You are on page 1of 45

GGGR 6223:

ALAM SEKITAR DAN KELESTARIAN

TUGASAN: MODUL 3R TIN MINUMAN

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. SHARIFAH ZARINA BINTI SYED ZAKARIA

DISEDIAKAN OLEH:

1) SATINAH BINTI AWANG P74968


2) MAZNI BINTI BALI P74297
3) TEARUSELVI A/P RENGASAMY P73806
4) RIA ARIANTI BINTI ZAMRI P73810
5) NOOR SAIRAH BINTI SYARIFUDDIN P79228
6) NOOR HIDAYAH BINTI IBRAHIM P78997

PENGKHUSUSAN:
SARJANA PENDIDIKAN SAINS

NAMA SEKOLAH:
1) SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AT-TAQWA, BUKIT
CHANGGANG, 42700 BANTING, SELANGOR
2) SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SIPITANG, PETI SURAT 52,
89857 SIPITANG, SABAH
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 OBJEKTIF MODUL 4

3.0 FAKTA TIN MINUMAN 5

4.0 PROSES KITAR SEMULA TIN MINUMAN 6

5.0 MODUL TIN MINUMAN

MODUL 1: Mr Saving 7-9

MODUL 2: Princess Pencil Case 10 - 12

MODUL 3: Flower Bloom 13 - 17

MODUL 4: Hanging Light 18 - 20

MODUL 5: Crushed Can Panda 21 - 24

MODUL 6: Canny Flower Deco 25 - 28

6.0 KESIMPULAN 29 - 30

7.0 ANALISIS SOAL SELIDIK 31- 32

8.0 RUJUKAN 32

9.0 LAMPIRAN 33 - 43
1.0 PENGENALAN

Kitar semula bahan terbuang dan terpakai merupakan satu usaha yang sangat mulia
malahan ia mampu mengurangkan kadar pencemaran yang semakin meningkat saban tahun.
Program 3R iaitu reduce (pengurangan), reuse (penggunaan semula) dan recycle (kitar semula)
merupakan usaha kerajaan untuk menanam sifat mencintai alam sekitar dalam jiwa masyarakat
Malaysia. Hasnah Ali et al. (2012) menyatakan bahawa kitar semula adalah salah satu aktiviti
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang memberi fokus kepada keharmonian hidup
manusia sejagat dan alam sekitar.

Dalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang
perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini termasuklah sistem pengurusan alam sekitar yang
perlu berjalan dengan sistematik. Ini bertujuan untuk memastikan generasi akan datang masih
dapat menikmati kehidupan dalam alam sekitar yang aman dan damai. Oleh itu, kitar semula
bahan terpakai bukan sahaja mampu memelihara alam sekitar dan mengurangkan pencemaran,
malahan ia juga mampu mengurangkan kos pengurusan penghasilan bahan baru dan pelupusan
bahan terpakai yang secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara.

Antara contoh bahan terpakai yang boleh dikitar semula ialah tin minuman. Tin minuman
yang diperbuat daripada aluminium mampu dikitar semula sekiranya semua pihak bersama-sama
menjayakan program 3R tersebut. Selain daripada kitar semula, tin minuman juga boleh diguna
semula dan dijadikan pelbagai bahan yang berguna dalam kehidupan seharian seperti tabung,
pasu, bekas letak alat tulis, tanglung mini, hiasan dinding, fridge magnet dan sebagainya.
Usaha untuk mengguna semula bahan terpakai seperti ini memerlukan unsur kreativiti. Kreatif
dan inovatif merupakan nilai yang ingin diterapkan dalam diri pelajar masa kini. Oleh itu,
penghasilan bahan guna semula daripada bahan terpakai akan membantu melahirkan pelajar
yang kreatif dan inovatif seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai elemen keusahawanan
dalam diri mereka kerana pelajar boleh menjana pendapatan daripada penghasilan bahan guna
semula.

3
Kesimpulannya, penghasilan bahan guna semula daripada bahan terpakai bukan sahaja
mampu menyelamatkan alam sekitar, malahan ia juga dapat melahirkan pelajar yang
berkemahiran secara teknikal dan mempunyai kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Hal ini
selaras dengan kehendak negara dalam melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam pelbagai
bidang melalui program transformasi pendidikan iaitu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.

