You are on page 1of 7

Sejarah perkembangan

[sunting]Perkembangan awal
Sistem kerajaan tempatan yang diamalkan di Malaysia telah diwarisi daripada British yang
memerintah Tanah Melayu selama lebih 2 kurun sebelum kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957.
[1]
Maka, kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada permulaannya adalah bermodelkan sistem yang
wujud di Britain. Malah dalam kaji selidik yang lebih mendalam telah mendapati bahawa kebanyakan
undang-undang dan peraturan yang wujud ketika itu menyamai undang-undang Inggeris. Tetapi,
dalam peredaran masa, ciri-ciri unik yang mencerminkan sosio-budaya tempatan mula
mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan di Malaysia.

Sebuah badan yang dipanggil Majlis Penilai (Council of Assessors) telah ditubuhkan di Pulau
Pinang pada tahun 1801. Majlis ini diberi peranan merancang dan melaksanakan pembangunan
bandar. Hal ini seterusnya membawa kepada penubuhan kerajaan tempatan di negara ini. Majlis-
majlis tempatan kemudiannya dibentuk di Melaka, diikuti dengan negeri-negeri Melayu yang lainnya
sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara. Bagi melaksanakan penubuhan ini dan juga menganjurkan
pilihan raya kerajaan tempatan, pihak British telah memperkenalkan pelbagai perundangan. Sebagai
contoh, Ordinan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1950 memberi kuasa kepada majlis-majlis
tempatan untuk menganjurkan pilihan raya. Selain itu, Ordinan Kerajaan Tempatan 1952 pula
memberi kuasa kepada penduduk-penduduk setempat membentuk majlis-majlis tempatan di mana
perlu. Pada penghujung era penjajahan British, terdapat sejumlah 289 majlis tempatan di Tanah
Melayu.[2] Selepas kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, kuasa ke atas kerajaan tempatan
diletakkan ke dalam senarai negeri.[3]

Dekad 60-an pasca-Merdeka merupakan zaman yang amat mencabar bagi majlis-majlis tempatan.
Permasalahan dalaman berkaitan pentadbiran dan politik yang dihadapi oleh kerajaan tempatan
dankonfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Malaysia pada tahun 1963, telah memaksa
penggantungan pilihan raya kerajaan tempatan. Penggantungan ini dilakukan melaui dua peraturan,
iaitu Peraturan Kecemasan (Penggantungan Pilihan raya Kerajaan Tempatan) 1965 dan pindaannya
pada tahun yang sama. Sejak dari itu, kerajaan tempatan di Malaysia tidak lagi melangsungkan
pilihan raya walaupun sistem ini telah berkembang di dalam keseluruhan sistem berkerajaan di
Malaysia.[4]

[sunting]Suruhanjaya Siasatan Diraja 1965


Masalah-masalah yang dialami oleh kerajaan tempatan pada tahun 1960-an telah diburukkan lagi
dengan kewujudan pelbagai jenis majlis tempatan dan juga dengan kerumitan penguatkuasaan
pelbagai ordinan, enakmen, undang-undang kecil dan peraturan yang berbeza-beza. Sehingga awal
dekad 70-an, percambahan unit-unit kerajaan tempatan ini menyaksikan wujudnya entiti yang
mentadbir kawasan setempat dalam jumlah yang agak banyak. Di Semenanjung Malaysia sahaja
terdapat sebanyak 374 buah majlis tempatan. Maka, kerajaan merasakan wujudnya keperluan
mengkaji semula dan merombak sistem kerajaan tempatan di Malaysia bagi memperbaiki gerak
kerjanya. Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas perjalanan Kerajaan Tempatan di Malaysia
Barat, yang pertama seumpamanya, telah ditubuhkan pada tahun Jun 1965 bagi tujuan ini.
Suruhanjaya itu diketuai oleh Senator Athi Nahappan turut dianggotai oleh D. S. Ramanathan, Awang
Hassan, Chan Keong Hon, Tan Peng Khoon dan Haji Ismail Panjang Aris, kesemuanya ahli politik
berpengaruh dari Parti Perikatan.[5] Suruhanjaya ini telah mengadakan pelbagai mesyuarat dan
perbincangan, di samping menerima pelbagai memorandum daripada banyak pihak dan telah berjaya
menyiapkan satu kaji selidik yang menyeluruh tentang selok-belok operasi kerajaan tempatan di
Semenanjung Malaysia. Laporan mereka hanya sempat dihantar ke jemaah menteri pada bulan
Disember 1969 dan hanya diedarkan kepada orang awam dua tahun kemudiannya.

