You are on page 1of 16

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan [40 markah]

1. Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun.
Apakah ciri kehidupan tersebut?
A. Kebebasan beragama
B. Kesejahteraan hidup
C. Kemajuan ekonomi
D. Ketinggian moral

2. Bandar-bandar memainkan peranan yang amat penting dalam proses perkembangan sesebuah
tamadun. Apakah fungsi bandar kepada tamadun awal?
I Pusat bahasa
II Pusat pertanian
III Pusat penyembahan
IV Pusat pertemuan masyarakat
A I dan II C II dan III
B I danIV D III dan IV

3. Gambar berikut merupakan ciptaan manusia dalam Tamadun Mesopotamia yang menakjubkan.

Taman Tergantung Babylon


Apakah keistimewaan ciptaan tersebut?
A. Menggunakan teknologi tinggi
B. Memerlukan tenaga buruh ramai
C. Kaedah penanaman pokok yang unik
D. Teknik pembinaan menggunakan batu bata

4. Rajah berikut merujuk kepada undang-undang yang diperkenalkan oleh Raja Hammurabi.

1
Kod Undang-Undang Hammurabi
Terdiri daripada 282 undang-undang
Dipahat pada tembok dan tiang besar

Apakah tujuan pembentukan kod undang-undang ini?


A. Mewujudkan perpaduan
B. Menetapkan struktur pentadbiran
C. Menggalakkan perdagangan
D. Melambangkan kebebasan rakyat

5.
Pada tahun 1922, pengkaji Mesir Purba Howard Carter menemui mayat
Tutankhamun II yang diselaputi emas.

Merujuk pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?


A. Upacara pemujaan semangat
B. Konsep kehidupan selepas mati
C. Percaya kepada kelahiran semula
D. Amalan penyembahan nenek moyang

6. Antara yang berikut, yang manakah sumbangan tamadun Mesir Purba?


I Kolar kuda
II Pedati beroda
III Sistem kalendar
IV Tulisan hieroglif
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

7. Bandar berikut merupakan bandar penting dalam Tamadun Indus.


Mohenjo-Daro

2
Harappa

Apakah kepentingan bandar tersebut?


A. Kota pertahanan
B. Bandar terancang
C. Pusat kebudayaan
D. Pelabuhan entrepot

8. Mengapakah Dinasti Chou dapat menggantikan Dinasti Shang pada tahun 1050 S.M.?
A. Perebutan takhta
B. Kebangkitan hamba
C. Perbalahan pembesar
D. Perbezaan amalan budaya

Tulang oracle

9. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan gambar di atas?


A. Pengenalan sistem tulisan
B. Senjata untuk berperang
C. Alat upacara pengebumian
D. Lambang status masyarakat

10. Pernyataan berikut menerangkan negara kota dalam tamadun Yunani.

Negara kota atau polis dalam tamadun Yunani


terbahagi kepada acropolis agora dan kawasan
pertanian.

Apakah kepentingan agora?


A. Rumah ibadat
B. Tapak pertanian
C. Pusat Pentadbiran
D. Pusat kegiatan ekonomi

3
11. Jadual berikut berkaitan dengan tokoh yang melaksanakan dasar peluasan kuasa di India.
Tokoh Tahun
Chandragupta Maurya 321 292 S.M.

Bagaimanakah beliau menjalankan dasar tersebut?


A. Melalui kekuatan tentera
B. Mendapat sokongan rakyat
C. Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil
D. Mengukuhkan kuasa golongan bangsawan

12. Negara berikut mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang diwarisi daripada Tamadun
Yunani.

Malaysia
Indonesia
Amerika Syarikat

Apakah ciri demokrasi yang diamalkan oleh negara tersebut?


A. Perdana Menteri mengetuai tentera
B. Rakyat diberi hak memilih pemimpin
C. Dewan senat meluluskan undang-undang
D. Ahli Dewan Perhimpunan dilantik oleh ketua Negara

13. Gambar menunjukkan sebahagian daripada Tembok Besar China

Mengapakah tembok tersebut dibina?