2.0 OBJEKTIF MODUL

Objektif modul ini dihasilkan adalah seperti berikut:

1. Menanam kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar dengan mengitar semula
dan mengguna semula tin minuman
2. Menyemai sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan murid sekolah rendah
3. Menerapkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan murid sekolah
rendah
4. Memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan murid sekolah rendah

4
3.0 FAKTA TIN MINUMAN

Masalah sisa pepejal merupakan isu yang sering dibahaskan di Malaysia. Menurut
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), kira-kira 33,000 tan
sisa pepejal dihasilkan setiap hari tetapi negara kita semakin kesempitan ruang untuk
menampung jumlah sisa pepejal yang kian meningkat ini. Kerajaan telah membelanjakan purata
sebanyak RM 75.00 bagi melupuskan 1 tan sampah sarap (RM 75.00 X 33,000 tan = RM
2,475,000.00 sehari). Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah
dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Antara bahan yang
menyumbang kepada peningkatan sisa bahan buangan pepejal tetapi boleh dikitar semula adalah
tin minuman.

Tin minuman merupakan bahan yang diperbuat daripada aluminium yang tidak
terbiodegredasi dan sukar mereput. Jangka masa tin minuman aluminium mereput secara
semulajadi adalah selama 200-500 tahun. Justeru, tin minuman aluminium ini perlu dikitar
semula. Menurut Recycling Guide.org.uk, aluminium boleh dikitar semula untuk tujuan yang
sama beberapa kali dan aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika
dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Sekiranya seseorang mengitar
semula sebiji tin minuman aluminium, ia seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
untuk televisyen selama dua jam, komputer selama tiga jam dan menyalakan lampu 100 watt
selama 20 jam (U.S Environmental Protection Agency, 2008).

Selain menyumbang kepada peningkatan sisa bahan buangan pepejal, tin minuman juga
mendatangkan kesan buruk lain kepada alam sekitar. Apabila dibiarkan terdedah di kawasan
persekitaran, ia boleh menakung air dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk
termasuklah nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan demam denggi. Selain itu, sungai dan
sumber air kebiasaannya dijadikan tempat longgokan semua jenis bahan buangan termasuklah tin
minuman. Jika tin minuman dibuang ke dalam sungai dan sumber air yang lain, ia boleh
mengakibatkan pencemaran dan sekaligus mengancam hidupan akuatik yang berada di
dalamnya. Di samping itu, tin minuman yang dibuang ke dalam longkang akan menghalang
aliran longkang dan menyebabkan longkang menjadi tersumbat. Apabila hujan, air tidak dapat
mengalir ke laluan yang sepatutnya dan akan melimpah serta menyebabkan banjir kilat. Justeru,
aktiviti mengitar semula dan mengguna semula tin minuman mampu memelihara alam sekitar,

5
mengurangkan pencemaran, mengurangkan sisa bahan buangan pepejal dan mengurangkan kos
pengurusan penghasilan bahan baru dan pelupusan bahan terpakai yang secara tidak langsung
dapat meningkatkan ekonomi negara.

4.0 PROSES KITAR SEMULA TIN MINUMAN

Apabila tin tiba di pusat pemprosesan, tin diletakkan di atas conveyor dan dibawa ke
pencincang.

Pencincang mencincang tin menjadi kepingan kecil supaya mudah untuk membuang dakwat
dan corak pada badan tin. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan pencairan logam tersebut di
dalam relau.

Kemudian, kepingan logam itu di bawa ke bawah magnet untuk membuang kesan keluli.

Seterusnya, kepingan itu dibawa ke decoater. Decoater mengeluarkan udara panas dan
menyebabkan dakwat dan corak tin mengewap. Proses ini juga memanaskan kepingan logam
dan membuatkannya cepat mencair apabila tiba di dalam relau.

Selepas itu, kepingan logam itu dimasukkan ke dalam relau dan dipanaskan dengan suhu 7000
darjah Celsius. Di sini, semua bendasing naik ke permukaan molten aluminium membentuk
lapisan dross. Dross dibuang menggunakan alat khas dan juga dikitar semula.

Molten aluminium dipindahkan ke relau yang lain yang menyendeng supaya ia mengalir ke
dalam acuan.

Acuan ini disejukkan perlahan-lahan dengan air disekeliling dan aluminium mengeras ke
bentuk ingots. Ingots kebiasaannya mempunyai berat 27 tan, panjang 9 meter dan
mengandungi lebih kurang 1.5 juta tin minuman.

