You are on page 1of 2

Kahoot!

merupakan alat pembinaan kuiz interaktif ala permainan berunsur


pertandingan.
Ia boleh juga digunakan sebagai alat mengadakan soal selidik secara tidak
formal. Item yang dibina boleh berbentuk kuiz aneka pilihan (2 - 4 jawapan cadangan),
boleh diselitkan dengan imej dan video (jika perlu). Namun, soalan yang
dikemukakan perlulah ringkas dan tepat kerana dihadkan bilangan aksara yang
boleh digunakan dalam item dan juga jawapannya.

Kelebihan Apps ini ialah semua pelajar dapat menjawab soalan yang
dikemukakan serentak dalam masa yang diperuntukkan dan akan menerima
maklum balas semerta sama ada betul ataupun salah.
Permainan ini boleh ditadbir dalam mod Classic (persaingan antara individu) dan
juga mod Team (pertandingan antara pasukan).

Guru perlu mendaftarkan akaun Kahoot di https://getkahoot.com manakala


pelajar yang menyertai kuiz perlu melayari https://kahoot.it/ dan tidak perlu ada
akaun.

Kahoot merupakan suatu aplikasi kuiz secara online yang dibina oleh guru untuk
merangsang minat murid semasa proses P&P melalui suasana pembelajaran secara
interaktif. Aplikasi ini dapat digunakan melalui pelbagai peranti antaranya ialah
komputer, tablet dan telefon pintar.
Guru dapat membina pelbagai kuiz berkaitan topik yang ingin diuji dengan berkongsi
nombor pin kuiz tersebut untuk dijawab oleh murid. Skrin dihadapan kelas akan
menjadi paparan utama yang akan memaparkan soalan manakala murid pula akan
menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan
beberapa pilihan jawapan yang diberi. Secara tidak langsung, perkara ini akan
menjadikan murid fokus dalam menjawab soalan kerana aplikasi ini memerlukan
murid mengutamakan soalan yang hanya terdapat pada paparan skrin utama di
hadapan kelas.
Di samping itu, murid juga dapat melihat kepantasan mereka dalam menjawab
soalan melalui kedudukan dan masa yang dipaparkan pada skrin utama di hadapan
kelas. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan suasana persaingan yang sihat
dalam kalangan murid melalui permaian secara interaktif. Bukan itu
sahaja, Kahoot juga mampu mewujudkan suasana P&P yang menyeronokkan dan
mendisiplinkan murid dari segi memperuntukkan masa menjawab sesuatu soalan.
Penggunaan Kahoot dalam P&P juga turut menerapkan unsur didik hibur dan dilihat
sangat sesuai dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21.
Google Slides merupakan salah satu Apps percuma yang disediakan untuk Pemilik Akaun
Gmail.

Ia mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan MS PowerPoint. Ia boleh dimainkan
secara online ataupun offline (sekiranya anda install Google Drive untuk kegunaan secara
Offline)

Fungsinya sama seperti Microsoft Power Point tetapi kelebihan perisian Google slides dapat diakses
melalui internet dan dapat dikongsi dengan rakan lain di atas talian.

Tambahan lagi, anda tidak perlu menekan butang "save" selepas penyuntingan kerana segala
perubahan yang berlaku adalah disimpan terus secara automatik (automatically save). Anda juga
dapat menggunakan revision history untuk melihat versi yang lama, susunan mengikut tarikh dan
rakan yang membuat perubahan.

Selain itu melalui Google Slides juga, anda mampu bekerjasama dengan rakan-
rakan dalam slide persembahan yang sama pada masa yang sama. Wah, mudah bukan?

Anda juga dapat berkongsi maklumat slide, komen dan edit bersama pada slide tersebut.
Apabila rakan anda sedang melakukan penyunting ke atas slide, anda dapat
melihat cursor selagi mana perubahan sedang dilakukan.

Selepas ni, anda mampu mencipta slide persembahan tidak kira di mana sahaja
selagi mana anda ada akses internet. Dokumen yang ditulis boleh juga
diakses ketika offline dengan syarat anda tetapkan pada setting dokumen.

You might also like