You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH AGAMA TELOK KEMANG

71050 SI RUSA, PORT DICKSON


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KERJA SAMBUTAN


BULAN KEMERDEKAAN
2014

TARIKH
18 OGOS 17 SEPTEMBER 2014

ANJURAN
PANITIA SEJARAH BERSAMA PANITIA DI BAWAH BIDANG
KEMANUSIAAN, PUSAT SUMBER SEKOLAH, KELAB RUKUN
NEGARA DENGAN KERJASAMA PIBG
SEKOLAH MENENGAH AGAMA TELOK KEMANG

1
KERTAS KERJA PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN 2014
SEKOLAH MENENGAH AGAMA TELOK KEMANG
71050 SI RUSA, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

1.0 PENDAHULUAN
Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam
membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi
pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam
erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama kerajaan mendidik dan membina pelajar
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Panitia Sejarah dengan kerjasama Panitia Geografi, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan,
serta Pusat Sumber Sekolah akan mengadakan aktiviti bulan patriotisme bagi tahun 2014. Majlis
pelancaran perasmian bulan patriotisme SMA Telok akan diilaksanakan pada 18 Ogos 2014. Antara
pengisian majlis pelancaran ialah perasmian bulan patriotisme SMA Telok Kemang 2014, bacaan
perutusan kemerdekaan 2014, persembahan deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik.

2.0 TEMA
MALAYSIA...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

3.0 MATLAMAT
3.1 Memeriahkan sambutan hari kemerdekaan tahun ini.
3.2 Memupuk nilai kerjasama dalam kalangan pelajar bagi menghasilkan sesuatu kerja.
3.3 Mempertingkatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar

4.0 RASIONAL
Memupuk semangat patriotisme dan cintakan Negara Malaysia

5.0 OBJEKTIF

5.1 Pelajar dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan
Negara.
5.2 Pelajar bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini.
5.3 Pelajar mengenali tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan menghargai jasa-jasa mereka.
5.4 Pelajar dapat mengamalkan hidup bersatu-padu dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
5.4 Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
5.5 Memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada
sekolah dan negara

6.0 TARIKH
18 Ogos 17 September 2014

7.0 KUMPULAN SASARAN


Semua warga SMA Telok Kemang

2
8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn Hj Ariffin bin Yusoff (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : En. Zulhisham bin Zakaria (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Rodhiah bt Ali (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Jamalauddin bin Yusoff
Penyelaras : Cik Hamilah Hanun bt Abu Hassan (KB Kemanusiaan)
: Pn. Noorashikin bt Othman (KB Bahasa)
Pn. Eani Rashida bt Kamarudin (KB Pendidikan Islam)
: En. Nazaruddin bin Abd. Hadi
: En. Rahman Shah bin Aris (KB Sains & Matematik)
Setiausaha : Pn. Noor Wahida bt Md Radzi
Pen. Setiausaha 1 : En. Yusmahairi bin Md Yusob
Pen. Setiausaha 2 : Pn. Rohana bt Ibrahim
Bendahari : En. Aidzir bin Mad Jalal
AJK : 1) En. Jalil bin Manap
2) Pn. Nor Suriyati bt Sudin
3) Pn. Aidayu bt Ahmad
4) Cik Nur Adibah bt Mohd Hazni
5) Pn. Nor Dianah bt Musa
6) En. Ahmad Tarmizi bin Mohd Yusoff
7) En. Samsul bin Hassan
8) En. Azrul bin Adnan
9) En. Khairul Anuar bin Noordin
10) Pn. Arbaayah bt Abd Shukor

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Ahli J/K Jurugambar En. Yusma Hairi bin Md Yusob


Ahli J/K Banner Cik Hamilah Hanun bt Abu Hassan
Ahli J/K Pengerusi Majlis Pn. Rohana bt Ibrahim / Saudari Sayyidah Nafisah
Ahli J/K Bacaan doa En. Jalil bin Manap / Ahmad Thariq b Mohd Aizan
Ahli J/K Dokumentasi Pn. Noor Wahida bt Md Radzi
Ahli J/K Teks Ucapan Pengetua Pn. Nor Suriyati bt Sudin
Ahli J/K Hadiah Pn. Aidayu bt Ahmad / Pn. Nor Dianah Binti Musa
Ahli J/K Gimik Pn. Arbaayah bt Abd Shukor
Ahli J/K Bendera En. Khairul Anuar bin Noordin
Ahli J/K Siaraya En. Azrul bin Adnan