[sunting]Rombakan menyeluruh
Walaupun kesemua saranan Suruhanjaya Diraja itu tidak diterima, kebanyakan penemuannya telah
dijadikan asas untuk menyusun semula keseluruhan sistem kerajaan tempatan di Malaysia (termasuk
Sabah dan Sarawak). Bertunjangkan cadangan Suruhanjaya Diraja tersebut, penggubalan dan
penguatkuasaan undang-undang baru mentadbir hal-ehwal kerajaan tempatan yang diberi nama Akta
Kerajaan Tempatan dilakukan dengan berperingkat-peringkat. Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan pada waktu itu, Ong Kee Hui melalui jawatankuasa kabinet yang mengkaji laporan
Suruhanjaya Diraja, memulakan penyusunan semula itu dengan memperkenalkan Akta Kerajaan
Tempatan (Peruntukan Sementara) 1973. Akta ini memberi peruntukan perlembagaan sementara
kepada kerajaan persekutuan untuk mengkaji semua undang-undang berkaitan kerajaan tempatan
yang dipegang oleh kerajaan negeri. Hasilnya 3 undang-undang baru diwartakan yang mengubah
secara langsung sistem kerajaan tempatan di negara ini, iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
(Akta 133), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Beberapa perubahan penting telah berlaku dengan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Akta baru itu hanya membenarkan penubuhan 12 majlis perbandaran dan 90 majlis daerah
sepanjang tiga tahun berikutnya. Ini bermakna semua majlis tempatan yang sedia ada disatukan
samada bagi membentuk majlis perbandaran atau majlis daerah bergantung kepada keadaan pada
waktu itu. Yang paling penting sekali ialah pemansuhan terus pilihan raya kerajaan tempatan. Melalui
akta ini, pegawai-pegawai majlis tempatan akan dilantik manakala sebahagian besar majlis daerah
akan diketuai oleh pegawai-pegawai daerah masing-masing. Kedua-dua perubahan ini dan beberapa
peruntukan lainnya secara langsung telah memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan
untukmengawal kerajaan tempatan yang sebelum ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Rombakan ini secara langsung telah mengubah peranan kerajaan tempatan. Sebelum tahun 1970-an
kerajaan tempatan dianggap sebagai salah satu saluran dalam amalan demokrasi di negara ini selain
parlimen dan dewan undangan negeri. Tetapi, selepas rombakan dibuat, peranan itu diubah kepada
saluran untuk mempercepat dan menggalakkan pembangunan. Hal ini disimpulkan seorang
pemerhati politik yang bernama Malcolm W. Norris pada tahun 1978: [1]
Visi baru untuk kerajaan tempatan di Malaysia ini mempunyai kepentingan politik yang amat
besar. Penyusunan semula sistem kerajaan tempatan akan memberikan dorongan baru kepada
pihak berkuasa tempatan untuk mara merentasi peranan tradisinya seperti pengumpulan sampah
dan pemeriksaan kebersihan atau penyenggaraan am kepada pembangunan dan pengurusan
bandar.
[sunting]Peruntukan undang-undang
[sunting]Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir kerajaan tempatan


