You are on page 1of 3

Isu program pendidikan khas

http://cikgusuepkhas.blogspot.my/2012_02_18_archive.html

Saya bersetuju dengan cikgu Yusnida mengenai isu program pendidikan khas yang sering
dihadapi adalah seperti kekurangan kemudahan infranstruktur dan fasiliti, kekurangan guru
mahir dan kurang sokongan daripada ibu bapa.

Dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, murid berkeperluan khas


perlu berasa selesa, selamat dan terkawal bagi menerima pelajaran (Goldsmith, J. &
Goldsmith, L. 1998). Jesteru itu persekitaran dan kemudahan infranstruktur yang kondusif
perlu diwujudkan mengikut keperluan murid.

Akibat daripada kekurangan guru mahir dan terlatih pihak kerajaan terpaksa menerima masuk
permohonan guru aliran perdana ke dalam aliran pendidikan khas. Apabila ini berlaku maka
sudah pastilah akan wujud pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap kanak-kanak
khas. Kesannya guru atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu menghayati
dengan perasaan gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas.

Sokongan ibu bapa dan penglibatan mereka dalam apa juga program sekolah masih kurang
mendapat sambutan. Ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata
sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka. Selain itu ada juga ibu bapa yang
menyalahgunakan wang bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Kelengkapan anak tidak
disediakan dengan secukupnya. Sikap yang sedemikian akan membantutkan usaha guru
memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka.

Saya bersetuju dengan isu yang diutarakan oleh cikgu Wong Siew Han.

Isu kekurangan kelas dimana akibat daripada kekurangan kelas, bagi menampung murid yang ramai
maka satu kelas terpaksa dibahagikan kepada empat partition. Ini menjadikan kelas semakin
sempit.. Keadaan kelas yang sempit dan tidak selesa menggangu proses pembelajaran dan
pengajaran guru. Sepatutnya bilik dan kelas perlu dibina secara berasingan. Menurut Woolfolk
(200:427) persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial
mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira
oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah lantai.

Isu kelas yang jaraknya jauh sepatutnya tidak timbul sekiranya kelas pendidikan khas ini dirancang
dengan baik. Kelas pendidikan sepatutnya dibina berdekatan. Jarak yang dekat membolehkan guru
mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar
terutamanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Purkey dan Smith (1983),
persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan
seseorang pelajar.

Isu yang ketiga adalah mengenai masalah elaun murid khas. Seperti yang sedia maklum
perbelanjaan untuk menampung kanak-kanak berkeperluan khas sebenarnya agak memerlukan
jumlah wang anyak. Tetapi apa yang terjadi adalah masalah penyalahgunaan wang elaun yang
diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Seharusnya perkara itu tidak
harus berlaku dan perkara ini seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk elauan
khas yang diberi oleh kerajaan dengan sebaiknya.

Saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh cikgu Noor Kamariah mengenai sokongan pihak
pentadbir sekolah, isu pembangunan fizikal dan bahan bantu mengajar.

Isu mengenai pihak pentadbir kurang memberi layanan terhadap program pendidkan khas yang
dijalankan di sekolah. Alasan masalah peruntukan kewangan untuk menjalankan aktiviti pendidikan
khas berbanding aktiviti lain. Sebenarnya setiap sekolah akan mendapat peruntukan dimana
peruntukan ini merupakan salah satu perkara utama yang dirancang dalam Rancangan Malaysia sejak
dari Rancangan Malaysia pertama bertujuan menaiktaraf kemudahan sekolah serta bantuan kepada
murid-murid yang memerlukan. Terdapat sesetengah sekolah yang menggunakan peruntukan
kewangan tersebut bagi kepentingan sekolah seperti membeli barang keperluan sekolah dan
bukannya kepada program pendidikan khas sekolah tersebut. Ini menyebabkan perancangan aktiviti
program tersebut terbantut dan tidak dapat dijalankan kerana kewangan yang tidak mencukupi.

Pembangunan fizikal yang sering tidak mengikuti keperluan murid sering menjadi isu, Rata-rata kelas
yang digunakan untuk Program pendidikan Khas mempunyai ruang yang sempit dan tidak kondusif
yang akan mempengaruhi proses pembelajaran murid-murid. Menurut Purkey dan Smith (1983),
persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan
seseorang pelajar. Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,
Suasana fizikal dan saiz bilik darjah khususnya susunan tempat duduk memainkan peranan penting.

Bahan bantu mengajar untuk murid pendidikan khas sangat sedikit dan kurang sesuai serta tidak
boleh mengembangkan kemahiran murid. Pada kebiasaannya guru hanya menggunakan bahan bantu
mengajar seperti mana murid kelas perdana cuma tahap pengajaran direndahkan sesuai dengan murid.
Guru terpaksa mencari inisiatif sendiri untuk mencipta bahan bantu mengajar yang sesuai dengan
murid.

Permasalahan berkaitan dengan bahan pengajaran, guru-guru pendidikan Khas ini bemasalah untuk
membina alat bantu mengajar dengan menggunakan kreativiti sendiri tanpa bantuan orang lain.
Perkara ini mungkin disebabkan kebanyakkan guru-guru ini tidak mempunyai pendedahan yang
cukup untuk membuat alat bantu mengajar bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini, serta kurangnya
alat bantu mengajar yang disediakan oleh pihak lain. Menurut Mat Nor Husin (1988), yang
menyatakan jika alat bantu mengajar digunakan dengan cara yang betul dan sesuai didalam sesuatu
situasi pengajaran, objektif ini boleh dicapai iaitu menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu
konsep dan boleh menghasilkan pembelajaran yang kekal.
Jamila K. A. Mohamed. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Buku panduan Pendidikan Khas. Putrajaya: Bahagian
Pendidikan Khas.

You might also like