A. Menandakan sempadan negeri
B. Menjamin keselamatan wilayah
C. Menjadi benteng penghalang banjir
D. Melambangkan keagungan kerajaan

14. Sresthin merupakan sebuah pertubuhan perdagangan di India. Matlamat penubuhannya

A. Mengawal kadar gaji pekerja


B. Menjamin kesetiaan pekerja
4
C. Mempertahankan hak majikan
D. Memerjuangkan had masa bekerja

15. Gambar berikut dengan simbol Yin dan Yang.

Apakah maksud symbol tersebut?


A. Mandat dari syurga
B. Pemujaan roh nenek moyang
C. Unsur alam yang saling melengkapi
D. Ramalan peristiwa yang akan berlaku

16. Dalam Tamadun India aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat


sejak abad ketiga Sebelum Masihi. Apakah faktor perkembangan tersebut?
I Menjalin hubungan luar
II Melaksanakan dasar kewangan
III Menghapuskan sistem percukaian
IV Mengawal penubuhan persatuan perusahaan
A I dan II C II dan III
B I danIV D III dan IV

Peringkat Pembelajaran

Rendah Mengenal dan menghafal tulisan ideogram

Menengah Menulis karangan dan sastera

Tinggi X

17. Rajah di atas menunjukkan tiga peringkat pendidikan dalam tamadun China. X ialah

A. Menterjemah buku suci


B. Mengahafal kitab agama
C. Mencatat salasilah maharaja
D. Menulis buku undang-undang

18. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Sukan Olimpik yang diadakan di Yunani
pada tahun 776 S.M.?
5
I. Menghormati tuhan Zeus
II. Dianjurkan empat tahun sekali
III. Persaingan antara negara kota
IV. Melibatkan hanya golongan bangsawan

A. I,II,dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

Sarjana

petani

tukang

pedagang

19. Rajah di atas merujuk kepada struktur masyarakat mengikut ajaran Confucius.
Bagaimanakah status golongan petani boleh berubah kepada kelas yang lebih tinggi?

A. Membayar cukai
B. Mengumpul harta
C. Memberi taat setia
D. Meningkatkan tahap pendidikan

Berbentuk kubah
Siap semasa maharaja Flavian
Tempat pertarungan pahlawan

20. Maklumat di atas merujuk kepada binaan.

A. Pantheon
B. Aqueduct
C. Acropolis
D. Colloseum

Nagarakertagama

HikayatPendawa Lima

21. Senarai di atas merujuk kepada hasil kesusasteraan di Asia Tenggara.


Apakah yang dapat disimpulkan berkaitan dengan hasil kesusasteraan tersebut?

A.Dipengaruhi unsur India


B.Ditulis golongan pendeta
C.Diminati para bangsawan
D.Dijadikan dasar perundangan

6
22. Pernyataan berikut merujuk kepada hubungan antara kerajaan agrarian dengan kerajaan maritim.

Saling bergantung antara satu sama lain

Apakan kesan hubungan tersebut kepada kerajaan agraria?

A.Menjadi kuasa laut yang unggul

B.Pesaing yang hebat

C.Pembekal sumber makanan

D.Menakluk kawasan berhampiran

23. Apakah kesan pembinaan sistem pengairan di Angkor pada zaman Raja Indravarman 1?

A.Penempatan kekal lebih banyak

B.Keperluan beras negara dipenuhi

C.Sistem pertanian pindah berkembang

D.Pergantungan pada hasil hutan berkurangan

24.Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?

Sukan
Seni berpidato
Kesusasteraan

A.Menanam sikap keberanian

B.Melatih pemimpin berwibawa

C.melahirkan individu seimbang

D.Mengukuhkan semangat patriotism

25.Mengapakah konsep berikut diamalkan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara?

