You are on page 1of 36

E-BOOK Saham Maybank2u App

KANDUNGAN

Pengenalan
Panduan membuka account CDS anda dan kos
Bahagian 1 perlu dibayar bila Beli/Jual Saham bagi setiap jenis
account CDS.
Bahagian 2 Panduan Activekan account CDS anda.
Bahagian 3 Panduan Activekan Maybank2u App Anda.
Transfer duit ke account premier(trading) dari
Bahagian 4
account simpanan.
Panduan untuk analisis kaunter saham sebelum
Bahagian 5
membuat pembelian.
Panduan untuk Beli/Jual Saham guna m2ustock
Bahagian 6
app
Bahagian 7 Cara Keluarkan duit saham anda.

Pengenalan

Sebelum saya berkongsi kaedah untuk bermula dalam saham yang ramai
menganggap hanya orang kaya sahaja yang mampu saya ingin memperkenalkan diri saya
Mohd Salehul Al Ayubi Bin Mohd Yusof dari kedah.Seorang graduan IT yang sebelum ni
fikir hanya orang kaya sahaja yang mampu bermain saham dan proses untuk bermula
dengan perniagaan saham ni amat susah.

Selepas saya membuat kajian dan bertanya kepada ramai orang mengenai langkah
untuk bermula dalam perniagaan saham baru saya tahu dengan zaman smartphone
Beli/Jual saham boleh dibuat hanya dihujung jari anda dengan menggunakan app
maybank2u investment sama ada operasi IOS atau Android.

Ramai juga berfikir untuk bermula dalam saham anda perlu mempunyai duit yang
banyak atau sekurang kurang mempunyai RM 2000 dalam bank tetapi sebenarnya untuk
membuka account CDS (Central Depository system) iaitu account untuk pelaburan

memerlukan RM 10.50 untuk satu account dan selepas account anda siap anda sudah
boleh mula Beli/Jual Saham.

Untuk Anda mula beli tak saham pula tak perlu modal yang besar jika anda membeli
saham yang murah untuk anda bermula dalam perniagaan saham.Sebagai contoh jika
saham air asia X berharga seunit RM 0.195 dan mininum kita perlu beli 100 unit syarat
yang telah ditetapkan baru perlu kita bayar RM 19.5 plus kos lebih kurang RM 30 sahaja
dan semua Beli/Jual Saham hanya menggunakan maybank2u App atau maybank2u.com.

Daripada pengenalan ni saya hendak tekankan tidak susah untuk bermula dalam saham
ini.

Bahagian 1 - Panduan membuka account CDS anda dan kos perlu dibayar bila
Beli/Jual Saham bagi setiap jenis account CDS.
# account CDS terbahagi kepada 2 jenis.

1. Nominees Non Margin Account

CDS account jenis nominees anda boleh membeli saham lebih dari duit yang ada dalam

account anda,cth dalam acccount anda mempunyai RM 100,anda boleh membeli saham

sehingga RM 300 kerana maybank memberi anda pinjaman sementara(dua kali ganda)

dan anda perlu bayar kembali dalam masa 2 hari.

2. Direct Cash Account (Cash Upfront)

CDS account jenis Direct anda hanya boleh membeli saham hanya dengan duit yang

ada dalam account anda sahaja tidak seperti cds nominess tetapi untuk membeli IPO

hanya dengan account direct sahaja boleh beli IPO tidak boleh beli IPO dengan account

CDS nominess.
# Perbezaan CDS Nominees dan CDS Direct

CDS Nominees CDS Direct


Annual Report Anda tidak terima terima
Maybank akan
AGM Perlu registerkan sendiri
registerkan
IPO Tidak boleh beli IPO Boleh beli IPO
Caj Semasa Buka
RM 10.6 RM 10.6
Account

# Perbezaan CDS Nominees dan CDS Direct dari segi caj/kos yang dikenakan

sewaktu beli/jual saham.

CDS Nominees CDS Direct


1.Offline Caj (call 0.6% atau min RM 40 0.6% atau min RM 40 (plus
broker)<100 K (plus GST 6%) GST 6%)
2.Offline Caj (call 0.39% atau min RM 40 0.39% atau min RM 40 (plus
broker)>100 K (plus GST 6%) GST 6%)

0.42% atau min RM 12 0.1% atau min RM 8 (plus GST


3.Online <100 K
(plus GST 6%) 6%)
0.21% atau min RM 12 0.1% atau min RM 8 (plus GST
4.Online >100 K
(plus GST 6%) 6%)
5.Stamp duty -RM 1 bagi setiap 1k atau minimum RM 1.