Apabila ingots disejukkan dan dikeluarkan dari acuan, ingots dimasukkan ke mesin
penggelek yang akan meleperkan ingots menjadi kepingan nipis yang akan
digunakan untuk membuat tin minuman.

6
Sumber: Craven.S. (2013).All hail the aluminium can. Asian geographic junior. The rubbish edition, 28-33.
5.0 MODUL

Objektif

Membuat Mr Saving daripada tin minuman untuk menyimpan duit syiling

Kegunaan

- Dijadikan sebagai tabung untuk mengisi duit kelas


- Dijadikan sebagai item untuk dijual di karnival sekolah bagi menjana keuntungan
- Dijadikan aktiviti semasa kelas Pendidikan Seni Visual (PSV) dan kelas Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan (PSK) bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan mengguna
semula dan mengitar semula tin minuman sebagai salah satu langkah untuk memelihara alam
sekitar

Kedudukan
dalam kelas

- Diletakkan di dalam loker kelas


- Diletakkan di sudut kreativiti pelajar di dalam kelas

7
Anggaran
masa

Masa yang dianggarkan untuk membuat Mr Saving ialah selama 15 minit

Bahan
bahan

Tin minuman
Gam
Gunting
Marker pen
Pita pelekat
Kertas kadbod
Kertas pembalut hadiah

Langkah
langkah

Langkah 1

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan


untuk membuat Mr Saving.

(Nota: Pastikan tin minuman yang


digunakan bersih dan kering supaya
duit syiling yang akan disimpan tidak
berkarat)

Langkah 2

Lukiskan bentuk bulat pada kertas


kadbod dengan menggunakan marker
pen dan guntingkan untuk dijadikan
sebagai penutup Mr Saving.

8
Langkah 3

Lekatkan kertas kadbod di sekeliling


Mr Saving menggunakan pita pelekat
dan tebukkan lubang pada penutup Mr
Saving mengikut ukuran duit syiling
50 sen supaya duit syiling yang lama
dan baru dapat disimpan.

Langkah 4

Lekatkan penutup pada permukaan atas


Mr Saving dan balutkan Mr Saving
yang telah siap dibuat dengan
menggunakan kertas pembalut hadiah
dan hiaskan mengikut kreativiti.

(Nota: Jika tiada kertas pembalut


hadiah, anda boleh membalut Mr
Saving menggunakan kertas warna
atau apa-apa jenis kertas)

9
Objektif

Membuat Princess Pencil Case daripada tin minuman

Kegunaan

- Dijadikan sebagai bekas letak alat tulis di meja guru dan pelajar
- Dijadikan sebagai item untuk dijual di karnival sekolah bagi menjana keuntungan
- Dijadikan aktiviti semasa kelas Pendidikan Seni Visual (PSV) dan kelas Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan (PSK) bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan mengguna
semula dan mengitar semula tin minuman sebagai salah satu langkah untuk memelihara alam
sekitar

Kedudukan
dalam kelas

- Diletakkan di meja guru dan pelajar


- Diletakkan di sudut kreativiti pelajar di dalam kelas

Anggaran
masa

Masa yang dianggarkan untuk membuat Princess Pencil Case ialah selama 15 minit

10
Bahan
bahan

Tin minuman
Kertas pembalut hadiah
Gam
Gunting
Reben terpakai
Manik terpakai

Langkah
langkah

Langkah 1

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan


untuk membuat Princess Pencil Case.

(Nota: Pastikan tin minuman yang


digunakan bersih dan kering sebelum
memulakan aktiviti ini)

Langkah 2

Gosokkan penutup tin minuman pada


permukaan yang kasar untuk
menanggalkan penutup tin.

(Nota: Berhati-hati dengan permukaan


tajam penutup tin minuman setelah
dibuka. Anda dinasihatkan
menggunakan sarung tangan bagi
mengelakkan sebarang kecederaan)

11
Langkah 3

Balutkan tin minuman menggunakan


kertas pembalut hadiah.

(Nota: Jika tiada kertas pembalut


hadiah, anda boleh membalut
Princess Pencil Case menggunakan
kertas warna atau apa-apa jenis kertas)

Langkah 4

Hiaskan tin minuman mengikut


kreativiti masing-masing seperti
menggunakan manik dan reben
terpakai.