kepada kerajaan negeri.[3] Bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan pula, hak eksklusif ini
diberikan kepada kerajaan persekutuan. Namun begitu, pindaan perlembagaan pada tahun 1960
telah memperuntukkan penubuhan sebuah jawatankuasa perunding yang diberi nama Majlis Negara
bagi Kerajaan Tempatan.[6] Keahlian di dalam majlis ini terdiri daripada seorang menteri persekutuan
selaku pengerusi, wakil kerajaan negeri dan juga wakil-wakil kerajaan Persekutuan. Walaupun
berpenanan sebagai majlis perunding dalam menentukan undang-undang yang mentadbir kerajaan
tempatan, pindaan 1960 itu juga memberikan kuasa pemutus kepada pengerusi sekaligus memberi
kerajaan persekutuan pengaruh yang besar terhadap kerajaan tempatan.

[sunting]Akta Parlimen
Selain peruntukan perlembagaan, beberapa akta parlimen telah digubal bagi mengawal operasi
kerajaan tempatan di Malaysia. Akta yang paling berpengaruh ialah Akta Kerajaan Tempatan
1976 (Akta 171). Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab
kerajaan tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976 (Akta 172) juga digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan
tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab utama sebagai perancang fizikal di peringkat
tempatan kepada kerajaan tempatan.[7] Selain itu, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133)
pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan
bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa
undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu
melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.

[sunting]Sabah dan Sarawak


Perkara 95D, Perlembagaan Persekutuan walaubagaimanapun mengecualikan Sabah dan Sarawak
daripada Perkara 95A.[8] Hasilnya, kerajaan tempatan di dua buah negeri ini ditadbir secara langsung
oleh kerajaan negeri masing-masing. Namun begitu, kedua-dua kerajaan negeri masih menghantar
wakil mereka menghadiri mesyuarat rundingan majlis berkenaan sebagai pemerhati tanpa hak
mengundi.

Di Sabah, kerajaan tempatan dibentuk melalui peruntukan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan
1961. Ordinan ini turut menggariskan tanggungjawab dan fungsi penguasa tempatan di Sabah.
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang pertama kali dibentuk selepas pilihan
raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 1963, mentadbir perjalanan penguasa tempatan di negeri ini.

Di Sarawak, penguasa tempatan ditubuhkan di bawah Ordinan Penguasa Tempatan 1996. Ordinan ini
adalah mewarisi sebahagian perundangan yang sebelum ini digubal di bawah Ordinan Kerajaan
Tempatan 1948. Di samping itu, undang-undang lain yang mengawal tugas penguasa tempatan ialah
Ordinan Bangunan 1994, Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999 dan juga undang-undang kecil
di bawahnya. Sementara itu, penguasa tempatan di bahagian Kuching pula ditubuhkan melalui
Ordinan Perbandaran Kuching 1988 dan juga Ordinan Bandar raya Kuching Utara 1988. Di bawah
ordinan ini, tiga penguasa tempatan dibentuk iaitu, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis
Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan juga Majlis Perbandaran Padawan. MBKS dan Majlis
Perbandaran Padawan kemudiannya diletakkan dibawah peruntukan Ordinan Penguasa Tempatan
1996. Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam diberi tanggungjawab menyelia perjalanan
penguasa tempatan di negeri ini.[9]

[sunting]Hierarki kerajaan tempatan


Sebelum kerja-kerja penyusunan semula dan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976, wujud
6 jenis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang keseluruhannya berjumlah 418 buah. Jenis-jenis itu
ialah:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


Majlis Perbandaran

Majlis Bandaran

Lembaga Bandaran

Majlis Daerah Luar Bandar

Majlis Tempatan

Hasil penerapan Akta 171 itu, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan tempatan iaitu untuk
kawasan bandar (majlis perbandaran) dan desa (majlis daerah). Tetapi, Akta 171 itu membenarkan
pembentukan kerajaan tempatan bertaraf bandar raya. Status ini dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan
Agong dengan perkenan Majlis Raja-raja. Selain yang dinyatakan oleh Akta 171, beberapa badan
khas telah ditubuhkan dengan peranan sebuah PBT. Badan-badan ini ditubuhkan samada melalui
Akta Parlimen mahupun enakmen dan ordinan negeri. Hari ini, wujud empat jenis kerajaan tempatan
di negara ini yang disusun mengikut hierarki seperti berikut:

Bandar raya - dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya


Bandar - dikenali sebagai Majlis Perbandaran
Luar bandar - dikenali sebagai Majlis Daerah

Kawasan khas - dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan.

