You are on page 1of 3

Latihan

Terdapat beberapa jabatan dalam sebuah syarikat. Setiap jabatan mempunyai satu penyelia dan
sekurangkurangnyasatu pekerja. Pekerja perlu ditugaskan kepada sekurang-kurangnya satu (dan boleh melebihi
satu) jabatan. Setiap projek syarikat mesti mempunyaisekurang-kurangnya satu pekerja, tetapi setiap pekerja
tidak semestinya diberikan projek (pekerja itu mungkin tengah bercuti). Medan penting adalah nama jabatan,
projek, penyelia dan pekerja; serta nombor ID penyelia, pekerja dan juga projek.

Lukiskan ERD bagi situasi diatas

a. Menyatakan atribut dan 'primary key' bagi setiap entiti.

Entiti Atribut

b. Menyatakan hubungan dan kekardinalan


Jabatan Penyelia Pekerja
Jabatan

Penyelia

Pekerja

c. Menentukan atribut lain

d. Melukis ERD
SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
LATIHAN
BAB 2: PANGKALAN DATA (Entiti, Atribut, Set hubungan dan Kekardinalan)

Lukiskan ERD bagi situasi di bawah

Bank Arus
Bank Arus merupakan satu bank baru di Malaysia. Pangkalan data Bank Arus
mempunyai 4 maklumat penting iaitu akaun bank, pelanggan, cawangan dan
transaksi. Setiap pelanggan akan dikenal pasti dengan ID pelanggan yang unik.
Selain daripada ID, setiap pelanggan juga mempunyai medan nama dan juga satu
medan untuk simpkan nombor telefon mereka (rumah, pejabat dan telefon bimbit).
Setiap pelanggan boleh membuka lebih daripada satu akaun bank dan setiap akaun
boleh dimiliki oleh lebih daripada satu pelanggan. Apabila pelanggan membuka satu
akaun bank, ID cawangan, tarikh akaun dibuka dan juga nama pelanggan akan
dicatatkan pada rekod tersebut. Setiap akaun bank boleh membuat lebih daripada
satu transaksi. Setiap transaksi mempunyai ID yang unik dan juga jumlah wang yang
terlibat dalam transaksi tersebut. Apabila akaun bank membuat sesuatu transaksi,
cawangan akaun penerima, tarikh dan masa transaksi, nombor akaun penerima
serta cawangan akaun penghantar akan dicatatkan dalamrekod. Lebih daripada satu
akaun bank boleh disimpan di bawah sesuatu cawangan. Setiap cawangan dikenal
pasti dengan kod cawangan, alamat cawangan dan nama cawangan.