6.Clearing Fee - 0.03% Plus GST 6%

# Cara Buka Account CDS

Daripada keterangan diatas kita dapat lihat untuk bermula dalam bermain saham hanya

bermodalkan RM 10.6 sahaja. Untuk membuka account CDS anda hanya perlu pergi ke
mana - mana branch maybank terdekat yang sediakan perkhidmatan membuka account
CDS sebaiknya anda perlu call tanya dahulu maybank yang anda hendak pergi.

Anda hanya perlu mempunya account simpanan maybank sahaja dan pihak bank akan
copy IC anda nnti.Saya nasihatkan anda membuka kedua-dua account terus walaupun

saya nasihatkan untuk membeli saham nanti guna CDS direct sebabkan kos yang

dikenakan tidak tinggi.Biasanya account anda akan siap dalam masa 1 minggu.

* Pastikan anda register cds dibawah maybank equities.(akan dapat acc premier dan tak
perlu transfer via bill payment ke remiser) list branch equities maybank:

pegi maybank2u.com --> customer service --> pilih ikut negeri anda.

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/customerServiceBranchDetailsLis
t.do
Apabila Account anda sudah siap maybank akan email kepada anda dua account no bagi

setiap CDS account.Anda akan terima CDS account no dan account premier1 iaitu

account untuk anda transfer duit untuk pelaburan dari account simpanan anda.

Disini kita kita boleh badget duit untuk kita membuat pelaburan saham.

lihat contoh dibawah.


Bahagian 2 - Panduan Activekan account CDS anda.

# Cara untuk activekan account CDS anda.


Apabila anda telah menerima account CDS ada daripada maybank melalui email
biasanya dan telah boleh lihat account premier 1 account seperti contoh diatas,anda
terus boleh activekan account anda seperti langkah di bawah.

Log in to M2U, same username and password as per your online banking.
1) Go to --> Investment --> Online Stocks --> Real-time Market Info
2) Click "Maybank Equities Investment Centre"

3) Isikan personal data dan for "Share Investment Centre where Share Trading
Account is maintained:" Pilih branch temat anda buka acc cds "12222 - cth Subang
Jaya"

4).Click Submit.

5)Click "LiveQuotes".
#Lepas tu anda akan nampak screen Trading account anda seperti dibawah.
Bahagian 3 - Panduan Activekan Maybank2u App Anda.

Apabila anda telah activekan account CDS anda seperti diatas anda hanya perlu
download m2ustock anda melalui IOS atau Android sahaja dan terus boleh login
menggunakan ID dan password maybank2u online anda.contoh seperti di bawah.
Bahagian 4 - Transfer duit ke account premier(trading) dari account simpanan.
Anda hanya perlu login ke maybank2u anda --> pilih transfer --> Own Account
Transfer dan ikut seperti gambar dibawah.

Apabila telah selesai anda akan dapat lihat account premier anda telah mempunyai duit
untuk anda bermula membeli saham anda juga akan dapat melihat account CDS juga
mempunyai duit yang telah ditransfer tadi.

Melalui Maybank2u.com
Click "LiveQuotes" --> Click Account Summary
Melalui Mayban2u App

Click "portfolio" --> Click "View limit"

Anda dapat lihat account CDS anda telah mempunyai duit untuk membeli Saham.
Bahagian 5 - Panduan untuk analisis kaunter saham sebelum membuat
pembelian.
Pada zaman sekarang sangat mudah untuk melihat turun naik saham atau sejarah bagi
setiap kaunter saham yang kita target nak beli.Selain kita membaca surat khabar
remisier maybank juga akan whatapp email setiap hari kaunter saham yang patut dibeli.
Pada zaman sekarang anda boleh download pelbagai app yang sediakan analisis tanpa
kita perlu login.Sebagai contoh pengguna IOS boleh gunakan APP stock seperti dibawah.
App m2ustock pun boleh analisis tetapi kita perlu login,biasanya saya gunakan
m2ustock untuk beli/jual saham sahaja.
Anda boleh senaraikan pelbagai kaunter saham seperti dibawah.
Anda juga boleh tambah kaunter saham seperti arahan diatas.
Hanya perlu click button + dan search kaunter saham yang anda hendak analisis.
anda Juga boleh lihat analisis bagi kaunter tersebut dalam 1 minngu,sebulan,setahun
sehingga 10 tahun seperti dibawah hanya dengan lintangkan smartphone anda.

