You are on page 1of 7

BAHAGIAN A

PELAKSANAAN ELEMEN SASTERA DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SENI BAHASA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH

Soalan 1
Artikel yang bertajuk Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni
Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah merupakan satu kajian yang telah dijalankan ke
atas 30 orang guru terpilih daripada sepuluh buah sekolah rendah daripada setiap zon negeri,
iaitu Sabah, Perlis, Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah oleh Shamsudin Othman dan
Abdul Rasid Jamian.
Seni bahasa dalam kajian ini djelaskan sebagai bentuk pembelajaran bahasa yang
menjadi sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkkan
murid ketika mengikuti proses pembelajaran mereka. Aspek seni bahasa pula merangkumi
keupayaan setiap murid untuk memahami, mengungkap dan menghargai bahasa melalui proses
pembelajaran yang mereka ikuti dalam suasana yang menyeronokkan.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenapl pasti tahap keyakinan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaannya. Ianya juga bertujuan
untuk mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam proses
pengajaran mereka dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan kemahiran membaca
murid. Selain daripada itu, kajian tersebut juga bertujuan untuk melihat keberhasilan pengaruh
seni bahasa dapat memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard
pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR terutamanya bagi
matapelajaran Bahasa Malaysia.
Rasional penyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui sejauhmanakah
impak elemen seni bahasa ini diterapkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap
pencapaian murid dalam mata peljran Bahasa Malaysia. Ianya juga mempunyai rasional untuk
melihat kesan kepada guru mta pelajran Bahasa Malaysia khasnya dari segi mutu pengajaran
serta kesannya apabila seni bahasa ini diaplikasikan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
sekolah rendah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Soalan 2 :

Penyelidik menggunakan kajian berbentuk kuantitatif deskriptif sebagai metodologi


kajian yang dijalankan. Bagi mendapatkan data untuk proses analisis dan rumusan terhadap
kajian yang telah dijalankan, penyelidik hnaya menggunakan kaedah soal selidik. Borang soal
selidik yang digunakan pula dibina serta digubal oleh pengkaji sendiri berdasarkan tujun dn
objektif kajian ini dijalankan bagi mendapat maklum balas daripada respondan yang terlibat.

Soal selidik merupakan ssalah satu kaedah yang sering digunakan oleh pengkaji bagi
mendapatkan maklum balas daripada respondan ketika kajian dijalankan. Respondan bagi
kaedah soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji ialah sekumpulan guru mata pelajaran Bahas
Malaysia di sekolah rendah seramai 75 orang dan pengkjai telah memilih seramai 30 orang
daripada respondan tersebut secara rawak sebagai sampel kajian mereka bagi mengelak ralat
persempelan.

Set soal selidik yang digubal oleh pengkaji mengandungi empat bahagian iaitu
Bahagian A berkaitan latar belakang sampel kajian merangkumi lokasi sekolah, jantina, kaum,
umur, kelulusan akedamik dna pengkhususan. Bahagian B pula meliputi tahap pemahaman
terhadap huraian sukatan aspek seni bahasa. Bahagian C pula bertujuan untuk mengenal pasti
penggunaan teks dan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni
bahasa, manakala Bahagian D pula bertujuan untuk melihat tahap pembacaan murid terhadap
elemen sastera selain soalan berstruktur untuk guru memberikan pandangan umum dan bebas
tentang pelaksanaan KSSR yang diselitkan diakhir boring soal selidik tersebut.

Untuk proses menganalisis dapatan daripada soal selidik tersebut, pengkaji


menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science atau SPSS for Window versi 16.0.
Pengkaji menggunakan perisian ini sebagai kaedah analisis data statistic deskriptif bermatlamat
untuk memperihalkan data dengan sejelas yang mungkin.