3
10.0 PENGISIAN PROGRAM
Program yang dijadualkan berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan memuatkan aktiviti-
aktiviti yang berbentuk kenegaraan, keagamaan, kesenian dan kognitif bersesuaian dengan
objektif aktiviti ini. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:
1) Penyerahan bendera
2) Nyanyian Lagu patriotik
3) Pertandingan Menulis Sajak Kemerdekaan
4) Keceriaan kelas (Kemerdekaan)
5) Kuiz Kenali Malaysia
6) Pertandingan Silang Kata dan Menulis Slogan Kemerdekaan
7) Pertandingan Melukis Poster
8) Bacaan Yasin Perdana/ Tahlil
9) Gimik Kemerdekaan & Pemotongan Kek
10) Kempen Kibaran Jalur Gemilang
11) Pameran Kemerdekaan di Perpustakaan

10.1 PENYELARAS AKTIVITI

BIL AKTIVITI PENYELARAS PERINCIAN TUGAS


1 Penyerahan Bendera En. Yusma Hairi bin Md - Memastikan proses
Nyanyian Lagu Patriotik Yusob penyerahan bendera
berjalan lancar
- Menyediakan lagu
patriotik
- Berhubung dengan AJK
bendera
2 Pertandingan Menulis Pn. Rohana bt Ibrahim - Memastikan pertandingan
Sajak Kemerdekaan berjalan dengan lancar
- Menyediakan hakim
pertandingan
- Memastikan borang
pemarkahan disediakan
3 Keceriaan kelas Pn. Aidayu bt Ahmad & - Memastikan pertandingan
(Kemerdekaan) Cik Nur Adibah bt Mohd berjalan dengan lancar
Hazni - Memastikan borang
pemarkahan disediakan
4 Kuiz Kenali Malaysia Pn. Nor Suriyati bt Sudin - Memastikan kuiz berjalan
dengan lancar
5 Pertandingan Silang Kata Pn. Nor Dianah Binti - Menyediakan teka silang
& Penulisan Slogan Musa kata yang sesuai
Kemerdekaan - Memastikan pertandingan
berjalan lancar
- Memastikan ada hakim
untuk penilaian
pemenang
6 Pertandingan Melukis En. Samsul bin Hassan - Memastikan pertandingan
Poster & En. Azrul bin Adnan berjalan dengan lancar

4
- Memastikan ada hakim
untuk penilaian pemenang
7 Bacaan Yasin Perdana/ En. Ahmad Tarmizi bin - Memastikan bacaan
Tahlil Mohd Yusoff Yaasin & tahlil berjalan
lancar
8 Gimik Kemerdekaan Pn. Arbaayah bt Abd - Menentukan gimik yang
Shukor sesuai
- Mencari murid untuk
gimik
- Mencari kek bersesuaian
dengan tema program
9 Kempen Kibaran Jalur En. Khairul Anuar bin - Memastikan bekalan
Gemilang Noordin bendera cukup sepanjang
program
- Mendapatkan bekalan
bendera
- Mengemas & menyimpan
bendera setelah tamat
program
10 Pertandingan Tulisan Khat - Pn. Noor Haizawar bt - Memastikan pertandingan
Tema Kemerdekaan Zulkfly berjalan dengan lancar
- Mendapatkan kerjasama
Pn. Eani Rashida bt
Kamaruddin sebagai
hakim pertandingan.

