You are on page 1of 4

AMALAN GURU PENYAYANG SK PARIT HAJI AMAN 2017

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID


(AMALAN GURU PENYAYANG) 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI AMAN

1.0 PENGENALAN

Sambutan meraikan hari lahir murid-murid SK Parit Haji Aman, merupakan


suatu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah
satu inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk budaya penyayang di
kalangan warga sekolah. Program ini akan diadakan empat kali setahun semasa
perhimpunan sekolah. Sambutan hari lahir ini akan melibatkan semua murid SK Parit
Haji Aman bermula murid Tahun 1 sehingga murid Tahun 6. Semoga melalui program
sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta pihak pengurusan
sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SK Parit Haji Aman.

2.2 Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang.

2.3 Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.

2.4 Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai.

2.5 Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus
mereka akan lebih menyayangi sekolah.

3.0 MATLAMAT

3.1 Bermatlamat agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah.

3.2 Menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga sekolah.

3.3 Menimbulkan perasaan dihargai di kalangan warga sekolah

4.0 KUMPULAN SASARAN

1
AMALAN GURU PENYAYANG SK PARIT HAJI AMAN 2017

Semua murid SK Parit Haji Aman bermula murid Tahun 1 hingga Tahun 6
(Senarai nama murid yang terlibat rujuk pada lampiran 1)

5.0 JADUAL PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 17 APRIL 2017 (Sambutan hari lahir Januari April)

5.2 Tempat : Tapak Perhimpunan

5.3 Penganjur : Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Parit Haji Aman

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn Hjh Che Engku Hasmah Bt Che Engku Awang


Guru Besar SK Parit Haji Aman

Pengerusi : En Ramdzan B Ibrahim


PK Pentadbiran SK Parit Haji Aman

Naib Pengerusi 1 : En Zulkipli B Jamhari


PK HEM SK Parit Haji Aman

Naib Pengerusi 2 : En Ahmad Shaiful B Mat Jamaludin


PK Kokurikulum SK Parit Haji Aman

Setiausaha : En Abd Haffis B Desa

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6

2
AMALAN GURU PENYAYANG SK PARIT HAJI AMAN 2017

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Perbelanjaan Jumlah

1 Hadiah Murid RM 2.00 X 67 orang RM 134.00

JUMLAH RM 134.00

Sumber Kewangan

Unit Bimbingan dan Kaunseling = RM 134.00


Jumlah = RM 134.00

8.0 TENTATIF PROGRAM

07.30 pagi : Perhimpunan Mingguan

: Ucapan Penyelaras Program

: Ucapan Guru Besar SK Parit Haji Aman

: Acara menyanyikan lagu hari lahir

: Penyampaian hadiah hari lahir

08.10 pagi : Majlis tamat

3
AMALAN GURU PENYAYANG SK PARIT HAJI AMAN 2017

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak
ke arah mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah. Usaha ini dapat
mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara
langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang
disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................. ....................................................
(ABD HAFFIS BIN DESA) (ZULKIPLI BIN JAMHARI)
Guru Bimbingan, PK Hal Ehwal Murid
SK Parit Haji Aman SK Parit Haji Aman

Disahkan oleh,

...............................................................................................
(CHE ENGKU HASMAH BT CHE ENGKU AWANG)
Guru Besar
SK Parit Haji Aman

You might also like