Selain daripada kaedah soal selidik, pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual
dalam kajian yang dijalankan ini. Untuk itu, pengkaji telah menemu bula dua orang guru yang
terlibat dengan pendedahan KSSR sepenuhnya. Dua orang guru yang terlibat ini merupakan
guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu KSSR Tahap 1. Soalan temu bual dibina
khas oleh pengkaji dan tempoh temu bual dijalankan selama 30 minit untuk setiap respondan.
Proses temu bual tersebut telah dirakamkan oleh pengkaji dan dianalisis dalam bentuk
transkrip.
Soalan 3 : Jelaskan dapatan kajian ini 3 halaman

Secara keseluruhannya, kajian ini memperkatakan isu atau permasalahan kemahiran membaca
murid yang dikaitkan dengan elemen seni bahasa yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu KSSR bermula pada tahun 2011. Dalam usaha memperkasakan Bahasa Melayu dan
menjadikannya kian menarik serta berdaya saing, sesuatu elemen baharu iaitu seni bahasa telah
diperkenalkan dalam kurikulum KSSR Bahasa Melayu dengan menjadikan didik hibur
sebagai salah satu pendektan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Seni bahasa ini dirujuk
sebagai keupayaan dan kebolehan murid untuk memahami, mengungkap dan menghargai
bahasa yang indah melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan iaitu secara didik hibur.

Dalam analisis yang dijalankan melalui soal selidik, skor min keseluruhan pemboleh
ubah ditunjukkan oleh pengkaji melalui Jadual 2 dalam artikel tersebut. Pendapat guru
mengatakan penggunaan bahas sastera dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak
memberikan manfaat kepada murid dan guru dalam pelaksanaan elemen sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran seni sastera mencatatkan keputusan min tertinggi iaitu 3.12
(sp=0.630). Catatan kedua tertinggi iaitu sebanyak 3.11 (sp=0.387) adalah berkitan kefahaman
konsep guru terhadap huraian Suktan Pelajaran Seni Bahasa. Catatan min sebanyak 3.07
(sp=0.307) pula merujuk kepada tahap pembacaan murid dlam elemen sastera yang
menunjukkan peningkatan yang berada pada tempat ketiga. Ini diikuti dengan pengajaran guru
berdasarkan KSSR dengan catatan min sebnyk 2.98 (sp=0.257) dan penggunaan teks serta
bahan pengajaran dlam pembelajaran seni bahasa dengan catatan sebanyak 2.96 (sp=0.243).
Catatan terendah iaitu sebanyak 2.69 (sp=0.216) bagi masalah pelaksanaan elemen sastera.

Kesimpulannya dapatan dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa kurikulum yang baharu


ini masih mempunyai masalah atau isu yang wujud ketika melaksanakannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, banyak kelebihan atau kelebihan yang diperolehi
oleh guru dan murid menerusi pola kurikulum ini dengan penggunaan teks, kefahaman konsep
sukatan pelajaran serta tahap pembacaan murid yang menunjukkan peningkatan yang cukup
baik dan memuaskan.

Berdasarkan kepada Jadual 4 yang ditunjukkan dalam artikel tersebut pula, pengkaji
telah membuktikan bahawa kaedah didik hidur yang diaplikasikan oleh guru dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran ternyata sangat membantu meningkatkan tahap pembacaan
murid. Kenyataan ini dibuktikan dengan catatan min 2.97 (sp=0.440) bagi item melafaz dan
memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik
hibur berbanding dengan item-item lainnya yang menunjukkan catatan yang tidak banyak
berbeza antara satu item dengan item yang lainnya.

Selain daripada itu, Jadual 4 juga menunjukkan catatan min 3.05 (sp=0.328) pada item
pendapat guru bawaha elemen sastera dapat meningkatkan penguasaan bacaan mentalis. Murid
dapat menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur pula
mencatatkan min 3.06 (sp= 0.346). Bacaan min 3.10 (sp=0.353) ditunjukkan oleh item
meningkatkan bacaan mekanis dan elemen sastera dapat membantu murid memahami teks
dengan lebih baik pada catatan min 3.10 (sp=0.314). Elemen sastera sebagai pelengkap kepada
proses pengajaran dan pembelajaran mencatatkan bacaan tertinggi dengan jumlah min
sebanyak 315 (sp=0.360).

