You are on page 1of 1

Bank Arus merupakan satu bank baru di Malaysia.

Pangkalan data Bank Arus


mempunyai 4 maklumat penting iaitu akaun bank, pelanggan, cawangan dan
transaksi. Setiap pelanggan akan dikenal pasti dengan ID pelanggan yang unik.
Selain daripada ID, setiap pelanggan juga mempunyai medan nama dan juga
satu medan untuk simpkan nombor telefon mereka (rumah, pejabat dan
telefon bimbit). Setiap pelanggan boleh membuka lebih daripada satu akaun
bank dan setiap akaun boleh dimiliki oleh lebih daripada satu pelanggan.
Apabila pelanggan membuka satu akaun bank, ID cawangan, tarikh akaun
dibuka dan juga nama pelanggan akan dicatatkan pada rekod tersebut. Setiap
akaun bank boleh membuat lebih daripada satu transaksi. Setiap transaksi
mempunyai ID yang unik dan juga jumlah wang yang terlibat dalam transaksi
tersebut. Apabila akaun bank membuat sesuatu transaksi, cawangan akaun
penerima, tarikh dan masa transaksi, nombor akaun penerima serta cawangan
akaun penghantar akan dicatatkan dalam rekod. Lebih daripada satu akaun
bank boleh disimpan di bawah sesuatu cawangan. Setiap cawangan dikenal
pasti dengan kod cawangan, alamat cawangan dan nama cawangan.

You might also like