Hospital Arus
Selama ini, hospital Arus mengendalikan semua maklumat secara berasingan pada
komputer yang berlainan. Ini menyebabkan pelbagai masalah di dalam hospital.
Untuk mengatasi masalah ini, Hospital Arus telah memutuskan untuk
mengumpulkan segala maklumat dalam satu sistem pangkalan data berpusat.
Pangkalan data ini menyimpan maklumat tentang pesakit, doktor, rekod pesakit
serta katil di dalam hospital. Setiap pesakit dikenal pasti dengan ID pesakit, nama
pesakit dan jantina pesakit dan setiap pesakit mungkin mempunyai satu atau lebih
daripada satu rekod pesakit. Setiap rekod pesakit mempunyai ID rekod dan juga
kandungan pesakit. Apabila pesakit mendaftarkan rekod yang baru, tarikh dan masa
rekod serta status rekod (buka/tutup) akan ditambahkan kepada rekod tersebut.
Setiap doktor boleh mengendali satu atau lebih daripada satu rekod pesakit. Apabila
rekod pesakit itu diberikan kepada doktor, nama doktor akan dicatatkan pada
hubungan doktor-rekod pesakit tersebut. Setiap doktor dalam sistem ini dikenal pasti
dengan ID doktor, nama doktor dan juga kepakaran doktor. Pesakit boleh membuat
temu janji dengan doktor. Setiap pesakit boleh berjumpa dengan lebih daripada satu
doktor dan setiap doktor boleh berjumpa dengan lebih daripada satu pesakit. Setiap
temu janji di antara doktor dan pesakit akan dicatatkan tarikh dan masa temu janji
yang merupakan kunci primer untuk hubungan tersebut. Selain daripada itu, apabila
temu janji dibuat, nama doktor dan nama pesakit juga dicatatkan. Akhir sekali setiap
katil di dalam hospital dikenal pasti dalam sistem dengan ID katil, bilik dan juga
tingkat masingmasing. Setiap katil hanya boleh membenarkan satu pesakit untuk
berehat di atasnya. Apabila pesakit diberikan katil, jantina pesakit, tarikh dan masa
keluar/masuk wad serta nama pesakit dicatatkan.
Universiti
Sebuah universiti terdiri daripada beberapa fakulti. Setiap fakulti menawarkan
beberapa kursus. Setiap fakulti dalam universiti mempunyai nama yang unik dan
juga bajet yang ditawarkan kepada fakulti tersebut. Setiap kursus tergolong kepada
satu fakulti sahaja dan mempunyai namanya yang unik, masa yang ditawarkan dan
juga bilangan murid yang dibenarkan ambil kursus tersebut. Setiap kursus terdiri
daripada beberapa modul, modul mungkin mempunyai nama yang sama bagi kursus
yang berlainan tetapi setiap modul mesti mempunyai kod modul yang unik. Murid
yang mengambil kursus tersebut perlu memasukkan nombor IC mereka ke dalam
system apabila mereka mendaftar kursus tersebut. Nama, jantina murid direkodkan
juga dalam sistem universiti. Setiap murid yang mengambil kursus tertentu juga
mengambilkan semua modul yang ada dalam kursus tersebut. Murid boleh
mengambil lebih daripada satu kursus. Setiap modul diajar oleh seorang pensyarah
daripada fakulti berkenaan tetapi terdapat juga pensyarah yang tidak mengajar
modul. Setiap murid hanya mempunyai satu mentor pensyarah sahaja tetapi
pensyarah boleh menjadi mentor kepada sekumpulan murid. Pensyarah mempunyai
medan no pensyarah, gaji, dan juga nama dalam sistem.

Arus Pizza
Arus Pizza merupakan rangkaian restoran pizza di Malaysia. Dalam pangkalan data
Arus Pizza, seharusnya ada maklumat tentang tempahan, pelanggan dan juga
cawangan. Setiap pelanggan di Arus Pizza dikenal pasti dengan ID yang unik.
Selain daripada ID, pangkalan data Arus Pizza juga menyimpan maklumat tentang
nama pelanggan, nombor telefon pelanggan serta alamat pelanggan (jalan, bandar,
dan poskod). Setiap pelanggan boleh membuat lebih daripada satu tempahan.
Setiap kali pelanggan membuat tempahan, tarikh dan masa tempahan tempahan
akan dicatatkan. Setiap tempahan mempunyai ID tempahan yang unik, jumlah yang
perlu dibayar serta tempahan yang dikehendaki (sama ada set A, B atau C). Setiap
tempahan akan diberikan kepada cawangan. Setiap cawangan boleh terima lebih
daripada 1 tempahan. Apabila tempahan dihantar kepada cawangan, dua maklumat
yang baru akan diwujudkan iaitu masa tempahan dan poskod cawangan. Setiap
cawangan dikenal pasti dengan kod cawangan yang unik, nombor telefon cawangan
serta poskod cawangan. Setiap cawangan boleh menerima lebih daripada 1
tempahan. Akhir sekali, setiap cawangan akan menghantarkan tempahan kepada
pelanggan. Setiap pelanggan boleh terima tempahan daripada cawangan yang
berlainan. Setiap cawangan pula boleh menghantar tempahan kepada lebih
daripada 1 pelanggan. Setiap penghantaran (hubungan antara pelanggan dan
cawangan) akan mempunyai maklumat yang berikut, iaitu: nama penghantar pizza,
harga yang perlu dibayar, ID tempahan dan juga nama pelanggan.

You might also like