Melihat kepada senario jumlah min yang dicatatkan dapatlah disimpulkan bahawa
penggunaan elemen sastera dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah
banyak meningkatkan tahap pembacaan murid dari pelbagai aspek seperti pemahaman
terhadap teks bacaan, penguasaan bacaan mekanis dan mentalis serta telah banyak membantu
murid menyebut dan memahami unsur seni selain membantu melafaz dan memahami puisi
dengan menggunakan intonasi yang betul.Jelaslah di sini bahawa, penggunaan elemen sastera
dalam PdP bahasa banyak meningkatkan tahap pembacaan murid dari beberapa aspek seperti,
peningkatan dalam memahami teks dengan baik, penguasaan bacaan mekanis, penguasaan
bacaaan mentalis, serta membantu murid menyebut dan memahami unsur seni selain
membantu melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul.

Selain daripada ketiga-tiga peningkatan kemahiran yang diterangkan di atas, kemahiran


membaca juga menunjukkan peningkatan dengan catatan min sebanyak 3.13 (sp=0.346),
begitu juga dengan peningkatan murid dalam menguasai 4M yang menunjukkan bacaan min
yang sama. Catatan min yang tertinggi iaitu sebanyak 3.30 (sp=0.355) ditunjukkan oleh
pengkaji pada item kemahiran murid yang boleh mengulang kembai apa-apa yang telah
disampaikan oleh guru dengan tepat manakala guru juga memperolehi manfaat daripada
pelaksanaan elemen tersebut di mana pedagogi guru turut meningkat seperti catatan yang
ditunjukkan oleh pengkaji iaitu sebanyak 313 (sp=0.384).

Pengajaran seni bahasa berdasarkan KSSR turut dilihat memberi impak kepada guru
sewaktu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Pengkaji melalui kajian yang
dijalankan telah memperolehi dapatan-dapatan yang membuktikan impak yang berlaku kepada
guru berdasarkan catatan min dan sisihan piawaian yang diperolehi. Catatan min sebanyak 3.18
(sp=0.451) diperolehi dalam item penggunaan pendekatan yang tersendiri sewaktu pengajaran
seni bahasa dalam bilik darjah oleh guru dan catatan min 3.01 (sp=0.489) bagi item cara
pengajaran seni bahasa yang berbeza antara guru. Dalam aspek perbezaan cara pengajaran guru
pula, pengkaji melihatnya melalui item kepelbagaian teknik pengajaran seni bahasa ( min 3.23
, sp=0.478), pengajajaran di luar bilik darjah (min 3.01, sp=0.539) di samping adanya
pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah semata-mata dengan bacaan yang sama.

Bagi sumber dan bahan yang digunakan oleh guru untuk pengajaran seni bahasa yang
mencukupi mencatatkan bacaan min 2.51 (sp=0.530), manakala penggunaan tempoh masa
yang sesuai ketika pengajaran seni bahasa mencatat min 3.02 (sp=0.374) dan tugasan yang
diberi kepada murid adalah selaras dengan pengajaran guru dengan catatan min 3.16
(sp=0.408). Kesemua catatan tersebut merupakan bukti yang diperolehi oleh pengkaji melalui
kajian yang dijalankan tentang pemahaman guru mengenai penggunaan seni bahasa dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran mereka dengan catatan min 3.01 (sp=0.496). Catatan dengan min
3.17 (sp=0.481) diperolehi dari item guru bersetuju dengan pelaksanaan elemen sastera dalam
sukatan pelajaran sekolah rendah di mana guru bersedia untuk mengaplikasikan teknik didik
hibur ketika mengajar seni bahasa dalam bilik darjah dengan catatan min tertinggi iaitu 3.23
(sp=0.514).

Daripada dapatan kajian itu juga didapati 30% guru telah menyambut baik pelaksanaan
seni bahasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan mereka menjadikan
pengakaran secara didik hibur sebagai asas dalam pengajaran mereka. Elemen tersebut juga
telah terbukti dapat meningkatkan kemahiran murid dalam Bahasa Malaysia terutamanya
peningkatan dalam penguasaan 3M. Ianya juga didapati dapat meningkatkan keyakinan diri
serta kemahiran lisan murid.