Setelah membuat analisis,baru anda membuat keputusan untuk beli sesuatu


kaunter saham tersebut.
Anda juga boleh membuat analisis di bursa saham malaysia web dan forum di bawah.

http://www.bursamalaysia.com/market/
http://klse.i3investor.com/index.jsp
www.malaysiastock.biz
Bahagian 6 - Panduan untuk Beli/Jual Saham guna m2ustock app

Pada zaman sekarang untuk jual beli saham sangat mudah hanya guna smartphone
anda.Setalah membuat keputusan untuk membeli sesuatu kaunter saham...

1.Login ke M2USTOCK app anda.


2.Click Menu --> Stock
3.Masukkan kaunter saham yang anda hendak beli cth 5238
4.Click pada kaunter stock
4.Anda dapat lihat orang sedang beratur untuk membeli/menjual saham

Jika saya bersetuju untuk membeli saham pada harga 0.195 harga paling murah
yang ada penjual tawarkan saya akan dapat terus saham itu.minimun 100 unit.
# Click Buy.

5.Min 1 lot bersamaan 100 unit.Saya bersetuju dengan Harga 0.195

# Click Ok.
6.Click Confirm

# Anda dapat lihat saya perlu bayar RM 19.5 sahaja untul 100 unit saham
kerana saham berharga RM 0.195 sahaja untuk airasia X. Oleh kerana
saya beli guna acc CDS nominee total saya perlu bayar saham RM 19.5
+ caj broker RM RM 12 + Stam duty RM 1 + GST total RM 33 anda akan
lihat account premier anda berkurang selepas 3 hari.Duit anda RM 33
ini akan di lock oleh system.
6.Order Status :All matched ,Bermaksud anda telah berjaya.Anda boleh
click lihat details.
7.Lihat kembali saham yang telah anda beli.

Login m2ustock -->Menu -->Portfolio --> click stock.


Anda juga boleh check saham melalui maybank2.com
Login maybank2u.com -->Livequoates --> portfolio

# Stop Lost (Jika takut saham jatuh teruk)


Tak ada system dalam maybank2u atau m2uapp untuk set stop loss tetapi kita boleh
subscribe bila harga jatuh dia akan auto sms bagi tahu harga telah jatuh.Anda perlu jual
stock anda bila harga telah jatuh mengikut target anda.

cara nak subscribe :OtherService --> SMS & Alert.


Anda juga boleh set alert stop loss menggunakan App KLSE Screener seperti dibawah.
Anda perlu add watchlist terlebih dahulu seperti dibawah:
Click Stock yang hendak di set stop lost seperti dibawah.Click Price Alert.
Set price stop loss anda.app klse app akan alert di smartphone anda bila harga telah
jatuh.anda perlu jual stock anda mengikut target loss anda.
Bahagian 7 - Cara Keluarkan duit saham anda.

Login maybank2u.com -->Investment -->Realtime stock -->Other Service -->


Cash Collateral Withdrawal -->New request
Anda isi details dibawah dan anda akan dapatkan keluarkan wang saham bila
telah mempunyai untung.

Saya berharap dengan info yang saya kongsikan ini boleh memberi semangat
kepada semua peminat saham untuk bermula dalam dunia saham ni.Kita buang
dalam fikiran kita saham ini hanya untuk orang kaya sahaja tetapi saham
sebenarnya untuk mereka yang mahu mencuba untuk pelbagai cara untuk ubah
cara hidup keluarga kita.Saham akan memberi lebih pulangan dari ASB,Emas dan
sebagainya.Tak salah kita mencuba sebabkan untuk mulakan tidak menggunakan
kos yang tinggi.
#terima kasih bagi yang telah membeli E-book ni dengan harapan amanah untuk tidak
mencetak dan menjual kembali.
#BONUS
Cara Beli IPO baru
1.Anda perlulah mempunya account CDS dirrect cash.
1.
2.Login ke maybank2u -->Investment -->Click eShare

3.Click Apply
4.Click Accept

5.Masukkan jumlah lot yang anda hendak beli.Min 1 lot = 100 unit.

-
Payment dari acc simpanan anda
-Masukkan account cds anda.Cari account cds direct anda:
Go to --> Investment --> Online Stocks --> Real-time Market Info -->online enquiry
-->Account summary

5.Click Continue
6.Click Confirm

#Pembelian Ipo anda ini tak semestinya approve,Jika Approve saham ini akan masuk ke
portfolio anda jika tidak maybank akan refund kembali duit anda.

You might also like