You are on page 1of 6

BAB 9

KESTABILAN
Pusat Graviti Mempengaruhi Kestabilan Objek
1. Suatu objek dapat diimbangkan pada satu titik
yang disebut pusat graviti.
2. Pusat graviti juga disebut titik keseimbangan
objek.
3. Kedudukan pusat graviti sesuatu objek
bergantung kepada bentuk objek. Bagi objek
berbentuk sekata, pusat gravitinya terletak di
tengah objek.

Pusat graviti
1. Pusat graviti adalah satu titik di mana seluruh
berat objek dapat diseimbangkan.
2. Pusat graviti bagi bentuk sekata

3. Pusat graviti bagi bentuk tidak sekata

KESTABILAN OBJEK
1. Kestabilan sesuatu objek merujuk kepada kebolehan
untuk mengekalkan kedudukannya yang asal.
2. Faktor yang mempengaruhi kestabilan sesuatu
objek.
a. Ketinggian pusat graviti sesuatu objek
b. Keluasan tapak sesuatu objek
3. Sesuatu objek akan lebih stabil jika
a. Pusat gravitinya rendah
Pusat gravity yang
lebih tinggi Pusatcentre
Lower gravity
of yang
gravity
lebih rendah

P( Kurang stabil) Q ( Lebih stabil)

b. Luas tapak yang lebih besar

Larger
Keluasan tapak
Keluasan tapak
yang lebih besar
yang lebih kecil R( Kurang stabil) S ( Lebih stabil) base area

4. Cara untuk menambahkan kestabilan


a. Merendahkan pusat graviti
i. Mengurangkan ketinggian sesuatu objek

ii. Menambahkan berat pada tapak


sesuatu objek

b.Menambahkan keluasan tapak


Kepentingan Kestabilan Dalam Kehidupan
1. Penggunaan objek yang tidak stabil boleh
menyebabkan kemalangan, kerugian harta benda dan
kehilangan nyawa.
2. Prinsip kestabilan sangat penting untuk mencipta
kereta, perabot, bangunan dan sebagainya untuk
kegunaan seharian.
Contoh kestabilan dalam kehidupan seharian

1. Badak STABIL kerana mempunyai pusat graviti


yang rendah dan badan yang berat
2. Zirafah mengangkangkan kakinya bagi
mendapatkan luas tapak yang lebih besar ketika
minum supaya lebih stabil

3. Basikal beroda tiga lebih STABIL kerana


mempunyai luas tapak yang besar
4. Kereta lumba STABIL kerana mempunyai pusat
graviti yang rendah

You might also like