Impak yang paling utama dan penting ialah berlakunya peningkatan dalam penglibatan
murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid didapati tidak lagi segan atau
rendah diri untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti berbahasa seperti menari, menyanyi,
berpantun dan sebagainya. Pengaplikasian seni bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
guru juga turut dapat ditinkatkan. Selain itu, suasana pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lebih seronok, harmoni, aktif dan lebih kondusif berbanding keadaan
sebelumnya.
SOALAN 4

(IMPLIKASI)

Berdasarkan dapatan kajian yang diperkatakan pada halaman sebelum ini, seni bahasa ini
banyak memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan juga murid.
Kepelbagaian kaedah pengajaran hari ini, dapat membantu guru dlam merancang teknik
pengajaran bahasa Malaysia dengan berkesan. Abdullah Hassan (1987) turut menyatakan
bahawa kegagalan dalam mencari teknik pengajaran bahasa Malaysia menyebabkan isi
pelajaran gagal disampaikan secara berkesan dan kajian lampau juga telah membuktikan
bahawa kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik minat dan tingkatkan
kemahiran berbahasa murid.

Majlis Peperiksaan Malaysia (1992) turut menambah bahawa antara faktor yang
memperngaruhi pencapaian akademik pelajar ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan guru
dalam bilik darjah kurang berkesan. Kajian ini dilihat dapat membantu guru mengaplikasikan
teknik didik hibur dalam konsep seni bahasa. Guru akan menjadi lebih kreatif, inovasi dan
relaks dalam merencana aktiviti pembelajaran bahasa Malaysia yang lebih santai namun
bermakna.

Guru yang baik, tidak hanya berjaya memegang watak sebagai guru semata, jauh dari
itu, seorang guru yang berdedikasi harus bijak dan mampu menjadikan dirinya pelakon yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Beban kerja guru yang bersifat lebih
kepada pengkeranian mungkin dapat dikurangkan apabila guru turut sama terlibat secara aktif
dalam sesi PDP seni bahasa yang seronok. Sebagai contoh, apabila aktiviti tersebut melibatkan
aktiviti nyanyian ataupun tarian, guru boleh turut sama menyanyi dan menari dengan
murid.secara tidak langsung, murid berasa dekat dengan guru sekaligus meningkatkan
hubungan pembelajaran dua hala dan mereka tidak akan segan untuk bertanya sekiranya ada
perkara yang tidak difahami semasa prose PDP berlangsung.

Kepada murid pula, selain dapat mewarisi kreativiti guru, seronok dalam sesi PDP yang
disediakan guru, murid juga dapat memahami dengan baik isi pelajaran bahasa Malaysia.
Menerusi aktiviti-aktiviti seni bahasa yang dijalankan seperti pantun, nyanyian, sajak dan
sebagainya, keyakinan murid-murid secara tidak langsung akan dapat ditingkatkan dan
kemahiran lisan murid turut meningkat.

Selain itu, penguasaan kemahiran membaca 3M turut dapat ditingkatkan. Murid juga
dilihat dapat menerima dengan baik pembelajaran seni bahasa khususnya apabila suatu
pembelajaran itu dikaitkan dengan teks sastera seperti pantun dan puisi rakyat.
Kesimpulannya, guru dan murid sama-sama mendapat manfaat dari seni bahasa ini
kerana kedua-dua pihak seronok menikmati isi pelajaran walaupun pada dasarnya terdapat
beberapa konsep yang sukar difahami namun dengan konsep belajar secara didik hibur
membantu memudahkan proses pemahaman dan kelancaran PdP. pembelajaran masih
diteruskan namun dalam suasana yang lebih meneyeronokkan, harmoni, kondusif serta
menggembirakan tanpa perlu mengenepikan isi kandungan serta objektif pembelajaran yang
perlu dicapai.

You might also like