Konsep dewa-raja
Konsep ordek osmos

A.Mempelbagai istiadat istana

B.Mengekalkan pentadbiran yang adil

C.Menggambarkan upacara keagamaan

D.Memperkukuh kedudukan pemerintah

7
26. Pada zaman pemerintahan Raja Indravarman 1, Kerajaan Angkor berjaya menghasilkan
beras yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat.

Apakah faktor kerajaan tersebut?

A.Pembinaan baray

B.Kemasukan buruh luar

C.Penerokaan tanah baru

D.Pengenalan kaedah pengiliran tanaman

27. Sejak tahun 100 Masihi, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah
berkembang. Apakah kepentingan Alam Melayu kepada India pada masa itu?

A.Pusat keagamaan

B.Pusat kesusasteraan

C.Pembekal tenagan buruh

D.Pembekal rempah ratus

28. Apakah faktor kemajuan masyarakat kerajaan maritim di Asia Tenggara?

A.Kekayaan hasil pertanian

B.Kekayaan hasil hutan

C.kemahiran membina kapal

D.Kebolehan membina terusan

29. Bagaimana kerajaan Funan berubah daripada kerajaan agrarian kepada Kerajaan maritim?

A.Pertahanan laut kuat

B.Pelabuhan yang stategik

C.Persaingan antara kerajaan

D. kemerosotan hasil pertanian

30. Rajah berikut menunjukkan tahap perkembangan sesebuah pelabuhan dalam kerajaan awal di
Asia Tenggara.

8
Pelabuhan X dalam rajah tersebut ialah

A.Pelabuhan bandar

B. Pelabuhan kerajaan

C. Pelabuhan nelayan

D.Pelabuhan bebas

31. Gambar berikut menunjukkan Angkor Wat di Kemboja.

Mengapakah kerajaan Angkor membina candi tersebut ?

A.Sebagai pusat kegiatan perdagangan

B.Menjadi pusat pentadbiran

C.Lambang penguasaan alam semesta

D.Memperkukuhkan sistem pertahanan Negara

32. Unsur mitos merupakan elemen penting dalam kerajaan awal di Asia Tenggara .

Apakah kepentingan unsur tersebut?

A.Memperkukuh kedudukan pemerintah

B.Mendaulatkan sistem perundangan

C.Mengiktiraf golongan pendeta

D.Mengekalkan warisan tradisi

9
33. Dalam sistem pentadbiran kerajaan Srivijaya ,terdapat jawatan datu. Apakah peranan datu dalam
sistem pentadbiran tersebut?

A.Ketua agama

B.Pentadbiran daerah

C.Pemerintah tentera

D.Pencatat salasilah raja

34. Apakah isi kandungan wahyu yang diturunkan oleh Allah melalui surah al-Muddasir ayat
1-7 kepada Nabi Muhammad s.a.w?

A. Mewujudkan sebuah negara Islam


B. Membina masyarakat Arab yang bermoral
C. Menghapuskan masyarakat Arab jahiliah
D. Menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia

35. Apakah kesan daripada peristiwa di bawah?


Tarikh Peristiwa
622 Masehi Perjanjian Aqabah Kedua

A. Penamatan Zaman Jahiliah


B. Penyebaran Islam secara terbuka
C. Penentangan Quraisy terhadap Islam
D. Penghijrahan dari Makkah ke Madinah

36. Perlembagaan Madinah mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah dan
keselamatan mereka juga terpelihara.

Apakah tanggungjawab orang Yahudi kepada kerajaan Islam Madinah?

A. Memeluk agama Islam


B. Mematuhi Piagam Madinah
C. Meninggalkan adat tradisi
D. Membantu pentadbiran

10
37. Berikut, manakah bukti yang mengukuhkan pendapat bahawa Islam sampai ke Asia
Tenggara melalui Tanah Arab?

I. Persamaan kesusasteraan
II. Amalan menghormati tetamu
III. Penemuan Batu Bersurat di Terengganu
IV. Penemuan batu nisan di Jawa

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

38. Maklumat di bawah menerangkan keadaan di Eropah selepas kejatuhan tamadun Rom.

Kemerosotan pengetahuan
Zaman X Kemerosotan perdagangan
Kemerosotan perbandaran

Apakah Zaman X?