[sunting]Tugas

Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin
untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence).[10] Namun
begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Peranan dan
fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh
menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan
sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam.
Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-
kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan.
Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut: [10]

Kuasa perancang tempatan


Kuasa mengeluarkan lesen

Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu

Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.)

Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar

Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam


bandaran)

Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam,
sosial dan juga pembangunan.

[sunting]Alam Sekitar
Tugas ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di bawah bidang
kuasa mereka. Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembersihan, pengumpulan dan
pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna selain program-program
mengindahkan kawasan.

[sunting]Orang awam
Peranan ini termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan, perkhidmatan veterinar,
pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar mayat.
Di samping itu, PBT turut bertanggungjawab menguruskan sistem kebersihan dan sisa pejal,
membersihkan parit-parit dan jalan-jalan, malah menyenggara keseluruhan persekitaran di
kawasannya. Pelesenan gerai-gerai jualan, peniaga-peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha
perniagaan yang secara lahiriahnya boleh mengganggu ketenteraman awam turut
dipertanggungjawabkan kepada PBT.

[sunting]Sosial

Beberapa kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan kemudahan-
kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak-anak, klinik-klinik di bawah program kesihatan
mereka, ambulans dan juga kenderaan jenazah. Selain itu, mereka turut menyenggara air-air pancut,
menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahan-kemudahan lainnya serta
menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajan negeri atau pejabat-pejabat daerah dalam
penganjuran kemudahan-kemudahan sosial secara ad hoc di peringkat negeri mahupun daerah.

[sunting]Pembangunan

Peranan ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting
dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan kemampuan fizikal
mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan. Dalam hal ini, majlis-majlis daerah
selalunya menghadapi masalah.

[sunting]Bidang kuasa
Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan
negeri (atau Exco, kependekan bagi Executive Counciller) yang memegang portfolio kerajaan
tempatan. Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet negeri melalui Kementerian Kerajaan
Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak pula tugas-tugas menyelia diserahkan kepada
Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status kerajaan
tempatan itu. Bagi sebuah bandar raya, pegawai tertinggi itu digelar sebagai Datuk bandar. Bagi
sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang Di-Pertua. Di Sabah
dan Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelas Presiden atau Pengerusi.
Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri, dilantik
oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat kerajaan negeri.

Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun, Pegawai daerah turut
dipilih memegang jawatan ini. Perkara ini telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan orang awam
terutamanya di kawasan yang baru dinaik taraf menjadi kawasan perbandaran. Tidak semua Pegawai
daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya beliau merupakan pegawai tertinggi
yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung
dengan perjalanan sesebuah kerajaan tempatan.

Sebagai contoh, bagi daerah Hulu Langat di Selangor yang mempunyai dua buah kerajaan tempatan
iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), jawatan
Pegawai Daerah dipegang oleh Encik Zainal Abidin Aala, manakala pegawai tertinggi di kedua-dua
kerajaan tempatan, masing-masing ialah Dato' Mohammad bin Yacob dan Dato' Hasan Nawawi bin
Abd Rahman.

Dalam kes di Hulu Langat, MPAJ turut mentadbir sebahagian kawasan di daerah Gombak. Oleh itu,
boleh disimpulkan bahawa kawasan pentadbiran sesebuah kerajaan tempatan tidak ditentukan
berdasarkan sempadan daerah sahaja. Contoh terbaik yang lain pula ialah di daerah Petaling, wujud
tiga buah kerajaan tempatan, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling
Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). MBSA pada hari ini turut mentadbir
sebahagian daripada kawasan yang terletak di dalam daerah Klang di Selangor.

You might also like