Langkah 5

Masukkan alat tulis ke dalam Princess


Pencil Case yang telah siap tadi.

12
Objektif

Membuat Flower Bloom daripada tin minuman

Kegunaan

- Dijadikan sebagai pasu bunga atau hiasan di atas meja guru


- Dijadikan sebagai item untuk dijual di karnival sekolah bagi menjana keuntungan
- Dijadikan aktiviti semasa kelas Pendidikan Seni Visual (PSV) dan kelas Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan (PSK) bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan mengguna
semula dan mengitar semula tin minuman sebagai salah satu langkah untuk memelihara alam
sekitar

Kedudukan
dalam kelas

- Diletakkan di meja guru dan pelajar


- Diletakkan di sudut kreativiti pelajar di dalam kelas

Anggaran
masa

Masa yang dianggarkan untuk membuat Flower Bloom ialah selama 30 minit

13
Bahan
bahan

Tin minuman
Kain felt
Gam uhu
Gunting
Pisau
Poster colour
Berus lukisan
Lidi
Pita pelekat

Langkah
langkah

Langkah 1

Sediakan bahan-bahan yang


diperlukan.

(Nota: Pastikan tin minuman yang


digunakan bersih dan kering
sebelum memulakan aktiviti ini)

Langkah 2

Potong penutup tin minuman


menggunakan pisau.

(Nota: Berhati-hati dengan


permukaan tajam penutup tin
minuman setelah dipotong. Anda
dinasihatkan menggunakan sarung
tangan bagi mengelakkan sebarang
kecederaan)

14
Langkah 3

Balutkan tin minuman tersebut


menggunakan kain felt mengikut
kreativiti masing-masing.

(Nota: Jika tiada kain felt, anda


boleh membalut pasu Flower
Bloom menggunakan kertas warna,
kertas pembalut hadiah atau apa-
apa jenis kertas)

Langkah 4

Potong tin minuman yang lain


kepada dua bahagian.

(Nota: Berhati-hati dengan


permukaan tajam tin minuman
setelah dipotong. Anda dinasihatkan
menggunakan sarung tangan bagi
mengelakkan sebarang kecederaan)

Langkah 5

Potong tin minuman tersebut secara


menegak menggunakan gunting
untuk membentuk kelopak bunga.

(Nota: Anda boleh mempelbagaikan


bentuk kelopak bunga mengikut
kreativiti)

15
Langkah 6

Kemaskan potongan tin minuman


tersebut menggunakan gunting agar
kelopak bunga terbentuk.

(Nota: Selain untuk membentuk


kelopak bunga, potongan tin
minuman dikemaskan untuk
mengelakkan kecederaan yang
mungkin terjadi disebabkan
ketajaman tin minuman yang telah
dipotong)

Langkah 7

Potong tin minuman untuk


membentuk daun.

Langkah 8

Warnakan daun dan bunga yang


dibuat dengan menggunakan poster
colour dan biarkan kering seketika.

(Nota: Jika tiada poster colour,


anda boleh mewarnakan daun dan
bunga dengan marker pen berwarna
atau tidak mewarna langsung daun
dan bunga yang dihasilkan untuk
mengekalkan warna asal tin
minuman)

16
Langkah 9

Lekatkan daun dan bunga pada lidi


menggunakan pita pelekat.

Langkah 10

Masukkan Flower Bloom yang


telah dihasilkan ke dalam pasu dan
susun mengikut kreativiti anda.

17
Objektif

Membuat Hanging Light daripada tin minuman

Kegunaan

- Dijadikan sebagai hiasan di dalam kelas


- Dijadikan sebagai tempat menggantung pasu bunga mini bagi projek Sains
- Dijadikan sebagai item untuk dijual di karnival sekolah bagi menjana keuntungan
- Dijadikan aktiviti semasa kelas Pendidikan Seni Visual (PSV) dan kelas Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan (PSK) bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan mengguna
semula dan mengitar semula tin minuman sebagai salah satu langkah untuk memelihara alam
sekitar

Kedudukan
dalam kelas

- Diletakkan di sudut kreativiti pelajar di dalam kelas


- Diletakkan di dalam makmal Sains atau di taman botani sekolah

18
Anggaran
masa

Masa yang dianggarkan untuk membuat Hanging Light ialah selama 15 minit

Bahan
bahan

Tin minuman
Pembaris
Pisau
Marker pen
Riben

Langkah
langkah

Langkah 1

Sediakan bahan-bahan yang


diperlukan.