A. Zaman Gelap
B. Zaman Peralihan
C. Zaman Pertengahan
D. Zaman Renaissance

39. Apakah matlamat British memperkenalkan enakmen berikut di Tanah Melayu?

Enakmen Tanah Padi 1917

A. Memajukan tanah terbiar


B. Meningkatkan pendapatan negara
C. Menyaingi pengeluaran negara luar
D. Mengekalkan orang Melayu sebagai petani

40. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan sekolah vernacular Melayu pada
akhir abad ke-19

11
A. Terbuka kepada semua golongan
B. Ditadbir oleh golongan ulama
C. Dinaungi golongan pembesar
D. Pendidikan terhad di peringkat rendah

BAHAGIAN B
Jawab semua soalan

1. Masyarakat Arab Jahilliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab.
(a) Apakah yang dimaksudkan jahilliah?

(1 markah)
(b) Senaraikan dua golongan masyarakat Arab Jahilliah.
i. ..........................................
ii. .........
(2 markah)
12
(c) Nyatakan dua kegiatan ekonomi masyarakat Arab Jahilliah.
i. ........
ii. ...........
(2 markah)
(d) Senaraikan dua kepercayaan masyarakat Arab Jahilliah.
i.
ii. ..
(2 markah)
(e) Terangkan tiga ciri social kehidupan masyarakat Arab Jahilliah.
i. ........................
ii. ........
iii. .......
(3 markah)

2. Sistem kabilah telah menjadi amalan masyarakat Arab sehingga melahirkan semangat
assabiyah.
(a) Apakah yang dimaksudkan assabiah?

(1 markah)
(b) Bagaimanakah semangat assabiah wujud dalam masyarakat Arab Jahilliah?
i. .
ii.
(2 markah)
(c) Nyatakan empat ciri sistem kabilah.
i. .
ii.
iii. ...
iv. ...
(4 markah)
(d) Nyatakan tiga sebab mengapa amalan sistem kabilah mendatangkan kesan buruk kepada kehidupan
masyarakat Arab?
i. .
ii.
iii. ...

13
(3 markah)

3. Nabi Muhamamad s.a.w telah membawa sinar kepada masyarakat Arab dan umat Islam di
seluruh dunia.
(a) Apakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ?
.
(1 markah)
(b) Senaraikan empat sifat terpuji Nabi Muhammad
i. ..
ii. .
iii.
iv.
(4 markah)
(c) Apakah yang dimaksudkan dengan tahannuth?
.
(1 markah)
(d) Nyatakan empat sebab mengapa Nabi Muhammad s.a.w bertahannuth?
i. ..
ii. .
iii.
iv.
(4 markah)

4. Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w dijalankan dengan bijaksana sehingga sukar
dikesan oleh pihak Quraisy Makkah.
(a) Namakan tiga sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang terawal memeluk Islam.
i. ..
ii. .
iii.
(3 markah)
(b) Nyatakan tiga cara Nabi Muhammad s.a.w berdakwah di Makkah
i. ..
ii. .
iii.

14
(3 markah)
(c) Jelaskan dua sebab mengapa orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam?
i. ..
ii. .
(2 markah)
(d) Senaraikan dua langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk menghadapi ancaman
Quraisy.
i. ..
ii. .
(2 markah)

SOALAN TAMAT

Isikan jawapan pilihan anda dengan menulis jawapan A, B, C, atau D di dalam ruang jawapan
yang disediakan.

No. Pilihan No. Pilihan


Soalan Jawapan Soalan Jawapan

1. 21.
2. 22.
3. 23.
4. 24.
5. 25.
6. 26.
7. 27.
15
8. 28.
9. 29.
10. 30.
11. 31.
12. 32.
13. 33.
14. 34.
15. 35.
16. 36.
17. 37.
18. 38.
19. 39.
20. 40.

16

You might also like