You are on page 1of 6

A07100 Pendidikan Moral

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

PENDIDIKAN MORAL

UNIT KEMANUSIAAN
TAHUN PENGAJIAN TAHUN 1(SEMESTER 1)
BIDANG 2.0 JATI DIRI MORAL
STANDARD KANDUNGAN 2.1 Integriti Dalam Keluarga
2.1.1 Memberi maksud integriti.
2.1.2 Menjelaskan cara memupuk integriti dalam
keluarga.
2.1.3 Menghuraikan kepentingan integriti dalam
STANDARD keluarga.
PEMBELAJARAN 2.1.4 Mengekspresikan perasaan apabila
mengamalkan integriti dalam keluarga.
2.1.5 Mengamalkan integriti keluarga dalam kehidupan
seharian

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Menyatakan maksud integriti dalam sesuatu
situasi.
OBJEKTIF
2. Menerangkan integriti keluarga dengan
contoh dan menunjukkann integriti keluarga
dalam sesuatu situasi.
NO. KOD A07100

2.1 INTEGRITI DALAM KELUARGA

TUJUAN:

Supaya pelajar dapat mengamalkan integriti dalam keluarga dan mengaplikasikannya


dalam pelbagai situasi serta dapat menilai kepentingan integriti keluarga dalam
kehidupan seharian.

1
A07100 Pendidikan Moral

BIDANG : JATI DIRI MORAL


2.1 INTEGRITI DALAM KELUARGA
INTEGRITI

Integriti bermaksud keikhlasan, keterbukaan, benar, berpegang pada prinsip, tidak


mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, jujur dan telus dalam melaksanakan amanah dan
tanggungjawab. Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika
(PIN,2004). Amalan integriti dalam kalangan semua lapisan masyarakat memerlukan
pegangan hidup yang berakautabiliti, berwibawa dan patuh pada undang-undang.
“Integer” ialah perkataan Latin bagi integriti yang bermaksud menyeluruh, sempurna,
tulen dan tidak berubah. Integriti individu merupakan sifat utama yang dapat melahirkan
jati diri produktif dan berkualiti dalam setiap perlakuan.

INTEGRITI KELUARGA

Keluarga ialah unit asas yang berkait rapat dengan integriti dalam membentuk sikap dan
perlakuan mulia setiap anggotanya. Integriti keluarga bermaksud pembinaan keluarga
yang Bahagia, utuh dan penyayang berlandaskan nilai murni. Didikan keluarga menjadi
asas kukuh dalam mengikat anggota keluarga supaya tidak terpesong daripada nilai dan
norma masyarakat. Integriti keluarga ini mempunyai beberapa ciri yang tertentu.

Saling
menghormati

Pegangan agama
Hubungan erat
kuat
CIRI
INTEGRITI
KELUARGA

Bertanggungjawab Penyayang

Amanah

2
A07100 Pendidikan Moral

CONTOH INTEGRITI KELUARGA

Menjadikan pegangan agama sebagai asas yang kukuh dalam pembinaan keluarga
• Ajaran agama dipupuk dalam setiap perlakuan.
• Sentiasa jujur terhadap anggota keluarga.

Menjaga kerahsiaan keluarga


• Tidak menceritakan masalah yang berlaku dalam keluarga kepada orang luar
kecuali kepada pihak tertentu.
• Tidak membuka rahsia keluarga kecuali kepada pihak tertentu.

Menunjukkan teladan yang baik kepada anggota keluarga


• Ibu bapa mengamalkan sikap yang positif dan proaktif.
• Sentiasa berunding dalam menyelesaikan masalah

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak-anak


• Ibu bapa memastikan setiap anggota keluarga melaksanakan kewajipan
masing-masing.
• Menasihati anggota keluarga yang gagal menunaikan kewajipan.

CARA MEMUPUK INTEGRITI KELUARGA

Memberikan penghargaan Memberikan penghargaan


kepada anggota keluarga kepada anggota keluarga

• Ketika meraikan hari • Tidak pilih kasih.


istimewa keluarga. • Bersabar dengan
• Ketika mendapat kerenah anggota
kejayaan. keluarga

Menyayangi dan Menyayangi dan


menghormati anggota menghormati anggota
keluarga keluarga

• Mendengar pendapat • Menjadi suri teladan


anggota keluarga. yang baik.
• Menyediakan • Meluangkan masa
keperluan harian berkualiti dengan
anggota keluarga.

3
A07100 Pendidikan Moral

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KELUARGA

Didikan keluarga menjadi asas kukuh dalam mengikat anggota keluarga supaya tidak
terpesong daripada nilai dan norma masyarakat. Integriti keluarga pula secara mudahnya
dapat diterjemahkan sebagai nilai-nilai kejujuran, keluhuran dan keutuhan dalam
sesebuah institusi kekeluargaan menjadi cerminan serta model pembentukan akhlak dan
jati diri anak bangsa Malaysia yang merdeka. Integriti amat penting dalam sesebuah
keluarga. Integriti dapat memupuk keluarga bahagia, penyayang dan sihat. Selain itu,
integriti juga dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan antara anggota keluarga.
Integriti juga dapat mengelakkan pertelingkahan dan salah faham antara anggota
keluarga.

NILAI UNIVERSAL

i. Kepercayaan kepada tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran
berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara.
ii. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
iii. Harga diri
Berupaya menjaga maruah diri.
iv. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna.

4
A07100 Pendidikan Moral

LATIHAN PENGAYAAN

1. Isi borang Ikrar Integriti Keluarga seperti di bawah.


2. Tambahkan cara melaksanakan integriti keluarga masing-masing.
3. Baca ikrar tersebut di hadapan ibu bapa. Minta ibu bapa menandatangani borang
tersebut.
4. Kongsikan cara mengamalkan integriti dalam keluarga bersama-sama rakan.

IKRAR INTEGRITI KELUARGA

Saya, ________________________________________________ dengan tulus


dan suci hati berikrar akan mengamalkan integriti dalam keluarga dengan cara
seperti yang berikut :

1. Mematuhi segala nasihat ibu bapa dan anggota keluarga yang lebih tua.
2. Melaksanakan ajaran Tuhan dengan meninggalkan perbuatan yang dilarang.
3. ________________________________________________________________
4. ________________________________________________________________
5. ________________________________________________________________
6. ________________________________________________________________

Tandatangan Disahkan oleh,

__________________________
__________________________
(Nama : ) (Nama Ibu/ Bapa/ Penjaga)
Tarikh :

5
A07100 Pendidikan Moral

Baca dan fahami situasi dibawah. Kemudian, isikan jawapan di dalam borang catatan di
bawah.

BORANG CATATAN

Amalan Integriti Nilai yang


Situasi Kebaikan
yang Ditunjukkan Diamalkan

TAMAT STANDARD KANDUNGAN INTEGRITI DALAM KELUARGA

You might also like