(Nota: Pastikan tin minuman yang


digunakan bersih dan kering sebelum
memulakan aktiviti ini)

Langkah 2

Lukiskan garisan lurus secara


menegak di atas tin minuman dengan
menggunakan marker pen dan
pembaris.

(Nota: Anda boleh melukis garisan


secara menyenget mengikut kreativiti
anda)

19
Langkah 3

Potong tin mengikut garisan yang


telah dilukis dengan menggunakan
pisau.

Langkah 4

Tekan tin ke bawah. Potong kepingan


panjang secara berselang-seli.

(Nota: Berhati-hati dengan


permukaan tajam tin minuman setelah
dipotong. Anda dinasihatkan
menggunakan sarung tangan bagi
mengelakkan sebarang kecederaan)

Langkah 5

Ambil sehelai riben dan ukur


mengikut panjang yang diingini.
Ikatkan pada penutup tin.

(Nota: Jika tiada reben, anda boleh


menggunakan tali rafia atau sebarang
jenis tali)

Langkah 6

Tanglung mini yang telah siap.

(Nota: Badan Hanging Lantern


boleh dicat dan dilekatkan dengan
hiasan lain mengikut kreativiti. Bagi
mengurangkan potensi kecederaan
akibat ketajaman tin minuman yang
dipotong, anda boleh membalut
Hanging Light dengan
menggunakan masking tape.

20
Objektif

Membuat Crushed Can Panda daripada tin minuman

Kegunaan

- Dijadikan sebagai hiasan di dalam kelas


- Digunakan untuk menampal nota penting dan pengumuman kelas
- Dijadikan sebagai item untuk dijual di karnival sekolah bagi menjana keuntungan
- Dijadikan aktiviti semasa kelas Pendidikan Seni Visual (PSV) dan kelas Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan (PSK) bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan mengguna
semula dan mengitar semula tin minuman sebagai salah satu langkah untuk memelihara alam
sekitar

Kedudukan
dalam kelas

- Diletakkan di sudut kreativiti pelajar di dalam kelas


- Diletakkan di papan tulis dan papan maklumat kelas

21
Anggaran
masa

Masa yang dianggarkan untuk membuat Crushed Can Panda ialah selama 30 minit

Bahan
bahan

Tin minuman
Kertas berwarna hitam, putih dan merah jambu
Spray paint
Poster colour
Pen
Gunting
Gam UHU
Magnet

Langkah
langkah

Langkah 1

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

(Nota: Pastikan tin minuman yang


digunakan bersih dan kering sebelum
memulakan aktiviti ini)

22
Langkah 2

Kemikkan tin tersebut menggunakan


kaki. Pastikan pembuka tin dan tapak tin
berada di permukaan yang sama.

(Nota: Berhati-hati dengan permukaan


tajam tin minuman setelah dikemikkan.
Anda dinasihatkan memakai kasut
semasa mengemekkan tin minuman bagi
mengelakkan sebarang kecederaan)

Langkah 3

Cat tin tersebut menggunakan spray


paint berwarna putih dan biarkan kering
seketika.

(Nota: Jika tiada spray paint, anda


boleh menggunakan cat minyak atau
poster colour (pelaka) untuk
mewarnakan tin tersebut)

Langkah 4

Lukiskan kaki, tangan, telinga, hidung,


mulut dan mata panda pada kertas hitam
dan guntingkan mengikut bentuk
tersebut. Lekatkan bentuk yang telah
digunting di tempat yang sesuai
menggunakan gam UHU.

23
Langkah 5

Lakukan langkah yang sama untuk


menghasikan lidah menggunakan kertas
berwarna merah jambu. Gunakan
marker pen untuk melukis hidung panda
dan poster colour untuk mewarna tapak
kaki panda.

Langkah 6

Lekatkan magnet di bahagian belakang


tin menggunakan gam UHU dan biarkan
kering seketika.

