maklumat yang baru.

Anda juga boleh membuat inferen mengenai sesuatu peristiwa.Setiap inferens mestilah
berdasarkan pemerhatian.Oleh yang demikian anda perlulah membuat pemerhatiam yang teliti
dan membuat interpretasi atau menerangkan pemerhatian tersebut.Interpretasi mengenai
pemerhatian ini adalah inferen.

Anda telah membuat inferens jika anda ..


1. Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan yang
munasabah.
2. membuat beberapa interpretasi yang munasabah dari satu pemerhatian.

28
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

3. Boleh mengenalpasti keterbatasan inferen.


4. Menguji ketepatan inferen melalui pemerhatian yang lanjut.
5. Menggunakan inferen sebagai alat untuk menentukan pemerhatian lanjut yang sesuai.

KPS 6 : BERKOMUNIKASI

Berkomunikasi ialah kemahiran menyampaikan maklumat atau idea kepada orang lain sama
ada secara lisan atau berbentuk tulisan. Pelajar-pelajar harus berkomunikasi untuk berkongsi
pemerhatian mereka dengan orang lain. Komunikasi mestilah jelas dan berkesan jika
seseorang itu hendak difahami maklumat yang disampaikan.Komunikasi berkesan
semestinya jelas, tepat dan tidak kabur dan seterusnya mengguna kemahiran yang perlu
dikembang dan diamalkan.

Apa itu berkomunikasi? Berkomunikasi ialah satu proses penerimaan, penyebaran, dan
perkongsian maklumat dan idea. Anda sedang berkomunikasi apabila anda :
1. Bercakap, mendengar atau menulis untuk menyatakan idea atau maksud.
2. Mencatat maklumat daripada penyiasatan atau kajian.
3. Melakar atau mangambil nota.
4. Mengguna atau menjelaskan makna simbol
5. Mengguna carta, graf, dan jadual bagi menyampaikan maklumat.
6. Menyoal dengan jelas.
7. Mengguna rujukan
8. Menulis laporan eksperimen bagi membolehkan orang lain mengulangi eksperimen
tersebut.

Idea berkomunikasi mengguna perkataan deskriptif dimana dua orang mempunyai atau
berkongsi persefahaman. Ada tiga langkah yang menunjukkan anda sedang berkomunikasi
apabila :
1. Mencatat maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber.
2. Menterjemah maklumat kepada bentuk lain seperti carta, graf, dan jadual.
3. Menyebarkan maklumat melalui pelbagai bentuk dan cara.

Kita boleh berkomunikasi dengan berkesan jika kita :

1. Menerangkan hanya apa yang kita perhati (lihat, dengar, bau dan rasa) bukannya
apa yang kita buat inferen atau andaian berkenaan sesuatu objek atau peristiwa.
2. Menjelaskan secara ringkas mengguna bahasa dan istilah yang tepat.

29
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

3. Menyampaikan maklumat dengan betul mengguna banyak pemerhatian kualitatif


seperti yang dikehendaki oleh keadaan.
4. Mengambil kira pandangan dan pengalaman lampau orang yang kita sedang
berkomunikasi.
5. Membuka ruang untuk mendapat maklum balas dari orang yang kita sedang
berkomunikasi supaya dapat menentukan keberkesanan komunikasi kita.
6. Membina penyampaian alternatif jika keadaan memerlukan.

Aktiviti 2 yg mbantu mgembangkn cara berkesan utk bkomunikasi. Murid2 perlu bercakap
dan berbual semasa menjalankan aktiviti sains, membuat catatan dalam buku jurnal, menyusun
data, membanding keputusan dan berkongsi dapatan. Mempelajari mengguna alat komunikasi
boleh membantu kanak-kanak membuat cara yang terbaik bagaimana berkomunikasi bagi
menyampaikan pemerhatian dan idea.

ALAT BERKOMUNIKASI

Simbol Bahasa Badan Bahasa Lisan

Graf Muzik

Model BERKOMUNIKASI Peta

Lakaran
Cart
a
Peta Jadual Penulisan Penomboran
Konsep
Para pendidik sains bersetuju bahawa mempelajari kemahiran proses sains bermaksud
mempelajari cara belajar. Kanak-kanak belajar melalui pemikiran kritikal dan mengguna
maklumat secara kreatif.Kenapa kita harus berkomunikasi? Kemahiran berkomunikasi akan
membantu kita :
1. Menyebarluaskan idea atau maklumat.
2. Berkongsi idea atau maklumat.

30
SUBMODUL 3 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Semasa kemahiran proses sains diperkenalkan dalam sains sekolah rendah, Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, mencadangkan garis
panduan bagaimana guru-guru boleh mengesan sama ada murid-murid telah menguasai
kemahiran tersebut. PPK telah mencadangkan dan memberi indicator bagi setiap kemahiran.
Indicator bagi kemahiran komunikasi adalah :

1. Bertutur, mendengar atau menulis untuk menerangkan sesuatu idea atau


maksud kepada kawan-kawan.
2. Mencatat maklumat daripada kajian.
3. Melakar dan mencatat nota.
4. Mengguna simbol dan menjelaskan makna di sebaliknya.
5. Menyoal dengan jelas
6. Mengguna bahan-bahan rujukan
7. Menulis laporan eksperimen supaya orang lain juga dapat mengulangi
eksperimen yang serupa.

31

You might also like