You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK DAN RBT 1/2017

TARIKH : 17hb Januari 2017

HARI : Selasa

MASA : 02.00 petang -3.30 petang

TEMPAT : Bilik RBT

KEHADIRAN:

1. En. Mohd Norman Bin Mohd Fuad (PK KOKU)


2. En. Mohd Amir Bin Shaari
3. En. Mohd Redzuan Bin Hassan
4. En. Syaharridzwan Bin Shaifuddin
5. En. Mustafa Bin Yusof
6. En. Musa Bin Lazim
7. Pn. Putry Sharipatul Uluwiyah Bt. Megat Johari

AGENDA 1: UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. PK KOKU mengalu-alukan kehadiran guru.


1.2. Beliau berharap semua guru telah bersedia untuk memberikan sepenuh komitmen
terhadap perancangan dan pengurusan yang telah dirancang dan disusun oleh panitia
TMK dan RBT untuk tahun ini.
1.3. Tambahan lagi, pada tahun ini TMK dan RBT baru sahaja diperkenalkan berdasarkan
KSSR yang merupakan dasar kerajaan dalam system pendidikan.
1.4. Melalui kurikulum yang baru, amatlah diharapkan guru-guru yang terlibat dengan PdP
TMK dan RBT dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya agar murid-murid
mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan.

(Makluman :Semua guru)

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

2.1 Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lepas

1
AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

AGENDA 4 : ISU-ISU MESYUARAT

4.1 Pengurusan Fail Panitia


4.1.1 Pk Koku mengingatkan agar fail-fail panitia diuruskan bermula seawall Februari
ini terutamanya selepas mesyuarat pertama diadakan.
4.1.2 PK Koku mengingatkan agar fail-fail tersebut mestilah mengandungi senarai
jawatankuasa, Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi, minit mesyuarat, biodata
guru yang mengajar serta aktiviti tahunan selain RPT dan DSKP serta apa sahaja
yang melibatkan panitia.
(Makluman/ Tindakan : Guru Panitia)

4.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)


4.2.1 Semua guru yang terlibat mestilah menghantar RPT kepada Guru Besar untuk
semakan selewat-lewatnya 1 Februari 2017.
4.2.2 Semua RPT mestilah mengikut sukatan yang telah ditetapkan dan disediakan oleh
KPM.
(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

4.3 Peruntukan masa mengajar untuk TMK dan RBT


4.3.1 Peruntukan waktu mengajar untuk TMK dan RBT adalah 2 masa seminggu (1
jam) yang diajar secara berselang-seli.
4.3.2 Guru-guru yang terlibat perlulah menghabiskan sukatan mengikut masa yang
telah ditetapkan.

(Makluman/ Tindakan :Gurumatapelajaran)

4.4 Ujian TMK dan RBT


4.4.1 Walaupun TMK dan RBT merupakan matapelajaran dibawah KSSR, akan tetapi
Pentadbir telah menetapkan supaya 2 kali ujian tetap diadakan bagi mengukur
tahap pencapaian murid-murid.
4.4.2 Tiga kali ujian yang dimaksudkan ialah Ujian Penggal 1 dan Ujian Penggal 2.

2
4.4.3 Oleh itu, disamping menguji Tahap Penguasaan (TP) mereka, penilaian sumatif
turut diadakan untuk kebaikan akademik murid-murid.
4.4.4 Guru matapelajaran hendaklah menyediakan soalan yang kemudiannya akan
disemak oleh Guru Besar terlebih dahulu sebelum diperbanyakkan.

(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

4.5 Penyediaan Soalan untuk TMK dan RBT


4.5.1 Soalan yang disediakan mestilah mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A
(subjektif) dan Bahagian B (Objektif).
4.5.2 Bahagian A memperuntukkan 20 markah dan Bahgaian B pula memperuntukkan
30 markah.
4.5.3 Guru-guru digalakkan membina soalan dengan berpandukan menggunakan JSU.
(Makluman/ Tindakan :Gurumatapelajaran)

4.6 Aktiviti Tahunan Panitia TMK dan RBT


4.6.1 Aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:
4.6.1.1 Pertandingan Reka Cipta dari Bahan Kitar Semula
4.6.1.2 Pertandingan Gambar Inspirasiku
4.6.1.3 Pertandingan Mencipta Pakaian Angkasawan

(Makluman/ Tindakan :Gurumatapelajaran)

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada hal-hal lain

AGENDA 6 : PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Pk Koku mengucapkan terima kasih kepada semua guru.


6.2 Beliau berharap mana-mana program yang telah dirancang akan kita laksanakan
mengikut kemampuan kita. Dengan adanya penambahbaikkan, beliau amat berharap
semuanya akan berjalan lancar.

3
6.3 Beliau juga mengingatkan dalam apa sahaja pengurusan, soal integriti adalah asas kepada
perkhidmatan kita.
6.4 Amatlah diharapkan pada tahun ini semua panitia akan bergerak dengan lebih aktif dan
efektif.
6.5 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Minit dicatat oleh: Disemak oleh:

(SYAHARRIDZWAN BIN SHAIFUDDIN) (PN. RAMLAH BT MUSTAM)


Setiausaha Guru Besar Sk Sg Jejawi
Panitia TMK dan RBT

You might also like