(Nota: Selain daripada menghasilkan


panda yang comel, anda juga boleh
melukis tin minuman ini mengikut
kreativiti anda)

24
Objektif

Membuat Canny Flower Deco daripada tin minuman

Kegunaan

- Dijadikan sebagai hiasan di dalam kelas


- Dijadikan sebagai item untuk dijual di karnival sekolah bagi menjana keuntungan
- Dijadikan aktiviti semasa kelas Pendidikan Seni Visual (PSV) dan kelas Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan (PSK) bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan mengguna
semula dan mengitar semula tin minuman sebagai salah satu langkah untuk memelihara alam
sekitar

Kedudukan
dalam kelas

- Dilekatkan di dinding kelas sebagai hiasan


- Diletakkan di sudut kreativiti pelajar di dalam kelas

25
Anggaran
masa

Masa yang dianggarkan untuk membuat Canny Flower Deco ialah selama 15 minit

Bahan
bahan

Tin minuman
Marker pen berwarna
Gunting
Masking tape
Pembaris
Liquid paper

Langkah
langkah

Langkah 1

Sediakan bahan-bahan yang


diperlukan.

(Nota: Pastikan tin minuman yang


digunakan bersih dan kering
sebelum memulakan aktiviti ini)

Langkah 2

Lukiskan corak di atas tin minuman


dengan menggunakan marker pen
mengikut kreativiti anda.

26
Langkah 3

Potong tin minuman mengikut corak


yang dilukis menggunakan gunting.

(Nota: Berhati-hati dengan


permukaan tajam tin minuman
setelah dipotong. Anda dinasihatkan
menggunakan sarung tangan bagi
mengelakkan sebarang kecederaan)

Langkah 4

Buka potongan tin untuk membentuk


bunga.

(Nota: Berhati-hati dengan


permukaan tajam tin minuman
setelah dipotong. Anda dinasihatkan
menggunakan sarung tangan bagi
mengelakkan sebarang kecederaan)

Langkah 5

Warnakan bunga tersebut dengan


menggunakan maker pen berwarna.

(Nota: Jika tiada marker pen


berwarna, anda boleh menggunakan
poster colour untuk mewarna bunga
yang dihasilkan)

27
Langkah 6

Hiaskan bunga yang dihasilkan


dengan menggunakan masking tape
dan liquid paper mengikut kreativiti
anda.

(Nota: Bagi mengurangkan potensi


kecederaan akibat ketajaman tin
minuman yang dipotong, anda boleh
membalut sisi tepi Canny Flower
Deco dengan menggunakan
masking tape)

Langkah 7

Lekatkan Canny Flower Deco di


dinding untuk dijadikan sebagai
hiasan.

28
6.0 KESIMPULAN

Penjanaan sisa pepejal negara yang sudah mencecah 33,000 tan sehari dan
berkemungkinan besar terus meningkat menjelang tahun 2020 merupakan isu dan cabaran yang
harus ditangani oleh semua pihak. Program 3R iaitu reduce (pengurangan), reuse (penggunaan
semula) dan recycle (kitar semula) merupakan salah satu alternatif yang harus dijadikan sebagai
rutin harian bagi mengatasi masalah lambakan sisa pepejal pada masa kini. Pembudayaan 3R
yang dijalankan di sekolah amat bertepatan dengan matlamat untuk melahirkan generasi muda
yang lebih peka dengan isu alam sekitar dan membina sikap positif generasi muda terhadap alam
sekitar. Bagi sesetengah pihak, aktiviti mengasingkan bahan terbuang atau 'mengumpul' tin
minuman, kertas atau botol-botol sehingga memenuhkan kediaman merupakan perkara yang
tidak relevan sedangkan ia boleh dilupus sekelip mata ke dalam tong sampah. Oleh yang
demikian, tanggapan sebegini harus diperbetulkan dan budaya 3R haruslah dimulakan seawal di
peringkat sekolah lagi. Modul 3R tin minuman ini dibina agar dapat mengajak murid menyedari
bertapa pentingnya menjaga alam sekitar dengan mengitar semula dan mengguna semula tin
minuman. Selain itu, murid didedahkan tentang kepentingan 3R dalam mengurangkan
pemanasan global, penggunaan sumber secara lestari dan penjimatan tenaga.

