You are on page 1of 4

Pertandingan Sepaktakraw Remaja 19 Tahun Ke 2017

Bawah Tertutup Muar

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW REMAJA 19 TAHUN KE BAWAH TERTUTUP MUAR 2017 SEMPENA HARI
SUKAN NEGARA.

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia
PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang sedang berkuatkuasa masa
kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 Pengenalan

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAKTAKRAW REMAJA 19 TAHUN KE BAWAH
TERTUTUP MUAR 2017 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Muar dengan kerjasama
Persatuan Sepaktakraw Daerah Muar (PSDM)

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh Penganjur dan
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan. Semua keputusan Pegawai Pertandingan adalah muktamad.

2.2 Tarikh, Tempat, Tarikh Tutup dan Taklimat/Undian

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 14 Oktober 2017 (Sabtu), jam 8.30 pagi. Bertempat di
Gelanggang Sepaktakraw Pt. Haji Ali, Jln. Abd. Rahman.

2.2.2 Kejohanan akan dijalankan di gelanggang terbuka.

2.2.3 Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari pertandingan sebelum pengundian dijalankan.

2.2.4 Taklimat pengurus dan undian akan dijalankan pada tarikh pertandingan .

2.2.5 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak pasukan sekiranya tiada wakil yang
hadir semasa hari pengundian.

2.3 Format Kejohanan

2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Kalah Mati) dengan menggunakan sistem kiraan
baru mengikut peraturan ISTAF terkini.

2.4 Hadiah-hadiah

2.4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib
Johan, Tempat ke tiga dan Tempat ke empat .

Pejabat Belia & Sukan Daerah Muar dan Persatuan Sepaktakraw Daerah Muar Page 1
Pertandingan Sepaktakraw Remaja 19 Tahun Ke 2017
Bawah Tertutup Muar

2.4.2 Hadiah wang tunai dan piala yang disediakan adalah seperti berikut:

i) Johan - RM 200.00
ii) Naib Johan - RM 100.00
iii) Ketiga - RM 50.00
iv) Keempat - RM 50.00

2.5 Syarat-syarat Penyertaan

2.5.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia yang menetap,belajar dan
bekerja di Daerah Muar sahaja. Persempadanan daerah Muar dan Ledang adalah dipisahkan oleh
Sungai Muar.

2.5.2 Setiap regu hendaklah terdiri daripada seorang pengurus dan 3 orang pemain serta 1 pemain
simpanan (jika ada).

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

2.5.4 Penyertaan adalah PERCUMA.

2.5.5 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan,
PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PENYERTAAN REGU BERKENAAN DARI MENYERTAI
KEJOHANAN INI.

1.5.6 Pemain-pemain yang pernah bermain untuk SUKMA dan GP Kebangsaan tidak dibenarkan
menyertai pertandingan.

2.5.7 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 20 minit
sebelum perlawanan dimulakan.

3.3 Semua pemain hendaklah berpakaian sukan yang kemas, berkasut getah dan pemakaian jersi
yang bernombor adalah diwajibkan. Ketua pasukan hendaklah memakai arm band.

3.4 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak
boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh pasukan atau regu yang mengambil bahagian.

3.5 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan
dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa
diberitahu terlebih dahulu.

3.6 Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak mengambil

Pejabat Belia & Sukan Daerah Muar dan Persatuan Sepaktakraw Daerah Muar Page 2
Pertandingan Sepaktakraw Remaja 19 Tahun Ke 2017
Bawah Tertutup Muar
bahagian dalam kejohanan ini.

3.7 Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 10 minit daripada masa yang telah
ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan tersebut akan terkeluar daripada
pertandingan.

3.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di
sepanjang pertandingan ini.

3.9 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Juri Rayuan yang dianggotai oleh seorang seorang
Pengerusi Teknikal, seorang Juri Lantikan dan seorang Pengurus Pasukan yang berkecuali. Keputusan
jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.10 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 PERATURAN AM

4.1 Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undang-undang, syarat penyertaan
dan pertandingan atau mana-mana peraturan, ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am
dan amalan biasa yang diterima umum.

4.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur Kejohanan adalah
muktamad.

4.3 Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am, syarat penyertaan dan syarat
pertandingan serta jadual permainan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
tanpa perlu memberitahu pasukan-pasukan yang bertanding.

5.0 BORANG PENYERTAAN

5.1 Borang penyertaan perlu diserahkan kepada wakil-wakil yang boleh dihubungi seperti berikut :-

5.1.1 En. Zamberi 016-7188449


5.1.2 En. Mohd Zan 017-6936590
5.1.3 En. Khamis 019-6348515

Disediakan oleh:

Sekatariat Kejohanan

Pejabat Belia & Sukan Daerah Muar &


Persatuan Sepaktakraw Daerah Muar

Pejabat Belia & Sukan Daerah Muar dan Persatuan Sepaktakraw Daerah Muar Page 3
Pertandingan Sepaktakraw Remaja 19 Tahun Ke 2017
Bawah Tertutup Muar

PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW REMAJA 19 TAHUN KE BAWAH TERTUTUP


MUAR 2017
SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

BORANG PENDAFTARAN PEMAIN

PASUKAN :

REGU :

BIL NAMA PEMAIN POSISI NO JERSEY


1 TEKONG
2 APIT KANAN
3 APIT KIRI
4 GANTIAN

REGU:

BIL NAMA PEMAIN POSISI NO JERSEY


1 TEKONG
2 APIT KANAN
3 APIT KIRI
4 GANTIAN

PENGURUS/JURULATIH :

T/TANGAN PENGURUS/JURULATIH

Pengesahan Pihak Sekolah/Kelab Gabungan

Nama: Chop:

Pejabat Belia & Sukan Daerah Muar dan Persatuan Sepaktakraw Daerah Muar Page 4

You might also like