You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM RIADAH DI TANJONG DAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH MUAR


KELAS PENDIDIKAN KHAS SK BUKIT NANING,
AYER HITAM BATU 15, MUAR JOHOR
TAHUN 2010

A. PENGENALAN
Sesi pembelajaran tidak teikat kepada pengajaran di dalam kelas sahaja. Kurikulum
PKBP bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melaui proses
pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu
dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Pembelajaran
yang menggembirakan dan bermakna boleh merangsang dan mengekalkan minat
murid terhadap pembelajaran.
B. ANJURAN
Kelas Pendidikan Khas SK Bukit Naning, Muar , Johor Darul Takzim.

C. RASIONAL
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak istimewa
tentang perkhidmatan sosial yang ada di tempat berhampiran mereka. Disamping
itu juga mendekatkan diri murid tentang peranan sebenar seorang anggota polis di
dalam masyarakat. Program ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat kepada
murid-murid bahawa mereka juga sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi
individu atau masyarakat yang cemerlang dalam kehidupan pada masa hadapan
dan mereka juga boleh memberikan sumbangan mengikut kemampuan individu.

D. OBJEKTIF
i. Memberi peluang kepada murid-murid agar dapat mengenali dan bersosialisasi
dengan rakan-rakan dan masyarakat sekeliling terutamanya khidmat sosial yang
ada.
ii. Menyedari tentang khidmat sosial yang ada di persekitaran mereka dan
perkhidmatan yang boleh mereka perolehi.
iii. Memaksimumkan pencapaian pelaksanaan aktiviti-aktiviti Program Pendidikan
Khas.
iii. Menimba pengetahuan semasa aktiviti lawatan diadakan.
vi. Memberi peluang murid merasai pengalaman yang berguna seperti rakan
sebaya mereka yang normal.
vii. Memberi pendedahan yang membina kepada masyarakat untuk memenuhi
hasrat dan cita-cita kerajaan bagi menjadikan masyarakat Malaysia
masyarakat penyayang.

E. SASARAN
Murid-murid Pendidikan Khas SK Bukit Naning dan SK Parit Zin, Bakri, Muar.

F. TEMPAT DAN TARIKH


i. Tempat
Ibu Pejabat Polis Daerah Muar. Dan Tanjong Muar.
ii. Tarikh
26 Mei 2010, (RABU)
iv. Masa
7.30 12.30 tengahari
G PENGANGKUTAN
Kereta Guru dan PPM (4 buah)

H. SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Bantuan Per Kapita Murid

I. ATURCARA

7.15 pagi : Murid berkumpul di SKBN


7.30 pagi : Bertolak ke Tanjong
8.00 pagi : Dianggarkan sampai
8.15 pagi : Program Membeli dan bersarapan pagi
10.00 pagi : Lawatan di Balai Polis, Muar
12.00 tengahari: Bertolak pulang ke SKBNaning.

J. ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS PROGRAM


a. Pengangkutan RM 10 x 4 buah RM 40.00
b. Makan dan Minum RM 3 x 15 Orang RM 45.00

Jumlah RM 75.00
K. PENUTUP
Balai polis adalah salah satu khidmat awam. Lawatan ke tempat-tempat begini
membolehkan murid melalui pengalaman sendiri berada di tempat awam. Mereka
juga dapat melihat persekitaran yang berbeza sambil menimba banyak pengetahuan
dan pengalaman yang berguna. Riadah sambil belajar dan aktiviti lawatan sebegini
boleh membuka minda pelajar kerana persekitaran dan situasi yang berbeza dengan
apa yang murid-murid lalui sepanjang mereka berada di sekolah. Mereka dapat
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dan masyarakat sekeliling serta dapat
mendisiplinkan diri sepanjang lawatan tersebut. Program seperti ini diharap akan
dapat memberi perubahan positif seperti mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan
menyedari adanya khidmat sosial atau perkhidmatan awam di luar yang boleh
diperolehi. Akhir sekali, dengan adanya lawatan seperti ini membolehkan murid-
murid mengaplikasikan apa yang dilihat ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Sains, Sosial dan Alam
Sekitar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................................... ...........................................
(PUAN SITI NORHAYATI BT. MARSIKIN)
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas,
SK BUKIT NANING, MUAR, JOHOR.

Permohonan ini diluluskan / tidak diluluskan.

............................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
..................................................................
SENARAI NAMA PROGRAM RIADAH DI TANJONG DAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH MUAR
KELAS PENDIDIKAN KHAS SK BUKIT NANING,
AYER HITAM BATU 15, MUAR JOHOR
TAHUN 2010

SENARAI NAMA MURID DAN GURU PENGIRING


GURU : Puan Siti Norhayati bt. Marsikin
Puan Katipah bt. Bohari
En. Mohd Norizal bin Paat.
PPM : Cik Nizarina bt. Abu Bakar.
Pn Puziah bt. Salam.

BIL. NAMA MURID NO. SB KATEGORI MURID


01 Muhammad Nor Asyraf bin Norhashim AV 27216 LD
02 Muhammad Afham Zulhilmi b. A.Bakar AR 07785 LD
03 Muzzammil Haziq b. Mahmud AZ 21045 LD dan Hiperaktif
04 Muhammad Amirudin b. Adnan D 995693 SD dan hiperaktif
05 Muhammad Izwan b. Suhaini AZ 23165 Disleksia dan hiperaktif
06 Muhammad Azizul Hakim b. Badrudin AI 03205 LD
07 Nurwahidah bt. Mohd Kamal T 032776 SD
08 Nur Izzati binti Rahmat D 564966 LD dan pertuturan
09 Nadzira Lyana bt. Hamim 010723-01-1264 LD dan leukemia
10 Muhammad Afinuralim bin Aris. AJ 28977 LD
11 Nurfarhana bt. Rachali @Razhali AR 00194 Penglihatan
12 Puteri Norishawalsah bt. Paimen BX 35935 LD
13 Muhammad Zaid bin Mahat AZ 21228 SD
14 Abdul Syukur bin Abdul Fatah AH 75129 LD
15 Siti Rabi`atul Aqilah bt. Shapa`ae AZ 23364 LD

* LD- learning disability


SD-sindrom down

You might also like