Walaupun tin aluminium hanya mewakili 1.4% daripada satu tan sampah, namun ia
menyumbangkan 14.1% daripada kesan gas rumah hijau (Container Recycling Institute, 2015).
Permintaan tinggi terhadap bahan aluminum sememangnya menyebabkan peningkatan pelepasan
gas rumah hijau. Dalam penghasilan aluminium, alumina yang terdapat dalam bauksit diperlukan
dan proses pengeluaran alumina ini menggunakan tenaga haba, wap serta tenaga elektrik yang
memerlukan pembakaran fosil dan bahan api. Selain itu, tenaga juga digunakan untuk
mengangkut bahan tersebut seperti dari lombong lokasi, kilang, kedai runcit dan pusat
pengurusan sisa. Proses-proses ini pastinya akan membebaskan gas-gas rumah hijau ke
atmosfera yang seterusnya menyumbang kepada pemanasan global. Bagaimana pula amalan 3R
dapat membantu mengurangkan pemanaskan global? Pemprosesan bahan kitar semula dapat
mengelakkan penggunaan tenaga, dan bahan api yang banyak dan seterusnya mengurangan
pelepasan gas rumah hijau.

29
Permintaan produk aluminum di pasaran global yang kian meningkat telah menghadkan
ketersediaan sumber alam semulajadi untuk terus-terusan dieksploitasi. Oleh itu, amalan 3R
membantu menjimatkan penggunaan sumber alam seperti bijih besi, bijih bauksit dan arang
batu. Hal ini kerana, tin minuman boleh dikitar semula 100% dan boleh dikitar semula berulang
kali serta tidak menyebabkan pembaziran atau bertambahan sisa pepejal. Di samping itu,
penggunaan produk dan bahan yang dapat digunakan semula atau dikitar semula dapat
mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan
pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil
berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat
dikurangkan. Kitar semua tin minuman juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga di mana
hanya 5% tenaga diperlukan berbanding dengan pemprosesan tin yang sama menggunakan
sumber alam semulajadi.

Kesimpulannya, amalan 3R dapat mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar dan
dilihat berpotensi untuk menyelesaikan masalah pengurusan lambakan sisa pepejal. Namun
begitu, yang menjadi persoalan adalah sejauh mana penglibatan orang ramai dalam
merealisasikanya. Oleh itu, kitar amalan 3R ini harus dibudayakan dari peringkat awal lagi agar
golongan cilik ini akan terdidik dan seterusnya menjadi barisan wira alam yang menjaga alam
sekitar. Justeru, penghasilan modul ini diharapkan mampu menanam kesedaran dalam diri murid
tentang pentingnya menjaga alam sekitar dengan mengaplikasikan konsep 3R dalam kehidupan
seharian, menanamkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap alam sekitar dan percaya bahawa
setiap tindakan walaupun kecil mampu menyumbang ke arah kesejahteraan alam.

30
7.0 ANALISIS SOAL SELIDIK

Selepas selesai menjalankan modul 3R, soal selidik telah diedarkan kepada sepuluh orang
responden. Terdapat empat soalan dalam soal selidik ini dan responden bebas memberikan
respon mereka terhadap setiap soalan yang diberikan. Bagi soalan pertama, responden diminta
memberikan pandangan terhadap program 3R yang dijalankan. Kesemua responden memberikan
pandangan yang positif terhadap program yang dijalankan. Antara respon yang diberikan adalah
seperti berikut:

Program ini menambahkan pengetahuan alam sekitar


Program ini patut diadakan lagi pada masa akan datang
Saya belajar perkara baru dan bagus untuk minda
Program ini menyeronokkan
Pengetahuan daripada program ini boleh diaplikasikan di rumah

Bagi soalan kedua, responden diminta menyatakan faedah yang diperolehi daripada program 3R
yang dijalankan. Majoriti responden menyatakan mereka mempelajari sesuatu yang baru
berkaitan alam sekitar. Ini ditunjukkan dalam pernyataan yang berikut:

Saya mengetahui sesuatu yang baru daripada program ini


Saya mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar

Bagi soalan ketiga, responden diminta menyatakan cadangan untuk menyelamat dan menjaga
bumi bagi masa hadapan. Majoriti responden menyatakan cadangan yang mereka rasakan perlu
untuk menjaga dan menyelamat bumi. Antara respon yang diberikan adalah seperti berikut:

Mengitar semula bahan-bahan terpakai


Mengguna semula bahan terpakai
Jangan membuang sampah merata-rata
Menghargai dan menyayangi alam sekitar

31
Bagi soalan keempat, responden ditanya adakah mereka sedar tentang kepentingan menjaga alam
sekitar selepas program ini dijalankan. Majoriti responden menyatakan mereka sedar
kepentingan menjaga alam sekitar. Ini ditunjukkan dalam pernyataan yang berikut:

Saya sedar kepentingan menjaga alam sekitar selepas program ini dijalankan
Saya perlu menjaga alam sekitar dan kebersihan sekolah
Saya sedar dan tidak akan membuang sampah merata-rata selepas ini

Secara ringkasnya, responden mempunyai pandangan yang positif terhadap program yang
dijalankan, dapat menyatakan faedah yang diperolehi daripada program 3R yang dijalankan,
mampu memberikan cadangan bagi menjaga dan memelihara alam sekitar serta mempunyai
kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar selepas program ini dijalankan.