11 Pameran Kemerdekaan di - Pn. Aidayu bt Ahmad - Memastikan perpustakaan


Perpustakaan dalam keadaan baik
selepas pameran

5
11.0 SUMBER KEWANGAN
1) PCG Sejarah - RM 370.00
2) PCG Sivik dan Kewarganegaraan - RM 1370.00
3) PCG Pusat Sumber - RM 225.00

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA HADIAH KUANTITI JUMLAH CATATAN /


(AMAUN) SUMBER
KEWANGAN
1 Pertandingan Keceriaan Kelas Pertama RM 100.00 RM 370.00 PCG SEJARAH
Kedua RM 70.00
Ketiga RM 50.00
Saguhati RM 30.00 X 5

2 Pertandingan Silang Kata Pertama RM 30.00 RM 60.00 PCG PSK


Kedua RM 20.00
Ketiga RM 10.00

3 Kuiz Kenali Malaysia Terbuka RM 10.00 X 30 RM 300.00 PCG PSK

4 Pertandingan Menulis Sajak Pertama RM 25.00 RM 100.00 PCG PSK


Kemerdekaan Kedua RM 20.00
Ketiga RM15.00
Saguhati RM 10 X 4

5 Kempen Jalur Gemilang Bendera RM 400.00 RM 400.00 PCG PSK


Malaysia
pelbagai saiz
Bendera
Pelbagai
Negeri,
Poster

6 Pertandingan Melukis Poster Pertama RM 30.00 RM 225.00 PCG PSS


Kedua RM 25.00
Ketiga RM 20.00
Saguhati RM 15 X 10

7 Pertandingan Tulisan Khat Tema Pertama RM 25.00 RM 160.00 PCG PSK


Kemerdekaan Kedua RM 20.00
Ketiga RM 15.00
Saguhati RM 10 x 10

8 Lain-lain: RM200 RM 200 PCG PSK


Bunting Bulan Kemerdekaan,
Pembalut hadiah, warna, kertas
lukisan, alat tulis, kad
9. Banner 1 RM 150.00 PCG PSK
JUMLAH RM 1965.00

6
13.0 ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN BULAN PATRIOTISME
7.20 pagi : Guru-guru dan murid-murid berhimpun.
Asma ul Husna, nyanyian lagu Negaraku & lagu kebesaran Negeri Sembilan
7.35 pagi : Bacaan doa khas Ahmad Thariq b Mohd Aizan
7.40 pagi : Ucapan aluan Setiausaha Program Yusmahairi b Md Yusob
7.50 pagi : Ucapan Perasmian - Tn. Hj Ariffin bin Yusof - Perasmian Bulan
Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2014 (laungan merdeka x 3)
8.00 pagi : Penyerahan bendera kepada wakil setiap kelas
8.10 pagi : Deklamasi Sajak oleh pelajar tingkatan 5IS (Saudari Khairatul Afina)
8.20 pagi : Nyanyian lagu patriotik pilihan dan kibaran Jalur Gemilang
8.30 : Bersurai

Bil Tarikh / Masa Acara /Aktiviti Catatan


1 18 Ogos 2014 -Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan
- Perutusan
- Penyerahan bendera.
- Nyanyian lagu Patriotik
- Laungan Merdeka
2 18 - 31 Ogos 2014 Pertandingan Menulis Sajak
Kemerdekaan
3 19 dan 26 Ogos 2014 Kuiz Kenali Malaysia
4 Pertandingan Silang Kata &
5 18 - 29 Ogos 2014 Pertandingan Melukis Poster
Kemerdekaan
6 Sepanjang Bulan Kemerdekaaan Keceriaan kelas (Kemerdekaan)
7 Bacaan Yasin & Tahlil Setiap Jumaat
(sepanjang bulan kemerdekaan)
8 18 20 Ogos 2014 Pertandingan Khat Tema
Kemerdekaan

14.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan kerjasama yang
optimum daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung demi
menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat
terhadap pelajar. Diharapkan semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

7
KERTAS KERJA PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN 2014
SEKOLAH MENENGAH AGAMA TELOK KEMANG

Disediakan oleh,

.......................................................
S/U Sambutan Bulan Kemerdekaan

Disemak oleh,

............................................................................
(CIK HAMILAH HANUN BT ABU HASSAN)
Guru Kanan Kemanusiaan SMA Telok Kemang

Disahkan oleh,

...................................................
(TN. HJ ARIFFIN BIN YUSOF)
Pengetua SMA Telok Kemang

8
CADANGAN BANNER

9
10

You might also like