8.0 RUJUKAN

Craven. S. (2013). All hail the aluminium can. Asian geographic junior.The rubbish edition, 28-
33.

Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & Sarifah Yaacob. 2012.
Masyarakat Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Ke Arah Kelestarian Komuniti: Kes Isi
Rumah Wanita Di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space
8 issue 5 (64 - 75) Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA), ISSN
2180-249

Konsumer Kini. http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/home-mainmenu-1

Perbadanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (PPSPPA).


http://www.ppsppa.gov.my/index.php/3r/pengenalan

Recycling Guide. http://www.recycling-guide.org.uk/

Seow Ta We & Indera Syahrul Mat Radzuan. 2004. Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia.
http://eprints.uthm.edu.my/2585/1/94.pdf

U.S Environmental Protection Agency (EPA). 2008. Error! Hyperlink reference not valid.

32
LAMPIRAN

SOAL SELIDIK PROGRAM 3R (Recycle, Reuse, Reduce) ALAM SEKITAR DAN


KELESTARIAN

Nama: ..

Tahun: .

1. Apakah pandangan kamu mengenai program ini? Patutkah diadakan lagi? Kenapa?

....

2. Apakah faedah yang kamu dapati daripada program 3R ini?

3. Apakah cadangan kamu untuk masa depan untuk menyelamat dan menjaga bumi
(mother earth)?

....
....

4. Adakah kamu sedar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar selepas program ini
dijalankan?

....
....

33
34
Gambar 1: Murid-murid diberikan Gambar 2: Murid-murid dibahagikan
taklimat Modul 3R kepada beberapa kumpulan

Gambar 3: Murid sedang membuat Gambar 4: Murid sedang membuat


modul Mr Saving modul Hanging Light

Gambar 5: Murid sedang membuat Gambar 6: Murid sedang membuat


modul Princess Pencil Case modul Crushed Can Panda

35
Gambar 7: Tin minuman dijemur agar Gambar 8: Murid menghias Crushed
kering Can Panda

Gambar 9: Murid menghias Crushed Gambar 10: Crushed Can Panda yang
Can Panda telah siap

Gambar 11: Bergambar bersama Gambar 12: Bergambar bersama


Crushed Can Panda yang telah siap Crushed Can Panda yang telah siap
36
Gambar 13: Hasil kerja murid yang Gambar 14: Bergambar dengan hasil
kreatif kerja masing-masing

Gambar 15: Bergambar dengan hasil Gambar 16: Bergambar dengan hasil
kerja masing-masing kerja masing-masing

Gambar 17: Majlis penutup dan sesi Gambar 18: Bergambar kenang-
kuiz kenangan

37
38
Gambar 1: Murid-murid yang terlibat Gambar 2: Murid-murid dibahagikan
dalam Modul Crushed Can Panda kepada beberapa kumpulan

Gambar 3: Murid-murid menyembur tin Gambar 4: Murid-murid menjemur tin


minuman dengan spray paint minuman agar kering

Gambar 5: Murid-murid bekerjasama Gambar 6: Murid menghias Crushed


menghias Crushed Can Panda Can Panda

39
Gambar 7: Crushed Can Panda yang Gambar 8: Antara hasil Crushed Can
telah siap dihias Panda murid

Gambar 9: Murid-murid dan hasil


Crushed Can Panda masing-masing

40
41
Gambar 1: Hasil modul Mr Saving Gambar 2: Hasil modul Princess Pencil
Case

Gambar 3: Hasil modul Flower Bloom Gambar 4: Hasil modul Hanging Light

42
Gambar 5: Hasil modul Crushed Can Gambar 6: Hasil modul Canny Flower
Panda Deco

Gambar 7: Produk-produk modul 3R tin


minuman

43

You might also like